Carian Terperinci
Pengunjung
6630
Tarikh Kemaskini 2010/06/09
Ringkasan pertanyaan
Apakah manusia dalam perbuatannya memiliki pilihan? Jika benar, sejauh manakah batas pilihan tersebut?
soalan
Apakah manusia dalam perbuatannya memiliki pilihan? Jika benar, sejauh manakah batas pilihan tersebut?
Jawaban Global

Dalam hidup ini, seringkali kita temukan diri kita berada di jalanan seorang sendiri. Satu perjalanan yang kita tidak mempunyai pilihan selain bergerak ke hadapan. Jalan yang tetap yang telah ditentukan sebelumnya dalam kehidupan kita; iaitu perkara-perkara seperti suku, bangsa, keluarga, ketinggian tubuh badan dan sebagainya. Dan sebaliknya, seringkali juga kita temui diri kita bingung dalam kehidupan ini, apabila menghadapi banyak jalan dihadapan. Pertanyaan pertama yang muncul dalam fikiran kita adalah, apa yang harus kita lakukan? Dan jalan mana yang harus kita pilih?

Benar, perkataan-perkataan seperti : “yang mana satu”, “kenapa” dan “apa” adalah pilihan yang terbaik kita.

Adapun yang berhubungan dengan wilayah pilihan manusia, harus dikatakan bahawa, kita bukanlah sebagai kausa mutlak dalam menentukan keberadaan perbuatan kita sendiri, dan tidak pula kita dalam kondisi terpaksa dan tidak mempunyai sebarang peranan di situ. Bahkan, walaupun diri kita juga adalah salah satu daripada penyebab-penyebab yang tak sempurna terhadap perbuatan tersebut di luar, tetapi jika penyebab yang tidak sempurna itu -iaitu; keinginan kita terhadap perbuatan tersebut- tidak ada, maka perbuatan kita itu tidak akan membuahkan hasil –tidak akan terjadi-.

Jawaban Detil

Perbuatan yang dikerjakan oleh manusia, merupakan salah satu fenomena-fenomena kejadian alam, kejadiannya adalah seperti fenomena-fenomena alam -yang lain- yang tergantung sepenuhnya kepada faktor sebab -ellat-. Sedia maklum bahawa manusia adalah sebagian dari makhluk ciptaan alam dan mempunyai hubungan kewujudan dengan anggota alam yang lain, dan anggota lain juga akan memberi kesan kepada perbuatannya.[1] Contohnya sepotong roti yang dimakan oleh seseorang, maka untuk melakukan perbuatan ini, anggota seperti tangan, kaki, mulut, ilmu, tenaga dan keinginan turut diperlukan. Selain itu, roti tersebut harus juga ada di tangannya dan tiada sebarang penghalang. Begitu juga, kondisi-kondisi lain turut diperlukan, seperti waktu dan tempat untuk melakukan pekerjaan tersebut. Apabila salah satu dari dari syarat-syarat di atas tidak terpenuh, maka pekerjaan itu tidak akan terlaksana. Dengan terpenuhnya semua syarat-syarat tersebut (terwujud sebab sempurna), pasti pekerjaan itu juga akan terjadi.[2] (sebab sempurna ialah terpenuhnya seluruh sebab dan syarat untuk terlaksananya sesuatu pekerjaan atau terjadinya sesuatu kejadian).

Tuhan Yang Maha Besar adalah pemilik –kewujudan- kita semua. Dia berkehendak bahawa perbuatan yang dilakukan oleh manusia secara ikhtiar –pilihan-nya hanya terjadi dengan kehendak-Nya sahaja; iaitu, ketika sesuatu peristiwa hendak terjadi, ia memerlukan lima syarat dan sebab. Salah satunya adalah pilihan dan keinginan manusia. Contohnya untuk menyalakan sebuah lampu haruslah lengkap seluruh keperluan utamanya, seperti suis, wayar, mentol, kotak pembaca meter elektrik, kabel elektrik yang bersambung ke pusat penjana kuasa elektrik dan arus elektrik di dalam wayar.

Salah satu sebab menyalanya lampu adalah dengan menekan suisnya. Dalam perumpamaan ini, semua syarat-syarat perbuatan yang berada di bawah ikhtiar kita telah tersedia. Menekan suis lampu adalah di bawah ihktiar kita, dan Allah SWT berkehendak bahawa selagimana manusia tidak menekan suis lampu tersebut dengan ikhtiarnya, maka lampu tersebut tidak akan menyala.

Kemestian –wajib- terjadinya sesuatu perbuatan berhubungan dengan seluruh anggota sebab sempurnanya (iaitu apabila syarat-syarat menjadi sempurna untuk terjadi sesuatu perbuatan, maka wajib terjadinya perbuatan tersebut. Syarat-syarat sempurna ini dipanggil Illat Tammah), tidak bertentangan dengan hubungan imkan (dia boleh melakukannya dan boleh meninggalkannya) seseorang yang merupakan salah satu dari anggota sebab sempurna -dengan perbuatannya-.

Benar, pada contoh di atas menunjukkan bahawa apabila sudah sempurna seluruh syarat dan sebab –sesuatu perbuatan-, maka lampu itu akan menyala dan dapat menerangi. Akan tetapi persoalannya: apakah menekan suis lampu oleh seseorang, juga wajib (iaitu dia tiada pilihan untuk tidak melakukannya). Atau ia mumkin (iaitu dia masih ada pilihan samada menekannya atau tidak)? Jawapannya jelas, bahawa apabila seseorang berkeinginan untuk menekan suis lampu –pasti dia boleh melakukannya-, maka seluruh sebab dan syarat itu akan menjadi sempurna dan lampu tersebut akan menyala. Dan hubungan diantara keinginannya dengan tiada keinginannya dalam pekerjaan ini adalah hubungan imkan (hubungan kedua-duanya adalah sama; iaitu hubungan perbuatannya dengan dirinya diantara melakukannya dengan tidak melakukannya adalah sama.  Iaitu dia boleh melakukannya dan juga boleh meninggalkannya). Maka itu, perbuatan manusia adalah -diperingkat- imkan; iaitu setiap perbuatan berada di bawah ikhtiarnya -pilihannya-. Kemestian terwujudnya sesuatu perbuatan berhubungan dengan keseluruhan sebab sempurna, tidak akan menyebabkan wajibnya sesuatu perbuatan berhubungan dengan seseorang insan yang merupakan salah satu daripada anggota sebabnya.

Orang-orang yang berfikiran sederhana pun akan menerima pandangan ini. Karena kita menyaksikan bahawa manusia dengan fitrah yang telah diberikan oleh Tuhannya mampu membezakan antara makan dan minum, pergi dan datang, sihat atau sakit serta besar dan kecil. Bahagian pertama berhubungan langsung dengan kehendak dan pilihan manusia. Dengan adanya ikhtiar tersebut, ia boleh diperintah dan dilarang, dipuji dan dikecam. Berbeza dengan bahagian kedua yang memang tidak berhubungan dengan tanggung jawabnya.

Di dalam mazhab Ahli Sunnah berkenaan dengan perbuatan manusia, terdapat dua mazhab yang terkenal. satu kelompok meyakini bahwa perbuatan manusia itu tidak akan keluar dari keinginan Tuhan. Menurut mereka, manusia terpaksa dalam semua perbuatannya dan sama sekali mereka tidak memiliki pilihan dalam perbuatannya. Kelompok kedua meyakini bahawa manusia mempunyai kebebasan dalam perbuatannya dan sama sekali tiada hubungan sedikitpun dengan kehendak Tuhan dan keluar dari batasan ketentuan-Nya. Sedangkan, berdasarkan ajaran Ahlul Bait Rasulullah Saw, yang selaras dengan kandungan al-Qur’an, mengatakan bahawa manusia mempunyai pilihan dalam perbuatannya, tetapi dalam masa sama ia tidak bebas -independent- , bahkan Allah Swt berkehendak bahawa setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia mestilah mempunyai pilihan. Dengan kata lain, Allah Swt menginginkan dan mewajibkan kejadian sesuatu perbuatan adalah berdasarkan kepada faktor sebab sempurna yang mana salah satunya adalah keinginan dan pilihan manusia itu sendiri.

Kesimpulannya bahawa perbuatan menjadi wajib jika dinisbahkan kepada semua anggota sebabnya –Illat Tammah-, sedangkan hubungannya dengan seseorang insan yang merupakan salah satu daripada anggotanya adalah hubungan imkan[3]. (iaitu sesuatu perbuatan jika syarat dan sebabnya sudah sempurna maka wajib terjadi perbuatan tersebut, sedangkan iradah seorang insan yang merupakan salah satu daripada syarat dan sebab perbuatan tersebut terjadi, boleh sahaja terjadi dan boleh sahaja tidak terjadi -possible- dan ia berada di bawah ikhtiar insan)

 

Buku-buku penting yang membahas masalah ini di antaranya:

 

  1. Insân Syenâsi. Fasal kelima dan keenam. Mahmud Rajabi.

  2. Amuzesy-e Falsafeh. J:2, Pelajaran 69. Taqi Misbah Yazdi,

  3. Adl Ilahi, Murtadha Mutahari.



[1] . Kadang-kala satu sebab atau cause adalah sebagai syarat sempurna bagi wujud akibat –ma’lul-, dan wujud akibat bergantung kepada wujud sebab untuk ada. Dengan kata lain, dengan adanya faktor sebab, maka wujud akibat adalah wajib dan pasti, yang mana sebab ini dipanggil sebab sempurna, dan kadang-kala satu sebab tidak mencukupi untuk mewajibkan adanya akibat,walaupun akibat tidak boleh ada tanpanya. Bahkan ia memerlukan kepada satu sebab atau beberapa sebab yang lain untuk mewajibkan adanya akibat. Sebab ini dipanggil sebab tidak sempurna –Illat Naqisah-

[2] . Syi’ah dar Islam, Allah Thabathabai, M/S:79

[3] . Ibid, M/S:79

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Makna Islam pada ayat 19 surah Ali Imran?
    10193 Teologi Baru
    Islam secara bahasa bermakna penyerahan diri (taslim) tanpa syarat di hadapan Tuhan. Agama merupakan penjelas segala bimbingan Tuhan terhadap manusia dalam bidang pemikiran, keadaan, perilaku dan bermasyarakat, dan juga menjelaskan bagaimana hubungan manusia dengan dirinya sendiri, orang lain dan dengan Tuhan.
  • Meskipun Tuhan tahu bahawa ramai manusia yang akan memasuki neraka, mengapakah Tuhan tetap mencipta mereka?
    6131 هدف از آفرینش
    Azab Ilahi merupakan balasan bagi segala perbuatan ikhtiar manusia kerana mereka tidak memanfaatkan perantaraan petunjuk-petunjuk. Mereka juga tidak mendengar seruan samada utusan batin dan utusan zahir. Ilmu Tuhan tentang nasib, cara berinteraksi dan tingkah laku ‘kewujudan’ tidak menjadi sebab timbulnya isu paksaan atas mereka dan sebenarnya ...
  • Dengan wujudnya syarat baligh untuk taklif syariat, apakah hukum amalan baik dan buruk bagi kanak-kanak?
    6451 بیشتر بدانیم
    Walaupun salah satu daripada taklif[1] syarie insan di sisi Allah (s.w.t) ialah seseorang itu akan sampai kepada umur baligh[2], namun tidak sepatutnya dibayangkan bahawa semua kanak-kanak benar-benar terlepas, tidak terikat dan boleh melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya di zaman kanak-kanak. Ahli fikah ...
  • Apakah hakikat dosa? Apa pengaruhnya terhadap roh dan jiwa manusia?
    9060 Akhlak Praktikal
    Jawapan untuk pertanyaan di atas mempunyai 4 bahagian: Hakikat dosa: Dosa dalam bahasa Arab disebut dengan ʼithm dan ‘iṣyān (اثم و عصيان). Dosa dengan pengertian ini memiliki makna berpaling dari perintah tuan, melakukan kesalahan dan kesilapan. Seorang pelaku dosa menuruti syahwat dan kemarahan sebagai ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    6216 Falsafah Islam
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    7021 آزادی بیان و عمل
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Mengapa sebahagian ayat al-Qur’an tidak selaras dengan kemaksuman para nabi Allah?
    5552 Teologi Klasik
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, harus dikatakan sebagai berikut:1.             “Kemaksuman” merupakan sebuah kedudukan kejiwaan pada seorang maksum yang menyebabkan ia terpeliharanya dari maksiat dan segala perbuatan tercela, dan keadaan ini juga menjaganya dari segala jenis kesalahan dan kelupaan, serta tidak menjadi terkekangnya ...
  • Apakah terdapat pertentangan antara kebebasan manusia dan penutupan Tuhan terhadap mata hati para pendosa?
    6581 Teologi Klasik
    Terdapat banyak ayat yang membicarakan tentang tertutupnya mata hati, penglihatan, dan pendengaran orang-orang kafir, kaum munafik, kelompok sesat dan penyimpang, para pendosa dan penjenayah.“Khatm” dan “thab’e’” bermakna tutup, mencap, mengukir, mencetak dan membentuk sesuatu dalam bentuk yang tertentu. “Qalb” terkadang digunakan untuk ...
  • Apakah justifikasi pembunuhan seorang anak kecil ditangan Nabi Khidir menurut perspektif sentimen?
    9045 Tafsir
    Islam adalah agama kebijaksanaan, akal dan hikmah. Sejak awal penurunannya di zaman Nabi Adam as., Islam telah mepersembahkan ajaran-ajarannya yang dipenuhi cahaya hikmah yang menjadi penyuluh pelita perjalanan umat manusia. Ya, Islam telah melahirkan peribadi-peribadi terpilih dari rahim suci ajarannya. Sejarah telah ...
  • Mengapa Syiah dipandang sebagai ajaran sesat?
    14295 کلیات
    Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini: Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan: Islam tidak punya aib pada ...

Populer Hits