Carian Terperinci
Pengunjung
11358
Tarikh Kemaskini 2014/10/15
Ringkasan pertanyaan
Allah (s.w.t) mencipta dan manusia juga melakukan perbuatan tersebut! Apa bezanya antara kedua-dua ciptaan ini?
soalan
Allah (s.w.t) Maha Mencipta, manusia juga melakukan perbuatan ini. Apakah perbezaan antara kedua-dua ciptaan ini?
Jawaban Global
Pertama: Bahan mentah ciptaan hanya dicipta oleh Allah (s.w.t) dan sekiranya manusia mencipta sesuatu, ia akan menggunakan bahan-bahan ini.
Kedua: Penciptaan ini dan inovasi manusia juga hanya diterima sebagai tuhan dalam bentuk metafora sahaja; iaitu tanpa izin dan bantuan Allah, tidak ada sesiapapun yang memiliki kudrat dan keupayaan untuk bergerak sedikitpun. Setiap yang terjadi tidak terkeluar dari daerah keizinan Allah. Dalam bahasa ilmu diibaratkan sebagai perbuatan-amalan dan amalan-amalan yang terbit di khārij (dunia realiti) samada bil dzāt atau bil `araḍ.
Perbuatan yang berlaku secara bebas, tanpa berperantara dan tanpa mendapat pertolongan dari yang lain itu diibaratkan sebagai bil dzāt. Perbuatan seperti ini hanya berlaku pada Allah (s.w.t) sahaja. Namun sebarang perbuatan yang mempunyai perantaraan, terjadi secara tidak bebas diibaratkan sebagai bil `araḍ. Ianya berlaku dengan izin Allah dan apa sahaja yang lain daripada Allah dapat melakukannya; iaitu seseorang individu selain daripada Allah umumnya seperti manusia, malaikat, jin dan lain-lain lagi melakukan perbuatan dengan izin Allah.
Sebagaimana yang diterang oleh Allah (s.w.t) di dalam al-Qur’an, salah satu mukjizat Nabi Isa (a.s) ialah menghidupkan jasad-jasad dan menukarkan burung dari tanah liat menjadi burung yang sebenar. Namun perbuatan-perbuatan yang menjadi realiti ini disebabkan Allah (s.w.t) menganugerahkan kuasa kepada baginda.
Allah (s.w.t) berfirman, “Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Isrā’īl, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) daripada Tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah;[1]
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?[2]
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[3]
Namun pandangan bahawa sebahagian dari perbuatan-perbuatan dapat dilakukan oleh sesiapa pun selain daripada Allah walaupun dengan perantaraan dan keizinan-Nya, perbuatan itu memang dinisbahkan kepadanya (yang melakukan) dan masalah ini menyebabkan ia bertanggung jawab ke atas perbuatannya.
Terdapat ayat al-Qur’an: Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu".[4]
Oleh itu, sekiranya insan berkemampuan mencipta sebuah kejadian secara bebas, tanpa memakai formula ciptaan makhluk-makhluk Allah, tanpa menggunakan bahan mentah-Nya, dan tanpa keizinan serta kehandak Allah, maka ia boleh diletakkan setanding dengan Allah (s.w.t). Namun disebabkan tidak ada sesiapapun sampai ke tahap berkemampuan memiliki kuasa seperti itu, maka ia bukanlah fā`il (subjek) dan pencipta yang sebenar.
 

[1] Surah Āl `Imrān, ayat 49
[2] Surah al-Wāqi`ah ayat 63 dan 64
[3] Surah al-Anfāl ayat 17
[4] Surah al-Sajdah ayat 11
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits