Carian Terperinci
Pengunjung
2477
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Apakah telaga kautsar itu?
soalan
Apakah telaga kautsar itu?
Jawaban Global

Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.

Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq duniawi (Sayidah Fathimah az-Zahra) dan mishdaq ukhrawi (telaga kautsar).

Telaga kautsar adalah merupakan sebuah sumber air yang sangat jernih yang ada di dalam syurga yang bersangatan luas. Di sinilah para ahli syurga setelah berhasil melewati tahapan-tahapan sulit di padang Mahsyar dan hari kiamat, saat memasuki syurga mereka akan langsung ke telaga ini untuk menghilangkan rasa dahaganya dan menikmati kelazatan air telaga.

Dari telaga inilah akan mengalir dua sungai yang akan mengalir ke arah syurga dimana sumbernya adalah dari "'Arsy Ilahi" (singgasana Tuhan).

Telaga kautsar merupakan telaga khusus milik Rasulullah Saw, sedangkan penyajinya adalah Imam Ali As dan para Imam maksum As yang lain. begitu juga para Anbia yang lainnya pun memiliki telaga khusus untuk para pengikut mereka sendiri, akan tetapi keluasan dan keberkahannya tidak sebanding dengan telaga kautsar milik Rasulullah Saw ini.

Jawaban Detil

Kautsar merupakan sebuah kata yang timbangannya adalah "fau'al –فوعل-" dan merupakan kata sifat yang diambil dari kata "katsrat" atau banyak. Dan "kautsar" di sini bermakna kebaikan yang banyak atau melimpah. Keluasan dari makna kautsar bersangan banyak dan menyeluruh sehingga ia memiliki contoh-contoh yang tak terhitung banyaknya, diantaranya "kebaikan yang tak terhingga" pun dapat dimasukkan ke dalamnya.

Mengenai kata kautsar yang terdapat dalam surah yang mubarak al-Kautsar, terdapat begitu banyak makna yang disebutkan, baik dalam kitab-kitab tafsir Syiah mahupun Ahlisunnah yang kesemuanya mencerminkan pada misdaq -objek- kebaikan yang melimpah, seperti:

 

1.     Telaga dan sungai kautsar;

2.     Maqam syafaat kubra di hari kiamat;

3.     Nubuwwat atau kenabian;

4.     Hikmah dan ilmu;

5.     Al-Quran;

6.     Banyaknya sahabat dan pengikut;

7.     Banyaknya mukjizat;

8.     Banyaknya ilmu dan amal;

9.     Tauhid dan dimensi-dimensinya;

10.  Nikmat-nikmat Tuhan dan Rasul saw di dunia dan akhirat;

11.  Keturunan yang banyak yang tetap ada di sepanjang masa.

 

Tak diragukan lagi bahawa banyaknya generasi dan keturunan Rasulullah Saw ini yang ada di sepanjang masa, tentulah berasal dari puteri mutiara agung Rasulullah s.a.w., Sayyidah Fatimah Az-Zahra As. Penjelas hakikat dan saksi reliti ini adalah (berpunca) sebab penurunan ayat (keberadaan Sayyidah Fatimah As) dan metot penjelasan surah al-Kautsar. Benar, keberadaan Sayyidah Fatimah As adalah sumber kebaikan yang banyak dimana ia adalah faktor pada keberlanjutan risalah Rasul Saw hingga hari kebangkitan kelak dan juga faktor pada keabadian keturunan suci Rasul.[1]

Dari itu, bersandarkan kepada riwayat-riwayat yang berkaitan dengan telaga kautsar dan sebab-sebab penurunan ayat (sya'n an-nuzul) surah al-Kautsar serta teks dan metot penjelasan ayat, dapat disimpulkan bahawa "kautsar" memiliki dua kewujudan (mishdaq) yang sangat menonjol, salah satunya adalah mishdaq duniawi dan yang lainnya adalah mishdaq ukhrawi. Mishdaq duniawi yang dimaksud adalah "Kautsar Muhammadi" iaitu Sayyidah Fatimah az-Zahra As yang merupakan sumber tersebarnya keturunan suci Rasul Saw, dimana Hazrat s.a.w. dan keturunannya inilah yang akan menghirupkan umat di dunia dengan pengenalan-pengenalan agama, akhlak, hukum-hakam dan adab-adab Ilahi. Dan mishdaq yang lainnya adalah "kautsar syurga". Ia adalah sebuah telaga di syurga dimana Imam Ali As dan para Imam Maksum As yang lain akan menyajikan minuman tersebut. Air dari telaga inilah yang kelak akan menghilangkan dahaga dan rasa kehausan para musafir padang mahsyar.[2]

 

Ciri-ciri telaga Kautsar

Ciri- ciri yang dimiliki oleh telaga Kautsar dari lisan mulia Rasul Saw: "Telaga Kautsar adalah merupakan sebuah sungai yang memiliki begitu banyak kebaikan di syurga yang mana airnya mencurah-curah. Telaga ini dikelilingi oleh banyak bekas-bekas yang tersusun indah seumpama banyaknya bilangan bintang-bintang di langit. Umatku akan mendatanginya setelah memasuki syurga. Sesungguhnya di sisiku terdapat sebuah tasik seluas kota Madinah hingga Yaman atau seluas Madinah hingga Oman. Pinggirannya diperbuat dari emas, airnya lebih putih dari salji dan susu dan lebih manis dari madu dan lebih harum dari bauan misk (kasturi) dan airnya mengalir di atas batu pertama Lu'lu' dan mutiara Marjan. Barangsiapa yang meminum air tersebut, samasekali kehausan tidak akan berlaku ke atasnya lagi. Dan golongan pertama yang akan memasukinya adalah daripada kalangan Muhajirin yang fakir (yang telah berhijrah dari Mekah ke Madinah). Peneguk dan penghulu minuman tersebut adalah Maula Amirul Mukminin Ali As. Setelah para Mukminin menikmati air dari telaga kautsar, mereka akan berkumpul di sisi Rasul Saw dan akan bergembira dengan pertemuan mereka satu dengan yang lain. Mata air telaga kautsar adalah berasal dari 'Arsy yang merupakan tempat tinggal para Ausia (kekasih Allah) dan para pengikut mereka, dan dari sanalah air tersebut akan mengalir ke tasik melalui dua saluran air, kemudian itu ia akan mengalir dalam dua sungai yang terdapat di dalam syurga. Setiap anbia Allah akan memiliki sebuah sungai di dalam syurga, dan oleh kerana terlalu banyaknya orang-orang yang akan mendatangi ke arah sungai tersebut maka diantara mereka akan saling berbangga, akan tetapi saya berharap orang-orang yang akan mendatangi ke arah telagaku lebih banyak mengatasi dari yang lain.

Telaga kautsar dalam lisan para Maksum As:

Amirul Mukminin Ali As bersabda, "Telaga kautsar kami begitu penuh, di dalamnya terdapat dua sungai yang mengalir dari syurga, salah satunya berasal dari mata air yang bernama Tasnim dan yang lainnya dari mata air ma'in"[3]

Dalam sebuah hadis yang muktabar, Imam Sadiq As bersabda, "Barang siapa merasakan kesedihan kerana musibah yang menimpa kami, dia akan merasakan kebahagiaan pada saat dia meninggal dunia,dengan kebahagiaan yang tidak akan hilang dari dalam kalbunya sehinggalah di telaga kautsar dia akan datang bertemu kami. Dal hal ini akan membuatkan kegembiraan bagi kautsar kerana sahabat-sahabat kami telah memasukinya. Bahkan ketika dihirupkan kepada mereka minuman tersebut membuatkan mereka tidak mahu berpindah ke tempat lain kerana kelazatan berbagai jenis sajian yang ada. Barang siapa meminum air tersebut seteguk saja, maka selamanya dia tidak akan merasakan dahaga dan dia tidak akan merasa letih dan lelah selepas itu.

Air telaga ini dingin sedingin kapur, harum beraroma kasturi (misk atau sejenis haruman dari kulit atau pusat rusa) dan memiliki rasa seperti rasa halia, lebih manis dari madu, lebih lembut dari minyak, lebih jernih dari air. Ia terpancar dari mata air Tasnim syurga. Ia melintasi seluruh sungai-sungai yang terdapat di dalam syurga dan mengalir di atas batu-batu kecil dari jenis Mutiara dan Rubi.

Setiap mata yang menangis kerana musibah yang menimpa kami, akan bergembira dan bersuka ria ketika memandang kautsar. Kautsar akan memberikan air kepada seluruh sahabat-sahabat kami, dan mereka akan bergembira dan mendapatkan kelazatan berdasarkan kasih sayang dan ketaatan mereka kepada kami, maka barangsiapa yang kasih sayangnya lebih kuat kepada kami, kenikmatannya juga akan lebih besar."[4]

Sewajarnya disebutkan juga bahawa tiada keraguan lagi dua belas Imam Maksum As, pada hari kiamat kelak seluruhnya adalah orang-orang yang akan menyajikan air dari telaga kautsar ini. Sebagaimana hal ini telah dijelaskan di dalam berbagai hadis. Sayyid Asy-Syuhada Imam Husain As bersabda: "Kami adalah pemilik telaga kautsar, dan kami jugalah yang akan menghirupkan para sahabat kami dengan air dari telaga ini."[5]

Dan sebagaimana halnya Rasul Saw yang berharap bahawa orang-orang yang akan memasuki telaga kautsarnya kelak lebih banyak dari mereka yang memasuki telaga lainnya. Setiap muslimin yang mendengar nama dan ciri-ciri telaga kautsar, juga berharap supaya mereka tergolong bersama orang-orang yang dapat memasuki ke dalam air telaga ini dan (bertemu) Nabi s.a.w. Akan tetapi menjadi sebuah perkara yang jelas bahawa jika harapan dan cita-cita ini sesuatu yang ada kenyataannya, maka haruslah berusaha untuk dapat menghasilkannya, dan selepas berjaya menghasilkan bekalan (amalan-amalan yang saleh) juga harus berwaspada supaya modal ini; baik luaran mahupun dalamannya tidak dicerobohi oleh syaitan yang berupa jin dan manusia atau dicemari dengan oleh segala bentuk keburukan. Kerana jika tidak demikian, maka seluruh usaha dan penat lelah yang telah kita lakukan akan menjadi sia-sia dan seluruh harapan untuk meneguk air telaga kautsar akan berubah menjadi khayalan dan imajinasi belaka.

Berseronok dengan tidur dan khayalan, dan tiada persediaan dan sebarang usaha untuk menghasilkan matlamat adalah sesuatu yang melalaikan dan harapan yang sia-sia.

Semoga Tuhan senantiasa memberikan hidayah kepada kita di dunia ini untuk mendapatkan lebih banyak pengenalan-penenalan Ahlulbait As dan kecintaan kepada mereka sehingga di akhirat kelak di sisi telaga kautsar mata-mata kita akan bercahaya kerana bertemu dengan orang-orang suci, dan menghilangkan dahaga jiwa dengan tangan-tangan mulia mereka. Oleh kerana itu dalam doa Nutbah kita membaca, "Ya Allah, hilangkanlah dahaga kami dengan air telaga milik datuk Imam Zaman As (yakni Rasulullah Saw) dengan bekas dan tanganya (Imam Zaman Asj), tegukan yang sempurna dan yang teramat jernih dimana siapapun yang telah meminumnya tidak akan pernah merasakan dahaga setelahnya. Ya Arhamarrahimin."

 

Daftar Pustaka:

1.     Khawarazmi, Maqtal, jil. 2, hal. 33.

2.     Zamakhsyari, Mahmud bin Umar, Al-Kasysyaf, hal. 806-808.

3.     Thabathabai, Muhammad Husain, Al-Mizan, jil. 20, hal. 370-373.

4.     Thabarsi, Fadhl bin Hasan, Majma'ul Bayan, jil. 5, hal. 548-549.

5.     Allamah Majlisi, Biharul Anwar, jil. 8, hal. 18.

6.     Allamah Majlisi, Haqqul Yaqin, hal. 453-455.

7.     Feidh Kasyani, Mula Muhsin, Mahajjatul Baidha', jil. 8, hal. 352-353.

8.     Muhadist Qumi, Abbas, Mafatihul Jinan, doa Nutbah.

9.     Mishbah Yazdi, Muhammad Taqi, Jami az Zulal-e Kautsar, hal. 19-22.



[1]. Muhammad Taqi Mishbah Yazdi, Jâmi az Zulâl-e Kautsar; Allamah Thaba-thabai, Muhammad Husain, Tafsir Al-Mizân, jil. 20, hal. 370, dan tafsir-tafsir lainnya mengenai surah al-Kautsar.

[2] . Tentunya tentang apakah hubungan antara "Kautsar Muhammadi" dengan "Kautsar Syurga", memerlukan penelitian dan kajian yang lebih mendalam, sehingga dapat dikatakan bahawa akal dan pemikiran manusia biasa tidak mampu untuk memahaminya.

[3] . Allamah Majlisi, Haqqul Yaqin, hal. 453; Biharul Anwar, jil. 8, hal. 18.

[4] . Allamah Majlisi, Haqqul Yaqin, hal. 455.

[5] . Allamah Majlisi, Biharul Anwar, jil. 45, hal. 49.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Mengapa warisan wanita setengah dari warisan lelaki?
    1738 Huquq Dan Ahkam 2011/04/19
    Salah satu sebab banyaknya kuota warisan lelaki dibanding dengan saham wanita adalah nafkah wanita berada di bahu lelaki. Ertinya lelaki di samping harus menyiapkan wang belanja untuk dirinya ia juga memiliki tugas untuk menyiapkan biaya hidup bagi wanita (isteri) dan anak-anaknya. Di sisi lain, lelaki adalah pihak yang memberikan mahar ...
  • Apa yang menjadi material primer pembentuk alam semesta ini? Bagaimana pandangan al-Qur\'an dan riwayat berkenaan masalah ini?
    1024 Teologi Klasik 2013/02/02
    Pandangan paling tepat yang diajukan oleh ahli-ahli fizik, berkenaan dengan unsur asli pembentukan material primer alam semesta ialah alam material pada awalnya terbentuk daripada unsur sodium padat yang menghuni sebuah ruang. Hal ini terjadi pada masa-masa yang sangat jauh sekitar 13 bilion tahun yang silam. Akibat ledakan dahsyat material ini ...
  • Apakah Feminisme (fahaman kewanitaan) itu?
    1573 Huquq Dan Ahkam 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Berilah penjelasan tentang maqâm Fana' dan baqa'.
    2036 Irfan Teori 2011/01/01
    Fana' dari sudut bahasa bermaksud ketiadaan dan kehancuran. Dan lawan dari Fana' adalah baqa', dan tetap ada. Seperti Tuhan adalah termasuk dalam kategori abadi dan baqa', sementara selain-Nya atau seluruh makhluk digolongkan ke dalam ketiadaaan, kehancuran, dan Fana'.Sedangkan dari sudut istilah dan pengertian Fana' adalah tidak memandang dan melihat pada ...
  • Apakah manusia dalam perbuatannya memiliki pilihan? Jika benar, sejauh manakah batas pilihan tersebut?
    2071 Teologi Baru 2010/06/09
    Dalam hidup ini, seringkali kita temukan diri kita berada di jalanan seorang sendiri. Satu perjalanan yang kita tidak mempunyai pilihan selain bergerak ke hadapan. Jalan yang tetap yang telah ditentukan sebelumnya dalam kehidupan kita; iaitu perkara-perkara seperti suku, bangsa, keluarga, ketinggian tubuh badan dan sebagainya. Dan sebaliknya, seringkali juga kita ...
  • Mengapa sebahagian ayat al-Qur’an tidak selaras dengan kemaksuman para nabi Allah?
    1721 Teologi Klasik 2011/05/10
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, harus dikatakan sebagai berikut:1.             “Kemaksuman” merupakan sebuah kedudukan kejiwaan pada seorang maksum yang menyebabkan ia terpeliharanya dari maksiat dan segala perbuatan tercela, dan keadaan ini juga menjaganya dari segala jenis kesalahan dan kelupaan, serta tidak menjadi terkekangnya ikhtiar seorang maksum atau keterpaksaannya.2.             Rahsia kemaksuman para ...
  • Bagaimanakah nasib seseorang yang selama hidupnya berada dalam kesesatan dan dosa, namun melalui perantaan ihsan dan doa orang lain, keadaannya di akhirat berubah meskipun beliau tidak memainkan peranan untuk mengubahnya?
    1138 Teologi Klasik 2013/02/16
    Permasalahan yang menjadi pertanyaan ini tidak dapat diterima seratus peratus dan tidak juga dapat ditolak seratus peratus, namun tergantung pada jenis dosa yang dilakukannya dan siapakah pelakunya. Misalannya orang yang melakukan dosa syirik terhadap Allah (s.w.t) mereka ini tidak akan mendapatkan keampunan sedikitpun. Begitu juga dengan dosa yang berkaitan dengan ...
  • Perbezaan subjek epistemologi dan falsafah ilmu?
    1939 Falsafah Islam 2011/02/14
    A.    Subjek epistemologiadalah makrifat, pengetahuan , alat dan cara-cara mengenal. Namun subjek dalam falsafah ilmu adalah hakikat (quiddity) ilmu dari sudut ia memiliki identityyang menyeluruh.B.    Hubungan epistemologi dengan falsafah ilmu; sebagaimana yang terdapat dalam buku-buku epistemologi komparatif dijelaskan sebagai "umum dan khusus mutlak" (complete inclusion). Ertinya bahawa epistemologi dibagi menjadi ...
  • Apakah batasan dan kriteria keharaman dan kenajisan minuman beralkohol menurut fekah Ja’fari?
    1318 Huquq Dan Ahkam 2011/07/21
    Alkohol putih dan perubatan yang merupakan alkohol murni dan banyak digunakan dalam tugas-tugas kedoktoran adalah suci. Kecuali alkohol tersebut diambil dari khamar atau bir di mana dalam hal ini alkohol tersebut adalah najis. Adapun bahan pembersih yang lainnya yang mengandung alkohol dan banyak digunakan di pusat-pusat perubatan adalah suci. Demikian ...
  • Apakah malam laylatul qadar ada banyak bilangannya? Apakah siang harinya juga temasuk laylatul qadar?
    1115 Tafsir 2013/03/30
    Laylatul qadar adalah malam yang penuh keberkatan dan sangat penting. Sesuai dengan nas ayat al-Qur'an, laylatul qadar terjadi pada bulan Ramadhan. Dalam pertanyaan yang dikemukakan di atas terdapat beberapa kemungkinan seperti berikut: Maksud dari “berapa banyak jumlah” malam laylatul qadar ialah: Malam 19, 21 dan 23 dalam satu tahun sebagaimana yang ...

Populer Hits

  • Apakah sebab-sebab kemunculan berbagai aliran dan mazhab di kalangan kaum muslimin?
    26987 Teologi Klasik 2011/10/22
    Terdapat penyebab yang beragam berkenaan dengan kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Di antaranya adalah ketidakpedulian sekelompok umat Islam terhadap wasiat-wasiat dan ucapan Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan masalah khilafah dan keimamahan Imam Ali (a.s), masuknya para pemeluk agama lain di kalangan umat Islam, percampuran dan pertukaran budaya dengan mereka, ...
  • Mengapa orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus? Dan mengapa orang Sunni mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap?
    8909 Huquq Dan Ahkam 2012/07/18
    Islam adalah agama suci yang diturunkan Allah pada ummat manusia melalui NabiNya, Muhammad al-Musthafa (s.a.w). Islam adalah agama yang satu, dan selama Nabi Muhammad (s.a.w) hidup, semua ajaran dan syari’at yang dibawa Islam masih murni dan tidak ada ruang bagi para musuh Islam memalsukannya. Namun semuanya berubah ketika penjaga utama ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    7766 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau karena adanya ...
  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s?
    5930 Teologi Baru 2010/11/14
    Perbahasan tentang kemunculan Imam Mahdi a.s merupakan perbahasan yang agak rumit sehingga memerlukan penelitian secara menyeluruh terhadap topik mahdawiyat, tetapi secara keseluruhan daripada riwayat yang telah digunakan di mana tanda-tanda kemunculannya adalah dapat dilihat dari satu sudut yang terbahagi kepada dua:1.     Tanda-tanda yang pasti sebelum kemunculan adalah: keluarnya kumpulan Sufyani, ...
  • Mengapa orang-orang Jamal (seperti Aisyah, Thalha, Zubair) mengangkat senjata melawan Imam Ali As?
    5443 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Dengan memperhatikan sumber-sumber sejarah, kita akan mengkaji sebab-sebab berlakunya perang Jamal dari kedua belah pihak dan kemudian memberikan penilaian atasnya: A.    Sebab-sebab terjadinya perang Jamal dalam pandangan orang-orang Jamal:1.     Dalam jumlah yang terdapat dalam ucapan-ucapan Aisyah dan Thalha dapat ditegaskan bahawa diantara faktor-faktor terpenting berlakunya perang Jamal adalah kerana ingin menebus ...
  • Jikalau mata dan telinga orang mati terbuka setelah kematian, mengapakah kedua-duanya saling bertanya antara satu sama lain tentang peristiwa-peristiwa selepas kematiannya sendiri?!
    5283 Teologi Klasik 2011/07/18
    Terbukanya pandangan barzakhi setelah kematian merupakan sebuah perkara yang berlaku secara umum; ertinya ketika seluruh manusia mengalami kematian, mereka akan menyaksikan malaikat pencabut nyawa sesuai dengan amal perbuatannya. Mereka bercakap-cakap dan mendengar suaranya. Setelah kematian ia menjelma, dan dalam bentuk terbatas dan sesuai dengan kehidupan barzakhi ia akan dihadirkan di ...
  • Bagaimana Proses terjadinya Hari Kiamat menurut falsafah dan ahli kalam dan dalil-dalil apakah yang digunakan oleh keduanya untuk menyabitkan Hari Kiamat?
    4946 Teologi Klasik 2011/07/19
    Ma'âd bermakna manusia dibangkitkan setelah kematian di mana manusia kembali hidup dan seluruh amal perbuatannya akan diperhitungkan dalam kehidupan baru. Keyakinan ini secara umum dan ringkasnya ialah kesepakatan seluruh ahli kalam dan falsafah ilahi dan seluruh umat Islam beriktikad dengannya menuruti ayat al-Qur'an. Tentang bagaimana proses terjadinya hari kebangkitan, sumber-sumber ...
  • Mengapa Syiah dipandang sebagai ajaran sesat?
    4781 Teologi Klasik 2012/07/18
    Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini: Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan: Islam tidak punya aib pada zatnya Setiap yang tercela berasal dari penganutnya Apakah metodologi langsung yang ...
  • Sebenarnya berapa lama proses penurunan Al-Quran baik secara serentak mahupun secara beransur?
    4447 Ulum Al-Quran 2011/08/20
    Turunnya Al-Quran secara serentak (daf’i) berlangsung di bulan Ramadhan, di malam Lailatul Qadar. Sebahagian riwayat memperkuatkan anggapan seperti ini bahawa malam Lailatul Qadar  ialah malam turunnya keseluruhan Al-Quran secara sekaligus dan hal itu terjadi di malam keduapuluh tiga Ramadhan di hari kelimapuluh enam setelah bi’tsat (pengangkatan Nabi (s.a.w) secara rasmi).Ulama ...
  • Apakah orang-orang beriman akan mendapat kenikmatan alam kubur dan orang-orang kafir akan dibalas dengan azab kubur?
    4395 Teologi Klasik 2011/12/19
    Syaikh Mufid dalam kitab Awâil al-Maqâlat-nya, membahagikan manusia menjadi empat bahagian berdasarkan keyakinan dan amalan perbuatan mereka:1.             Orang-orang beriman yang bertakwa2.             Orang yang melakukan dosa tanpa iman dan penentang keras kepala3.             Orang-orang beriman yang melakukan dosa besar dan tidak bertobat. Akan tetapi dosa mereka bukan kerana penentangan dan keras kepala ...

Jejaring