Carian Terperinci
Pengunjung
9275
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Bilakah al-Quran yang ada pada zaman kita sekarang ini dikumpulkan?
soalan
Telah jelas bahawa ketika Rasulullah s.a.w membacakan al-Quran untuk masyarakat ketika itu, para sahabat Nabi, yang bertugas mencatat Wahyu Ilahi pada waktu itu, menuliskan ayat-ayat al-Quran, namun pertanyaannya bilakah pengumpulan dan penyusunan secara menyeluruh ayat-ayat al-Quran dilakukan? Bilakah himpunan al-Quran yang berada di tangan kita ditemui?
Jawaban Global
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail.
Jawaban Detil

Terapat tiga pendapat mengenai pengumpulan al-Quran:

1.     Al-Quran dikumpulkan pada zaman Rasulullah s.a.w dan dengan pengawasan secara langsung daripada baginda dan dengan hidayahnya Allah swt, meskipun bukan baginda sendiri yang menulis dan mengumpulkannya.[1]

2.     Al-Quran yang ada sekarang ini dikumpulkan oleh Imam Ali a.s dan pengumpulannya dilakukan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dan ianya dilakukan ketika berdiam diri di dalam rumah.[2]

3.     Al-Quran dikumpulkan setelah wafatnya Rasulullah s.a.w oleh sebahagian sahabat Nabi s.a.w.[3]

Kebanyakan ulama Syiah khususnya mereka yang terkini dan para pengkaji semasa berkeyakinan bahawa al-Quran telah dikumpulkan pada zaman Rasulullah s.a.w dan berada di bawah pengawasan baginda.[4]

Sebahagian pengikut Syiah yang lainnya juga menerima pandangan kedua dan mengetahui bahawa Imam Ali a.s adalah pengumpulnya.[5] Tetapi kebanayakan Ahli Sunnah memilih pendapat yang ketiga dan para oreantalis juga kebiasaannya menerima pendapat ini dan menambah: “Al-Quran yang dikumpulkan oleh Imam Ali a.s tidak diakui oleh para sahabat.

Perkara tersebut telah jelas, maka pendapat yang pertama dan kedua terhadap pengumpulan al-Quran telah disandarkan kepada Allah swt dan penemuan surah-surah dan turutannya juga dalam lingkungan wahyunya Ilahi; oleh itu Rasulullah s.a.w adalah menurut seperti mana ayat al-Quran: «ما ینطق عن الهوى ان هو الا وحى یوحى»[6]

"Segala sesuatu yang disabdakan oleh Nabi s.a.w, khususnya dalam masalah keagamaan, adalah dengan panduan wahyu, demikian juga para Imam, walaupun bukan nabi, tetapi mereka adalah penerus risalah dan memiliki maqam ismah yang telah dipilih oleh Allah swt dengan dibekalkan ilmu laduni.

Seseorang yang menerima pendapat ketiga, mereka bukan saja tidak akan mampu membuktikan kedua perkara ini, iaitu pembuktian terhadap penemuan surah-surah dan ketertibannya, bahkan pada hakikatnya telah menafikannya dan telah diketahui bahawa para sahabat telah masuk campur dan dengan cara yang tersendiri dalam permasalahan ini.

Di sini dinyatakan beberapa perkara yang penting:

1.     Allamah Thabathaba'i berkata ketika menafsirkan ayat: «انا نحن نزلنا الذکر و انا له لحافظون»[7]  bahawa: Ciri-ciri yang dimiliki oleh al-Quran telahpun dinyatakan, seperti kefasihan dan keindahan gaya bahasa, tidak adanya ikhtilaf (perselisihan) antara satu sama lain dan juga tidak ada seorang pun yang mampu membuat sepertinya, semuanya itu terdapat di dalam al-Quran yang ada pada tangan kita sekarang. Kesimpulannya adalah, al-Quran yang ada sekarang ini adalah al-Quran yang sama yang dikenali ketika diawal datangnya Islam dan juga pada zaman Rasulullah s.a.w itu sendiri.[8]

Walaupun ucapan ini telah menafikan adanya pemesongan (tahrif) terhadap al-Quran, namun tidak dapat menetapkan bahawa himpunan ini, dengan bentuk dan coraknya adalah bersifat wahyu; maka ciri-ciri yang telah disebut tidaklah mampu untuk membuktikan bahawa ketertiban himpunan ayat-ayat yang mana ianya membentuk surah-surah dan susunan surah-surah ini telah membentuk al-Quran sepertimana ianya telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w.

2.     Jika seseorang mampu menetapkan dan membuktikan keajaiban bilangan ke atas perkara yang berkaitan dengan perkataan dan gandingannya dalam lingkungan surah-surah dan susunannya; iaitu di antara ayat-ayat satu surah dan jalinan di antaranya ada hubungan bilangan yang khusus di mana perkara tersebut adalah mustahil bagi manusia, maka bentuk surah-surah dan ketertibannya juga akan terbukti. Namun begitu tidak akan dapat dibuktikan terhadap susunan seluruh ayat-ayat yang terdapat dalam sebuah surah adalah bersifat wahyu.[9]

Untuk rujukan lanjut, sila rujuk:

Mahdi Hadavi Tehrani, Mabani Kalami Ijtihad



[1]. Sayid Abdul Wahab Thaliqani, 'Ulumul Qur'ân, Hal. 83

[2]. Sayid Muhammad Ridha Jalali Naini, Târikh Jam' Qur'ân Karim, Hal. 87

[3]. Pendapat ini banyak diterima oleh kebanyakan Ahlus Sunah, Idem , Hal. 19-51

[4]. Sayid Abdul Wahab Thaliqani, 'Ulumul Qur'an, Hal. 83; Sayid Ali Milani, al-Tahqiq fii Nafii al-Tahrif 'an al-Qur'an al-Syarif, hal. 41-42,

   dan hal. 46, Muhammad Hadi Ma'rifat, Shiyanat al-Qur'an min al-Tahrif, hal. 34

[5]. Sayid Muhammad Ridha Jalali Naini, Târikh Jam' Qur'ân Karîm, Hal. 80

[6]. Dan dia tidak berbicara menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan."surah an-

   najm ayat 2-3

[7] Tidak syak lagi kamilah yang menurunkan al-Quran dan kamilah yang menjaganya-surah al hajr ayat 9

[8]. Allamah Thaba-thabai, al-Mizan, jil. 12, Hal. 104, 106 dan 138

[9]. Mahdi Hadavi Tehrani, Mabâni Kalâmi Ijtihâd, Hal. 54-55, Muasasah Farhange Khaneh Khurd, Qum, Cetakan pertama, 1377

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits