Carian Terperinci
Pengunjung
4686
Tarikh Kemaskini 2013/05/25
Ringkasan pertanyaan
Apakah keIslaman dengan cara bertaklid diterima oleh Allah (s.w.t)?
soalan
Apabila kita ditanya di akhirat nanti tentang; mengapa anda memilih Islam dan menjadi seorang muslim? Jawapan apa yang harus kita berikan? Apakah disebabkan nenek-moyang kita adalah Muslim, maka secara automatik kita juga adalah Muslim?
Jawaban Global
Sekiranya kita tidak mengemukakan sebarang dalil berkenaan dengan akidah di hari akhirat nanti kecuali dalil taklid dan menuruti orang terdahulu secara membabi buta, sedangkan kita tahu bahawa nenek moyang kita bukanlah ahli ilmu, berpengetahuan, golongan intelek dan tidak juga berada dalam asuhan serta bimbingan para ulama, maka dalam hal ini kita tidak akan memperolehi keampunan dari Tuhan. Ini disebabkan perilaku dan fikiran seperti ini bertentangan dengan fitrah dan tabiat manusia. Tetapi apa yang telah kami tegaskan ialah akidah itu harus berasaskan ilmu dan keyakinan, namun ini bukan bererti bahawa: Pertama, insan hendaklah membawa dalil-dalil falsafah dan ilmiah tentang perkara ini. Cuma setiap orang itu dianjurkan untuk menyampaikan dalil dan argumen selaras dengan kemampuannya meskipun terlalu sederhana. Kedua, ketidakmampuan seseorang itu dalam perkara ini disandarkan dengan alasan akibat bimbingan golongan bijak pandai.
 
Jawaban Detil
Untuk mengrungkai perkara ini dengan jelas, kita perlu melihat beberapa perkara penting berikut:
  1. Allah (s.w.t) mencipta insan sehingga secara lumrah dan semulajadinya mereka sentiasa menjejaki hakikat dan menguasai ilmu tentang kebenaran diri sendiri. Sejak lahir ke dunia ini sehingga ke liang lahad, insan tidak sedetikpun lalai dari bertungkus lumus secara ilmiah untuk mencari hakikat. Walau bagaimanapun usaha-usaha ini tertakluk kepada umur, jasmani dan latar belakang pemikiran dan tingkah lakunya.
Dalam kata lain, Allah (s.w.t) telah menyiapkan bekalan modal secukupnya supaya insan dapat mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan, menyedari hakikat dan maʽārif di muka bumi. Dengan menggunakan bekalan-bekalan tersebut, insan dapat mencapai matlamat dan misi penciptaan.
Al-Quran berkata: [7] Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya; [8] Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - [9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih [10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya. (Surah al-Shams; 917-10)
Oleh kerana itu, hakikatnya dari perspektif kemampuan manusia adalah makhluk Tuhan yang paling ulung dalam meraih maklumat dan kemajuan-kemajuan ilmu. Bagaimana mungkin dosa seseorang itu diampunkan dan dimaafkan apabila tidak menggunakan modal kewujudan dalam menyusuri jalan-jalan keperluan paling asas bagi dirinya demi mencapai matlamat dan misi penciptaan yang menjadi dasar kedekatan kepada Allah, atau ianya memandang remeh dan lalai ketika memilih jalan ke destinasi ini (dia merasa cukup dengan pandangan, pemikiran, dan adab resam nenek moyang meskipun dia tahu bahawa ayah dan datuk neneknya bukanlah ahli ilmu dan menggunakan logik akal, dan hidup mereka juga bukanlah berasaskan hidayah ilmu dan pengetahuan.[1]
Realitinya dirinya sendiri dikecam oleh naluri dan fitrah insani yang bergerak tidak sehaluan dengannya. Dengan tanggannya sendiri, dia menterbalikkan hakikat diri sendiri.
Al-Qur'an menyebut keadaan orang seperti itu dengan menyatakan
[179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al-Aʽraf; 7:179)
  1. Setiap orang Islam yang mempunyai tanggapan bahawa hakikatnya, dirinya sendiri  adalah pengikut agama Islam, maka dalam keyakinannya ia harus memiliki sebuah dalil dan argumentasi selain taklid buta kepada nenek-moyangnya. Atas dasar inilah, mengapa pada awal-awal Risalah Amaliah disebutkan bahawa dalam masalah usuluddin tidak boleh bersandarkan dalil taklid. Lantaran itu, ia dianjur untuk belajar usuhuluddin sehingga ia sendiri yang harus sampai pada ilmu dan keyakinan.[2] Di samping itu, semangat aturan-aturan Islam adalah intelektual dan pengetahuan. Islam menyeru kepada pemeluknya untuk berfikir dan berintelektual.[3]
Namun, memang jelas bahawa tingkat dan darjat fikiran serta intelektual setiap orang salaras dengan model penerimaan mereka terhadap ilmu dan pengetahuan. Tuntutan terhadap orang awam ialah bukti dan argumentasi yang sesuai dengan fikiran, keintelektualan serta keadaan hidupnya. Sebagaimana hal ini telah disebut dalam sebuah hadis: Ketika seorang wanita tua mengrungkai benang ditanya oleh Rasulullah (s.a.w) mengenai cara ia menentukan kewujudan Tuhan. Wanita tua itu menarik tanganya dan berkata demikian ya Rasulullah….
Di sini wanita tua itu tidak mengamalkan argumen falsafah peringkat tinggi yang tidak menjadi tuntutan ke atas dirinya. Hal itu juga tidaklah berada dalam lingkaran kemampuannya untuk berargumen dengan dalil falsafah. Hanya menunjukkan pada subjek yang dapat difahami oleh semua orang bahawa pintalan benang ini memerlukan seseorang yang menggerakannya, maka tidak mungkin alam semesta yang besar ini tidak memerlukan Pencipta yang mengatur dan menggerakkan sistem alam.
Sama juga dengan dalil seorang Arab Badwi yang berkata bahawa “Sebagaimana jejak kaki unta itu menunjukkan adanya unta, begitulah juga langit dan bumi menunjukkan tentang wujudnya Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Mengetahui”.[4]
Walau bagaimana pun nampaknya alasan paling sederhana dan bersifat umum yang dapat digunakan untuk menentukan kebenaran Islam adalah keselarasannya dengan fitrah dan nurani manusia. Ertinya apabila seseorang tidak menodai fitrah yang merupakan anugerah Tuhan paling berharga dengan kelakuan dan akhlak yang tercela, begitu juga seseorang itu tidak membenamkan dirinya dalam kubangan kegelapan dosa dan maksiat, maka pasti ia dapat meraih ilmu serta keyakinan terhadap kebenaran Islam. Melalui jalan ini ia akan dapat memperoleh keyakinan yang benar di samping ia mendapatkan manfaat dari fikiran dan intelektual. 
  1. Memang benar, keyakinan terhadap prinsip-prinsip agama harus sampai ke peringkat ilmu yakin. Kerana itu, apabila seseorang tidak sampai pada tahap ini; iaitu ketika keyakinannya bercampur baur dengan keraguan dan syak-wasangka, walau berapa banyak keraguan itu melandanya maka jalan bertaklid belum cukup untuk menjadi seorang muslim. Barangsiapa yang ingin menjadi seorang muslim hendaklah mempraktikkan penyelidikan dan penelitian antara hak dan batil. Walau bagaimanapun ilmu yakin ini juga dapat diperoleh dengan jalan dalil-dalil ilmiah, begitu juga dalil melalui jalan-jalan lain seperti mendengar ayat-ayat al-Qur'an.[5]
Di antara jalan yang harus ditempuh adalah mengikuti tuntunan dan bimbingan ulama untuk memperoleh ilmu dan keyakinan dalam masalah usuluddin.[6]
Apa yang dicela dalam al-Qur'an sebenarnya  adalah taklid dan fanatik buta. Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? (surah al-Baqarah; 2:170)
Atau ayat lain sepertinya yang ada pada surah al-Maidah ayat 104, "Apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul.” Mereka menjawab, “Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati nenek moyang kami mengerjakannya.” Dan apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak (pula) mendapat petunjuk?"
Dari kedua-dua ayat ini dapatlah disimpulkan bahawa apabila nenek moyang mereka adalah kaum cerdik pandai, berasal dari golongan ulama dan orang-orang yang mendapatkan petunjuk, maka perbuatan mengikuti jejak langkah mereka, dianggap sudah tepat.[7] Namun apabila mereka tahu bahawa nenek moyang mereka bukan ahli ilmu dan bahkan banyak mengikuti persangkaan sendiri, mereka masih tetap mengikutinya, maka apa makna taklid seperti ini? Bukankah hal ini merupakan contoh dari taklid orang yang dungu kepada orang dungu yang lain?[8]
Oleh itu bagaimana mungkin seseorang dapat dipandang sebagai muslim, sedangkan ia menuruti dan bertaklid secara buta kepada orang-orang yang bukan ahli ilmu, tidak gemar berfikir, bahkan perilaku mereka tidak berasaskan petunjuk Ilahi dan fitrah? Sudah tentu ia merupakan sebuah hal yang jelas bahawa seseorang yang menjadi muslim sejati adalah ahli ilmu dan gemar berfikir atau perilaku dan akhlaknya berasaskan petunjuk Ilahi dan fitrah insaninya. Taklid mereka sentiasa disertai dengan sokongan ilmu dan dalil. Ianya juga bukan taklid buta yang berasaskan fanatik dan sikap keras kepala, di mana sikap seperti ini sekali-kali tidak akan mendapatkan keampunan daripada Tuhan.[]
 

[1]. Kecuali dalam hal ini kita benar-benar qashir bukan muqasshir. Untuk telaah lebih mendalam sila lihat indeks: "Qashirin dan Keselamatan dari Neraka", pertanyaan 323.
[2]. Risalah-risalah Amaliyah, masalah ke-1.
[3]. Al-Qur'an yang merupakan sumber utama dalam agama kita penuh dengan seruan untuk berpikir dan berinteleksi. Misalnya pada kurang lebih dari 17 kali melalui redaksi "fikr", selain itu melalui redaksi "ʽilm", redaksi "fiqh" atau redaksi "aql" dan sebagainya. Kesemua ini menandaskan motivasi dan dorongan untuk berfikir dan berintelektual.  
[4]. Bihār al-Anwār, jil. 66, hal. 133.  
[5]. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lihat, terjemahan parsi, al-Mizān, jil. 9, hal. 209.  
[6]. Dalam Tafsir Nemune berkenaan dengan hal ini disebutkan: Sebahagian penafsir menukil sebuah hadis daripada Imam Shadiq (a.s) sarat dengan isi-isi penting yang patut dijadikan perhatian. Bagaimana Allah (s.w.t) mencela mereka yang bertaklid kepada ulama dan penerimaan mereka? (Menyoroti ayat yang menjadi tema pembahasan). Apakah ada perbezaan antara orang-orang awam Yahudi atau orang-orang awam kita (kaum Muslimin) yang bertaklid kepada para ulama. Imam menjawab: Antara orang awam kita (kaum Muslimin) dan awam Yahudi pada satu perspektif terdapat satu perbezaan dan  pada sisi yang lain terdapat persamaan. Titik persamaannya adalah: Tuhan sama-sama mencela orang awam kita dan orang awam Yahudi. Sementara itu titik perbezaannya adalah bahawa kaum awam Yahudi mengetahui keadaan ulama mereka. Ulama Yahudi berdusta terang-terangan, memakan yang haram dan menerima sogokan, mengubah hukum-hukum Tuhan. Meskipun mengetahui hakikat ini dengan fitrah mereka bahawa orang-orang seperti ini adalah orang fasik dan tidak benar kaum awam Yahudi menerima ucapan-ucapan mereka tentang Tuhan dan hukum-hukum-Nya. Tidak sepatutnya kesaksian mereka tentang para nabi diterima. Namun mereka tetap menuruti ulama mereka. Atas alasan inilah Tuhan mencela mereka. Akan tetapi orang-orang awam kita (kaum Muslimin) tidak mengikut ulama seperti demikian. Apabila orang awam kita menyaksikan ulamanya melakukan kefasikan secara terang-terangan, fanatik buta,  gila dunia dan harta haram, maka, Allah (s.w.t) mencela mereka lantaran mengikuti ulama fasik sebagaimana Yahudi yang mengikuti mereka. "Fa’amma man kāna min al-fuqaha shainan linafsihi, hafizhan lidinihi, mukhalifan 'ala hawahu, muthia'n liamri mawlahu, falill awwam an yuqallidahu."  (Barang siapa dari kalangan fukaha yang memelihara dirinya, menentang hawa nafsunya, taat kepada perintah Mawla-nya maka seharusnya orang awam bertaklid kepadanya). Jelas bahawa hadis tersebut tidak menyentuh masalah taklid ibadah dalam hukum-hukum agama, namun ia menyentuh tentang mengikuti bimbingan ulama untuk memperoleh ilmu dan keyakinan dalam masalah agama. Ini disebabkan hadis itu berbicara tentang mengenal nabi yang jelas merupakan sebahagian dari ushuluddin dan taklid ta'abbudi yang mana dalam masalah tersebut tidak dibenarkan. Tafsir Nemune, jil. 1, hal. 320. Demikian juga disebutkan pada tempat lain dalam ayat-ayat al-Qur'an bahawa Ibrahim menyeru kepada Azar untuk mengikutinya, meskipun angka usia bapa saudaranya lebih tinggi, lebih tua serta lebih terkenal dalam masyarakatnya. Dalil yang diajukan Ibrahim adalah bahawa aku memiliki ilmu yang tidak engkau miliki. (Qad ja'āni min al-'ilm malam ya'tika). Hal ini merupakan sebuah aturan universal bahawa segala sesuatu yang tidak diketahui harus bertanya kepada yang mengetahui. Hal ini sebenarnya merupakan program yang merujuk kepada para pakar dalam setiap disiplin ilmu termasuklah taklid kepada mujtahid dalam masalah cabang-cabang hukum-hukum Islam. Akan tetapi dalam kes Nabi Ibrahim tidak berkaitan dengan masalah cabang-cabang (furu'uddin) namun ianya berkenaan dengan masalah yang paling asasi iaitu ushuluddin. Bahkan dalam masalah demikian ini juga harus memanfaatkan pelbagai bimbingan ulama hingga dapat memperoleh petunjuk jalan yang lurus. Tafsir Nemune, jil. 13, hal. 81.  
[7]. Sebenarnya dapat dikatakan bahawa taklid seperti ini memiliki landasan ilmiah dan rasional, dan bukan semata-mata taklid (buta).
[8]. Ayatullah Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil.1, muka surat 576.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits

Jejaring