Please Wait
Pengunjung
9222
9222
Tarikh Kemaskini
2013/02/02
Kod tapak
fa1903
kod Kenyataan Privasi
33084
Kumpulan
Teologi Klasik|Teologi Baru|آسمان و زمین
- berkongsi
Ringkasan pertanyaan
Apa yang menjadi material primer pembentuk alam semesta ini? Bagaimana pandangan al-Qur\'an dan riwayat berkenaan masalah ini?
soalan

Jawaban Global
Pandangan paling tepat yang diajukan oleh ahli-ahli fizik, berkenaan dengan unsur asli pembentukan material primer alam semesta ialah alam material pada awalnya terbentuk daripada unsur sodium padat yang menghuni sebuah ruang. Hal ini terjadi pada masa-masa yang sangat jauh sekitar 13 bilion tahun yang silam. Akibat ledakan dahsyat material ini terbahagi menjadi beberapa bahagian dan partikel yang lain. Matahari, bintang, galaksi, langit, bumi dan sebagainya membentuk bahagian-bahagian yang terbahagi ini dengan ukuran dan jumlah masing-masing.
Dengan mengamati kemampuan-kemampuan ilmu baru dan kemajuan sains, teori-teori dan pandangan-pandangan dari ahli fizik, para penafsir al-Qur'an dan pengulas Nahj al-Balāghah menafsirkan ayat-ayat dan riwayat yang berkenaan masalah ini: "Tiada keraguan bahawa yang dimaksudkan dengan redaksi "dukhān" (asap) dalam al-Qur'an bukanlah asap yang dikenal pasti secara umum; ini disebabkan asap yang dikenal adalah dari asal usul api. Sementara dukhān (asap) dalam bahasa al-Qur'an bukanlah bersumber dari api, namun ianya asap yang berpunca dari air akibat terlalu banyak gelombang-gelombang.
Kerana itu, ucapan Amirul Mukminin (a.s) yang menegaskan bahawa penciptaan semesta berasal dari air tidaklah bertentangan dengan al-Qur'an; kerana kita tidak memiliki dalil-dalil dan bukti-bukti bahawa yang air dimaksud oleh Baginda Ali adalah air yang terbentuk dari oksigen (O2) dan hydrogen (H20). Bahkan boleh jadi yang dimaksudkan oleh Imam Ali (a.s) adalah material madhāb (مذاب/yang cair).[i] Oleh kerana masyarakat pada waktu itu belum mengenal material madhāb (yang cair) maka beliau menyebut material tersebut sebagai air; ini disebabkan material madhāb (yang cair) juga seperti air yang mengalir dan selalu bergerak (in flux).
Sebagai hasilnya, pandangan Imam Ali dengan teori baru yang mengatakan: Material primer alam semesta adalah madhāb (yang cair) tidak bertentangan antara satu dengan yang lain; kerana Imam (a.s) berkata: "Akibat pengaruh gerakan air (atau material madhāb/yang cair) maka terbentuklah buih. Apa yang dimaksudkan dengan buih adalah atom-atom yang berasal dari bahan madhāb (yang cair) naik ke atas dan kemudian terpisah daripadanya; ertinya sebahagian besar berpisah daripadanya dan naik dalam bentuk asap, maka dari asap langit dan buih itu sendiri terciptalah bumi. Kerana itu bumi juga berasal dari material madhāb (yang cair) dan selepas itu tertutup di atasnya.
Persoalan di atas ini dapat dicocokkan dengan teori – big bang – yang mengatakan bahawa: "Atom-atom terlepas dari madhāb (yang cair) dan kemudian hasilnya adalah bumi." Kerana itu, pandangan al-Qur'an, riwayat dan teori ilmuan baru tentang material primer semesta dapat dihimpunkan dan disatukan. Hal ini dapat dilakukan dengan penafsiran redaksi "air" dan "asap" yang disebutkan dalam al-Qur;an sebagai material madhāb (yang cair) dan gas.
Meskipun demikian kita tidak boleh melupakan beberapa perkara berikut ini:
1. Walaupun zahir al-Qur'an dan sains dapat diambil kesimpulan bahawa alam semesta pada permulaannya terbentuk dari gas, tetapi al-Qur'an tidak memiliki subjek yang tegas berkenaan unsur-unsur yang lain seperti teori big-bang.
2. Dengan memperhatikan jumlah teori berkenaan awal penciptaan dan tiadanya penetapan yang muktamad, hingga sekarang ini tidak satu pun dari teori ini dapat disandarkan kepada al-Qur'an secara definitif. Al-Qur'an merupakan kitab petunjuk (hudā) bukan kitab fizik atau kimia. Dalam merealisasikan hidayat, kadang-kadang Al-Qur'an memberikan petunjuk kepada perbahasan ini. Oleh itu, jawapan yang dikemukakan oleh kitab Islam hanyalah sekadar tahap kemampuan orang dahulu kala dan begitulah juga dalam membentangkan kemukjizatan al-Qur’an.
3. Apabila suatu hari nanti teori big-bang dapat dicari hakikatnya serta dibuktikan secara muktamad maka subjek ini akan menjadi penentuan terhadap kemukjizatan ilmiah al-Qur'an, kerana perkara ini merupakan jenis penyingkapan rahsia ilmiah al-Qur'an.

[i]. Yang dimaksud dengan madzab adalah bahan yang mencair yang memiliki potensi untuk berubah menjadi unsur bahan langit dan bumi seperti menjadi buih dan berubah menjadi bahan-bahan dan unsur-unsur kosmos.
Jawaban Detil
Sepanjang riwayat hidup di dunia manusia sentiasa berusaha sedaya upaya mencari dan menjelajah dengan fikiran dan pengamatan untuk mengenal dirinya. Terutamanya dalam bergerak mengharungi kemajuan sains dan teknologi dalam berbagai bidang dan dengan media, wahana kemajuan serta kemodenan. Maka setiap hari ia berusaha untuk mengenali berbagai dimensi dunia yang luas dan bintang yang terdapat di angkasa raya.
Meskipun para saintis ilmu-ilmu material (ahli fizik) dan semulajadi telah berjaya menyingkap sebahagian dari dunia material ini serta mengemukakan berbagai teori tentang bagaimana muncul dan terbentuknya dunia ini, namun harus diakui bahawa pengetahuan mereka di hadapan hal-hal yang belum lagi tersingkap dari semesta yang waujud ini sangatlah kecil. Perumpamaan apa yang mereka temukan bagaikan sebutir pasir berbanding samudera yang amat luas. Oleh itu, terdapat berbagai pandangan yang menjelaskan tentang material primer semesta sedangkan penjelasan itu mereka sebutkan sebagai teori atau tanggapan tentang material primer.
Al-Qur'an sebagai mukjizat abadi Nabi (s.a.w) yang menetapkan kebenaran dakwaan risalah yang dibawa baginda juga memiliki kemukjizatan dalam berbagai bidang dan subjek di mana salah satu dari mukjizat tersebut adalah kemukjizatan ilmiah al-Qur'an.
Kemujizatan ilmiah al-Qur'an meliputi berbagai bidang termasuk berbagai perkara dan rahsiah ilmiah yang dijelaskan al-Qur'an. Namun manusia di era penurunan wahyu, iaitu di zaman jahiliyah masih belum teknologi dan industri. Dengan kemajuan ilmu dan teknologi sebahagian dari rahsia tersebut telah tersingkap.
Meskipun begitu tujuan dan risalah al-Qur'an bukanlah membongkar berbagai masalah pelik ilmu pengetahuan. Kemungkinan al-Qur'an menyerahkan urusan ini pada akal dan fikiran manusia. Dengan mengemukakan hal-hal yang umum dan penjelasan berbagai dali-dalil yang tidak lengkap, al-Qur’an telah mendorong manusia kepada tauhid dan menggiringnya menuju ke arah hari kebangkitan di samping mendekatkannya untuk menerima hal-hal tersebut. Apabila hal-hal seperti ini disebutkan dalam al-Qur'an sebenarnya ia bertujuan mengajak manusia kepada Tuhan dengan memperkenalkan zat dan keesaan-Nya.
Misi utama al-Qur'an adalah manusia itu sendiri, risalah al-Qur'an menjelaskan rangka-rangka fundamental satu pandangan dunia (world view) yang menyeluruh tentang keberadaan di samping mengungkapkan hubungannya dengan Tuhan semesta alam.
Walau bagaimanapun ilmu-ilmu material dan inovasi baru dalam alam semulajadi telah menyerahkan urusan ini kepada akal manusia, eksperimen, penemuan dan pelbagai hipotesis manusia dengan berbagai perantara dan cara, sehingga manusia itu sendiri berusaha berdasarkan kemampuan-kemampuannya dalam pelbagai bidang ini.
Kerana itu, menampilkan masalah keilmuan dan eksperimen ke atas al-Qur'an bukan merupakan sebuah perbuatan yang benar.[1]
Namu demi menjawab pertanyaan yang dikemukakan di atas, pertamanya kita akan menerangkan pendapat sebahagian ahli falsafah dan ilmuan, kemudian mengkaji ayat-ayat, riwayat dan sumber-sumber Islam serta berupaya semaksimum mungkin hingga kita dapat mengambil sebuah kesimpulan dari permasalahan ini.
Material primer semesta menurut ahli falsafah dan cendiakawan
Thales adalah ahli falsafah pertama Yunani pada tahun 640 yang meyakini bahawa alam semesta terbentuk dari air. Seluruh perubahan yang terjadi di alam semesta disebabkan unsur-unsur yang berpengaruh pada air. Ia berpandangan bahawa tanah dan batu-batuan muncul kerana pergantian suhu udara sementara udara merupakan air yang berbentuk wap dan awan-awan adalah gumpalan wap. Api muncul dari pertembungan benda-benda padat yang terbentuk dari air. Segala sesuatu di dunia ini merujuk kepada asal usulnya iaitu air.
Ahli falsafah ini juga mendakwa bahawa kewujudan terbina daripada air-air dan persekitarannya yang membeku dan dikepung air. Ada sebahagian yang terpisah daripada seluruh rangkaian yang membeku dan yang dikepung air ini manakala yang menempati air yang disebut sebagai bumi.[2]
Para ilmuan fizik meyakini bahawa asal kewujudan bersumber dari gas panas berbara dan mengisi ruang serta kandungan material yang senantiasa bergerak.
Kebanyakan ilmuan meyakini bahawa alam semesta dimulai dengan "big bang" semenjak jutaan tahun yang silam. Dapat digambarkan bahawa dari ledakan itu terciptalah seluruh material dan tenaga yang ada di alam semesta.
Teori big bang hari ini merupakan penjelasan yang paling masyhur pernah diajukan oleh para ilmuan berkenaan asal usul alam semesta.[3] Teori ini menjelaskan bahawa alam semesta pada zaman lebih kurang 13 bilion tahun yang lampau, pada satu detik tertentu berada pada sebuah titik yang di dalamnya tertimbun tenaga dan kepadatan atom-atom yang tak-terbatas.
Berdasarkan model kosmologi ini, kewujudan bermula dengan satu ledakan yang melepaskan diri dari kepadatan dan suhu yang melampaui batas.
Detik demi detik alam semakin luas dan setiap detik suhu yang mengikutinya semakin berkurang.[4] Para ilmuan ini berada pada kajian dan penyaksian mereka berkenaan fenomena-fenomena alam sampai pada kesimpulan bahawa material pada awal penciptaannya merupakan benda yang padat dan tetap, demikian juga bahawa material pada permulaannya berbentuk gas yang menyala serta sangat padat. Disebabkan ledakan yang sangat dahsyat, maka gas tersebut semakin luas dan melebar.
Material primer dunia menurut al-Qur'an
Dengan bersandarkan pada ayat 7 surah Hud "Dan Dia-lah yang menciptakan tujuh petala langit dan bumi dalam enam masa, dan ‘Arasy-Nya berada di atas air", begitu juga ayat-ayat yang lain[5] para penafsir al-Qur'an berkata bahawa material primer dunia itu bersumber daripada air. Sayid Quthub meyakini bahawa ayat ini (ayat 7 surah Hud) hanya menunjukkan pada kewujudan air tatkala penciptaan langit dan bumi serta tegaknya arsy Ilahi. Mengenai bagaimanakah identiti air menjadi air adalah masalah ghaib yang tidak ada jalan untuk memahaminya.[6]
Sebahagian mufassir al-Qur'an meyakini bahawa buat pertama kali Allah (s.w.t) mencipta air, kemudian tujuh petala langit dan bumi, setelah itu keseluruhan entiti material diciptakan daripada air.[7]
Berkenaan penciptaan langit, al-Qur'an menegaskan: "Kemudian Dia menuju ke langit dan langit itu masih berupa asap " (Qs. Fuṣṣilat [41]:11) Setelah itu menciptakan langit yang berada dalam keadaan asap. Ayat ini menjelaskan tentang penciptaan langit dari asap. Imam Baqir (a.s) bersabda: "Asap ini bukanlah jenis asap yang bersumber dari api."[8]
Bahan primer semesta menurut Imam Ali (a.s)
Imam Ali (a.s) dalam Nahj al-Balaghah menjelaskan perbuatan-perbuatan Ilahi; ertinya penciptaan seluruh entiti dan pengaturannya, samada entiti non-material atau material, entiti-entiti bumi dan langit berkenaan masalah ini dan beliau berkata: "Ketika Yang Mahakuasa menciptakan atmosfera,[9] Allah (s.w.t) menciptakan hawa dan ruang yang luas dan pada hawa dan ruang yang luas itu, Allah menciptakan air. Air ini pula terletak di atas angin; sebenarnya Allah (s.w.t) menciptakan angin di udara dan di atas angin itu terdapat cecair yang tercipta dalam format air di mana angin itu berada di bawah tekanan dan ianya menjaga air supaya tetap pada keadaannya. Kemudian Allah (s.w.t) menciptakan angin kedua di mana angin ini mengaduk air tersebut dengan tekanan dan sebagai hasilnya terciptalah banyak gelombang-gelombang.
Gelombang-gelombang ini berkejaran satu dengan yang lain dan akibat perlanggaran gelombang ini muncullah buih-buih (di mana pada hakikatnya buih-buih ini adalah atom-atom biru yang naik ke atas) dan dari buih-buih ini muncullah tujuh petala langit.
Kesimpulan yang diambil daripada sebahagian riwayat di mana salah satunya adalah daripada imam Ali (a.s) menyatakan bahawa dari buih-buih muncullah wap yang berbentuk asap. Namun kedua-dua hal ini tidak bertentangan satu dan yang lain; kerana ketika banyak wap yang berkumpul pada suatu tempat dan bergerak ke atas maka ia kelihatan mirip dengan asap.[10]
Oleh kerana itu, apabila penjelasan-penjelasan Imam Ali ini kita gandingkan dengan riwayat-riwayat yang lain, maka dapatlah disimpulkan bahawa Imam Ali berpandangan material primer alam semesta adalah air.
Himpunan di antara ayat, riwayat dan pandangan baru
Tidak diragukan lagi apa yang dimaksud dengan "dukhān" (asap) seperti di dalam al-Qur'an bukanlah asap sebagaimana yang dikenali secara umum. Ini disebabkan asap yang dikenal secara umum bersumber daripada api. Dengan bersandar pada riwayat dari Imam Baqir (a.s) para penafsir al-Qur'an sepakat bahawa "dukhān" yang disebutkan dalam al-Qur'an bukanlah bersumber daripada api. Namun ianya berasal dari pengaruh tekanan gelombang yang tinggi akibat gelombang dan wap yang bersumber daripada air. Demikian juga ada kemungkinan bahawa arsy Ilahi pada ayat 7 surah Hud adalah kiasan daripada kekuasaan Tuhan yang sebenarnya merupakan permulaan kekuasaan Tuhan dalam penciptaan sementara pembentukan alam semesta adalah berasal dari air. Hal ini selari dengan ucapan Imam Ali (a.s) yang menegaskan bahawa penciptaan alam semesta bersumber daripada air.
Akan tetapi kita tidak memiliki dalil bahawa yang dimaksud dengan air di sini adalah air yang komposisinya dari O2 (Oksigen) dan H20 (Hidrogen). Boleh jadi yang dimaksud adalah material madhāb (yang cair). Kerana masyarakat pada waktu itu tidak mengenal madhāb (yang cair) maka termakata ini tidak digunakan dan madhāb (yang cair) itu disebut pula sebagai air.
Demikian juga angin yang menguasai air sebagaimana yang terdapat di dalam ucapan Imam Ali boleh jadi yang dimaksudkan bukanlah angin sebagaimana yang dikenal secara umum. Namun kemungkinan maksudnya ialah tenaga dan kekuatan yang memperlajukan gerakan bahan madhāb (yang cair) ini. Demikian juga tidak jelas bahawa yang dimaksud dengan laut (bahr) dalam lisan Imam Shadiq (a.s) yang berkata: "Tatkala Tuhan ingin mencipta langit, Dia memerintahkan kepada angin-angin untuk menggoncangkan laut dan laut itu adalah laut-laut dan samudera yang kita kenal ini." Ini disebabkan pembentukan laut-laut sedemikian adalah bahagian daripada penciptaan bumi dan termasuk dalam perbahasan tentang asal usul penciptaan galaksi-galaksi di mana salah satu daripada galaksi tersebut adalah bumi.
Dengan pertimbangan ini, tidak terdapat jurang perbezaan pandangan antara Imam Ali dan teori moden. Asal-usul alam materi sesuai dengan kata-kata Imam Ali adalah air atau dalam bahasa ahli fizik ialahv material madhāb (yang cair).
Imam Ali (a.s) dalam Nahj al-Balaghah berkata: "Akibat pengaruh gerakan muncullah buih, yang dimaksudkan dengan buih ialah sebuah atom dari bahan madhāb (yang cair) yang menjurus ke atas, dan setelah itu terpisah daripadanya; iaitu hakikatnya potongan-potongan yang terpisah itu adalah madhāb dan naik ke atas dalam bentuk asap dan daripada asap tersebut terciptalah langit, maka daripada buih sendiri terciptalah bumi." Kerana itu bumi berasal dari bahan madhāb (yang cair) dan selepas itu tertutup. Subjek ini dapat disesuaikan dengan teori big-bang yang membuat perumpama bahawa sebuah atom terpisah dari bahan madhāb (yang cair) dan muncul dalam bentuk bumi.
Kerana itu tidak terdapat pertentangan antara pandangan ayat-ayat dan riwayat dengan teori dan pandangan ahli fizik baru. Ini disebabkan pandangan al-Qur'an dan riwayat dapat disesuaikan dengan teori "sodium"[11] lantaran redaksi air dan asap dapat disesuaikan dengan redaksi bahan madhāb dan gas.
Akan tetapi bagi ahli kalam bentuk zahir ayat-ayat dan riwayat sudah cukup untuk diri mereka tanpa menerima penjelasannya. Mereka berkata, "Kerana Allah (s.w.t) Maha Menguasai atas segala sesuatu maka Dia boleh menciptakan air dan dari air tersebut terciptalah tujuh petala langit dan bumi.
Sebahagian lainnya juga dengan bersandar pada ayat al-Qur'an yang menyebutkan bahawa: "Aku sekali-kali tidak menghadirkan mereka untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka sendiri." (Qs. Al-Kahf [18]:51) dan ada yang berargumen bahawa pandangan para ilmuan dan ahli fizik ini masih berada pada tahap hipotesis, masih diperdebatkan serta belum sampai pada tingkatan kebenaran ilmiah yang muktamad. Ini disebabkan tiada seorang pun yang menyaksikan entiti primer dan bagaimana terbentuknya entitas tersebut.[12] Mereka menerima bentuk zahir dari ayat ini dan berpandangan bahawa bahan primer alam semesta adalah air.[13]
Sebahagian yang lain dalam menjelaskan penciptaan tujuh petala langit dan bumi adalah daripada air mengatakan:
Alam semesta terdiri dari dua jenis:

- Alam penciptaan dan material.
- Alam amar (perintah) iaitu alam non-materi dengan dasar ayat 54 surah al-A'raf (7) yang menyebutkan: " yang dimaksud dengan "khalq" (penciptaan) adalah alam materi dan "amr" adalah alam non-materi.
Berdasarkan pokok fikiran ini, maka yang dimaksud dengan air haruslah emanasi (fayḍ) Allah (s.w.t). Sebuah emanasi (fayḍ) yang termasuk di dalamnya seluruh alam entitas (semenjak alam akal dan non-materi hingga alam materi).
Kerana itu, yang dimaksud dengan redaksi bahawa perlanggaran dan gelombang air menghasilkan bumi dan langit adalah alam akal yang menerima pengaruh emanasi Tuhan, kemudian ia menganugerahkan (ifāḍah) dan dari anugerah ini terciptalah tujuh petala langit dan bumi.[14]
Akhir sekali perlulah diingatkan di sini, apabila berhadapan dengan ayat al-Qur’an dan hadis, hendaklah kita melanjutkan beberapa fokus yang lain iaitu:
1. Meskipun dari zahir al-Qur'an dan ilmu dapat disimpulkan bahawa alam semesta pada permulaannya terbentuk daripada gas-gas. Namun al-Qur'an tidak menyebut secara tegas unsur-unsur yang lain seperti teori big-bang.
2. Dengan mengamati kebanyakan teori dan pandangan awal yang berkaitan dengan penciptaan, tiadanya ketetapan muktamad dan pembuktian secara definitif berkenaan awal penciptaan tersebut, hingga kini secara tiada keputusan yang dapat disandarkan kepada al-Qur'an. Dengan demikian, jawapan dari pertanyaan yang diajukan di atas hanya berada pada tahap penjelasan terhadap apa yang disebutkan secara zahir daripada rujukan-rujukan Islam, serta sebagai perumpamaan atas kemampuan pembahasan-pembahasan para pendahulu kita dan mukjizat ilmiah al-Qur'an.
3. Apabila suatu hari teori big-bang mendapat hasilnya dan boleh dibuktikan secara muktamad, maka hal itu akan menetapkan dan membuktikan mukjizat ilmiah al-Qur'an serta hadis-hadis. Ini disebabkan al-Qur'an dan riwayat-riwayat berada pada peringkat mengungkapkan rahasia-rahasiah ilmiah.[15] Kerana itu kita tidak dapat menyandarkan sesuatu keputusan sementara kepada al-Qur'an dan riwayat-riwayat yang ada.
[1]. Berkenaan dengan hal ini Sayid Quṭub berkata orang-orang Muslim berupaya untuk menimpakan perkara-perkara ini ke atas al-Qur'an lantaran terpesona dan terkesima oleh pengaruh pesat dan canggihnya teknologi baru dan berusaha memperkenalkan al-Qur'an sebagai kitab kedoktoran, kimia, astronomi dan sebagainya dimana hal ini bukanlah yang disasar oleh al-Qur'an. Orang-orang ini sebenarnya adalah orang-orang yang berfikir sederhana dan berfikiran dangkal. Sayid Quṭub melanjutkan, al-Qur'an merupakan kitab sempurna pada subjek-subjek kajiannya. Subyek kajian al-Qur'an lebih besar dari seluruh ilmu ini. Ini disebabkan subjek utama al-Qur'an adalah manusia itu sendiri. Tafsir fii Zhilāl al-Qur'ān, jil. 1, hal. 181.
[2]. Khatib Abdul Ghani, Qur'ān wa 'Ilm Emruz (terjemahan Asadullah Mubsyiri), hal. 69-70.
[3]. Pada tahun 1927 M (1306 Q) seorang penemu Belgium Georges Éduard Lemaître mengemukakan teori ini bahwa alam semesta pada mulanya sangat kecil. Keadaan alam seperti ini disebutnya sebagai "Telur Kosmos" yang setelah terjadinya ledakan bom big-bang. Alam menjadi luas seperti sekarang ini. Pada dekad 1930 dan 1940 M, teori "Telur Kosmos" menjadi sempurna dan berganti menjadi teori "Big Bang." Danesh Name-ye Oxford, jil. 1, hal. 90.
[4]. Untuk keterangan lebih jauh sila rujuk ke laman web Basghah Andisyeh, Paraskar dan Majalah Rusyd.
[5]. Misalnya, "Wa jaʻalna min al-ma' kullu shai’inn hay." Kami menjadikan segala sesuatu dari air itu hidup." (Qs. Al-Anbiya [21]:30)
[6]. Sayid Quṭub, Tafsir fi Zhilāl al-Qur'ān, jil. 4, hal. 1858.
[7]. Dairāt al-Ma'ārif al-Qur'ān, jil. 1, redaksi air.
[8]. "Tatkala Allah (s.w.t) hendak menciptakan langit, Dia memerintahkan kepada angin-angin untuk menggoncang lautan hingga muncul buih. Dari gelombang ini dan buih ini keluarlah asap dari tengah laut, kemudian Allah menciptakan langit dari buih tersebut tanpa api." Ibnu Maitham, Sharḥ Nahj al-Balāghah.
[9]. Nahj al-Balāgha, khutbah pertama, "Ketika Yang Mahakuasa mencipta atmosfera, mengembangkan ruang angkasa dan lapisan-lapisan angin, la mengalirkan ke dalamnya air yang ombak-ombaknya membadai dan yang gelombang-gelombangnya saling melompati. la memuatnya pada angin yang kencang dan badai yang mematahkan, memerintahkannya untuk mencurahkannya kembali (sebagai hujan), memberikan pengendalian kepada angin atas kekuatan hujan, dan memperkenalkannya dengan batasan-batasannya. Angin meniup di bawahnya sementara air mengalir dengan garang atasnya. Kemudian Yang Mahakuasa menciptakan angin dan membuat gerakannya jumud, mengekalkan posisinya, mengintensifkan gerakannya dan menyebarkannya jauh-jauh dan menjadi luas. Kemudian la memerintahkan angin itu membangkitkan air yang dalam dan mengintensifkan gelombang laut. Maka angin menyesuaikannya sebagaimana mengocak dadih dan mendorongnya dengan sengit ke angkasa dengan melemparkan posisi depannya di belakang, dan yang berdiam pada yang terus mengalir, sampai permukaannya terangkat dan permukaannya penuh dengan buih. Kemudian Yang Mahakuasa mengangkat buih ke angin yang terbuka dan cakrawala yang luas dan membuat darinya ketujuh langit dan menjadikan yang lebih rendah sebagai gelombang yang berdiam dan yang di atas sebagai atap yang melindungi dan suatu bangunan tinggi tanpa tiang untuk menyokong atau paku untuk menyatukannya.
[10]. Ibnu Maitsam, Syarh Nahj al-Balāgha, khutbah pertama, hal. 138.
[11]. Sodium adalah gas yang tercampur dengan debu kosmos atau dengan ungkapan lain gas yang bergantung yang di dalamnya terdapat bahan keras dan metal yang disebut oleh ilmuan sebagai "dukhkhān" (asap) yang disebut dalam al-Qur'an. Sesuai dengan teori yang mengatakan bahwa material matahari, bintang, bumi dan sebagainya berasal dari bahan madzāb, panas, hangat dan mengalir lantaran gerakan potongan-potongan yang terpisah dari bahan madzāb tersebut. . Matahari, bintang, galaksi, langit, bumi dan sebagainya dengan ukuran dan jumlah masing-masing, terbentuk bahagian-bahagian yang terbahagi ini. Berdasarkan teori ini titik biasa antara air dan madzāb adalah aliran dan gerakannya. Kerana itu kemungkinan apa yang dimaksudkan dengan air di sini adalah bahan madzāb yang mengalir dan bergerak itu. Manakala sodium pula adalah gas yang tercipta lantaran gerakan kencang bahan madzāb ini. Tujuh petala langit juga tercipta dari bahan gas ini.
[12]. Khatib Abdul Ghani, Qur'ān wa ʻIlm Imruz, terjemahan AsaduLlah Mubshiri, hal. 85-86.
[13]. Untuk telaah lebih jauh berkenaan pelbagai pandangan ilmuan tentang penciptaan entitas-entitas material sila rujuk pada Syarh Nahj al-Balāghah Ibnu Maitham, jil. 1, hal. 138-155.
[14]. Untuk telaah lebih jauh berkenaan pelbagai pandangan ilmiah tentang penciptaan entiti-entiti material sila rujuk pada Syarh Nahj al-Balāghah Ibnu Maitham, jil. 1, hal. 138.
[15]. Untuk telaah lebih jauh sila lihat, Pazūhesh dar I'jāz-e 'Ilmi-ye Qur'ān, Muhammad 'Ali Ridhai Isfahani, jil. 1, hal. 93-10.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini