Carian Terperinci
Pengunjung
7399
Tarikh Kemaskini 2011/01/01
Ringkasan pertanyaan
Seorang pesakit untuk mendapatkan kesembuhan apakah harus merujuk kepada seorang dokter, atau harus memakan turbah Sayid al-Syuhada Imam Husain a.s. atau memanjatkan doa?
soalan
Seorang pesakit untuk mendapatkan kesembuhan apakah harus merujuk kepada seorang dokter, atau harus memakan turbah Sayid al-Syuhada Imam Husain a.s. atau memanjatkan doa?
Jawaban Global

Ketiga-tiga perkara ini, masing-masing boleh menjadi faktor sebab yang berbeza untuk  menyembuhkan pesakit dan ia juga boleh bergabung (di dalam menyembuhkan). Akan tetapi sebaiknya doa (hubungan dengan Tuhan dan permintaan langsung kepada-Nya) terjadi dengan seluruh perbuatan kita, diantaranya ia disertai dengan salah satu dari kedua-dua (berubat dengan doktor atau turbah Imam Husain a.s.) perantara tersebut. Ini adalah kerana segala pemeriksaan dokter, pengaruh obat dan sebagainya dan juga syafâ'at Imam Husain As dalam memberikan pengaruh pada turbahnya, tidak terpisah dari kekuatan dan kehendak Allah Swt. Dan pengaruh semua ini bergantung kepada kehendak Ilahi.

Noktah lain yang harus ditegaskan di sini adalah bahawa kita tidak boleh melihat pemanfaatan daripada tawassul, syafâ'at para Imam Maksum As dan berdoa hanya ketika kita didera dan dirudung pelbagai kesulitan dan musibah sahaja yang mana ianya dimanfaatkan ketika kita menghadapi masalah yang mana ianya tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa. Sebagaimana kita juga tidak boleh memandang bahawa pemanfaatan daripada doa dan tawassul bermakna bersenang-senang, tanpa mahu berusaha menggunakan jalur biasa. Maka dengan berdoa dan bertabaruk dengan turbah Saiyyidu Syuhada', kita harus juga datang menemui doktor dan mengunakan ubat-ubatan, supaya dengan itu Allah Ta'ala menerima syafaat Imam Maksum a.s. dan memberikan kesan yang baik dan sesuai melalui proses pengubatan tersebut.

Bagaimanapun, manusia tidak boleh sama-sekali berputus asa dari segala bantuan Ilahi dan syafaat Imam-imam Maksum a.s. dalam menghadapi pelbagai kesulitan dan nestapa, sebagaimana mereka juga tidak harus meninggalkan usaha daripada menggunakan peralatan-peralatan umum (dan sebagainya).

Jawaban Detil

Memanfaatkan perubatan-perubatan dokter, menggunakan turbah Imam Husain As, ber-tawassul kepada para wali Allah, dan berdoa adalah merupakan tiga pendekatan yang harus dilakukan untuk kesembuhan berbagai penyakit, selagi mana ajal yang pasti -hatmi- belum tiba. Tiga faktor ini, sebagaimana dapat dilakukan secara bersendiri, dan dengan kehendak Ilahi ia dapat memberi kemujaraban, dan dengan hanya menggunakan salah satunya sudah cukup memadai daripada memerlukan kepada dua cara perubatan yang lain. Dan juga seseorang itu juga boleh menggunakan ketiga-tiga faktor perubatan tersebut –faktor (ellat) mutlak (sempurna) kepada kesembuhan- secara serentak untuk menyembuhkan penyakitnya. Ertinya  doa adalah faktor penyebab kepada penerimaan syafâ'at Imam As, dan faktor keberkesanan terhadap turbahnya.  Pengaruh (kesan) syafâ'at Imam Husain As pada turbahnya, menjadi sebab kepada keberhasilan operasi-operasi perubatan seorang dokter. Dengan demikian, ia akan lebih memudahkan proses-proses perubatan sepanjang ianya dijalankan.

Akan tetapi harus diperhatikan di sini, bahawa pengaruh ubat, aktivi-aktiviti pemeriksaan dokter dan bahkan syafâ'at Imam As serta pengaruh turbahnya adalah bergantung kepada izin Allah Swt. Maka itu, doa memiliki keutamaan yang sangat khusus ketika mahu memanfaatkan operasi-operasi perubatan seseorang dokter, dan -keberkesanan- turbah Imam Husain As. Ini adalah kerana doa mempunyai hubungan langsung dengan Allah Swt dan tumpuan kepada tiadanya kemandirian segala sesuatu selain-Nya, dalam memberikan sesuatu kesan (dengan memohon inayah dari tauhid perbuatan). Dengan demikian, doa adalah sangat ditekankan dan dipesan pada setiap kali ingin memulai sesuatu perbuatan, dan bahkan ber-tawassul dan memohon syafâ'at dari para imam juga. Doa ertinya meminta pertolongan dari Allah Swt dan memohon kejayaan dari sisi-Nya dan juga memohon supaya diterimanya syafâ'at individu-individu agung tersebut.

Khususnya ketika ingin mendapatkan dokter yang sesuai yang dapat menentukan jenis penyakit secara tepat serta menentukan jenis obat yang mujarab dan dapat menjalankan proses perubatan dengan betul, yang mana semua ini memiliki berbagai bentuk kerumitan yang tersendiri. Dan dalam masalah begini, memohon pertolongan kepada Allah Swt adalah merupakan sesuatu yang mesti dilakukan. Di samping itu, pengaruh mujarab turbah Imam Husain As juga memiliki syarat-syarat di bawah ini yang mana untuk memperolehnya di masa kini sangatlah sulit. Ianya adalah:

1.     Tanah itu diambil dari haram (Hâir) Imam Husain[1] dan warnahnya adalah merah.

2.     Setelah tanah tersebut diambil dari haram Imam As, ianya tidak disentuh oleh jin dan syaitan yang merupakan musuh syiah yang menyembunyikan dirinya untuk menyentuhnya yang mana dengan itu , ia akan menghilangkan kesan-kesannya (tanah[2] itu hendaklah dipindahkan dengan diam-diam dan berpakaian sesuai).

3.     Tanah yang diambil hendaklah tidak banyak digunakan.

4.     Menggunakan tanah tersebut dengan niat yang tulus dan tanpa syak dan ragu tentang kesan pengaruhnya.

5.     Menggunakannya dengan disertai dengan doa dan sumpah kepada Allah Swt demi kebenaran Imam Husain As.[3]

Perkara ini adalah merupakan perkara tak diragukan lagi bahawa memberi tumpuan dan bertawassul kepada Imam Husain As dan juga kepada para wali-wali Allah lainnya dan demikian juga bertabaruk kepada turbah yang disandarkan kepada Sayid al-Syuhada itu dengan niat yang tulus tidak akan kosong dari kebaikannya –faedah- dan kesannya telah terbukti dalam banyak perkara. Namun penerimaan doa dan bahkan diterimanya syafâ'at melalui perantara wali-wali Tuhan dan reda serta izin Allah Swt pada syafâ'at mereka mempunyai syarat-syarat berikut:

1.     Berdoa dengan ikhlas dan penuh perhatian. Disertai dengan shalawat dan istighfâr serta taubat yang sebenarnya.

2.     Menunaikan hak-hak Ilahi dalam masalah ibadah dan muamalah (contoh seperti mengeluarkan zakat dan khumus).

3.     Tidak menentang sunnah Nabi Saw dan para Imam Maksum As

4.     Orang yang berdoa adalah orang yang mengamalkan al-Qur'an

5.     Bersyukur kepada Allah Swt dalam setiap keadaan.

6.     Melakukan kewajiban amar makruf dan nahi mungkar.

7.     Disertai dengan penggunaan dari kemudahan-kemudahan perubatan biasa yang sedia ada atau spiritual (tidak bermalas-malas dan berharap tanpa sebarang usaha)

8.     Tiada hak-hak manusia pada harta-bendanya

9.     Menunaikan janji dan ikrarnya.[4]

 

Namun kadang-kala boleh terjadi kesan yang mustajab pada doa dan tawassul, walaupun semua syarat-syarat di atas tidak lengkap sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk menarik jiwa-jiwa orang-orang yang bertawassul dan berdoa; atau menjadi hujjah yang sempurna bagi mereka sehingga tiada sebarang alasan bagi mereka lagi untuk kembali kepada perbuatan-perbuatan tidak senonoh mereka di masa lalu.

Kerana dalam kondisi genting dan sukar terkadang menyebabkan faktor-faktor yang normal –zahir- tidak mampu memberi sebarang kesan, maka pada ketika ini mereka akan lebih menumpukan kepada bantuan Ilahi atau para Imam Maksum As, dan –secara lansung- ia juga jalan bagi menyekat kesangsian dan keraguan orang-orang yang sangsi dan ragu.

Dan boleh jadi adanya kesan dan pengaruh dalam masalah ini adalah bertujuan untuk memberi ganjaran dan pahala. Iaitu seseorang mungkin sahaja disepanjang kehidupannya pernah melakukan perbuatan baik atau sesuatu penghormatan berkenaan wali-wali Allah, yang mana penerimaan dan mustajabnya doa mereka serta selesainya masalah yang dihadapinya, adalah kesan ganjaran dari perbuatan baik tersebut, supaya dengan itu mereka tidak lagi layak untuk menuntut bagi mendapatkan bantuan dan syafâ'at di akhirat kelak (Kebiasaannya orang-orang begini adalah orang-orang yang tidak layak untuk mendapat ganjaran di akhirat dengan sebab-sebab tertentu. pent).

Noktah penting lainnya adalah bahawa tawassul kepada para wali Allah atau berdoa, tidaklah bermakna menarik diri dari segala sumber-sumber biasa dan tidak menggunakannya sama sekali (seperti ubat dan sebagainya), atau bermalas-malasan, sambil menyerahkannya bulat-bulat setiap urusan kepapa Allah! Kerana Imam Sadiq As bersabda: "Allah Swt tidak akan melakukan sesuatu perbuatan tanpa menggunakan sebarang sebab."[5]

Bahkan, selain menggunakan segala peralatan-peralatan yang zahir, kita juga ditegaskan untuk ber-tawassul dan berdoa semoga mendapat taufik dan sampai kepada matlamat sebenar.

Memanfaatkan doa dan tawassul tidak harus terjadi di kala harapan kita terputus dari kemampuan sumber-sumber yang biasa (seperti berputus asa dari perubatan doktor). Iaitu ketika seluruh faktor zahir tidak mampu memenuhi keperluan kita dan kita tidak melihat jalan keluar melaluinya, maka pada saat itu kita ber-tawassul kepada faktor-faktor yang lain! Dan kemudian, setelah selesai kesulitan yang dihadapi, maka kita melupakannya begitu saja. Kerana kondisi dan semangat yang begini dicela oleh banyak ayat suci al-Qur'an dan riwayat-riwayat.[6] Maka di sinilah syafaat dan penerimaan doa menjadi faktor pada penyempurnaan hujjah dan siksaan pedih di akhirat akan menantinya!

Namun kita tidak boleh berputus asa dari syafâ'at dan penerimaan doa dari Allah Swt. Kerana walaupun mekanisma yang berlaku di alam semesta ini adalah mekanisma sebab dan akibat (iaitu sesuatu hukum alami tidak akan terjadi tanpa sebarang sebab) namun Allah Swt adalah penyebab bagi segala sebab tersebut dan Dialah yang memberikan kesan menjadi sebab kepada sebab-sebab tersebut. Dia lebih dekat dari segala sebab yang ada dan dari seorang anak dari yang menjaganya. Dan kerana Dia adalah qayyum (Yang menjadikan segala sebab dan menjadikan segala urusan melalui sebab-sebab naturalnya). Juga terkadang Dia adalah pembakar sebab. Ertinya boleh jadi dalam masalah tertentu sebab-sebab umum tidak akan memberi sebarang kesan, contohnya peristiwa penyembelihan Nabi Ismail As atau kejadian pembakaran Nabi Ibrahim As. Terkadang tanpa ada campur tangan oleh sebab-sebab tabi'e, Dia mengurniakan sesuatu secara langsung dengan melalui jalan ghaib atau Dia menciptakan akibat-akibat dengan sebab-sebab yang bukan alami dan yang tidak dikenali (yang tidak nampak).[7] Contohnya seperti kisah lembu nabi Saleh As atau tongkat Nabi Musa As yang bertukar menjadi ular dan sebagainya dimana pada seluruh perbuatan kita di samping memanfaatkan wasilah-wasilah yang tabi'e, juga tidak melupakan hubungan dengan Tuhan (berdoa) dan dengan para maksum As. Kemudian tidak berputus asa ketika ditimpa denganberbagai kesulitan hidup dan jiwa kita senangtiasa berhubung dengan para Imam Maksum As dan kekuasaan Allah Swt.

 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku-buku di bawah ini:

1.     Marâhil-e Akhlâq dar Qur'ân, Abdullah Jawadi Amuli, Nasyr-e Isra', Qum

2.     Jami az Zalal-e Kautsar, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Muassasah Amuzesy-e wa Pazuhesy Imam Khomeini Qs, Qum

3.     Angizhe-ye Paidâyesy Madzhâib, Nasir Makarim Syirazi, Mathbuati Hadaf, Qum

4.     Kâmil al-Ziyârat, Ibnu Qulube Qummi, terjemahan Muhammad Jawad Dzihni, Payam-e Haq, Tehran

5.     Asyk-e Rawân bar Amir-e Karâvân, Syaikh Ja'far Syusytari, terjemahan Mirza Muhammad Husain Syahrestani, Dar al-Kitab Jazairi, Qum



[1]. Dalam isltilah fekah dan ibadah, Hâir Imam Husain adalah yang termasuk dalam haram Imam Husain dan sekelilingnya, kubur suci, halaman, beranda , mezium dan …., baik pada bahagian lama mahupun baru. Sebagian memandang bahawa batasan hair adalah haram saja, tidak lebih dari itu.

[2]. Tanah yang tidak diusap oleh jin dan syaitan yang merupakan musuh Syiah dan menanti peluang untuk menyentuh tanah tersebut.  

[3]. Muhammad Jawad Dzahani Tehrani, terjemahan Kamil al-Ziyarat, bab 91-95, hal. 832-867, Nasyr-e Payam-e Haq, jil. 98, hal. 128-132.

[4]. Makarim Syirazi, Angize Paidâyesy Mazhâib, hal. 90 dan 112

[5]. Kâfi, jil. 1, hal. 183 

[6]. Qs.Rum (21):32, Qs. Luqman ():32, Qs. Al-Ankabut (29):65, Qs. Yunus (11):12, 22&23.

[7]. Jawadi Amuli, Marâhil-e Akhlâq dar Qur'ân, hal. 63)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.j.f)? dan petanda yang mana satu yang dapat dipercayai?
    7593 Teologi Klasik 2012/05/17
    Pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dengan "kemunculan" dan tanda-tandanya sangatlah dapat diterima, namun perlu diingat bahawa hal ini tidak boleh menyebabkan kita terjebak ke dalam liku-liku dan kerumitannya sehingga menyebabkan kelalaian tentang matlamatnya (iaitu persiapan untuk kezuhuran). Sebenarnya tanda-tanda kemunculan dapat dibahagikan dalam berbagai bahagian iaitu di ...
  • Apakah Imam ‘Ali (a.s) memiliki isteri yang lain selama Sayidah Zahra (a.s) masih hidup?
    7025 تاريخ بزرگان 2011/12/19
    Sesuai dengan apa yang disebutkan oleh kitab-kitab sejarah bahawa isteri pertama Amirul Mukminin Ali (a.s) adalah Sayidah Fatimah. Di zaman hayat Sayidah Zahra, Imam ‘Ali (a.s) tidak menikah dengan wanita lain. Oleh kerana salah satu wasiat Hadhrat Zahra (a.s) iaitu beliau hendaklah menikah dengan Amamah binti ‘Ash yang pada hakikatnya ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    17526 Falsafah Islam 2014/04/20
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Bagaimana mukjizat itu dapat didefinisikan dan dibuktikan?
    16655 Ulum Al-Quran 2011/04/19
    Mukjizat dari satu sisi bermakna suatu hal yang luar biasa, di sertai dengan cabaran dan dari sisi lain, mukjizat yang dipraktikalkan itu selaras dengan dakwaan yang dilontarkan oleh pemilik mukjizat. Keluarbiasaan ertinya ialah, terjadinya suatu perkara yang berbeza dengan aturan-aturan semulajadi.
  • Apakah setiap bencana yang berlaku di alam semesta merupakan azab Ilahi atau sekadar kejadian semulajadi?
    20883 Teologi Klasik 2013/03/05
    Hikmah dari kejadian-kejadian tidak menyenangkan yang terjadi di alam semesta ini seperti banjir, gempa bumi dan angin ribut bukan semata-mata kerana azab Ilahi. Namun ia memiliki banyak pengaruh. Di antaranya ialah berbagai nikmat Ilahi, penyedaran manusia dari kelalaian, memicu potensi-potensi dan penyemaian bakat, penerusan generasi kehidupan di ...
  • Perbezaan subjek epistemologi dan falsafah ilmu?
    16694 Falsafah Islam 2011/02/14
    A.    Subjek epistemologiadalah makrifat, pengetahuan , alat dan cara-cara mengenal. Namun subjek dalam falsafah ilmu adalah hakikat (quiddity) ilmu dari sudut ia memiliki identityyang menyeluruh.B.    Hubungan epistemologi dengan falsafah ilmu; sebagaimana yang terdapat dalam buku-buku epistemologi komparatif ...
  • Apa yang menjadi tujuan-tujuan dan agenda-agenda syaitan?
    8772 Teologi Klasik 2011/11/23
    1.     Menyesatkan manusia;2.     Mengajak manusia untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan bid'ah dan khurafat;3.     Membuat manusia mengubah dan mengganti dalam penciptaan Tuhan merupakan salah satu tujuan dan agenda yang disandarkan kepada syaitan dalam ...
  • Bagaimana mampu diandaikan keberadaan mumkinul wujud di samping Wâjibul Wujud yang basith dan tidak memiliki gabungan dalam ZatNya?
    7415 Falsafah Islam 2010/11/14
    Pada rangkaian salasilah sistem wujud yang menegak (Nizam at-Tuli), selain seluruh hakikat wujud adalah wujud dan ada, mereka juga memiliki darjat-darjat dan tingkatan-tingkatan yang berbeza, di mana dalam tingkatan-tingkatan mereka ini terdapat persamaan dan perbezaan dalam aspek kewujudan atau wujud itu sendiri.
  • Bagaimana menjelaskan kes pembunuhan seorang remaja di tangan Nabi Khidr (a.s), sedangkan kita ketahui bahawa anak tersebut tidak melakukan dosa? Apakah perbuatan ini tidak bertentangan dengan sunnah Tuhan?.
    9922 Tafsir 2011/05/22
    Menurut beberapa ayat dan riwayat beserta tafsir yang ada, kita dapat mengambil kesimpulan bahawa pembunuhan remaja tersebut oleh Nabi Khidir (a.s) bukan disebabkan kemarahan dan hawa nafsu. Namun kita meyakini pembunuhan remaja tersebut mengandungi hikmah dan kemaslahatan ...
  • Tolong jelaskan asas pemikiran Syiah dan ciri-cirinya?
    14604 Teologi Klasik 2013/02/16
    Asas pemikiran Syiah dan seluruh sumber maʻārif (jamak bagi perkataan pengetahuan) Syiah adalah al-Qur'an. Syiah melihat seluruh zahir ayat-ayat Al-Qur’an, perilaku dan perbuatan, bahkan diamnya Nabi (s.a.w) sebagai hujjah. Selanjutnya Syiah juga memandang ucapan, perilaku dan diamnya para Imam Maksum juga sebagai hujjah. Di samping al-Qur'an menjelaskan ...

Populer Hits