Carian Terperinci
Pengunjung
16322
Tarikh Kemaskini 2013/03/30
Ringkasan pertanyaan
Apakah malam laylatul qadar ada banyak bilangannya? Apakah siang harinya juga temasuk laylatul qadar?
soalan
Apakah malam laylatul qadar itu banyak bilangannya? Apakah siangnya juga temasuk laylatul qadar?
Jawaban Global
Laylatul qadar adalah malam yang penuh keberkatan dan sangat penting. Sesuai dengan nas ayat al-Qur'an, laylatul qadar  terjadi pada bulan Ramadhan. Dalam pertanyaan yang dikemukakan di atas terdapat beberapa kemungkinan seperti berikut:
  1. Maksud dari “berapa banyak jumlah” malam laylatul qadar ialah: Malam 19, 21 dan 23 dalam satu tahun sebagaimana yang dikatakan orang.
  2. Maksud dari “berapa banyak jumlah” malam laylatul qadar ialah: laylatul qadar terjadi di zaman Rasulullah (s.a.w) dan akan berulang setelah baginda.
  3. Maksud dari “berapa banyak jumlah” malam laylatul qadar ialah: Dengan memperhatikan perbezaan ufuk kota-kota yang dihuni penduduk Islam dan perbezaan hari dalam bulan Ramadhan di setiap tempat, maka terdapat laylatul qadar yang khusus untuk tempat tersebut.
Dalam menjawab pertanyaan ini harus dikatakan bahawa apa yang disampaikan oleh masyarakat awam adalah sebuah bentuk toleransi dalam ucapan, sedangkan kita hanya memiiliki satu malam laylatul qadar iaitu malam diturunkannya al-Qur'an dan ditentukannya (ditakdirkannya) segala urusan. Allah (s.w.t) berfirman: "Innā anzalnāhu fī lailatil qadr." (Sesungguhnya Kami turunkan (al-Qur'an pada malam laylatul qadar, surah Al-Qadr [97]:1) Ayat ini menegaskan bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam laylatul qadar, bukan pada malam-malam lain.
Berkenaan dengan kemungkinan yang kedua, maka harus dikatakan bahawa menurut ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis, malam laylatul qadar tidak hanya khusus pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan malam penurunan al-Qur'an. Bahkan ianya adalah sebuah perkara yang berkesinambungan dan merupakan suatu malam yang terus berulang pada setiap tahun sebagaimana ʻAidul Qurban yang disambut pada setiap tahun. Ini disebabkan Allah (s.w.t) berfirman:
  1. "Tanazzalul malā’ikatu war rūhu fīha.."
  2. "Fiha yufraqu kullu ʻamrin hakīm."
Pada kedua ayat ini, redaksi "tanazzal" dan "yufraqu" keduanya disebutkan dengan bentuk ṣighah mudhāriʻ dan ini bermakna peristiwa ini terus berulang.  Dalam beberapa hadis juga disebut bahawa malam laylatul qadar terjadi pada setiap tahun dan urusan untuk setahun diturunkan pada malam ini.
Dalam kemungkinan yang ketiga, harus dikatakan bahawa perbezaan ufuk tidak akan menjadi penyebab jumlah bilangan malam laylatul qadar menjadi banyak. Sekiranya kaum Muslimin tidak memandang mudah penentuan malam pertama bulan Ramadhan, mereka pasti langsung menunaikan tugas syari' berkenaan dengan masalah ini dan menghidupkan malam-malam yang dihitung sebagai malam laylatul qadar, maka sudah tentu mereka akan mendapatkan kemurahan-kemurahan Tuhan meski pun malam itu bukanlah malam laylatul qadar. Namun jelas bahawa sebahagian tipologi malam laylatul qadar seperti turunnya para malaikat bagi wali Allah hanya terdapat pada malam laylatul qadar yang sebenarnya.
Sebahagian riwayat menyebut bahawa yaumul qadar (siang hari Qadar) mempunyai keutamaan yang sebanding dengan kelebihan malam laylatul qadar, meski pun banyak peristiwa akan terjadi pada malam Qadar seperti pengaturan segala urusan dan turunnya para malaikat. Dalam hal ini, Allah (s.w.t) berfirman: " Tanazzal al-malā’ikah wa al-rūh fīhā bi’idzni Rabbihim min kulli Amr." (Para malaikat dan rūh (Jibril) menurunkan segala ketentuan pada malam itu, Surah Al-Qadar [97]:4)
 
Jawaban Detil
Sebelum memberikan jawapan atas pertanyaan yang diajukan diatas, pertanyaan ini harus dianalisa terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan banyaknya jumlah dan bilangan laylatul qadar? Apakah yang dimaksudkan itu adalah seluruh malam-malam di penghujung bulan Ramadhan? Ertinya apakah malam-malam 19, 21, 23 adalah malam-malam qadar kerana memiliki amalan-amalan khusus atau salah satu dari malam-malam ini adalah malam qadar?
Atau maksud bilangan yang ingin diketahui oleh si penanya: Apakah malam qadar hanya terjadi satu kali sahaja iaitu pada zaman Rasulullah (s.a.w) atau berlaku berulang-ulang kali? Sekiranya bilangan malam qadar itu banyak, apakah malam qadar ini terjadi pada zaman Rasulullah (s.a.w) atau akan terjadi setelah kewafatan baginda?
Atau juga yang dimaksudkan dengan jumlah bilangan laylatul qadar ialah perbezaan ufuk bandar-bandar yang dihuni umat Islam di seluruh dunia dan perbezaan bulan-bulan Hijrah di kota-kota ini. Sehinggalah (misalannya) awal Ramadhan di sebuah negeri jatuh pada hari Selasa sementara negara-negara yang lain jatuh pada hari Rabu. Akibatnya malam-malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan juga terdapat perbezaan.
Hari-hari dalam bulan Ramadhan di setiap tempat terdapat laylatul qadar yang khusus menurut tempat tersebut. Malam 23 untuk negara pertama lebih awal daripada negara yang kedua. Kerana itu malam qadar tidak dapat ditetapkan pada malam tertentu dalam suatu tahun. Dengan demikian, secara logiknya negara-negara tadi mempunyai malam laylatul qadar tersendiri dan jumlah malam laylatul qadar akan menjadi banyak.
Kemungkinan dari jawapan di atas, Pertama: sesuai dengan nash al-Qur'an bahawa malam Qadar terdapat pada bulan Ramadhan[1] dan tidak lebih dari satu malam kerana Allah (s.w.t) berfirman, "Inna Anzalnāhu fī laylatil Qadr." Sesungguhnya Kami Turunkan al-Qur'an pada “malam” Laylatul Qadar dan bukan pada “malam-malam” qadar. Kerana “satu malam” ini belum jelas bagi kita[2] dan yang disebutkan ialah salah satu dari “malam-malam” ini, 19, 21, dan 23 adalah “malam Qadar”. Maka hendaknya kita berjaga pada “malam-malam” ini sehingga meraih keutamaan malam laylatul qadar.[3] Apabila beberapa riwayat menyebut tentang tiga malam ini[4], maka ianya bertujuan bagi memudahkan para hamba Allah (s.w.t) untuk mendapatkan malam laylatul qadar.
Kedua: Sesuai dengan pandangan al-Qur'an dan Ahlul Bait (a.s) yang menegaskan bahawa malam laylatul qadar terjadi pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan tetap berlangsung hingga sekarang.
Bentuk ayat, "Tanazzal al-malā’ikatu wa al-rūḥ fiīhā bi’idhni Rabbihim min kulli Amr" yang digunakan adalah bentuk kalimat fiʻl muḍāriʻ (kata kerja yang menunjukkan masa sekarang dan akan datang). Maka dapatlah difahami bahawa hal ehwal penurunan malaikat dan roh terus terjadi dan berkesinambungan.[5]
Demikian juga dalam surah ad-Dukhkhān (44), ayat 6 berkenaan malam qadar yang disebut sebagai, "Fīhā Yufraqu kullu ʼamrin hakīm amran min ʻindina Innā kunnā mursalīn." (Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. [Penurunan Al-Qur’an itu] sebagai perintah dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah pengutus [Muhammad])"
Begitu juga apa yang dinyatakan ayat yang berbentuk muḍāriʻ "yufraqu" di mana kalimah ini dalam bahasa Arab menunjukkan kesinambungan dan perbuatan yang terus-menerus.
Sebahagian riwayat Ahlul Bait (a.s) juga menegaskan persoalan ini. Imam Jawad (a.s) berkata: "Ali (a.s) berkata kepada Ibnu Abbas: "Malam laylatul Qadar terjadi setiap tahun dan urusan satu tahun diturunkan pada malam (itu)."[6] Nabi (s.a.w), dalam menjawab pertanyaan Abu Dzar berkenaan dengan malam laylatul qadar, bersabda: "Malam ini terjadi hingga hari kiamat."[7] Para penafsir Ahlusunnah juga berpandangan sedemikian bahawa malam laylatul qadar tetap terjadi (setiap tahun).[8]
Walau bagaimanapun, mengenai kemungkinan yang ketiga harus dikatakan bahawa: Sebelum menjawab pertanyaan ini kami perlu kemukakan persoalan ini sebagai pengantar:
Dalam kebudayaan Islam, disebabkan tipologi dan karakteristiknya yang istimewa, maka malam laylatul qadar memiliki nilai kepentingan yang sangat tinggi. Terdapat banyak riwayat yang menegaskan betapa pentingnya menghidupkan malam Qadar ini. Sayid Ibnu Thawus dalam kitab Iqbāl menyebut bahawa Nabi (s.a.w) menukil daripada Nabi Musa (a.s) yang berkata: Tuhanku! Aku ingin mendekatkan (qurb) diri kepada-Mu. Tuhan berfirman: Kedekatan kepada-Ku ialah orang yang terjaga pada malam Qadar. Nabi Musa berkata: Tuhanku! Aku ingin kasih-Mu. Tuhan berfirman: Kasih-Ku bagi orang yang mengasihi kaum fakir di malam Qadar. Musa berkata: Tuhanku! Aku ingin keselamatan, iaitu keselamatan dari neraka. Tuhan berfirman: Keselamatan bagi orang yang beristighfar (memohon ampunan) di malam Qadar. Musa berkata: Tuhanku! Aku mohon keredaan-Mu. Tuhan berfirman: Keredaan-Ku ialah bagi orang yang menunaikan dua rakaat solat pada malam Qadar.[9]
Di antara tipologi malam Qadar adalah turunnya al-Qur'an, turunnya para malaikat dan roh ke atas wali Allah, dan juga tingginya nilai ibadah pada satu malam itu lebih  dari seribu bulan.[10] Demikian juga pengaturan dan ketentuan segala peristiwa (waqāi) dan nasib makhluk (khalāiq).[11]
Adapun pertanyaan berkenaan dengan perbezaan ufuk berbagai bandar, apakah tipologi malam laylatul qadar ini akan berulang secara berbeza bagi seluruh penghuni setiap kota yang tidak sama ufuknya?
Yang disebutkan dalam al-Qur'an dan riwayat secara zahir ialah malam Qadar tidak lebih dari satu malam. Tipologi yang dimilikinya adalah kembali kepada wali Allah dan Imam Maksum (a.s) di mana semua ini terjadi pada satu malam; ertinya turunnya para malaikat kepada Imam, penentuan serta pengaturan pelbagai urusan, kejadian, rezeki, semuanya terjadi pada suatu malam tertentu. Allah (s.w.t) berfirman: "Tanazzal al-Malā’ikatu wa al-Rūh fihā." Penurunan para malaikat, roh dan al-Qur'an juga terjadi pada malam ini, "Inna anzalnahu fii lailatil Qadar." Atau disebutkan juga dalam riwayat bahawa pada malam ini urusan setahun diturunkan.[12]
Akan tetapi untuk memahami seluruh keutamaan malam laylatul qadar maka kita harus menunaikan apa yang menjadi tugas dan kewajipan kita. [13] Hal ini berkemungkinan membukakan jalan bagi kita untuk memahami keutamaan malam laylatul qadar. Ertinya apabila dalil-dalil menetapkan bahawa hari pertama bulan Ramadhan jatuh pada suatu hari tertentu, maka sudah tentu malam laylatul qadar akan menjadi jelas. Sudah tentu segala amalan dan kegiatan menghidupkan malam tersebut tidak akan berlalu begitu sahaja tanpa ganjaran. Semoga dengan mengerjakan amalan-amalan dan menghidupkan malam laylatul qadar ini kita diberikan ganjaran sepatutnya bagi orang yang menghidupkan malam laylatul qadar.  Meski pun malam itu bukan malam laylatul qadar yang sebenarnya.[14]
Namun demikian, kita dianjur agar menghidupkan malam laylatul qadar pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan. Boleh jadi tradisi keislaman ini adalah untuk menghasilkan kemantapan hati untuk menjumpai dan meraih malam laylatul qadar.
Sekarang muncul sebuah pertanyaan lain: Apakah darjat dan kedudukan malam laylatul qadar sama seperti dengan hari yaumul qadar-nya? Untuk menjawab pertanyaan ini harus dikatakan bahawa: Walaupun terdapat sebahagian kejadian seperti penurunan para malaikat kepada wali Allah pada malam laylatul qadar, namun keutamaan dan darjat hari Qadar juga sama dengan malam Qadar.[15]
Berkenaan dengan amalan malam 23 bulan Ramadhan Syaikh Abbas Qummi berkata, "Siang hari laylatul qadar harus dihormati dan dimuliakan. Seharusnya kita menyibukkan diri dengan beribadah, berdoa dan membaca al-Qur'an. Ini disebabkan hadis-hadis muktabar menyatakan bahawa keutamaan siang hari Qadar adalah sama dengan keutamaan malam Qadar.[16][]
 

[1]. Hal ini dapat disimpulkan dengan melihat pada kedua ayat ini, "Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Qur'an di dalamnya." (Surah Al-Baqarah [2]:185) dan "Sesungguhnya Kami turunkan (al-Qur'an) pada malam lailatul qadar." (Surah Al-Qadr [97]:1)
[2]. Disebutkan bahwa: Allah (s.w.t) menyembunyikan beberapa hal pada beberapa tempat: Malam Qadar di antara malam-malam. sementara detik-detik Kiamat di antara waktu-waktu. Ism A'ẓam di antara nama-nama. Waktu yang dikabulkan doa berada di antara saat-saat yang berbeza. Keredaan Tuhan di antara seluruh ketaatan. Para wali khusus di kalangan para hamba, sehingga manusia memandang penting malam-malam yang ada, sehingga manusia menghormati seluruh manusia, dan mencari keredaan Tuhan bersama seluruh ketaatannya.
[3]. Boleh jadi atas alasan inilah Nabi (s.a.w) dan para Imam Maksum menghidupkan sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan. Namun mungkin juga dapat dikatakan bahwa Nabi (s.a.w) dan para Imam Maksum (a.s) sesungguhnya mengetahui bila terjadinya malam lailatul qadar. Adapun Rasulullah (s.a.w) dan para Imam Maksum menghidupkan (ihya) malam lailatul qadar kerana ritual ihya (menghidupkan) ini memiliki rahsia dan alasan tersendiri atau Rasulullah (s.a.w) memberikan pengajaran kepada orang lain untuk belajar sikap waspada ini secara praktikal daripada para imam maksum (a.s).
[4]. Sufyan bin Samṭ bertanya kepada Imam Shadiq (a.s): Malam-malam  yang manakah yang berkemungkinan menjadi malam lailatul qadar? Imam Shadiq (a.s) berkata: Malam 19, 21, 23.  Akbar Dehqani, Tafsir Nasim-e Hayāt, hal. 465, Qum, Intisyarat-e Haram, cetakan ke-83.
[5]. Ayatullah Nasir Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 27, hal. 185.
[6]. Muhammad Qummi Masyhadi, Tafsir Kanz al-Daqāiq, jil. 14, hal. 359, Wizarat-e Irsyad.
[7]. Ibid.
[8].  Fakhrurazi, Tafsir al-Kabir, jil. 32, hal. 29, Dar al-Ihya, Beirut.
[9]. Imam Khomeini, Ādāb al-Shalāt, hal. 333, cetakan ke-4, Muassasah Tanzhim wa Nasyr Atsar Imam.
[10]. Sayid Muhammad Husain Thabathabai, al-Mizān, jil. 20, hal. 332, Jamia al-Mudarrisin.
[11]. Untuk keterangan lebih jauh silakan lihat, Ahkām al-Qur'ān, Ibnu Arabi, jil. 4, hal. 1961, Dar al-Ma'rifah.
[12]. Muhammad Qummi Masyhadi, Tafsir Kanz al-Daqāiq, jil. 14, hal. 359.
[13]. Akan tetapi terdapat jawapan yang lain berkaitan dengan kemungkinan ketiga ini: Misalnya pada Tafsir Nemune, jil. 27, hal. 193 disebutkan bahwa malam terjadi apabila bayangan separuh planet bumi menutupi separuh planet bumi yang lain. Kita tahu bahawa bayangan ini bergerak disertai dengan putaran bumi. Putaran yang genap terjadi dalam tempoh dua puluh empat jam. Kerana itu boleh jadi malam lailatul qadar terjadi pada pusingan sempurna malam mengikuti putaran bumi. Ertinya dalam tempoh dua puluh empat jam kegelapan menutupi seluruh titik bumi dan malam lailatul qadar yang bermula dari satu titik ini dan berakhir pada titik yang lain. (Perhatikan baik-baik) Berdasarkan hal ini maka tidak ada lagi jumlah bilangan malam lailatul qadar kerana perbezaan ufuk.
[14]. Hal ini dapat difahami dari riwayat-riwayat berkaitan persoalan tasāmuh (adanya toleransi) sebagaimana di dalam dalil-dalil yang disebutkan dalam kitab-kitab. Hisyam bin Salim menukilkan daripada Abi Abdillah (As) di mana Imam berkata: Apabila ada orang yang mendengar bahwa – suatu amalan atau sebuah pekerjaan pada waktu tertentu – memiliki ganjaran dan setelah mengerjakan amalan tertentu ternyata rupa-rupanya riwayat yang sampai kepadanya tidak sahih, maka Allah (s.w.t) akan menganugerahkan ganjaran itu kepadanya walaupun  amalan atau perbuatan yang dikerjakannya tidak memiliki ganjaran dan pahala. Al-Qawāʻid, Sayid Muhammad Kazhim Mustafawi, Jamia' al-Mudarrisin, hal. 96.
[15]. Lailatul qadar fī Kulli sanah wa yaumuha mithlu lailatuha, Malam lailatul qadar terjadi pada setiap tahun, dan nilai siangnya sama dengan nilai malamnya. Syeikh Thusi, Tahdzib al-Ahkam, sebagaimana yang dinukil Tafsir Nasim-e Rahmat, muka surat 473. Apa yang termaktub pada kitab Tahdzib tentu saja bukan inferensi (istinbath) Syeikh Thusi melainkan sebuah riwayat yang dinukil dari imam maksum (a.s).
[16]. Syeikh Abbas al-Qummi, Mafātih al-Jinān, hal. 389, Intisyarat-e Luqman.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits