Carian Terperinci
Pengunjung
19720
Tarikh Kemaskini 2011/06/21
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana syaitan melakukan pengaruh pada fikiran dan menyampaikan segala kehendaknya kepada manusia?
soalan
Bagaimana syaitan melakukan pengaruh pada fikiran dan menyampaikan segala kehendaknya kepada manusia?
Jawaban Global

Sebelum mengulas tentang jalan-jalan pengaruh syaitan pada manusia, perlulah kita mengenal ciptaan yang bernama syaitan walaupun secara ringkas. Terdapat banyak pandangan tentang sumber kata terbitan syaitan dari segi bahasa di kalangan para pemikir. Namun yang paling benar kita katakan adalah kosa kata ini datang dari perkataan "sya-tha-na" yang bermakna ‘jauh’. Kerana itu, ia boleh memiliki beberapa objek luaran (mishdāq). Akan tetapi, yang paling jelas dari obyek luaran tersebut dan pemimpin dari seluruh syaitan adalah iblis.

Syaitan merupakan sebuah ciptaan yang berasal daripada golongan jin. Dengan demikian, ia dapat menjelmakan dirinya dalam berbagai bentuk, baik dalam bentuk haiwan atau pun dalam bentuk manusia selain para maksumin (a.s).

Kerana itu, salah satu jalan asasi yang dilakukan syaitan ialah membisik. Melalui jalan ini ia menjelmakan dirinya dalam bentuk manusia yang secara zahir kelihatan shaleh dalam detik-detik sensitiviti nasib manusia sehingga menyebabkan manusia terpedaya.

Namun ia tidak selalu menggunakan cara ini kerana syaitan merupakan ciptaan mitsali (imaginasi); ertinya ia berada dalam keadaan antara non-material dan material jasad. Dari sisi ini, ia tidak dapat memasuki roh non-material manusia secara langsung, yang merupakan penyokong (qiwām) kemanusiaan manusia.

Kerana itu, melalui tingkap bernama nafs ammarah ia menyisipkan segala keinginannya pada jiwa manusia. Nafs ammarah adalah nafs manusia setelah kehaiwanan yang apabila ia progresif dan sempurna, maka ia akan berubah menjadi nafs muthmainnah atau roh tertinggi.

Oleh itu, dengan penunjukkan dan penjelmaan, syaitan menyediakan landasan penyimpangan, kesesatan dan penipuan bagi manusia, apa sahaja yang menjadi sumber kecenderungan nafs ammarah atau hawa nafsu manusia. Dengan ini, harus dikatakan bahawa syaitan merupakan sebuah bahagian sebab (juz al-illah) atau sebab persiapan (preparing cause, illah al-mu'iddah) dalam berhelah dan menipu manusia, bukan dikatakan sebab penyempurnaan (illah tammah). Adapun antara berbagai penjelmaan ini, aneka model dan corak yang dimilikinya selaras dan senafas dengan berbagai kecenderungan haiwani manusia yang lain ialah:

A.    Memperindahkan berbagai perbuatan buruk: Dengan memperelok dan memperindah berbagai keburukan, syaitan melenyapkan corak keburukan pada kezaliman dan perbuatan dosa serta meminumkan berbagai halangan untuk perbuatan-perbuatan haram sehingga manusia dapat terjerat perbuatan dosa dengan mudah. Seperti segala keizinan dan pertimbangan yang kita susun ketika melakukan perbuatan dosa.

B.    Janji-janji palsu: Dengan membentangkan berbagai janji palsu dan harapan-harapan tinggi yang tak-terjangkau, syaitan membuatkan manusia lupa untuk mengingat hari kiamat, kematian dan Tuhan. Syaitan menjerat orang ini untuk berperang dengan hawa nafsunya di mana untuk sampai pada harapan dan janji tersebut ia rela melakukan berbagai dosa besar.

C.    Menebarkan rasa takut dan gentar: Dengan menciptakan rasa takut, kecut dan gentar terhadap masa depan pada diri manusia, syaitan mengajak manusia untuk mengumpul harta, lari dari medan jihad, hanyut bersama para penzalim dan sebagainya dan melatarkan situasi manusia untuk melakukan berbagai perbuatan buruk dan dosa yang bersumber dari ketakutan terhadap masa depan.

Jawaban Detil

Sebelum kita sampai kepada jawapan yang sahih tentang pertanyaan di atas, terlebih dahulu kita perlu mengenal secara global atau ringkas tentang ciptaan yang bernama syaitan. Berkenaan dengan kata terbitan dalam redaksi perkataan syaitan, terdapat perbezaan pendapat dan paradigma di kalangan ulama. Namun pendapat yang kelihatan lebih sesuai dari berbagai pendapat itu adalah redaksi syaitan diterbitkan daripada perkata "sya-tha-na" yang bermakna dijauhkan.[1]

Sesuai dengan pandangan kebanyakan penafsir, syaitan ertinya ciptaan penggangu dan derhaka yang telah keluar dari jalan lurus. Dengan anggapan ini, nama syaitan adalah sebuah nama umum yang memiliki banyak objek luaran (mishdaq), termasuk setiap ciptaan dan kewujudan yang menjadi penderhaka daripada kalangan manusia dan jin.[2] Adapun iblis adalah syaitan yang menolak untuk sujud kepada Adam bapa manusia.[3]

Sesuai dengan penjelasan al-Qur'an, iblis bukanlah ciptaan dan kewujudan seperti manusia melainkan dari jenis jin[4] dan diciptakan daripada bahan api. Tipologi makhluk seperti ini berada pada keadaan perantara antara jasmani dan non-jasmani, antara material dan non-material di mana ia dapat menyerupai berbagai bentuk; iaitu ia dapat muncul dengan berbagai bentuk di dunia luaran.

Nampaknya, maksud dari pertanyaan tentang syaitan di atas adalah iblis. Dengan mengamati tanggapan ini maka kita akan menjawab pertanyaan tentang iblis. Sebagaimana yang telah kami katakan bahawa syaitan merupakan ciptaan imaginasi (mitsali) dan kita tahu bahawa manusia merupakan kewujudan dwi dimensi; ertinya manusia memiliki dimensi jasmani dan juga dimensi rohani. Kerana itu, apabila syaitan ingin memperdaya dan menipu manusia, mahu-tidak-mahu ia harus melalui jalan khusus sehingga ia dapat menjalin hubungan dengan roh manusia yang menjadi penyokong (qiwam) kemanusiaan manusia. Nafs manusia memiliki sisi beragam. Sisi rohani yang disebut sebagai roh atau nafs muthmainnah dan sisi ahriman (keburukan) yang disebut sebagai nafs ammarah atau hawa nafsu.

Untuk mengendalikan manusia, mahu-tidak-mahu harus melalui penembusan sebuah celah yang disebut sebagai nafs ammarah manusia,[5] dan memanfaatkan dengan maksimum celah ini. Dari sisi lain, ia juga merupakan maujud mitsali atau ciptaan imaginasi yang menjadikannya tidak dapat secara langsung berhubungan dengan manusia. Hubungan rahsia antara syaitan dan nafs ammarah inilah yang disebut sebagai bisikan syaitan atau was-was yang dihembus oleh syaitan.

Berkenaan masalah ini Allamah Thabathabai menuturkan: "Syaitan memperdaya manusia dengan menyampaikan was-was dalam hati manusia."[6] Kerana itu, syaitan merupakan sebagian sebab dan dengan sendirinya tidak dapat menyesatkan manusia, melainkan ia hanya mengajak manusia untuk memenuhi apa yang menjadi tuntutan hawa nafsu. Atau dengan kata lain, bisikan syaitan hanyalah sebuah sebab persiapan (illah al-mu'id), bukan sebab sempurna (illah al-tammah).

Dalam menyambutnya manusia juga memiliki kebebasan. Ia dapat mendengari dan mengikuti bisikan itu atau mengikuti firman-firman Tuhan dan akal sihatnya. Kerana itu, dalam melarang manusia untuk tidak mengikuti titah syaitan Allah (s.w.t) berfirman: " Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan (baca: sempurna), dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu." (Qs. Al-Baqarah [2]:208)

Sekarang pertanyaannya ialah bagaimana syaitan menggerakkan berbagai perasaan (yang non-rasional) dan hawa nafsu manusia sambil menarik manusia untuk mengerjakan berbagai perbuatan tidak senonoh? Syaitan memanfaatkan berbagai cara untuk sampai kepada matlamat ini yang akan kami sebutkan beberapa noktah dari cara tersebut.

Sebagaimana yang telah kami sebutkan, syaitan dapat menjelma dan menyerupai sebuah sosok manusia atau haiwan di dunia luaran. Cara seperti ini adalah salah satu jalan untuk syaitan membisikkan pesanan-pesanannya. Ertinya ketika detik-detik genting dan bersejarah, ia muncul sebagai seorang yang secara zahirnya berbudi sambil menyelewengkan ramai manusia dari jalan kebenaran. Banyak contoh berkenaan dengan masalah ini yang terakam baik dalam sejarah perjalanan manusia. Boleh jadi ia pernah terjadi pada salah seorang daripada kita.[7]

Akan tetapi ia juga memanfaatkan cara lain sebagaimana termaktub dalam ayat-ayat al-Qur'an yang telah disentuh sebahagian darinya.

A.    Memperelok berbagai perbuatan buruk: Ertinya syaitan menunjukkan berbagai perbuatan tidak senonoh menjadi indah dan elok dipandang mata, sehingga kelihatan bagi manusia bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan senonoh dan baik. Hal ini adalah apa yang disebut dalam al-Qur'an sebagai talbis haq bil batil[8] dan batil bil haq yang merupakan salah satu muslihat orang-orang Yahudi. Memperindah segala amalan merupakan sebuah jalan yang mudah dilalui dan sejalan dengan berbagai kehendak nafsu manusia. Dengan demikian, disebutkan dalam al-Qur'an: "Dan syaitan telah menghiasi perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk.” (Qs. Al-Naml [27]:24)

B.    Menebarkan janji-janji palsu: Dengan menebarkan berbagai janji palsu, harapan-harapan tinggi dan tak-terjangkau, syaitan membuatkan manusia lupa terhadap berbagai realiti kesehariannya yang ada di hadapannya. Demikian juga menyibukkan manusia dengan angan-angan yang tidak dapat dicapai. Jelas bahawa akibat daripada perbuatan seperti ini ialah melupakan hari kiamat dan lalai dari mengingat Tuhan. Atas alasan ini, Allah (s.w.t) berfirman: "Syaitan itu memberikan janji-janji (bohong) kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (Qs. Al-Nisa [4]:120)

C.    Menebarkan rasa takut dan gentar: Salah satu muslihat syaitan ialah mencipta rasa takut, kecut dan gentar terhadap masa depan pada diri manusia. Kondisi takut ini menjadi sebab manusia melakukan berbagai perbuatan buruk seperti putus asa, buruk sangka terhadap Tuhan, tidak bertawakkal kepada Tuhan dan menghindarkan manusia untuk tidak melakukan perbuatan baik. Misalnya syaitan menebarkan rasa takut pada manusia dengan kefakiran dan kemiskinan di masa depan yang membuatnya menjadi bakhil dan mencegah manusia untuk berinfak. Masalah ini menjadi objek perhatian pada ayat-ayat al-Qur'an. Misalnya al-Qur'an menyatakan: "(Ketika kamu berinfak), syaitan menjanjikan kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karunia-Nya untukmu." (Qs. Al-Baqarah [2]:268)[]

 

Sumber telaah dan rujukan:

1.     Tafsir Nemune, Nashir Makarim Syirazi.

2.     Al-Mizān, Muhammad Husain Thabathabai.

3.     Akhlāq dar Qur'ān, Muhammad Taqi Misbah Yazdi.



[1]. Lisān al-Arab, redaksi sya-tha-na .

[2]. Tafsir Nemune, Nasir Makarim Syirazi, jil. 1, hal. 191.  

[3]. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Bersujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka bersujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur, dan (dengan demikian) ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Qs. Al-Baqarah [2]:34)

[4]. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam.” Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, lalu menderhakai perintah Tuhannya. (Qs. Al-Kahf [18]: 50)  

[5]. Akhlāq dar Qur’ān, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, hal. 234

[6]. Terjemahan al-Mizan, jil. 1, hal. 201.  

[7]. Asrār Āli Muhammad, Sulaim bin Qais, hal. 220.

[8]. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil, dan janganlah kamu tutupi yang hak itu, sedangkan kamu mengetahui. (Qs. Al-Baqarah [2]:42)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits