Carian Terperinci
Pengunjung
10537
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Adakah Allah swt itu perlu ditakuti atau dicintai?!
soalan
Adakah Allah swt itu perlu ditakuti atau dicintai?!
Jawaban Global

Mencintai, gabungan antara takut dan harapan, serta tentang cinta yang dinisbatkan terhadap Allah swt, bukanlah perkara yang menakjubkan. Ini kerana perkara ini adalah sesuatu yang lumrah dan memenuhi kehidupan kita, tetapi disebabkan ianya sangat jelas maka kita telah lalai akan keadaan itu. Perlu diingat bahawa perjalanan kita adalah bersama dengan takut, harap dan cinta, maka jika tanpa harapan kita tidak akan bergerak dan jika tidak bergerak, kita tidak akan sampai kepada destinasi yang hendak dituju. Jika kita tidak takut dalam perjalanan dan tidak berhati-hati, dan bertembung dengan kecelakaan maka kita tidak akan juga sampai pada destinasi yang hendak dituju. Perkara ini dapat kita temui ketika kita menggunakan sistem pengangkutan, alat elektrik atau api dan sebagainya, kita berhasrat untuk menggunakan sistem dan peralatan tersebut, namum jika medium yang digunakan tidak disertai dengan rasa takut dan hati-hati, penggunaan medium tersebut akan menyebabkan kita kepada kecelakaan dan kematian kita.

Oleh itu perlu dikatakan: Allah swt itu perlu ditakuti dan juga perlu dicintai dan diharapkan. Oleh itu, cinta, kasih dan harapan kepadaNya akan menghasilkan buah yang sama warnanya yang mana ianya daripada arah yang satu, bergerak, berusaha dan memecut selaju yang mungkin dalam mendapatkan perkara-perkara yang mengundang keredhaanNya dan akhirnya akan sampai kepada anugerah dan pemberian serta nikmat duniawi dan ukhrawi daripadaNya. Perasaan takut kepadaNya akan menyebabkan munculnya sikap tunduk (khudu'), perasaan khidmat (khusyu'), semakin mengundang ketaatan, menjadikan orang akan meninggalkan segala maksiat dan segala faktor di mana mengundang murka, amarah dan azabNya.

Jalinan takut dan harap di dunia untuk individu kelas menengah, akan menyebabkan ketenangan yang bebas daripada sebarang jenis ketakutan dan kesedihan di akhirat kelak; dunia merupakan ladang bercucuk tanam dan tempat bekerja. Untuk bercucuk tanam dan bekerja, ianya  memerlukan penjagaan dan pengawalan daripada penyakit sehingga ia dapat dituai hasilnya di akhirat kelak. Dan di sana tidak lagi memerlukan penjagaan kerana ianya bukan lagi tempat untuk bercucuk tanam dan bekerja.

Takut semata-mata, akan menjadikan putus harapan dan kecewa dan hati akan mati serta lemah. Berharap dan cinta semata-mata akan menyebabkan diri sendiri akan tertipu, kurang ajar dan bergelumang dengan maksiat dan keduanya bukanlah yang baik dan juga bukan yang dikehendaki.

Jawaban Detil

Takut, harap serta cinta merupakan perkara fitri dan tidak perlu didefinisikan. Manusia dalam menghadapi pelbagai persoalan boleh jadi merasa takut dan gentar seperti:

1.     Merasakan adanya bahaya yang mengancam jiwa, harta dan sebagainya yang berkaitan dengannya.

2.     Merasakan keagungan dan kehebatan sesuatu perkara;

3.     Jahil terhadap sebab dan akibat sebuah perbuatan; dan sebagainya. Apa sahaja mungkin boleh dinisbatkan kepada sesetengah perkara tersebut.

Perasaan cinta dan kasih boleh diperolehi daripada beberapa perkara seperti:

a.   Menemui tarikan-tarikan dan keindahan di dalam cinta dan cenderung serta suka pada diri seseorang atau sesuatu yang dicintai. Kecenderungan dan kesukaan kepadanya lantaran kecenderungan dan kesukaan kepada segala keindahan. Dan penyair memandang cinta adalah seperti jalinan warna dan pada akhirnya membawa malu. Namun perkara ini tidak berlaku secara umum, melainkan sekiranya pelbagai keindahan ini adalah keindahan yang bersifat lintasan, sementara dan bersifat zahir belaka, perkara ini merupakan perkara yang benar. Namun jika keindahan (jamal) dan kesempurnaan (kamal), nilai-nilai akhlak atau keindahan dan kesempurnaan kewujudan dan bersifat realiti, maka kecintaan ini tidak akan memiliki warna dan akibatnya tidak membuat pecintanya merasa malu bahkan ianya adalah semua warna yang sama.

b.   Rasa adanya hubungan dan memerlukan kepada kekasih (mahbub) dan menantikan pertolongan daripada kekasih untuk sampai kepada tujuan yang ingin dicapainya. Cinta ini, memerlukan kekasih dan ianya bukanlah untuk kepentingan dirinya.

c.   Kecintaan akan terhasil melalui perasaan syukur kepada pemilik nikmat dan si pecinta yang dapat memikat hati si kekasih akan menerima anugerah, kemurahan hati dan hadiah serta akan rasa berhutang kepadanya.

d.   Kekasih, menuntut kasihnya si pencinta dan menarik si pencinta kepadanya. Untuk menambat hatinya, berlutut, memiliki sepenuhnya dan sebagainya, mungkin bagi seseorang kekasih itu disertai beberapa faktor.

Jika kita perhatikan secara saksama pada seluruh perbuatan dan tindak balas kita terhadap jenis ketakutan dan kecintaan serta harapan, maka kita akan jumpai bahawa ketiga-tiganya saling terjalin antara satu sama lain. Walaupun berkemungkinan salah satunya lebih unggul daripada yang lain dan tidak  sentiasa terjadi keseimbangan di antara ketiganya, tetapi jalinan takut dan harapan (serta kecintaan) ini  merupakan perkara yang tidak dapat dihindari. Benar, perkara ini merupakan perkara yang sangat jelas, kita lalai terhadap perkara tersebut dan kedua perbuatan memberi kesan ke atas seluruh perbuatan kita. Harapan dan cinta, menjadi faktor penggerak ke arah perbuatan kita seharian dan juga kepada perbuatan-perbuatan yang berisiko. Adanya rasa takut akan menjadi penyebab untuk berhati-hati, teliti dan membuat pertimbangan  terhadap sebab dan akibat daripada perbuatan yang akan kita lakukan serta mempersiapkan pendahuluan-pendahuluan yang diperlukan.

Jika hanya pada harapan dan cinta sahaja, berhati-hati akan diabaikan, maka dengan segera kita akan bertemu dengan kemusnahan. Dan sekiranya hanya takut sahaja, maka tiada satu perbuatan yang dapat kita lakukan, walaupun makan dan minum, oleh itu berkemungkinan setitis air masuk ke dalam paru-paru kita atau sesuap makanan dapat mencekik dan akan menjadi penyebab kematian kita!

Oleh itu, menzahirkan rasa takjub terhadap jalinan antara rasa takut, harapan dan cinta dalam kaitannya dengan Allah swt, adalah suatu yang sepatutnya. Kerana perkara ini menunjukan kelalaian kita daripada mengenal diri dan keadaan diri kita sendiri.

Keterangan lanjut: Rasa takut, harap dan cinta kepada Allah dalam individu yang berlainan adalah berdasarkan pengenalan mereka kepada Allah swt dan sifat-sifat kesempurnaan (jamâliyah) dan keagunganNya (jalâliyah). Dan pengetahuan agama daripada satu sisi, dan perbuatan mereka yang telah lalu di sisi lainnya, dan ketenangan atau kerisauan terhadap masa depannya daripada sisi lain adalah berbeza; mereka yang tertarik kepada kehebatan dan kebesaran serta keindahan Allah swt dan atau pada masa lalunya yang terjebak dengan dosa dan tidak menunaikan hak-hak Allah swt, perasaan takutnya akan lebih mendominasi daripada rasa harap dan cintanya. Dan sebaliknya, mereka yang tertawan dengan keindahan dan kasih Ilahi dan merasai segala anugerah dan pada masa lalu telah berhati-hati dan menunaikan adab di hadapan Allah swt, jika mereka alpa dan lalai, maka gerbang taubat dan keampunan Allah swt terbuka bagi mereka dan taubat mereka diterima; kecintaan dan harapan bagi mereka seperti ini lebih dominan daripadapada takut. Dan mereka yang berada di antaranya dan tidak yakin dengan perbuatan masa lalunya diterima dan akhir mereka juga merasa risau daripada ancaman murka dan azab Ilahi dan pada saat yang sama terdapat harapan kepada wujudnya keampunan dan kemuliaan daripadaNya. Antara takut dan harap serta cinta terbentuk keseimbangan. Akan tetapi yang penting adalah dalam kebanyakan individu, takut dan harap mereka berasaskan daripada kecintaan kepada diri sendiri dan naluri untuk memperoleh manfaat dan menghapuskan kerugian. Iaitu  kebanyakan individu atas dasar takut kepada balasan akhirat, terpisah daripada limpahan nikmatNya dan tidak bertemu dengan nikmat dan kenikmatan syurgawi, bidadari dan kemegahan istana-istana akan menzahirkan cinta dan harapan kepada Allah swt. Tetapi mereka yang tertawan keindahan (jamaliyah) dan keagungan (jalaliyah) Allah swt dan kasihNya dan terhadap keagunganNya, kemuliaanNya (izzah) dan kebesaranNya ('azhama) atau keduanya sangatlah sedikit jumlahnya. Selain daripada para anbia’ dan wasi  a.s sangat sedikit mereka yang sampai ke maqam ini.

Imam 'Ali a.s dalam hikmat abadinya telah melakarkan tiga golongan manusia: "Kumpulan yang menyembah Allah swt atas dasar harapan mendapat anugerah; ibadah mereka adalah umpama berniaga. Kumpulan yang kedua orang yang menyembah Allah swt kerana takut;  ibadah mereka adalah ibadahnya seorang hamba. Dan golongan yang menyembah Allah swt atas dasar rasa syukur dan terima kasih; ibadah ini adalah ibadah orang-orang merdeka."[1]

Atas alasan ini, sebahagian pembesar-pembesar berkata: "Salah satu asas penting pembelajaran dan pengajaran dalam Islam adalah cinta (mahabbah). Al-Qur'an yang merupakan guru dan pendidik akhlak memandang cinta sebagai perkara terpenting untuk keutamaan-keutamaan akhlak. Dalam kaitan ini, Imam Sodiq a.s bersabda: "Allah Swt mengasuh dan mendidik Rasulullah s.a.w dengan cinta Ilahi."[2]

Masalah menakut-nakutkan dan memberi galakan dalam al-Qur'an dan riwayat-riwayat Ahlulbait a.s adalah sangat banyak. Tetapi dalam kaitannya dengan individu- individu lemah "tingkatan akhir" dan hubungannya dengan individu-individu yang sederhana "pendahuluan dan media" sehingga manusia pada awal-awal perjalanan diperingatkan dan diberi galakan dan secara perlahan-lahan atas dasar dicintai, dia akan bergerak.[3] Oleh sebab itu, tidak perlu terlalu takjub terhadap jalinan takut dan cinta dalam hubungannya dengan Allah swt, bahkan jalinan takut dan harap sangat diperlukan bagi mendidik dan memajukan manusia. Kerana dengan perasaan takut, manusia akan menghindar dan menjauh daripada segala perbuatan maksiat dan daripada segala yang menyebabkan kemurkaan dan azab Ilahi. Tunduk dan merasa khusyuk serta ketaatannya kepada Allah swt akan bertambah; dan akibat terdorong oleh rasa cinta ia akan menunaikan segala kewajiban dan semua yang dianjurkan. Dan berlumba-lumba untuk melaksanakan segala sesuatu yang dapat menarik kelembutan, rahmat dan nikmat Ilahi. Ringkasannya, hasil daripada rasa takut dan harap terhadapNya adalah berlumba pada kebaikan dan memperindahkan diri dengan segala keutamaan dan menghindarkan diri daripada segala keburukan dan maksiat. Mengosongkan diri daripada segala sifat tercela merupakan kesempurnaan ideal yang dihendaki Allah swt dalam penciptaanNya. Iaitu mengambil warnanya Ilahi dan mencapai maqam khalifah Ilahi. Merasa tenang dalam mengecap nikmat-nikmat ukhrawi dan bebas daripada segala kerisauan dan kekhuatiran, sebagaimana hasil ini berulang kali dikatakan dalam al-Qur'an: "Jika mereka benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, maka mereka akan mendapatkan pahala di sisi Allah swt mereka; tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Qs. Al-Baqarah [2]:62), "Dan sekiranya ahli kitab beriman dan bertakwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang penuh kenikmatan." (Qs. Al-Maidah [5]:65). Jika tidak demikian, maka rasa takut itu hanya akan menjadi penyebab kepada ketegangan, berputus-asa, berpatah hati dan membuat orang meninggalkan taubat lalu tenggelam dalam perbuatan dosa, maksiat dan sebagainya. Dan akhirnya akan tenggelam dalam segala duka dan nestapa duniawi dan ukhrawi, dan bukan hanya sekadar cinta, perkara  itu akan menjadi sebab mereka terjebak dengan perbuatan maksiat, dengan harapan di akhir usia dapat bertaubat, dan tamak yang tidak bertempat terhadap rahmat, kemuliaan dan kebaikan Allah swt. manusia tidak mencari sebab-sebab tarikan pemurah dan rahmat Ilahi, maka dia tidak dapat menikmati rahmat dan kebaikan (luthf) Allah swt!

Imam Husain a.s dalam doa Arafah bersabda: "Sungguh butalah mata yang tidak melihatMu. Rugilah orang yang tidak mendambakan cinta baginya." Oleh itu, pungutlah rasa takut dan cinta ini sebagai bekalan di akhirat nanti. Di tempat itulah azab dan derita akan menimpa ke atas mereka yang tidak menjaga nikmat ini atau kepada mereka yang kecewa dan tenggelam dalam maksiat atau tertipu dan tidak mengumpul bekalan di dunia ini. Dan tempat itu juga akan menjadi nikmat dan ketenangan tanpa kerisauan dan ketakutan bagi orang-orang yang menjaga keseimbangan antara rasa takut dan harap, menjauhkan diri daripada maksiat dan berlumba-lumba dalam mengumpul bekalan untuk kehidupan akhiratnya.

Untuk rujukan lanjut pembahasan "khauf dan raja’" atau "mahabbah" dan "wilayah." Sila rujuk kitab:

1.     Marahil-e Akhlaq dar Quran, Ayatullah Jawadi Amuli, hal. 279-340.

2.     Syarh-e Cehel Hadits, Imam Khomeini Ra, hal. 221, 223, 481 dan 484.

3.     Akhlaq dar Quran, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, perbahasan "Khauf" dan "Raja’."


[1].Lihat, Nahjul Balaghah, hikmat 237

[2].Lihat, Allamah Majlisi, Bihârul Anwâr, jil. 17, hal. 3

[3].Lihat, Abdullah Jawadi Amuli, Marahil-e Akhlaq dar Quran, hal. 330-332.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits