Pengunjung
8717
Tarikh Kemaskini 2011/06/14
Ringkasan pertanyaan
Mengapa al-Qur’an menyebut kisah-kisah tertentu dan menumpukan kisah Nabi Musa (a.s) lebih dari kisah Nabi Muhammad (s.a.w)?
soalan
Sudah tentu bukan menjadi kelaziman ayat-ayat Qur’an untuk sentiasa menjelaskan sesuatu secara terperinci, namun sebahagian besar dari ayat-ayat menjelaskan kisah tertentu dengan mendalam bahkan ada beberapa hal disebutkan secara berulang-ulang. Misalnya kisah Nabi Musa (a.s) telah diceritakan secara berulang dan terperinci sambil menjelaskan betapa pentingnya kisah tersebut, tidak seperti kisah kehidupan Rasulullah (s.a.w). Contohnya penerangan kisah Nabi Sulaiman (a.s) atau peristiwa Ratu Balqis diceritakan dengan terperinci. Apakah hal ini memiliki sebab tertentu ?
Jawaban Global

Dalam menjawab bahagian pertama soalan itu, kita dapat mengatakan bahawa penerangan sebuah hakikat atau hukum serta aturan tertentu tidak dapat menyediakan seluruh bahagian dan karakteristik yang berkaitan dengannya. Perkara ini diperhatikan dalam al-Quran; kerana jikalau seluruh perkara tertentu dan perkerjaan-pekerjaan hendak diterangkan dalam sebuah undang-undang, ia menyebabkan Allah Ta'ala menurunkan sebuah kitab untuk setiap orang Islam, dengan memberi perhatian sifat khusus perilaku yang ada pada orang tersebut, seperti karakteristik ruang dan waktu serta... Oleh kerana hasil seperti ini adalah negatif, penyediaan pengetahuan, undang-undang dalam ayat-ayat Tuhan merupakan penampilan realiti hakiki dan rasional. Ayat-ayat al-Qur’an dalam banyak perkara berformat terus terang, tasybih, contoh atau pengkisahan telah menjelaskan ilmu pengetahuan dan hukum universal. Benar! kadang-kadang dengan pembuktian Tuhan menjelaskan sebuah hakikat atau hukum tertentu dengan menyebutkan objeknya. Seperti permainan judi di kalangan Arab yang dahulu merupakan kebanggaan sehingga keburukan dari judi tersembunyi di kalangan mereka. Oleh kerana itu Allah (s.w.t) menurunkan ayat berkaitan dengan judi dan arak secara khusus. Penjelasan secara terperinci ini sudah tentu tidak bertentangan dengan konsep universal itu sendiri bahkan pada saat yang sama berusaha mengeluarkan masyarakat dari kebingungan dan kesulitan.

Namun jawapan bahagian kedua dari pertanyaan tersebut adalah jelas bahawa sebab mengapa kisah-kisah yang lalu diangkat kembali ialah kerana penyelidikan-penyelidikan terhadap peristiwa di zaman dahulu akan membuka pandangan-pandangan baru untuk kita, sehingga kita mengetahui pelbagai penyelewengan dan kemenangan mereka, dan oleh kerana ini kita masih memerlukan kepahitan-kepahitan dalam langit-langit mulut mereka. Petunjuk ini dapat memberikan beberapa sebab musabab iaitu:

1.     Menukil berbagai perincian sejarah yang disebabkan persoalan tahaddi (menjelaskan mukjizat dan ilmu Rasulullah (s.a.w)).

2.     Penukilan sejarah para nabi Yahudi dan Kristian serta para pengikut mereka, dengan memahami latar belakang persamaan antara kepercayaan mereka dengan agama Islam, maka mereka telah cenderung dengan agama Islam serta menjauhkan diri dari sikap permusuhan dengan Islam.

3.     Terdapat banyak masalah ideologi yang sangat tepat dan juga yang tidak dapat dihayati. Allah (s.w.t) dengan menceritakan kisah-kisah manusia unggul maka persoalan tersebut menjadi sangat mudah dan difahami oleh seluruh lapisan, seperti kekuatan mutlak Allah (s.w.t) dalam kisah Nabi Ibrahim (a.s) di mana beliau dapat diselamatkan dari api.

4.     Dalil yang lain mengapa perlu menyebut kisah-kisah dahulu ialah supaya kita mampu mengambil hikmah dari kaum-kaum terdahulu.

5.     Menukil sebuah kisah sebagai pembelajaran tidak langsung merupakan salah satu jalan pendidikan terbaik. Al-Qur’an dalam format beberapa kisah seperti argumentasi nabi Ibrahim (a.s) dan… dengan metodologi pelajaran seperti ini, teknik penghujahan, adab hubungan sosial dan… telah memberikan manfaat yang memadai.

 

Dalam menjawab bahagian akhir dari pertanyaan tersebut kita dapat mengatakan bahawa penyebutan kisah seseorang itu di dalam al-Quran bukanlah menunjukkan keistimewaannya. Sebaliknya jika tidak diketengahkan ucapan daripada seseorang individu bukanlah menunjukkan kerendahan martabat seseorang itu. Kerana dari satu sisi kita dapat meyaksikan di dalam al-Qur’an terdapat nama-nama manusia tercela seperti Fir’aun, Abu Lahab, Sameri dan Syaitan, dan di sisi lain terlalu banyak kesan dari kehidupan nabi-nabi Ilahi tidak kita temukan di dalam kitab al-Qur’an. Sebabnya dapat kita katakan kerana tidak ada kemaslahatan dan tujuan tertentu dalam menjelaskan pengetahuan-pengetahuan Ilahi.

Kami akan menyebutkan dua hal penting yang ditekankan dalam pertanyaan tersebut :

1.     Salah satu alasan mengapa kisah Nabi Musa (a.s) disebutkan dalam al-Qur’an sehinggakan berulang-ulang adalah disebabkan ada banyak persamaan antara kaum Muslimin dan kaum Bani Israil.

2.     Dakwaan bahawa kehidupan Rasulullah (s.a.w) tidak diangkat dalam al-Qur’an adalah dakwaan yang sangat berlebihan, kerana dengan memperhatikan sebab-sebab pewahyuan ayat (asbab al-nuzul) kita dapat menyimpulkan bahawa sebahagian besar dari beberapa ayat al-Qur’an berhubungan dengan kehidupan Rasulullah (s.a.w) dari berbagai sudut termasuk para Ahlulbaitnya dan sahabatnya.

Jawaban Detil

Untuk menjawab persoalan ini perlulah kita memilah pelbagai hal yang perlu dijelaskan terlebih dahulu, sehingga kita mampu mencapai sebuah jawapan terakhir atas persoalan ini.

 

Bahagian  Pertama

Apakah dalilnya bahawa ayat-ayat dalam al-Qur’an bersifat universal dan global? Mengapa pada sebahagian kes tidak mengikuti kaedah tersebut, malah menjelaskan persoalan tersebut dengan sangat terperinci ?

Al-Qur’an adalah tali Ilahi yang  menjadi dasar kebahagiaan dan keselamatan bagi seluruh manusia.[1] Oleh kerana itu seluruh aturan lazim hendaklah berada diberi tempatnya untuk membimbing manusia.

Sekarang jika diandaikan segala hal, perkara tertentu dan objek ditulis di dalam al-Qur’an secara terperinci, baik yang telah terdahulu maupun yang akan datang, maka perlu diturunkan sebuah kitab yang sangat kompleks di setiap saat kehidupan seorang muslim. Sudah tentu ianya merupakan sebuah perkara yang mustahil dan tidak masuk akal. Maka apa yang harus kita lakukan dan jalan mana yang harus dipilih?

Allah (s.w.t) menurunkan al-qur’an sebagai resepi sempurna yang membebaskan dalam bentuk yang paling baik sebagai hidayah bagai manusia. Allah (s.w.t) menjelaskan hukum-hukum universal dalam al-Qur’an dengan tegas, kadang-kadang dengan contoh dan hukum, dan kadangkala juga dengan menceritakan kisah-kisah kaum terdahulu. Dengan hukum tersebut masyarakat dapat menentukan jalan yang terbaik dan mendapat bantuan dari kecelakaan dan malapetaka.

Inilah yang dijelaskan oleh Imam Shadiq (a.s) kepada sahabat-sahabatnya: “Bagi kami adalah menjelaskan prinsip-prinsip umum dan bersifat universal dan bagi kalian mencabangkannya.[2]

Akan tetapi dalam persoalan ini, kadangkala mengembalikan prinsip tertentu kepada prinsip universal menjadi sangat sulit dan kadang-kadang juga langsung diabaikan. Berkenaan dengan hal ini ia perlu kepada penegak hukum yang menjelaskan sebahagian dari perincian hukum tersebut serta mengajar bagaimana menentukan objeknya (mishdaq). Sebagai contoh Allah (s.w.t) menjelaskan dalam al-Qur’an-Nya “maka jauhilah berhala-berhala yang najis itu.[3] Jika kita amati pada zaman itu budaya arab menganggap minuman keras dan judi adalah biasa[4] bahkan mereka tidak memperhatikan kesan keburukan dari perbuatan tersebut. Setelah selang beberapa waktu ayat sebelumnya turun maka Allah (s.w.t) pada ayat lainnya dengan tegas menjelaskan bahawa: “judi dan minuman keras dan ... termasuk hal-hal yang najis....[5]

Oleh kerana itu menjelaskan sebahagian perkara secara terperinci bukan saja tidak merosakkan prinsip universal itu sendiri, bahkan sebagai perantara yang ideal untuk memahami keadaan-keadaan tertentu dan sebagai perantara untuk menghasilkan jalan yang benar dalam memecahkan persoalan-persoalan baru dengan merujuk kepada prinsip-prinsip universal yang disampaikan al-Qur’an. Tentunya hal demikian akan mencegah kita untuk melakukan penyelewengan dan penakwilan yang tidak benar. Oleh kerana itu kadangkala al-Qur’an berbeza dengan berbagai jenis buku ilmiah, di mana di dalam buku ilmiah dalam menjelaskan hakikat sesuatu ia tidak menyertakan objek-objeknya, dalam masalah ilmiah disibukkan dengan hal-hal tertentu dan tidak menjelaskan kaedah-kaedah universalnya.

 

Bahagian Kedua :

Tolong jelaskan sebab mengapa Al-qur’an menceriterakan kisah-kisah kaum terdahulu? Sebelumnya telah kami jelaskan keperluan penyebutan secara terperinci dan mudah disentuh pada beberapa permasalahan tertentu. Sekarang pertanyaannya ialah mengapa perincian tersebut dijelaskan dalam bentuk pengkisahan dan sejarah? Apakah Allah (s.w.t) tidak mungkin menjelaskan objek-objeknya secara langsung?

Pertama kita harus fahami bahawa al-Qur’an bukan kitab sejarah sehingga harus menjelaskan seluruh titik persoalan yang ada dalam sejarah. Al-Qur’an hanya mengangkat sebahagian kisah sahaja yang berhubungan langsung dengan petunjuk dan hidayah manusia. Oleh kerana itu sebab-musabab mengapa kisah-kisah tersebut dijelaskan dalam al-Qur’an adalah kerana bermatlamatkan hidayah tersebut.

Kisah-kisah dahulu kala akan membuka lebih jelas wawasan dan gagasan pemikiran kita serta akan menyedarkan manusia dari berbagai kegoyahan dan kekurangan. Kisah-kisah terdahulu adalah tangga vertikal kita untuk  menjadi sempurna. Kerana melalui hal tersebut kita mampu menghindari pengalaman getir yang dialami oleh kaum dahulu kala. Oleh kerana itu dalam al-Qur’an terdapat kisah-kisah yang mengisahkan berbagai corak pemikiran dan perilaku mereka.[6]

Dalam kesempatan ini perlulah dijelaskan beberapa kisah yang diterangkan dalam al-Qur’an untuk melihat lebih dekat hikmah-hikmah yang terpendam di dalamnya :

1.     Alasan mengapa al-Qur’an menukil kisah-kisah tertentu dan memandang sebuah persoalan dengan penuh ketelitian disebabkan persoalan tahaddi (cabaran), dan juga merupakan salah satu contoh dari mu’jizat al-Qur’an. Dapat kita saksikan sebahagian tema-tema yang dijelaskan dalam al-Qur’an tidak dijelaskan sama sekali sama sekali pada kitab-kitab samawi selainnya. Tentunya hal ini menunjukkan dan menjelaskan ilmu Ilahiyah Rasulullah (s.a.w) terhadap sejarah nabi-nabi sebelumnya, manusia biasa tanpa pengetahuan sebelumnya dan tanpa belajar pasti tidak mampu untuk memahami dan menjelaskan hakikat-hakikat yang tersembunyi.

2.     Sebahagian orang yang menyembah tuhan selain umat Islam yang ada pada zaman Rasulullah ialah Yahudi dan Kristian. Al-Qur’an menjelaskan kisah-kisah Nabi terdahulu dalam rangka menyampaikan risalah tabligh Rasulullah (s.a.w) dan sebagai usaha untuk menyedarkan mereka. Mereka akan meyakini Rasulullah (s.a.w) sebagai Nabi ketika mereka melihat pengetahuan Rasulullah (s.a.w) terhadap sejarah nabi-nabi mereka, dan sudah tentu dengan hal ini akan membuat mereka dekat dengan Islam. Akhirnya mereka tidak akan memusuhi bahkan mereka akan menyokong Islam. Hal ini dapat kita saksikan pada hijrah kaum muslimin ke Habsyah.[7]

3.     Sebahagian besar dari inti pendalaman sebuah akidah tidak mudah difahami. Selama manusia belum berada dalam tingkat itu maka dia tidak akan dapat memahami akidah tersebut secara mendalam. Allah (s.w.t) menjelaskan secara terperinci kisah-kisah nabi sebelumnya agar manusia memahami dengan mudah teori-teori dan akidah-akidah. Contohnya kemutlakan Iradah Ilahi[8] dalam kisah Nabi Ibrahim (a.s) ketika dibakar oleh raja Namrud di mana api tersebut tidak memberi kesan sama sekali terhadap Nabi Ibrahim (a.s). Begitu juga kisah Nabi Adam (a.s) dijelaskan dengan sangat indah dan terperinci oleh al-Qur’an. Dalam kisah tersebut Nabi (a.s) digoda oleh iblis untuk mendekati pohon terlarang dan akhirnya Nabi Adam (a.s) turun[9] ke bumi.

4.     Selain perkara di atas, alasan lain mengapa al-Qur’an menjelaskan kisah-kisah kaum dahulu kala ialah supaya manusia dapat mengambil pelajaran dan hikmah dari kisah tersebut. Sebagaimana dijelaskan dalam al-Qur’an: “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.“[10] Salah satu pelajaran yang sangat berharga yang dapat kita petik dari perilaku kaum sebelumnya adalah turun azab Ilahi kerana kaum tersebut tidak pernah bersyukur. Hal ini telah disentuh al-Qur’an dalam beberapa tempat, contohnya kisah Tsamud dan angin taufan yang melanda kaum Nabi Nuh (a.s).

5.     Kebanyakan masalah seperti adab atau tata-cara berinteraksi dengan baik, pendidikan, argumentasi dan sebagainya dapat diperolehi dari kisah-kisah ini. Dan hal ini merupakan salah satu kaedah pengajaran dan tarbiyah yang tidak hilang pengaruhnya serta tidak mudah dilupakan. Dalam metodologi ini, pelajar seolah-olah menggantikan tokoh yang ada dalam cerita tersebut sehingga dia dapat merasakannya lebih dalam apa yang diajarkan oleh gurunya. Oleh kerana itu metode ini akan mudah diserap dan menuntutnya untuk mengamalkan apa yang didengarkan. Penjelasan-penjelasan seperti ini dapat kita saksikan lebih jelas pada kisah-kisah umat terdahulu seperti argumen-argumen yang dilontarkan Nabi Ibrahim (a.s) pada matahari dan para penyembah berhala dengan berhala yang paling besarnya, juga pesan-pesan Luqman Hakim kepada anak-anaknya dan begitu juga dengan kisah-kisah lain. Tentunya masih banyak kisah-kisah dan hikmah-hikmah lainnya yang diangkat dalam al-Qur’an. Oleh kerana itu untuk mengenalinya lebih jauh kami sarankan anda untuk merujuk kepada buku – buku tafsir dan kisah – kisah para Nabi (a.s).

 

Bahagian Ketiga

Dari sisi manakah kita dapat melihat mengapa kisah Nabi Musa (a.s) lebih ditekankan daripada kisah Rasulullah (s.a.w)?

Al-Qur’an adalah kitab hidayah dan kitab cahaya. Apapun yang dijelaskan dalam al-Qur’an kesemuanya adalah dalam rangkaian menyampaikan hidayah bagi manusia. Oleh kerana itu jika dalam al-Qur’an kita temukan penjelasan yang berulang maka tentunya untuk menegaskan persoalan hidayah tersebut. Dengan itu jika kita menginginkan pengajaran kita berkesan lebih mendalam lagi kepada masyarakat, maka sebuah persoalan pada tempat yang berbeza- beza kita jelaskan dalam metodologi yang berbeza- beza.

Di antara penjelasan ini mungkin boleh dikatakan sebab mengapa al-Qur’an berungkali menyebutkan kisah kehidupan Nabi Musa (a.s) dan Nabi daripada kaum Bani Israil ialah kerana naik turunnya kaum ini sangat mirip dengan kaum Muslimin.

Sebagai salah satu contoh kisah tentang perang Badar dalam Islam memiliki kemiripan dengan peristiwa Thalut (a.s). Berdasarkan bukti-bukti sejarah jumlah bala-tentara keduanya adalah 313 orang, dan keduanya berhadapan dengan orang-orang musyrik dan keduanya pun berjaya mencapai kemenangan dalam peperangan.[11] Al-Qur’an mengangkat kisah Nabi Thalut (a.s) sebagai contoh bagi kaum Muslimin bahawa kesabaran yang dimiliki oleh pasukan tersebut walaupun kecil namun dapat mengalahkan yang pasukan besar.

Dalam beberapa riwayat dijelaskan bahawa para maksumin pun pernah menyinggung hal serupa. Salah satunya beliau pernah menyinggung di hadapan pengikutnya: “Kalian semua seperti kaum Bani Israil dan apa yang mereka lakukan dalam mengalahkan tentara yang banyak, kalian akan lakukan juga“.[12]

Kemudian perbahasan yang berkenaan dengan Rasulullah (s.a.w) harus dikatakan bahawa :

Walaupun dalam al-Qur’an tidak menyebut nama Rasulullah (s.a.w) secara tegas dan berulang, akan tetapi dengan memperhatikan asbab al-nuzul (sebab pewahyuan) ayat, sebahagian besar diturunkan kepada Rasulullah (s.a.w) dan Ahlulbaitnya serta para sahabatnya, jumlah ayat ini melebihi jumlah ayat yang menjelaskan Nabi Musa (a.s) dan kaum Bani Israil. Pada hakikatnya kisah kehidupan Rasulullah (s.a.w) dan penyebaran hidayah melaluinya, harus kita cari pada zaman dan pada keadaan beliau pada saat itu dan juga dalam al-Qur’an.

Hal yang perlu diperhatikan bahawa sebahagian besar kisah para nabi tidak dijelaskan dalam al-Qur’an, namun hal ini bukanlah bermakna mereka memiliki kekurangan, kerana seluruh nabi adalah manusia sempurna dan manusia unggul. Melalui Iradah Ilahi para nabi itu terhindar dari segala aib dan dosa. Di sisi lain al-Qur’an juga mengangkat kisah-kisah orang yang mengakibatkan timbulnya murka Tuhan. Oleh kerana itu penyebutannya atau tidak disebutkannya dalam Al-Qur’an adalah bukan menjadi dalil akan keagungan dan keunggulan mereka. Al-Qur’an hanya menyentuh kisah-kisah yang di dalamnya sarat dengan maslahat dan tujuan-tujuan tertentu.

Oleh kerana itu lantaran persoalan hidayah itu sendiri, kadangkala Al-qur’an menjelaskan dan mengisahkan para nabi, kadang-kadang dikisahkan juga yang bukan dari golongan rasul dan nabi akan tetapi mereka diredai oleh Allah (s.w.t) (seperti Dzulkarnain, ‘Imran dan ayahnya Maryam (a.s)). Demikian juga terkadang al-Qur’an menjelaskan kisah orang-orang yang menyebabkan datangnya murka dan azab Tuhan seperti Fir’aun dan syaitan. Kadang-kadang juga kerana pentingnya persoalan hidayah tersebut sehingga al-Qur’an mengulang berkali-kali kisah tersebut seperti kisah Nabi Musa (a.s) seperti kisah masuknya Nabi Adam (a.s) ke dalam syurga yang diulang sebanyak tiga kali. Tapi ada juga yang diangkat cuma sekali saja seperti kisah penciptaan Nabi Adam (a.s)  dan dialog malaikat dengan Tuhan berkenaan dengan penciptaan manusia.[]

 

Rujukan untuk telaah lebih jauh:

1.     Idris bin Hilli,  al-Sarâir, Muasesse Nasyr-e Islami, cetakan kedua, 1411 HQ.

2.     Hillli, Yahya ibn Sa’id, al-Jâmi’ li al-Syarâe’, Nasyr Muasse-se Sayyidu Syuhada, 1405 HQ.

3.     Ja’far Subhani,  Farâzha-ye az Târikh Payâmbar-e Islâm, Nasyr-e Masy’ar, 1375 HS.

4.     Salim bin Qais Hilali, Asrar Ali Muhammad,  Intisyarat-e al-Hadi, cetakan kedua, 1418 HQ.

5.     Qadhi ibn Barraj, al-Muhadzab, Intsiyarat-e Jame-e Mudarrisin Hauzeh-ye Ilmiyeh Qom, 1406 HQ.

6.     Muhammad Shodiq Najmi wa Hasyim Harisyi, Syenâkht-e Qur’ân, Intisyarat-e Madinatul ‘Ilm, Qom, 1402 HQ.

7.     Muhammad Husain Thathabai, Al-Mizân fi Tafsir al-Qur’ân, terjemahan Persia.



[1]. Qs. Ali ‘Imran (3): 138; Qs. Al-Isra (17) :9

[2] Hilli  bin Idris, al-Sarâir, jilid 3, hal 575. Al-hilli, Yahya bin Sa’id, al-mi’ li al-Syarâyi’, hal 4

[3]. (Qs. Al-Haj [22]: 30)

[4]. Muhammad Shodiq Najmi wa Hasyim Harisi, Syenâkht-e Qur’ân, hal 78

[5]. (Qs. Al-Maidah [5]; 90)

[6] Sebagai contoh silakan anda merujuk ayat-ayat berikut : Yusuf:109, Rum: 9-42, Muhammad:10, Ghafir: 21 & 82.

[7]. Ja’far Subhani, Farâz-hâye az Târikh Payâmbar-e Islâm, hal 128

[8]. Muhammad Husain  Thabathaba’i, Tafsir al-Mizan, jilid 1, hal 10

[9]. Qs. Al-Baqarah (2): 35

[10]. Qs. Yusuf (11): 111

[11]. Ja’far Subhani, Op Cit, hal 222.

[12]. Silakan merujuk ke Salim bin Qais, Hilali, Asrâr Âli Muhammad, hal 242 - 582

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits