Carian Terperinci
Pengunjung
11314
Tarikh Kemaskini 2007/11/17
Ringkasan pertanyaan
Munurut perspektif al-Qur'an, apakah manusia itu merupakan makhluk yang amat zalim (ẓulûm) dan amat bodoh (jahûl) atau ia merupakan seorang khalifah Allah?
soalan
Munurut perspektif al-Qur'an, apakah manusia itu merupakan makhluk yang amat zalim (ẓulûm) dan amat bodoh (jahûl) atau ia merupakan seorang khalifah Allah?
Jawaban Global
  1. Al-Qur'an dari satu sisi menyebut kedudukan tinggi manusia dengan berbagai persepsi yang mulia, manakala dari satu sisi yang lain, terdapat banyak ayat-ayat yang mencela dan mengecam manusia.
  2. Gerakan manusia yang berada di dalam dua garis lengkung menaik (qaws ṣuʻūd) dan menurun (qaws nuzūl) adalah infiniti serta tidak terhad dan tanpa sempadan. Ini disebabkan potensi yang dimilikinya adalah luar biasa.
  3. Manusia merupakan sebuah makhluk dwi-dimensi; dimensi ruḥānī dan malakūtī serta dimensi haywānī dan nafsānī.
  4. Manusia dapat memanfaatkan kehendak dan pilihan, tidak seperti kewujudan yang lain. Mereka dapat memilih untuk menyiapkan jalan kehidupan berdasarkan latar belakang dan sarana.
  5. Sesiapa pun yang meraih makam khalīfah Ilāhī pasti mengikuti hidayah Allah, menahan serta mengawal dirinya dari penderhakaan dan keinginan haiwani.
Jawaban Detil

Melihat sepintas lalu gambaran keseluruhan ayat-ayat al-Qur'an kita akan mendapati sebuah kesimpulan bahawa secara umumnya, kita menghadapi dua kelompok manusia:

Bahagian pertama, ayat-ayat yang mengagungkan manusia dan menyebut “manusia” dengan ungkapan yang sangat mulia dan tinggi. Contoh ayat-ayat tersebut ialah:

  1. "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik, dan Kami utamakan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (Qs. Al-Isra [17]:70)
  2. "Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Apakah Engkau akan menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan-Mu?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Qs. Al-Baqarah [2]:30)
  3. "Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, lalu semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan khuatir akan mengkhianatinya. Tetapi manusia (berani) memikul amanat itu. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (lantaran ia tidak mengenal amanat itu dan menzalimi dirinya sendiri).Qs. Al-Ahzab [33]:72) dan sebagainya.

Akan tetapi terdapat juga sebahagian ayat-ayat yang mencela manusia, dengan bahasa yang keras mengherdik manusia misalnya dengan redaksi, "Manusia tidak pernah jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka, dia menjadi putus asa lagi putus harapan. Dan jika Kami merasakan kepadanya sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata, “Ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahwa hari kiamat itu akan datang. Dan jika aku dikembalikan kepada Tuhan-ku, maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan di sisi-Nya.” Maka Kami benar-benar akan memberitakan kepada orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras. Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia (yang lalai), ia berpaling dan menjauhkan diri. Tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, maka ia banyak berdoa." (Qs. Fusshilat [41]:49-51); atau "Dan jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi." (Qs. Syura [42]:27); "Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." (Qs. Ibrahim [22]:34); "Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (lantaran ia tidak mengenal amanat itu dan menzalimi dirinya sendiri)." (Qs. Al-Ahzab [33]:72); "maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya" (Qs. Yasin [36]:77); "Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian." (Qs. Al-Ashr [103]:2) dan lain-lain lagi.

Dengan menyebut ayat-ayat di atas, maka timbullah pertanyaan ini, iaitu apakah misteri di sebaliknya? Apakah makna dan kefahaman kedua-dua golongan daripada ayat-ayat ini yang menunjukkan secara zahirnya masing-masing bertentangan?

Untuk menjawab pertanyaan ini lebih baik kita ambil bantuan daripada al-Qur'an sendiri, ini sebabkan sebahagian ayat al-Qur’an menafsirkan sebahagian yang lain.

Dalam surah al-Bayyinah kita membaca: (Sesungguhnya orang-orang kafir daripada kalangan ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahanam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh adalah sebaik-baik makhluk." (Qs. Al-Bayyinah [98]:6-7)

Kedua-dua ayat yang berada di dalam satu surah ini bersambungan antara satu sama lain. Ia mengingatkan “insan” sebagai makhluk yang terbaik dan terburuk. Subjek yang diterangkan merupakan garis lengkuk menaik dan menurun. Ini bermakna, sekiranya seseorang itu memiliki iman dan amalan soleh maka ia menjadi ciptaan Allah yang terbaik. Jikalau seseorang itu menuruti jalan kekufuran, kesesatan, meragui agama dan membantah maka prestasinya menurun dan menjadi sejahat-jahat ciptaan.

Imam Ali (a.s) dalam sebuah riwayat berkata: "Allah (s.w.t) menciptakan makluk alam semesta atas tiga jenis: Para malaikat, haiwan dan manusia. Para malaikat memiliki akal tapi tidak mempunyai syahwat dan amarah. Haiwan memiliki sekumpulan syahwat, amarah dan tidak berakal. Namun manusia adalah mendominasi himpunan daripada kedua-duanya. Sekiranya akal mengatasi syahwatnya maka ia lebih baik daripada malaikat. Jikalau syahwat yang menguasainya maka ia lebih rendah dari pada haiwan."[1]

Daripada riwayat ini dapatlah diambil kesimpulan bahawa sebagaimana manusia merupakan entiti dwi-dimensi (dimensi rohani dan jasmani), kecenderungannya juga terdiri daripada dua jenis (kecenderungan dan ketertarikan maknawi, serta kecenderungan haiwani dan jasmani) sehingga ia dapat dengan menggunakan kehendak dan pilihan yang dianugerahkan Tuhan kepadanya, ia memilih salah satu daripada dua kecenderungan tersebut dan mencapai kedudukan tinggi kemanusiaannya, atau sehingga ia terjatuh atau dengan bahasa al-Qur'an seburuk-buruk makhluk atau lebih rendah lagi.[2]

Kerana itu, ayat-ayat nurani al-Qur'an menyingkap realiti ini, iaitu seluruh manusia mempunyai kekuatan dan potensi supaya dapat menjadi sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk, bahkan lebih mulia daripada para malaikat. Demikianlah sehingga ketika ia merealisasikan seluruh potensi ini maka ia dapat mencapai martabat khalifatullah. Namun sekiranya ia tidak memanfaatkan dan memberdayakan berbagai potensi Ilahiah ini sebaik mungkin, atau bahkan merosakkannya, maka ia menjadi sasaran kecaman Ilahi di mana contoh-contohnya telah kami utarakan dalam tulisan ringkas ini.[]

Untuk telaah lebih jauh silakan merujuk:

Al-Mizan, jil. 16, hal. 524-527; Tafsir Nemune, jil. 8, jil. 17, hal. 451-457.

 


[1]. Tafsir Nur al-Thaqalayn, jil. 3, hal. 188.

[2]. "Ulaika kal an'am balhum adhal."  (Qs. Al-A'raf [7]:179)

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimana Tuhan memiliki ilmu terhadap perbuatan manusia sebelum perbuatan tersebut dikerjakan?
    8707 Teologi Klasik 2011/05/09
    Apa yang menyebabkan pengutaraan pertanyaan seperti ini adalah kerana tidak mempunyai pengetahuan yang benar tentang hubungan Tuhan dengan waktu. Tuhan adalah sarmadi (azali dan abadi) dan tidak tertaklukdengan masa. Ertinya  Tuhan berkuasa atas masa dan tidak dibatasi oleh waktu. Pada prinsipnya adalah tidak benar ketika kita berkata bahawa bagaimana Tuhan ...
  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    8430 Irfan Teori 2011/08/20
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling ...
  • Apakah falsafah kemaskulinan wacana al-Qur’an?
    8186 Tafsir 2013/02/02
    1. Kita tidak boleh menganggap ungkapan dan perbicaraan al-Qur’an sebagai bersifat maskulin melainkan kita dapat menentukan bahawa spiritual hikmah ke atas lafaz dan bicara al-Qur’an itu bersandar kepada jantina dan kita dapat menentukan bahawa ia berpaksi atas maskulin. Melalui berbagai ayat al-Qur’an dapatlah difahami bahawa wacana yang ...
  • Bilakah al-Quran yang ada pada zaman kita sekarang ini dikumpulkan?
    9281 Ulum Al-Quran 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail. ...
  • Mengapa Syiah memiliki keyakinan terhadap masalah imāmah dan para imam secara khusus?
    11960 Teologi Klasik 2013/03/30
    Nampaknya yang anda maksudkan dari pertanyan ialah bagaimana kita dapat meyakini dan memahami peribadi imam. Akan tetapi sebelum menjawab pertanyaan anda seharusnya terlebih dahulu kami menjawab pertanyaan mengapa kita harus meyakini masalah imāmah? Imāmah dalam Islam memiliki nilai penting dan merupakan tingkatan terakhir dalam perjalanan manusia menuju ...
  • Dengan memperhatikan bahawa Tuhan adalah Mahatahu secara mutlak, lantas apakah motif ujian-ujian Tuhan bagi manusia?
    7114 Teologi Klasik 2011/04/19
    Sebagaimana menurut pertanyaan yang diajukan, pelbagai ujian Ilahi bukanlah bermaksud untuk menyingkap apa-apa yang tidak diketahui lantaran Tuhan Mahatahu atas segala sesuatu. Namun ketika kita merujuk kepada ayat dan riwayat, maka kita akan menemui bahawa pelbagai ujian ini merupakan sebuah tradisi (sunnah) dan kanun Ilahi yang berpijak ...
  • Bagaimana syaitan melakukan pengaruh pada fikiran dan menyampaikan segala kehendaknya kepada manusia?
    19782 Teologi Klasik 2011/06/21
    Sebelum mengulas tentang jalan-jalan pengaruh syaitan pada manusia, perlulah kita mengenal ciptaan yang bernama syaitan walaupun secara ringkas. Terdapat banyak pandangan tentang sumber kata terbitan syaitan dari segi bahasa di kalangan para pemikir. Namun yang paling benar kita katakan adalah kosa kata ini datang dari perkataan "sya-tha-na" yang ...
  • Apakah agama masyarakat dapat diubah?
    7696 Teologi Baru 2011/09/22
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam ...
  • Meskipun Zaid bin Ali as-Sajjad merupakan salah seorang dari Ahlulbait, tetapi mengapa ia mengakui kekhalifahan Abu Bakar?!
    7714 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Walaupun penyoal dengan yakin mengatakan bahawa “Zaid bin Ali bersaksi keatas kebenaran Abu Bakar sebagai khalifah, tetapi setelah penelitian yang banyak didalam sumber-sumber referensi penelitian yang kami ada, kami tidak menemui bukti dan dalil yang menguatkan pernyataan di atas. Kerana itu, pertama-tama kami akan menganggap dakwaan Anda ...
  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    12485 Teologi Klasik 2012/01/19
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...

Populer Hits