Carian Terperinci
Pengunjung
7299
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Mengapa Anda membatasi dan mengkhususkan Ahlulbait a.s. untuk beberapa orang saja?
soalan
Mengapa Anda membatasi dan mengkhususkan Ahlulbait a.s. untuk beberapa orang saja?
Jawaban Global

Pengkhususan “Ahlulbait a.s.” untuk empat belas maksum bukanlah pengkhususan dan pembatasan manusiawi dan kemanusiaan. Pengkhususan dan pembatasan dapat disimpulkan dari kalam Ilahi pada ayat tathir dan riwayat Nabawi yang menjelaskan ayat ini.

Dalam menetapkan dakwaan ini dapat disandarkan kepada dalil-dalil yang berbentuk ayat-ayat dan riwayat-riwayat.

 

A.    Dalil al-Quran

1.     Al-Qur’an merupakan kalam Ilahi yang diwahyukan kepada Nabi Saw dalam bahasa Arab. Kalam Ilahi adalah laksana perbuatan-Nya yang terpelihara dari segala cela dan aib. Di dalamnya sekali-kali tidak terdapat kesalahan sastra yang bertentangan dengan kaidah-kaidah tata-bahasa. Sekiranya ayat tathir dan Ahlulbait a.s. dalam ayat tersebut berkaitan dengan seluruh orang yang ada hubungan dengan Rasulullah Saw, maka hal ini akan menyalahi dengan kaidah bahasa Arab di mana ianya akan merosakkan kesahihan dan kefasihan kalam Ilahi; kerana bilangan isteri Nabi Saw lebih banyak dari jumlah lelaki dalam ayat tersebut. Dengan andaian seperti ini, iaitu dengan mengembalikan gantinama (dhamir, pronomina) kepada mudzakkar (kata-ganti lelaki) pada ayat tathir tersebut ke atas sekumpulan wanita yang lebih banyak jumlahnya merupakan kenyataan yang bertentangan dengan kaidah percakapan bahasa Arab.

2.     Dalam menentukan makna satu kalimat maka harus memerhatikan kepada tanda-tanda yang sejalan dengan (masa) keluarnya (kalimat tersebut dari sumbernya) supaya dapat sampai kepada makna yang tepat dan hakiki. Dalam ayat tathir, objek pembahasan kita adalah kalimat “Ahl”. Kalimat ini merupakan kalimat idhafa (tambahan) maknawi. Ertinya tanpa ada tempat sandaran atau yang disandar, maknanya tidak akan menjadi lengkap. Dalam ayat ini juga, Al-bait adalah sesuatu yang disandarkan dan kita tahu bahawa selain rumah Fatimah a.s., tiada satu rumah pun yang lain termasuk dalam pembicaraan ini. Jika sekiranya yang dimaksudkan dengan “bait” itu adalah rumah kediaman –supaya seluruh isteri nabi s.a.w. juga termasuk dalam perkara ini – maka seharusnya Ummu Salamah, yang kediamannya merupakan tempat turunnya ayat tersebut, adalah orang yang paling pertama menjadi objek (mishdaq) ayat ini. Akan tetapi ianya adalah sebaliknya; kerana Nabi Saw dengan disokong oleh kenyataan Ummu Salamah sendiri bahawa beliau tidak termasuk di dalam golongan Ahlulbait a.s. (sepertimana yang ada dalam ayat ini).

 

B.    Dalil Riwayat

1.     Sebagian riwayat yang dinukil dari lisan Nabi Saw di mana tujuannya adalah membataskan dan menjelaskan makna Ahlulbait a.s. di dalam ayat tathir. Oleh kerana itu, Nabi Saw bersabda bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan lima orang; Aku, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain As.

2.     Sebagian riwayat lainnya, disebutkan perilaku Nabi Saw berkenaan masalah ini: ini Kerana pengajaran-pengajaran berbentuk praktikal lebih terkesan dibanding pengajaran-pengajaran berbentuk lisan. Perawi berkata: Bahawa Nabi Saw selama enam bulan, tatkala ingin menunaikan solat, beliau akan datang ke rumah Fatimah As dan bersabda: “as-Solat Ahlal-Bait” (Tunaikanlah solat wahai Ahlulbait a.s.) dan setelah itu Hazrat s.a.w. membaca ayat tathir.

3.     Sebagian riwayat ketiga yang lain pula adalah kisah-kisah yang menunjukkan pada masyarakat tentang tersebar luasnya pembatasan ini dan pengkhususan Ahlulbait a.s. ini dimana rincian dari kisah-kisah ini dapat dijumpai di dalam kitab-kitab tafsir.

Jawaban Detil

Pembatasan kalimat “Ahlulbait a.s.” dalam ayat tathir pada lima orang 'Aali Aba (Ahlu Kisa) dapat ditetapkan dan dibuktikan melalui dalil-dalil berbentuk teks[1] dan riwayat-riwayat yang diterima secara umum oleh Ahli Sunnah dan Syiah. Kami akan menjelaskan dalil-dalil ini secara terpisah.

 

A.   Dalil-dalil al-Quran

1.     Al-Qur’an adalah kalam Ilahi dan terdapat banyak dimensi-dimensi kemukjizatannya. Namun semudah-mudah dimensi kemukjizatan dibanding yang lain yang dapat kita jangkau adalah yang berkaitan dengan kefasihan (fasahat) dan kepatahan (balaghah) al-Qur’an.[2] Ertinya dalam al-Qur’an tidak terdapat sebarang kesalahan kaidah sastra baik dalam komposisi juga dalam metodnya. Kekeliruan pemilihan kata-kata atau pengaplikasian pelbagai kalimat tidak dapat dijumpai pada lembaran suci ini.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa dalam bahasa Arab –berbeza dengan bahasa Farsi– gantinama bicara bagi wanita memiliki kalimat yang tertentu. Dalam mengembalikan satu gantinama (dhamir) perlu diperhatikan terlebih dahulu pelbagai sisinya.[3] Misalnya dalam sesebuah kumpulan di mana jika jumlah

perempuannya lebih banyak dibanding jumlah lelaki maka gantinama yang akan digunakan di dalamnya adalah untuk wanita (dhamir muannas).

Nah, sekiranya yang terjadi adalah sebaliknya? Ertinya dalam menyampaikan sebuah pesan kepada sekumpulan orang dimana kaum wanitanya lebih mendominan (dibanding kaum lelaki), kataganti yang digunakan adalah adalah kataganti bagi lelaki (dhamir mudzakkar), perbuatan ini adalah satu kesilapan dan menyalahi dengan kaidah bahasa Arab. Dan orang yang melakukan kesilapan seperti ini, iaitu menggunakan kata ganti pria di tempat wanita atau kata ganti wanita di tempat pria akan mendapat cacian di mata orang lain. Apatah lagi kepada al-Qur’an yang merupakan firman dan kalam Ilahi serta mukjizat abadi[4] Nabi Saw.

Dalam teks ayat tathir disebutkan, “’ankum….yuthahirakum..” dimana kata ganti yang digunakan di sini adalah kata ganti pria (mudzakkar,). Padahal Allah Swt mengetahui dengan baik bahawa jumlah perempuan (baca: isteri) Nabi Saw lebih banyak dari jumlah pria[5] ketika ayat ini diturunkan.

Dengan andaian begini, apabila kita ingin berpandangan berkenaan ayat di atas, bahawa -maksud- Ahlulbait a.s. di sini adalah merujuk kepada seluruh keluarga Nabi Saw secara umum, maka kita harus -juga- berkata bahawa kita telah menemukan diantara ayat-ayat suci al-Quran satu kesalahan tata bahasa dalam firman Tuhan Yang Mahatahu lagi Mahabijaksana, dimana ia adalah penggunaan dua kata ganti bagi pria di tempat kata ganti wanita (dhamir). Hal ini merupakan kesalahan yang sangat jelas dan tidak dapat diingkari. Sudah barang tentu, bahawa perkara ini bercanggah dengan seluruh keyakinan seorang Muslim yang bersandar pada kemukjizatan al-Qur’an, ilmu, kebijaksanaan Ilahi dan sebagainya dan ia tidak dapat diterima. Maka itu, tempat rujukan kata ganti haruslah dikembalikan pada dua kata ganti bagi prianya. Dengan cara sedemikian maka tidak akan timbul sebarang masalah besar.

Dan perkara tidak mungkin berlaku melainkan kita meyakini bahawa kata gantinama pada ayat tathir tersebut, berkaitan dengan Ahlulbait a.s. Nabi Saw di rumah Fatimah; iaitu Muhammad s.a.w., Ali, Fatimah, Hasan dan Husain –selawat dan rahmat Allah ke atas mereka semua-.

2.     Kalimat "اهل", (Ahl)[6] dalam bahasa Arab seperti bahasa tempatan di dalam bahasa Persia, (iaitu) senantiasa berada dalam keadaan al-idhafa maknawi (sentiasa menempel pada kalimat yang lain). Ertinya ia harus memiliki tempat bersandar atau mudhâf ilaihi (sesuatu yang ditempelkan padanya) supaya makna bahasanya menjadi jelas dan dapat difahami, seperti Ahlul kitab, [7] Ahlul iman, Ahlun nifaq dan sebagainya.

Dengan demikian, bahagian yang memikul makna kalimat Ahl "اهل" adalah mudhaf ilaihi-nya (yang ditempelkan padanya). Demikian juga pada ayat tathir apabila kita ingin memahami maksud dari Ahl tersebut maka terlebih dahulu makna al-bait harus jelas bagi kita.

" Bait " bermakna rumah, kediaman, hunian dan sebagainya dimana semua ini diambil dari perkataan ma’wa yang bermakna tempat kediaman. Nah, lalu apa yang dimaksudkan dengan ma’wa dan tempat kediaman dalam penggunaannya yang berbagai-bagai? Ia harus dijelaskan dengan memperhatikan tanda-tanda yang sesuai dengan ucapan, baik ia berbentuk tanda-tanda dalaman mahupun tanda-tanda luaran.

Berkait dengan tema pembahasan kita; iaitu Ahlulbait a.s. juga mempunyai arus yang sama.. Ertinya apabila tidak terdapat satu tanda untuk pengkhususan (maknanya), (atau) pengumuman (ta’mim) atau penjelasan dari maksud Tuhan tentang firmannya iaitu al-bait, dengan tidak menghiraukan permasalan dari sudut kesilapan tatabahasa dalam ucapan, maka makna Ahlulbait a.s. itu dapat dimaksudkan bagi seluruh orang yang ada hubungan dengan Nabi Saw, iaitu orang-orang yang berada di rumah Hazrat s.a.w. Dimana dalam hal ini maksudnya " bait " di sini akan bermakna rumah kediaman iaitu tempat tinggal.

Akan tetapi dengan melakukan sedikit ketelitian pada sesetengah tanda-tanda luaran, seperti kondisi ketika ayat ini diturunkan, maka kita akan dapati kebatilan perkara yang telah disebutkan di atas. Kerana dengan penurunan ayat ini di rumah Ummu Salamah, dan berdasarkan penegasan dari Rasulullah Saw bahawa beliau tidak tergolong dalam Ahlulbait a.s. (pada ayat tathir). Sementara, jika yang dimaksudkan dengan " bait " adalah rumah kediaman maka yang orang yang paling pertama diajak bicara (mukhatab) pada ayat tersebut adalah Ummu Salamah kerana ayat tathir diturunkan di rumahnya dan tentu beliau memiliki keutamaan dari yang lain untuk mendapatkan julukan ini.

Namun sebelumnya ini telah terbukti bahawa dakwaan ini bertentangan dengan fakta yang sebenarnya. Kiranya baik sekali di sini untuk kami menyebut sebuah riwayat yang telah dinukil oleh Wahid Naisyaburi berkait tentang masalah ini:

“Ummu Salamah berkata bahawa Nabi Saw berada di rumah (saya) dan terdapat sebuah makanan (di hadapannya), sehinggalah Fatimah As masuk ke dalam rumah dan Nabi Saw bersabda (wahai Fatimah) serulah suami dan anak-anakmu ke mari. Kemudian Ali, Hasan dan Husain (As) datang lalu mereka duduk. Sedang mereka menikmati (makanan tersebut); Rasulullah Saw tertidur.

Pada ketika itu, di bawah Nabi s.a.w. terdapat sehelai kain aba' Khaibar dan pada saat itu, saya (Ummu Salamah) berada di bilik sebelah sedang menunaikan solat. Kemudian Allah Swt mewahyukan ayat Tathir. Setelah itu, Rasulullah Saw menyelibungi mereka (Ali, Fatimah, Hasan dan Husain As) dengan kain tersebut. Lalu Rasulullah Saw mengeluarkan tangannya dan mengangkatnya ke langit dan berkata: Tuhanku, mereka ini adalah keluargaku (Ahlul bait) dan orang yang khusus buatku, jauhkan segala kekotoran dari mereka dan sucikanlah mereka. Di kala itu, saya menjeguk ke dalam bilik dan bertanya: “Apakah saya juga termasuk dengan kamu Ya Rasulullah! Beliau bersabda: anda berada dalam kebaikan. Anda berada dalam kebaikan.”[8]

Dengan demikian, meskipun ada permintaan dari Ummu Salamah Ra, namun Rasulullah Saw tidak memandangnya sebahagian dari Ahlulbait a.s. (dalam ayat tathir).[9]

Terdapat banyak riwayat dengan kandungan yang sama seperti riwayat di atas di dalam kitab-kitab hadis Ahlusunnah. Ini adalah riwayat yang masyhur yang dikenal sebagai hadis Kisa[10] di kalangan Syiah dan dapat dijumpai di dalam kitab-kitab hadis dan doa.

 

B.   Dalil-dalil Riwayat

Riwayat-riwayat yang menjelaskan maksud Tuhan dari kalimat Ahlulbait a.s. dalam ayat Tathir tidaklah sedikit jumlahnya. Namun dengan memperhatikan rincian dan penjelasan pelbagai sisi yang beragam pada riwayat-riwayat ini, kami membahaginya menjadi tiga kelompok riwayat dan kami akan sebutkan setiap satu dari riwayat-riwayat tersebut.

Perlu juga diketahui bahawa sumber-sumber riwayat-riwayat tersebut hanya semata-mata diambil dari kitab-kitab Ahlusunnah sahaja. Walaupun riwayat yang sebanding dengan riwayat-riwayat tersebut sangat banyak jumlahnya dalam kitab-kitab Syiah.

1.     Kelompok pertama adalah riwayat-riwayat yang menjelaskan sabdaan dan tuturan Nabi Saw yang berbagai-bagai berkait tentang makna kalimat Ahlulbait a.s. pada ayat tathir.

Muhammad bin al-Mutsanna menukil dari Sa’id bin Khudri berkata bahawa Rasulullah Saw bersabda: Ayat ini “Innama Yuridullah liyudzhiba ‘ankum al-rijs Ahlulbait a.s. wa Yuthahhirakum Tathira.” (Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai Ahlul Bait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya.) Diturunkan untuk lima orang, Aku, Ali, Hasan, Husain dan Fatimah As.[11]

2.     Kelompok kedua, adalah riwayat-riwayat yang datang selepas menjelaskan secara lisan maksud dari Ahlulbait a.s., riwayat-riwayat ini menjelaskan secara amali atau praktikal perkara tersebut di dalam sirah dan perilaku Rasulullah Saw.

Ibnu Waqi’ dengan menyambungkan sanad riwayat dari Anas, berkata: “Nabi Saw selama enam bulan setelah turunnya ayat tathir, setiap kali Hazrat s.a.w. ingin menunaikan solat, Hazrat s.a.w. akan berkata di hadapan rumah Fatimah, “As-Solat…Ahlulbait.” Innama YuriduLlah liyudzhiba ‘ankum al-rijs Ahlulbait a.s. wa Yuthahhirakum Tathira.”[12]

3.     Kelompok ketiga adalah riwayat-riwayat yang memiliki dimensi sejarah, tingkah laku dan pemikiran masyarakat pada waktu itu dalam hubungannya dengan ayat tathir dan menjelaskan mereka yang dibacakan (mukhatab) oleh ayat tersebut. Dengan memperhatikan kepada riwayat-riwayat tersebut maka harus dikatakan bahawa sedemikian masalah ini – pembatasan ayat tathir pada lima orang 'Aali Aba' (orang-orang yang mengenakan kain Aba') – sangat masyhur di kalangan kaum Muslimin sehingga tatkala apabila mereka melihat salah seorang dari Ali Aba ini, mereka akan berkata bahawa saya telah melihat salah seorang anggota Ahlulbait a.s. Atau dengan mengisyaratkan kepada temannya yang lain dan berkata: orang ini adalah dari Ahlulbait a.s. Sebagai contoh, dalam hal ini, kisah Abi Mujliz yang telah disebut rinciannya di dalam kitab-kitab tafsir Ahlusunnah.[13]

 

Senarai sumber-sumber rujukan dan reference:

1.     Al-Qur’ân wa I’jâz al-‘Ilmi, Muhammad Ismail Ibrahim.

2.     Mu’jizat al-Qur’ân, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi.

3.     Târikh al-Umam wa al-Muluk, Ibnu Jarir al-Thabari.

4.     Mu’jam Furuq al-Lugha, Abu Hilal al-Askari.

5.     Asbâb Nuzul al-Ayat, Abi al-Hasan ‘Ali bin Ahmad Wahidi al-Naisaburi.

6.     Ma’âni al-Qur’ân, Abi Ja’far al-Nuhas.

7.     Jâmi’ al-Bayân fi Tafsir Ayat al-Qur’ân, (Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayat al-Qur’an), Abi Ja’far Muhammad bin Jarir al-Thabari.

8.     Mafâtih al-Jinân, Syeikh Abbas al-Qummi

9.     Jâmi’ al-Durus al-‘Arabiyah, Syeikh Mustafa al-Ghilaini.



[1]. Dalil-dalil dilalah (argument) adalah dalil lafaz itu sendiri yang digunakan dalam memahami makna teks dan terkadang ia sejalan dengan indikasi-indikasi ucapan dan keadaan-keadaan tertentu dan sangat jelas dalam menjelaskan maksud dan tujuan teks, dan tiada sebarang kemungkinan terjadinya khilaf (dari sudut maknanya).

[2]. Al-Qur’ân wa I’jâz al-Ilmi, Muhammad Ismail Ibrahim, hal. 21-22.  

[3]. Jâmi’ al-Durus al-‘Arabiyah, Syeikh Mustafa al-Ghilaini, jil. 2, hal. 9.  

[4]. Mu’jizat al-Qur’ân, Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi, hal. 9.

[5]. Târikh al-Umam wa al-Muluk, Ibnu Jarir al-Thabari, jil. 2, hal. 410.  

[6]. Kerana kalimat ahl, digunakan untuk menjelaskan hubungan nasab (keturunan) dan pengkhususan pada satu kelompok tertentu yang dinisbatkan kepada seseorang atau sesuatu tempat. Mu’jam Furuq al-Lughawiyah, Abu Hilal al-Askari, hal. 85.

[7]. «وقالت طائفةٌ من اهلِ الکتاب»  , “Wa qalat taifatun min ahlilkitab” (dan berkata segolongan [lain] dari Ahli Kitab [kepada sesamanya]).” (Qs. Ali Imran [3]:72)

[8]. Asbâb Nuzul  al-Âyât, Abi al-Hasan Ali bin Ahmad Wahidi al-Naisaburi, hal. 240.

[9]. Ma’âni al-Qur’ân, Abi Ja’far al-Nuhas, jil. 5, hal. 349.  

[10]. Mafâtih al-Jinân, Syeikh Abbas al-Qummi, hal. 1017.  

[11]. Jâmi’ al-Bayân fii Tafsir al-Qur’ân (Jâmi’ al-Bayân ‘an Ta’wil Âyât al-Qur’ân) Abi Ja’far Muhammad bin Jarir al-Thabari, jil. 22, hal. 12-19.  

[12]. Tunaikanlah Solat wahai Ahlulbait. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan menyucikan kamu sesuci-sucinya, Ibid.  

[13]. Ibid, jil. 25, hal. 70.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits