Carian Terperinci
Pengunjung
16395
Tarikh Kemaskini 2011/06/14
Ringkasan pertanyaan
Dari mana bukti-bukti diperolehi sehingga dapat difahami bahawa maksud ayat 26 surah al-Rahman adalah jin dan manusia, atau jin yang hidup di muka bumi dan sebagainya dengan memperhatikan pelbagai petunjuk ayat-ayat al-Qur’an.
soalan
Dalam penafsiran ayat 26 surah al-Rahman “kullu man ‘alaiha fān” dari mana dapat difahami bahawa yang dimaksud dengan “man ‘alaiha” adalah manusia dan jin. Atau pun bagaimana kita ketahui bahawa jin-jin itu hidup di muka bumi? Atau juga seluruh manusia lainnya tidak hidup di planet lain? Di tempat lain disebutkan bahawa yang dimaksud dengan “fān” bukanlah kebinasaan mutlak, melainkan sejenis perubahan dan pergantian di alam. Dengan menggunakan perantaraan petunjuk, apakah makna ini difahami demikian?
Jawaban Global

1.     Terjemahan ayat 26-27 surah al-Rahman (55) adalah: Semua yang ada (pemilik akal dan kecerdasan) di bumi itu akan binasa. Dan hanya ẓat Tuhan-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.”

2.     Sangat jelas dari keseluruhan ayat surah al-Rahman dan sebahagian riwayat bahawa Allah (s.w.t) adalah Maha Pemurah dan Maha Penyayang, tahapnya adalah menghitung segala nikmat yang Dia anugerahkan kepada para pemilik akal dan kecerdasan.

3.     Redaksi “thaqalan” pada ayat 31 surah al-Rahman dan penggunaan lafaz “man” sebagai ganti “ma” pada ayat 26 dalam surah yang sama, di samping ayat-ayat lainnya khususnya ayat “fabiayyi alā’i rabbikuma tukadziban” dan ayat-ayat 14, 15, 33 dan 34 dan sebagainya adalah penentu maksud dan lawan bicara ayat-ayat ini, khususnya ayat “kullu man ‘alaih…”; kerana dalam al-Qur’an thaqalan bermakna manusia dan jin. Dan “man” digunakan untuk pemilik akal dan fikiran.

4.     Terdapat sebuah riwayat yang dinukil daripada Jabir bin Abdillah, daripada Rasulullah (s.a.w) yang menegaskan secara jelas bahawa yang menjadi objek perbicaraan di sini adalah manusia dan jin. Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada umat: Tatkala (kalian) membaca ayat “fabi ayyi ala Rabbikuma tukadziban,” maka para jin lebih baik menjawabnya berbanding kalian.

5.     Khususnya yang berkaitan dengan kehidupan jin di muka bumi terdapat banyak bukti dan dalil atas hal ini; seperti pelbagai penyaksian dan hubungan langsung sebahagian orang, penaklukan dan penggunaan jin di bumi oleh Nabi Sulaiman (a.s) dan sebagainya. Demikian juga banyak riwayat yang menyebut hal ehwal tempat tinggal mereka di daerah atau tempat-tempat yang kurang penduduk (manusia), pendeknya jin dan manusia merupakan makhluk bumi. Namun berkenaan dengan ayat yang menjadi objek perbahasan menunjukkan tentang ada-tiadanya pembatasan kehidupan manusia dan jin di muka samada kewujudan-kewujudan lainnya di planet, atau langit yang memerlukan perbahasan yang berbeza.

6.     Terdapat banyak pendapat yang dilontarkan dalam menafsirkan maksud ayat ini di mana dengan membentangkan sebahagian dari penafsiran itu sangat bermanfaat untuk menjawab pertanyaan ini.

7.     Musnah dan binasa secara mutlak seluruh kewujudan di alam kemungkinan (imkan), samada kematian alam material dan benda, terputusnya atau selesainya kehidupan dunia dan terhapusnya kesan dan hukum-hukum dunia, atau binasanya secara zat seluruh kewujudan sebagai pandangan-pandangan yang telah dikemukakan dalam masalah ini. Meskipun sesuai dengan dalil-dalil rasional (aqli) dan rujukan (naqli), kematian dan kebinasaan mutlak seluruh kewujudan, khususnya kewujudan-kewujudan non-material, merupakan sebuah perkara mustahil terjadi kebinasaan pada mereka.

8.     Erti dan makna fana (binasa, berubah, hancur, punah, menyusut, lebur, berubahnya bentuk dan tidak lagi dapat dimanfaatkan dan sebagainya) serta  dengan merujuk pada ayat-ayat dan riwayat-riwayat, syuhud irfani, argumen-argumen rasional, semuanya merupakan dalil dan petunjuk terhadap perubahan, pembaruan (tajaddud) dan non-materialisasi (tajarrud), proses menjadi baru dan sebagainya di mana setiap detik terjadi kebinasaan dan pengeluaran, tercipta sebuah gerakan dan kemajuan, awal dan akhir, terbit dan tenggelam dan sebagainya.

9.     Fana dan binasanya segala sesuatu dan punahnya alam kemungkinan tidak akan terjadi kecuali dengan wujud, emanasi, kebaikan ẓat Tanpa-Batas, dan penjelmaan nama “mufni, mumit, munsyi, muhyi”.

10.  Ayat-ayat “yas’alu man fissamawat…kullu yaumin huwa fii sya’n” yang termaktub pada surah al-Rahman (55):, dan ayat-ayat lainnya seperti “bal hum fii lubsin min khalqin jadid” dan “tara al-jabal tahsibuha jamidatun wa hiya tamarmar al-sahab..dan lain sebagainya merupakan bukti-bukti dan penyokong kesimpulan yang disebutkan dalam pertanyaan.

Jawaban Detil

Dalam menjawab pertanyaan ini, pertamanya kita harus membahaskan terjemahan ayat-ayat 25 dan 26 surah al-Rahman dan kemudian kita akan membahagikan jawapan menjadi tiga bahagian:

Bahagian pertama, dalam bahagian ini akan dikemukakan bukti-bukti dan dalil-dalil yang menjelaskan erti dan maksud ayat “man ‘alaiha”, dan juga subjek-subjek berkaitan dengan kehidupan jin di muka bumi.

Bahagian kedua, pada bahagian ini akan dijelaskan makna fana dari segi bahasa dan sebahagian penafsiran dan pandangan berkaitan dengan ayat 26 surah al-Rahman.

Bahagian ketiga, pada bahagian ini, akan dikemukakan pelbagai petunjuk dan bukti yang berkaitan dengan tafsir dan kesimpulan dari pertanyaan yang tersebut (pembuktian adanya pembaruan dan pergantian alam).

Allah (s.w.t) pada ayat 25-26 surah al-Rahman berfirman: “Kullu man ‘alaiah fan, wa yabqi wajhu rabbika ẓuljalalil wal ikram” (Semua yang ada [pemilik akal dan kecerdasan yang menghuni bumi] itu akan binasa. Dan hanya wajah Tuhan-mu yang mempunyai kebesaran (jalal) dan kemuliaan (jamal) tetap kekal.” [1]

Ertinya setiap mahkluk yang memiliki akal dan kecerdasan yang terdapat di bumi akan binasa, sirna, hancur dan sebagainya. Meski pun dalam ayat ini secara jelas tidak menyebutkan redaksi bumi. Namun dari konteks ayat-ayat sebelumnya dapat disimpulkan bahawa kata ganti pada “ʽalaiha” kembali kepada bumi dan hal ini selari dengan keseluruhan ayat-ayat yang berada pada tahap penjelasan dan menghitung segala nikmat Tuhan yang dianugerahkan kepada pemilik akal dan kecerdasan.[2]

 

Bahagian pertama: maksud ayat “man ‘alaiha

Terdapat pandangan yang berbagai daripada para mufassir Qur’an berkenaan dengan pembahasan bahawa siapa yang hidup di bumi dan siapakah orang-orang yang memiliki akal dan kecerdasan. Namun dari keseluruhan ayat-ayat surah al-Rahman khususnya ayat “fabiayyi ala’i rabbikuma tukadziban” (Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan, [wahai bangsa jin dan manusia]?) dan ayat-ayat 14 dan 15 yang menyatakan: Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, dan Dia menciptakan jin dari nyalaan api. Dan juga pada ayat 31: Kami akan segera memperhitungkan kamu semua, hai manusia dan jin.Di mana dalam ayat ini disebutkan redaksi thaqalan (dua kelompok yang berat) yang dalam bahasa al-Qur’an, thaqalan itu dipadankan pada manusia dan jin.[3] Dan demikian seterusnya ayat-ayat 33, 35 dan sebagainya dengan jelas dapat disimpulkan bahawa Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, berfirman kepada manusia dan jin, dan berada pada tahap mengingatkan segala nikmat yang dianugerahkan kepada mereka. Atas alasan ini, Dia berfirman: “Kullu man ‘alaiha” tidak dengan redaksi “Kullu maa alaiha” kerana kata “man” merupakan penjelas terhadap pemilik pemikiran dan kecerdikan dan redaksi “maa” tidak dapat memikul pesanan berat ini.

Di samping itu, sebuah riwayat yang dinukil oleh Jabir bin Abdillah daripada Rasululllah (s.a.w) tentang surah al-Rahman, iaitu menegaskan bahawa subjek bicara surah al-Rahman, khususnya ayat “fabi ayyi alai Rabbikuma tukadziban” adalah manusia dan jin.[4]

Dengan demikian, majoriti mufassir menegaskan bahawa maksud “man alaiha” pada ayat berkenaan adalah manusia dan jin.[5] Adapun berdasarkan atas dalil dan bukti apa jin hidup di muka bumi, terdapat banyak ucapan dan dasar, namun sebagai contoh beberapa di antaranya akan kami sebutkan di sini:

1.     Penyaksian dan hubungan langsung banyak orang dengan jin.

2.     Penaklukan jin oleh Nabi Sulaiman Dan bala tentara Sulaiman yang berasal dari bangsa jin, manusia, dan burung berkumpul di hadapannya; alangkah banyaknya sehingga mereka harus menunggu supaya seluruh tentara itu terhimpun.(Qs. Naml [27:]17), atau persembahan takhta Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman Sulaiman berkata, “Hai pembesar-pembesar, siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri?” . ‘Ifrit dari golongan jin berkata, “Aku akan mendatangkan singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya.”(Qs. Naml [28]:38-39), bekerjanya sebahagian jin di hadapannya, “Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhan-nya.” (Saba [34]:12), dan setan berasal dari golongan jin.[6] Mendengarkan firman Ilahi “Katakanlah (hai Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya sekumpulan jin telah mendengarkan (Al-Qur’an), lalu mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur’an yang menakjubkan.” (Qs. Al-Jin [72]:1); Dan (ingatlah) ketika Kami kirimkan serombongan jin kepadamu untuk mendengarkan Al-Qur’an. Tatkala mereka telah hadir semua, mereka berkata, “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).” Ketika pembacaan telah selesai, mereka kembali kepada kaum mereka (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata, “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Qur’an) telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus.” (Qs. Al-Ahqaf [46]:29-30)

3.     Adanya banyak riwayat dan penjelasan yang menyabitkan bahawa kehidupan jin di muka bumi, pada kawasan yang kurang komuniti (manusia) dan jin (dalam riwayat tersebut) dipandang sebagai penduduk bumi.

Di antaranya: riwayat yang panjang yang dinukil dari Imam Baqir (a.s) dari Amirulmukminin (a.s) berkenaan makhluk-makhluk yang hidup di bumi sebelum Nabi Adam (a.s),[7] yang secara tegas memandang bahawa jin dan nisnas (sebangsa kera) merupakan penduduk bumi.[8]

Dan riwayat-riwayat yang lain yang secara tegas dan jelas menyatakan bahawa tempat tinggal jin pada wilayah khusus di mana kami di sini tidak akan menyebutkan riwayat-riwayat tersebut. Kerana itu kami mempersilakan anda yang tertarik untuk merujuk kepada kitab-kitab berkenaan masalah jin.[9]

Kiranya perlu disebutkan di sini bahawa tidak terdapat ayat yang menafikan atau menetapkan tentang adanya kehidupan manusia atau maujud-maujud lainnya di planet lain;[10] Meskipun kebinasaan dan kehancuran, akan dialami oleh seluruh kewujudan dan maujud di alam kemungkinan (dunia).

 

Bahagian kedua: Makna ayat

Fana” secara lughawi disebutkan dalam beraneka makna, di antaranya: sirna, tiada, punah, hancur, sempurna, terputus, akhir, kematian, lebur, berlalu, berubah, berada dalam bentuk yang lain, keluarnya sesuatu dari sifatnya yang tidak dapat lagi digunakan dan sebagainya.[11]

Dalam kitab-kitab tafsir disebutkan penafsiran yang beraneka berkenaan dengan maksud ayat “kullu man alaiha fan” di mana untuk membahas dan mengkritik beberapa pandangan tersebut memerlukan waktu dan ruang yang lain. Namun untuk menjawab bahagian terakhir dari pertanyaan yang diajukan kami akan sampaikan beberapa dari penafsiran tersebut.

A.    Ayat yang menyampaikan tentang punah dan binasanya secara mutlak seluruh kewujudan (yang hidup atau yang mati) khususnya manusia dan jin, baik yang berada di muka bumi atau yang berada di planet lain demikian juga di tujuh petala langit. Di mana hal ini tidak menunjukkan adanya pembatasan kehidupan di planet bumi. Terdapat banyak bukti Qur’ani dan riwayat berkenaan masalah ini. Seperti ayat-ayat, “Setiap jiwa akan merasakan kematian.”[12]Dia-lah Yang Maha Awal dan Yang Maha Akhir,[13]Segala sesuatu di muka bumi (kini dan akan datang) akan binasa,”[14] Dan Dia-lah yang memulai penciptaan, kemudian mengembalikannya,”[15] Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama, begitulah Kami akan mengembalikannya.[16]

Dan riwayat-riwayat seperti: Dinukil dari Ali (a.s): “Sesungguhnya beliau ditanya tentang mayat yang rosak jasadnya? Beliau bersabda: Iya, sehingga tidak tersisa daging dan tulang kecuali tanah yang daripadanya ia diciptakan. Sesungguhnya tanah ini tidak akan rusak melainkan tetap dalam liang kubur.

Marhum Thabarsi dalam Ihtijâjâj meriwayatkan sebuah pertanyaan yang diajukan oleh seorang zindik kepada Imam Shadiq: “Imam dalam menjawab pertanyaan Zindiq yang bertanya: Apakah roh setelah keluarnya dari jasad akan binasa atau akan kekal, beliau berkata: “Melainkan roh akan tetap kekal hingga hari di tiupnya sangkakala kiamat setelah itu akan batil dan binasa.”[17]

Imam Ali (a.s) berkata: “Dia akan menghancurkan bumi setelah keberadaannya sehingga semua yang berada di atasnya akan menjadi tak-ada. Tetapi lenyapnya dunia setelah penciptaannya tidaklah lebih aneh dari pembentukan dan pengwujudannya yang pertama.[18],

B.    Yang dimaksud fana pada ayat berkenaan (dan kebinasaan pada ayat 88 surah Qashash yang menyebutkan: “Segala sesuatunya binasa kecuali wajah Tuhan.” Kematian (badan) dan keluar dari kegunaannya.[19] Meskipun ayat-ayat ini tidak termasuk roh-roh dan kewujudan- kewujudan non-material, kalau pun termasuk, maka mereka tidak termasuk dalam hukum ini (fana dan mati); kerana terdapat dalil-dalil rasional dan rujukan yang menjelaskan tentang kekalnya roh-roh dan segala sesuatu di sisi Tuhan.[20] Di samping itu, “maujud” (kewujudan, ada) sekali-kali tidak akan pernah “ma’dum” (bukan yang wujud, tiada) yang telah disabitkan oleh argumen-argumen falsafah.

C.    Ayat yang menjelaskan terputus, berakhirnya kehidupan dunia dan terangkatnya kesan dan hukum di mana dengan fana dan binasa penghuninya yang memiliki kecerdasan adalah akibat dari kefanaan ini. Demikian juga, tenggelamnya mentarial duniawi dan terbitnya fajar ukhrawi dan berpindahnya dunia menuju akhirat. Redaksi “fana” secara zahir menegaskan hari esok, ertinya akhir usia dunia dan apa yang ada di dalamnya dan akan muncul di hari esok.[21]

Dengan demikian, hakikat fana ini adalah perpindahan dari dunia kepada akhirat dan kembali kepada Tuhan, sebagaimana pada kebanyakan ayat ditafsirkan demikian.[22]

D.    Pada ayat berkenaan, “fana” digunakan dalam bentuk terbitan (musytaq) “fanin” dan tidak bermakna sesuatu yang akan binasa di kemudian hari. Kerana pasti penyebutan lafaz terbitan (musytaq) “fanin” atas segala kewujudan yang nantinya akan binasa adalah penyebutan majazi (metafora). Dan yang menjadi perbezaan dan bahan bicara para ilmuan ilmu Ushul, khususnya penggunaan terbitan (musytaq) pada hal-hal yang di masa lalu ditutupi dengan satu sifat dan permulaan dan kini sifat tersebut terlepas darinya, misalnya seseorang pada masa lalu adalah seorang doktor dan kini ia telah melupakan seluruh ilmunya dan tidak lagi mengambil manfaat dari ilmu kedoktoran. Apakah orang seperti ini secara hakiki dapat disebut sebagai doktor? Namun kepada orang yang di suatu hari menjadi doktor, sudah tentu, penyebutan kepada doktor merupakan penyebutan metafora dan tidak hakiki.[23]

Atas alasan ini, makna hakiki ayat, akan sejalan dengan makna ayat “kullu syain halik illa wajha” (Qs. Al-Qashash [28]:88) Ertinya adalah “segala sesuatu di muka bumi (kini dan akan datang) akan binasa, hancur dan sirna.

Dengan kata lain, segala kewujudan yang ada di bumi yang memiliki kecerdasan dan akal seperti wujud secara mungkin (mumkin al-wujud) dan memerlukan Pencipta dan Penganugerah wujud, secara zat, akan binasa, sirna dan kematian serta kefanaan akan meliputi wujud mereka.[24] Keperluan dan kefakiran ini tidak akan pernah terlepas dari wujudnya. Dari sudut ini, Mahmud Syabistari dengan mengambil inspirasi dari hadis “al-faqru (s.a.w) ad al-wujud fii al-darrain[25] menggubah sebuah syair:

Legamnya wajah imkan (manusia) di dua alam

Tidak akan berpisah selamanya waLllahu a’lam[26]

Namun kebinasaan dan kepunahan seperti ini, tidak hanya khusus pada segala kewujudan dengan kecerdasan bumi (manusia dan jin) dan segala sesuatu selain wajah Tuhan pemilik keagungan (jalal) dan kemuliaan (jamal) serta wali-wali khususnya.

Sebagaimana pada banyak ayat membawa khabar tentang fana dan kebinasaan ini: “Segala sesuatu akan binasa kecuali wajah-Nya” (Qs. Al-Qashash [28]:88) Atau Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. (Qs. Al-Zumar [39]:68)

Lantaran engkau tidak fana di sisi-Ku

Datanglah keutamaan (harta, ilmu) yang membuatmu binasa

Segala sesuatunya binasa kecuali wajah-Nya

Lantaran tidak ada ketiadaan pada wajah-Nya janganlah cari keberadaan

Sesiapa yang berada di hadapan Kami akan fana

Segala sesuatu akan binasa kecuali wajah-Nya[27]

Adalah penting menyebutkan noktah ini bahawa pelbagai penafsiran dan kesimpulan yang beraneka ragam lainnya dengan pendekatan yang banyak macam tentang ayat berkenaan di mana di sini kami tidak akan menyebutkannya kerana terbatasnya ruang dan waktu.[28]

 

Bahagian ketiga: dalil-dalil dan bukti-bukti

Dengan memperhatikan beberapa subjek sebelumnya dapat dikatakan bahawa yang dimaksudkan fana bukanlah fana mutlak dan ayat al-Qur’an menjelaskan ehwal awal dan akhir gerakan dan arah kesempurnaan seluruh kewujudan, khususnya manusia. Ayat di atas berada pada tahap menjelaskan kefanaan seluruh kewujudan berkenaan identiti tertentunya dan keluarnya serta kembalinya seluruh kewujudan kepada Tuhan. Kembalinya seluruh cabang kepada akar dan terbitnya mentari semesta keabadian dari tenggelamnya suria kefanaan menuju fajar keabadian, kenaikan darjat tingkatan alam material menuju alam non-material.

Arah dan gerakan, kelahiran dan kembang mekar, terbit dan kesampaian, ketersingkapan dan intensifikasi, pengungkapan zahir dan penampakan, kesempurnaan, kemenanjakan dan penjelmaan hak, tidak akan dapat diwujudkan kecuali dengan melenyapkan segala keberkenaan dan leburnya pelbagai batasan dan ikatan, keperluan kecacatan terhadap kesempurnaan, kembalinya kepada fitrah asli, terlepas serta hancur dan binasanya alam material dan sirnanya segala sesuatu di atasnya (kullu man ‘alaiha fan)[29]

Menyaksikan perhatian yang rendah (safil) kepada yang tinggi (ali), kembali cabang kepada akar, mudiknya bentuk kepada hakikat dan akibat kepada sebab bagi orang yang hatinya dicahayai dengan keyakinan bukanlah merupakan pekerjaan sulit. Mencerap perubahan dan pergantian bahagian-bahagian alam tidaklah sukar baginya. Mereka memahami makna Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. (Qs. Al-Zumar [30]:68) dengan mudah.[30]

Kita dan setiap desah nafas menjadi baru di dunia

Tiada berita tentang barunya pada yang abadi

Usia sebagaimana pusaran air akan menjadi baru

Hal ini juga berlanjut demikian pada jasad[31]

Sampainya jiwa kepada tabiat dan bentuk aslinya serta perpindahan alam dunia kepada alam akhirat dan tertarik kepada Allah (s.w.t) lalu masuk ke alam arwah, menghindar dari ruang pelbagai kegelapan, tirai-tirai jasmani, berada pada Tuhan dan memperoleh kedudukan “ʽinddiyya” (di sisi-Nya), dan terlepasnya dari tawanan, terbebasnya dari penjara dan masuknya pada dunia cahaya, adalah pergantian dan perubahan zat  (gerakan substansial secara zat) di mana Allah (s.w.t), memberikan ganjaran kepada para hamba-Nya dan meletakkan setingkat dari ganjaran tersebut juga pada institusi lainnya kewujudan tabiat.

Tingkat material dan gerakan, makam huduth dan kematian, akan mengalami kepunahan dan kebinasaan, pembaharuan dan penuaan, kerana itu Allah (s.w.t) berfirman: “Semua yang ada (pemilik akal dan kecerdasan) di bumi itu akan binasa. Dan hanya ẓat  Tuhan-mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.” Wajah-Nya yang merupakan cahaya dan kesucian murni, dawam, stabil, jalāl, jamāl dan sebagainya, tetap kekal dan tidak akan pernah binasa.

Meski rajutan hubungan dengan-Nya adalah keabadian dalam keabadian

Namun awalnya adalah kefanaan dalam kefanaan[32]

Atas sebab ini fana disebut sebagai “tawallud” (kelahiran) dan kelahiran dengan kematian dan kefanaan yang terwujudkan pada tingkatan sebelumnya. Apabila seseorang tidak merasai madu ini, maka seharusnya jiwa didedikasikan kepada ucapan para nabi dan wali Allah dan membenarkan ucapan mereka. Meski pun ia adalah seorang penyingkap al-Qur’an, penyaksi mentari irfan dan peneliti dengan burhan.

Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama, begitulah Kami akan mengembalikannya.(Qs. Al-Anbiya [21]:104) dan Apakah Kami telah letih dengan penciptaan yang pertama (sehingga Kami sudah tidak mampu lagi untuk mencipta hari kebangkitan)? Sebenarnya mereka berada dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru.” (Qs. Qaf [50]:15) dan Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh.” (Qs. Naml [27]:88) dan Tuhan merupakan tujuan seluruh gerakan dan perubahan ini (terlepasnya)[33] satu tingkatan untuk mendapatkan tingkatan yang lebih tinggi.[34]

Aku mati dari mineral dan menjadi tumbuhan

Aku mati dari tumbuhan kemudian menjadi haiwan

Aku mati dari haiwan kemudian menjadi manusia

Lalu mengapa aku takut apabila aku mati beransur

Aku berlalu sebagai manusia

Membawa empat sayap dan bulu bak malaikat

Setelah itu, berteriak lebih tinggi dari malaikat

Mengapa engkau tidak dapat membayangkan

Aku akan menjadi seperti itu

Aku berkata Inna liLlahi rajiun.[35]

Dengan kata lain, permulaan manusia dan bahan material asli kemanusiaannya pada pelbagai tingkatan penciptaan, berasal dari mineral kemudian tumbuhan. Apabila gerakannya ini berhenti pada tingkatan tumbuhan maka ia tidak akan mencapai kesempurnaan tumbuhan demikian juga apabila ia tidak berhenti pada tingkatan tumbuhan maka ia akan mencapai tingkatan haiwan dan tidak berhenti pada tingkatan haiwan maka ia akan mencapai tingkatan manusia.

Pada diri manusia juga terdapat kedudukan dan makam yang tak-terbilang. Ketika manusia tidak berhenti pada setiap tingkatan maka ia akan memperolehi makam dan kedudukan yang lebih tinggi. Menjauhi dari segala kekurangannya dan melangkah menuju puncak kesempurnaan. Kematian pada tingkatan kekurangan tidak akan berkurang malah semakin bertambah.

Maksudnya adalah bahawa apabila setiap cela dan keterbatasan tidak sirna maka ia tidak akan sampai pada tingkat kesempurnaan. Lantaran apabila ia memiliki kelayakan untuk menerima, iaitu kelayakan lengkap, maka ia akan menjelma sebagai pemberi kesempurnaan dan pengeluar nafs dari titik potensi kepada titik aktual. Pada kepelakuan lengkap (fā’iliyyat tam), sikap bakhil dan menahan tidak lagi berbaki pada poin ini.

Apapun yang ditunjukkan kepadamu di dunia ini

Jika hatimu tidak berlabuh padanya segalanya menjadi milikmu

Pelbagai bijian dan benih apabila tidak mati pada batasannya, ia tidak akan sampai pada titik sebenar. Apabila keduanya tidak melakukan perjalanan, keduanya tidak akan matang.

Banyaklah melakukan perjalanan wahai belia

Hingga engkau mengaut kematangan.[36]

Baik perjalanan bentuknya yang merupakan kesempurnaan jasmani. Begitu pun perjalanan maknawinya yang merupakan kesempurnaan ruh.

Raga tidak terlepas dari roh kerana ia bahagian darinya

Jiwa tidak terlepas dari raga kerana keseluruhan adalah bahagian darinya[37]

Dengan demikian terbitnya fajar roh-roh non-material universal dan mentari roh-roh terikat pada badan-badan tertentu. Yang terbenam pada tepi barat alam material dan beralih perhatiannya kepada Tuhan timur dan barat. Pelbagai pengecaman dunia benda dan materal akan sirna.

Pengeamatan harus lebih tinggi dari keberadaan

Tidak tinggal pada dunia atas dan bawah

Ajal laksana galaksi akan berakhir

Seluruh keberadaan berhujung dengan ketiadaan[38]

Kerana itu perhatian fitrah dan naluri terhadap kesempurnaan mutlak dan perjalanan serta kenaikan seluruh kewujudan ke arah sumber (mabda) sesuai dengan hukum Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia berada dalam kesibukan. (Qs. Al-Rahman [55]:29) dan (Iaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahawa kepada Allah-lah kembali semua urusan. (Qs. Syurah [42]:53) yang berdasarkan sistem Rabbani, nampak terang bagi orang-orang yang mengenal ayat-ayat Ilahi dan nas-nas agama. Barangsiapa yang benderang hatinya dengan cahaya keyakinan maka ia akan menyaksikan perubahan dan penggantian yang terjadi di alam semesta. Sebagaimana Tuhan setelah menjelaskan kefanaan segala sesuatu pada surah al-Rahman (Kullu man ‘alaiha fan) dan seterusnya lalu berfirman: “Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia berada dalam kesibukan.”[39] Kerana kefanaan dan kebinasaan segala sesuatu dan kefakiran seluruh kewujudan serta kehancuran alam kemungkinan (imkan), tidak dapat terealisasi kecuali dengan Wujud, pancaran dan kebaikan (ihsan) Tuhan yang memiliki segala kebesaran dan kurnia. Setiap perhitungan detik, zahir dan muncul nama “al-Mufni al-Mumit” (Pembinasa yang mematikan) dan “al-Munsyi al-Muhyi” (Pengada yang menghidupkan) pada dunia yang secara terus menerus pada keadaan bergerak, seluruh semesta laksana air yang mengalir dan bergerak dalam aliran. Dan gambaran mentari pada air yang tetap (mengalir) ini laksana wajah Tuhan (wa yabqa wajha rabbuk).

Pada setiap detik pengganti dan zat segala sesuatu mengalami pembaharuan (renewal) dan perubahan (tabaddul). Dengan bahasa tubuh, lisan, potensi, dengan tangan yang memerlukan dan mata yang penuh harapan bergerak ke arah Pemilik Kemurahan dan Cinta. Menyampaikan hajat (pada seluruh dimensi) kepada-Nya. Dan melabuhkan harapan kepada Kekayaan dan Kemurahan-nya. Hai manusia, kamulah yang memerlukan (faqir) kepada Allah; dan hanya Allah-lah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Qs. Fatir [35]:15)[40]

Dialah yang ada pada setiap detik, pada setiap penciptaan baru Dia berada dalam kesibukan (kullu yaum huwa fi sya’n) meski: Dia tidak disibukkan oleh kesibukan.

Penciptaan semesta kewujudan tidak hanya terjadi permulaan penciptaan dunia, melainkan setiap detik penciptaan dan permulaan. Kerana itu, sebahagian ulama besar Islam dan Syiah dengan mengambil inspirasi dari “kullu man ‘alaiha fan…yasalunakan man fissamawati wa al-ardh kullu yaumi huwa fii sya’n) dan melalui perantara syuhud (penyingkapan) Irfan dan dengan mengikuti burhan menyimpulkan demikian dan menetapkan gerakan dan perubahan (tabaddul) pengganti dan zat segala sesuatu. Meskipun pada wilayah ini banyak yang harus disampaikan namun ruang dan waktu tidak tersedia. Rumi, seorang ʽarif besar, menggubah gerakan para wali Tuhan “ke arah yang tak berarah” dalam sebuah syair yang indah sebagai berikut:

Sesiapa yang melangkah ke arah yang tak-berarah

Para budiman itu menoleh ke arah yang tak-berarah

Setiap merpati yang mendasir pada mazhab

Merpati ini berpihak pada yang tak-berpihak

Kita bukan unggas udara juga bukan peliharaan

Bijian kita adalah biji tanpa biji

Sedemikian luas kehidupan (akhirat) kita

Sehingga terkoyak kain (jasad) pada pundak (dunia) kita[41][]



[1]. Allamah Thabathabai, Tafsir al-Mizān, jil. 19, hal. 100; Murtadha Muthahhari, Āsynāi ba Qur’ān, tafsir surah al-Rahman, hal. 80; Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Maudhu’i Qur’ān Karim, Ma’ād dar Qur’ān, , jil. 4, hal. 193. Abdullah Jawadi Amuli, Tahrir Tamhid al-Qawāid, hal. 778; Maula Nazharali Thaliqani, Kāsyif al-Asrār, jil. 1, hal. 335; Terjemahan al-Qur’an (terjemahan Muhammad Mahdi Fuladun, Tafsir Nemune..)

[2]. Allamah Thabathai, Op Cit, jil. 19, hal. 100; Thabarsi, Majmā’ al-Bayan, jil. 9, hal. 305; Faidh Kasyani, Tafsir Shāfi, jil. 2, hal. 641; Tafsir Qummi; Tafsir Nemune..  

[3]. Murtadha Muthahhari, Op Cit, hal. 4.  

[4]. Allamah Thabathabai, Op Cit, jil. 19, hal. 103; Faidh Kasyani, Tafsir Shāfi, jil. 2, hal. 640; Majlisi, Bihār al-Anwār, jil. 18, hal. 78; jil. 63 hal. 117.  

[5]. Lihat, Tafsir al-Mizān, Shāfi, Majmā’ al-Bayan, Nemune.

[6]. Lihat, Indeks: Syaitan, malaikat atau jin. Kemampuan syaitan dan jin

[7]. Bihār al-Anwār, jil. 57, hal 324.  

[8]. Namun sebahagian riwayat yang lain menjelaskan bahwa tempat kediaman syaitan itu di udara (bukan di langit atau bumi), silahkan lihat, Mulla Shadra, Mafātih al-Ghaib, jil. 1, hal. 264-265.

[9]. Bihār al-Anwār, jil. 18, hal. 76-81, 87, 91-93; Jil. 39, hal. 169, 175, 176

[10]. Namun berkenaan apakah jin merupakan kewujudan material atau non-material (non-material barzakhi dan mitsali) di mana apabila ia non-material maka ia tidak akan mendiami sebuah tempat, meskipun ia menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa, memerlukan kajian terpisah. Mengingat pertanyaan penanya yang budiman tidak menyoroti masalah ini, kerana itu kami menghindar untuk membahas masalah ini. Demikian juga pembahasan berkenaan dengan perginya syaitan ke langit, menyentuh langit, mencuri pendengaran dan lain sebagainya, pada kesempatan ini tidak menjadi objek pembahasan kita. Kami persilakan anda melihat, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Ma’ārif Qur’ān, jil. 1-3, hal. 308-312.  

[11]. Silakan lihat, kitab-kitab kamus bahasa (Maqayis al-Lugha, Lisan al-‘Arab, al-Munjid, Qamus Qur’an, Farhang-e Jami’ Nawin dan sebagainya) kitab-kitab tafsir.  

[12]. Qs. Ali Imran [2]:185; Qs. Al-Anbiya (21):35; Qs. Al-Ankabut (29):57.

[13]. Qs. Al-Hadid (57):4

[14]. Qs. Al-Qishash (28):88

[15]. Qs. Al-Rum (30):27

[16]. Qs. Al-Anbiya (21):104

[17]. Abdullah Syubbar, Haq al-Yaqin, hal. 98-99; Allamah Majlisi, Haq al-Yaqin, hal. 418-419.  

[18]. Nahj al-Balāgha, khutbah 186

[19]. Sayid Abdullah Syubbar, Haq al-Yaqin, hal. 98.

[20]. Qs. Dukhkhan [44]:93; Qs. Ali Imran [3]:169, 170 & 185; Qs. Al-Nahl [16]:96; Asfar, jil. 8, hal. 380 dan seterusnya; Asfar, jil. 9, hal. 237 dan seterusnya & 279; Mafatih al-Ghaib, jil. 2, hal. 623-640; Ma’arif Qur’an, jil. 1-3, hal. 445.

[21]. Al-Mizan, jil. 19, hal. 101; Asfar, jil. 9, hal. 266, 279, dan 282.

[22]. Terjemahan Parsi Al-Mizan, jil. 19, hal. 168.

[23]. Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Mau’dhui Qur’an Karim, jil. 4, hal. 194.

[24]. Al-Mizān, jil. 19, hal. 90-91; Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Mau’dhui Qur’an Karim, Ma’ad dar Qur’an, jil. 4, hal. 194; Hadi Sabzawari, Syarh al-Asma, hal. 207, 254, 720.  

[25]. Faqr bermakna legamnya wajah di dua alam (dunia dan akhirat). Silahkah lihat, Asfar, jil. 1, hal. 69; Syarh al-Asma, hal. 207.

[26]. Mahmud Syabistari, Gulsyan-e Rāz, bait 126.

[27]. Rumi, Matsnawi Ma’nawi, daftar-e awwal; Pembahasan hal ehwal ayat “Kulli syain Halik illa wajha” di luar pembahasan kita kali ini dan akan dibahas pada kesempatan mendatang.

[28]. Silahkah lihat, Mulla Hadi Sabzawari, Syarh al-Asma, hal. 720, 364, 296, 253, 241; Abdurazaq Kasyani, Syarh Manazil al-Sairin, hal. 410, 574, 580; Allamah Thabathabai, al-Risālah al-Tauhidiyah, hal. 129; Abdullah Jawadi Amuli, Tahrir Tamhid al-Qawaid, hal. 374, 770, 778; Izzuddin Mahmud Kasyani, Misbah al-Hidāyah wa Miftah al-Kifāyah, hal. 426; Khawaja Nasiruddin Thusi, Ausaf al-Asyraf, hal. 99; Abdullah Jawadi Amuli, Marāhil Akhlāq, hal. 401-412; Mulla Shadra, jil. 9, hal. 266,277, 279 dan 280; Muqaddimah Qaishari bar Fushus al-Hikam, fushul 9 dan 15.

[29]. Mulla Shadra, Asfar, jil. 9, hal. 266-281. Muqaddimah Qaishari bar Fushus al-Hikam, fushul 9 dan 11.  

[30]. Mullah Shadra, Syawāhid al-Rububiyah, jil. 1, hal. 298-299.

[31]. Rumi, Matsnawi Ma’nawi.

[32]. Ibid.

[33]. Meskipun redaksi terlepasnya di sini bukan merupakan redaksi yang tepat dan benar. Kerana, sesuai dengan gerakan substansial (harakat al-jauhari), tiada satu pun kewujudan yang akan kehilangan sesuatu dan memiliki seluruh kesempurnaan tingkatan sebelumnya.  

[34]. Mulla Shadra, Asfar, jil. 3, hal. 110 dan seterusnya; jil. 9, hal. 266, 279, 280; Mulla Shadra, Mafātih al-Ghaib, jil. 2, hal. 713; Mulla Shadra, Syawāhid al-Rububiyah, jil. 1, hal. 298-299.  

[35]. Rumi, Matsnawi Ma’nawi.

[36]. Sa’di Syirazi, Gulistan.

[37]. Hasan Zadeh Amuli, Ma’rifat Nafs, jil. 2, hal. 319-320.

[38]. Rumi, Matsnawi Ma’nawi.

[39]. Mulla Hadi Sabzawari, Syarh Asma, hal. 260-261; Mulla Shadra, Asfar, jil. 3, hal. 108-113.

[40].; Allamah Thabathabai, al-Mizān, jil. 19, hal. 102.  

[41]. Rumi, Matsnawi Ma’nawi, Daftar-e Panjum, bait-bait 350-353

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits