Sebelum kami jelaskan tentang keutamaan pemimpin Islam dan
Walī Faqīḥ atas para malaikat, perlulah dijelaskan terlebih dahulu tentang definisi, kedudukan, autoriti dan dalil-dalil
Wilāyatul Faqīḥ. Pandangan dan ajaran Islam menjelaskan bahawa kekuasaan hanyalah milik Allah (s.w.t) “
Inil ḥukmu illa liLlah” (kekuasaan itu hanyalah milik Allah)
[1] Kandungan yang sama makna dengan ayat tersebut dapat juga ditemui dalam ayat-ayat yang lain.
“
Al-Hukm” di dalam ayat ini mempunyai makna yang luas, iaitu meliputi
hukumah (pemerintahan) dan pengadilan.
[2] Ketika kita telah menerima dan meyakini bahawa seluruh alam maya ini adalah makhluk dan ciptaan Allah (s.w.t), sebagai akibatnya kita pun harus menerima bahawa pemilik dan penguasa hakiki atas seluruh alam ini adalah Dia. Kerana itu, seluruh kekuasaan harus berpenghujung kepada-Nya dan segala perintah hanya bersumber daripada-Nya. Barangsiapa yang berani menduduki singgahsana kekuasaan tanpa izin dan perintah-Nya, maka ia dianggap telah melanggar dan merampas kekuasaan. Dengan dasar itulah seluruh nabi Ilahi dan juga penutup mereka; Nabi Muhammad (s.a.w) merupakan para pemimpin dan penguasa yang langsung dilantik oleh-Nya. Setelah kewafatan Nabi terakhir (s.a.w), mereka yang berhak menduduki kekuasaan dan singgahsana
khilāfah hanyalah orang-orang yang telah ditentukan dan diangkat oleh-Nya, baik melalui perantara mahupun tidak. Berdasarkan pemikiran dan keyakinan ini, maka pada zaman keghaiban Imam Mahdi (a.f.j) sekarang ini, yang berhak menduduki singgahsana
khilāfah dan kepemimpinan umat adalah orang yang telah ditentukan dan dilantik oleh-Nya, baik bersifat umum mahupun khusus.
[3]
Oleh kerana itu, berdasarkan ajaran Syi’ah,
Wilāyatul Faqīḥ pada zaman keghaiban ini merupakan penerusan
wilāyah dan kepemimpinan para Imam maksum (a.s). Sebagaimana
wilāyah mereka itu berada di dalam penerusan
wilāyah Nabi (s.a.w), hendaklah dibuat kesimpulan terhadap satu noktah penting iaitu ketua yang menduduki tampuk kepimpinan masyarakat Islam hendaklah seorang yang berpengetahuan tentang Islam. Sekiranya di zaman kehadiran imam maksum, maka beliaulah yang memerintah. Namun sekiranya imam tidak hadir di kalangan masyarakat, maka para
fuqahā’lah yang bertanggung jawab memikul tugas ini.
[4]
Untuk mendapatkan satu kesimpulan yang muktamad dari persoalan ini, hendaklah kita ketahui bahawa
wilāyah dengan makna pengelolaan dan penguasaan atas urusan peribadi seseorang atau atas pekerjaan orang lain, maka
wilāyah ini terbagi menjadi dua,
wilāyah takwīnī dan
wilāyah tashriʻī.
Wilāyah takwīnī adalah kuasa mengelola dan menundukkan alam kejadian serta sistem alam semulajadi. Sedangkan
wilāyah tashriʻī adalah kudrat dan kekuasaan dalam menetapkan kanun, mengeluarkan perintah dan pensyari’atan hukum-hukum (mengeluarkan fatwa) yang (pada tahap
irshād/pedoman) disamping mempunyai tugas untuk menjelaskan undang-undang Ilahi, ia juga menjelaskan kewajiban mentaati urusan-urusan pemerintahan (politik) dan kemasyarakat (sosial).
Nabi Muhammad (s.a.w), kebanyakan para nabi dan para Imam maksum (a.s) memiliki pangkat
wilāyah takwīnī bernama mukjizat yang sesuai dengan ketinggian martabat kewujudan dan kesempurnaan mereka.
Wilāyah tashriʻī juga memiliki berbagai tingkatan dan darjat yang berbeza-beza di mana martabat kesempurnaan tertingginya hanyalah milik Allah (s.w.t). Sebagaimana mereka memiliki
wilāyah takwīnī (hal itu merupakan hal yang sudah jelas), maka
wilāyah tashriʻī juga dimiliki oleh sebahagian para anbiyā’, Nabi Muhammad (s.a.w) dan para Imam maksum (a.s). Di zaman keghaiban ini, seorang faqīh yang adil turut memiliki
wilāyah tashriʻī setelah mengerti berbagai peristiwa, memahami permasalahan yang teimbul di zamannya dan mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah serta dapat membuat keputusan.
[5]
Berkenaan masalah keutamaan darjat dan maqam seorang Wali dan pemimpin Islam dibandingkan dengan darjat malaikat, Imam Khomeini (r.a) berkata: “Para Imam maksum (a.s) juga memiliki
maqam-maqam maknawi yang berbeza dengan tugas pemerintahan. Hal itu merupakan
maqam khilafah universal Ilahi yang kadangkala disebutkan melalui lisan imam maksum (a.s).
Wilāyah takwīnī adalah suatu hal yang bersifat
ḍaruri (kemestian) dalam mazhab Syi’ah di mana seluruh atom dan partikel dapat tunduk menyerah kepada seorang Wali dan Imam maksum. Selain Imam maksum tidak ada siapapun akan mencapai darjat tersebut sekalipun para malaikat dan nabi.
[6] Tetapi fokus perbahasan kita di sini adalah pada masalah
wilāyah tashriʻī. Antara yang termasuk di dalam akidah Syi’ah ialah
Wilāyatul Faqīḥ, yang masih dalam lingkungan (penerusan)
wilāyah Nabi (s.a.w) dan
wilāyah para Imam maksum (a.s). Sebagaimana masalah tersebut telah disentuh di dalam Al-Qur’an: “
Nabi itu lebih utama terhadap orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri.” (Surah Al-Ahzab [33]:6) ertinya ialah kehendak dan keinginan Nabi (s.a.w) itu harus lebih diutamakan daripada kehendak dan keinginan sesiapapun. Para Imam maksum (a.s) (dalam masalah ini) juga seperti Rasulullah (s.a.w) yang memiliki
wilāyah mutlak.
Walī Faqīḥ pun memiliki autoriti yang sama dengan Nabi (s.a.w) dan para Imam suci (a.s) dalam semua urusan yang berkaitan dengan politik dan pemerintahan. Sebagaimana dengan autoriti
Walī Faqīḥ, Imam Khomeini (r.a) pernah berkata: “Ada yang menyangka bahawa autoriti pemerintahan dan kekuasaan Rasulullah (s.a.w) itu lebih banyak daripada autoriti Imam Ali (a.s), atau kuasa pemerintahan Imam Ali (a.s) itu lebih banyak daripada autoriti
Walī Faqīḥ, ini merupakan sangkaan yang batil dan salah. Yang jelas ialah fadilat dan keutamaan Rasulullah (s.a.w) itu jauh lebih unggul dibandingkan dengan seluruh alam. Setelah itu keutamaan Imam Ali (a.s) lebih tinggi dibandingkan dengan yang lainnya. Namun keutamaan dalam maknawi tidak akan menambah autoriti kekuasaan dan pemerintahan.
[7] Imam Khomeini melanjutkan bicaranya untuk menghilangkan salah faham. Berasaskan kewujudan taraf yang sama di antara maqam
Walī Faqīḥ dan para Imam maksum (a.s), beliau berkata: “Ketika kita berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) dan para Imam maksum (a.s) memiliki
wilāyah, begitu juga setelah zaman keghaiban
kubra, Imam Zaman (a.f.j) dan
Walī Faqīḥ yang adil pun memiliki
wilāyah, maka janganlah ada yang mengira bahawa maqam
Walī Faqīḥ itu sama dengan maqam Rasulullah (s.a.w) dan para Imam maksum (a.s). Ini disebabkan intisari perbahasan di sini bukanlah masalah maqam dan kedudukan, tetapi masalah tugas dan kewajiban.
Wilāyah merupakan kekuasaan, pengaturan negara dan perlaksanaan undang-undang syariat Islam yang suci. Hal ini adalah tugas amat penting dan sangat berat yang tidak akan dicapai oleh orang yang memiliki kedudukan dan maqam yang tidak wajar, walaupun kemudiannya dia diangkat dari batas kemanusiaan yang biasa”.
[8]
Boleh jadi seorang pemimpin Islam itu terpilih sebagai
Walī Faqīḥ bagi kaum mukminin kerana memiliki dua sifat kepemimpinan
yang utama, iaitu ilmu pengetahuan dan amal perbuatan sehingga amanah pemerintahan Islam disandang pada bahunya. Dalam keadaan seperti ini, menurut pandangan Imam Khomeini (r.a): “Kerana
Wilāyatul Faqīḥ itu merupakan penerus
Wilāyah Rasulullah (s.a.w), maka seluruh umat diwajibkan mengikuti dan mentaatinya.
[9]
Tetapi dalil tersebut tidak menunjukkan bahawa kedudukan dan maqam
Walī Faqīḥ sama dengan kedudukan Nabi (s.a.w) yang menjadikan beliau lebih baik daripada malaikat. Kecuali jika
Walī Faqīḥ dan penguasa Islam itu juga telah memiliki kesempurnaan-kesempurnaan maknawi dan insani yang merupakan
mishdaq (contoh) dari insan
kāmil (dengan jalan penghambaan yang ikhlas dan mencapai kesucian batin dan
rūh ʻubudiyyah). Maka pada ketika itu boleh jadi ia akan lebih utama daripada malaikat. Berdasarkan argumen Al-Qur’an bahawa manusia memiliki nilai dan kemuliaan yang lebih tinggi dibandingkan dengan semua makhluk di alam raya ini, sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sehingga
masjūd (yang sujud kepadanya) yang terdiri daripada para malaikat langit, seluruh langit dan bumi ditundukkan untuk memenuhi segala keperluan hidupnya.
[10]
Dari satu sisi Sekiranya seseorang mempunyai hasrat, maka ia dapat mendahului dan mengalahkan maqam para malaikat, iaitu dengan cara mempergunakan berbagai sarana dan potensi kewujudannya. Maqam dan kedudukannya itu akan terangkat sehingga menjadi lebih tinggi dari maqam malaikat dengan amal perbuatan, pilihan yang baik dan keikhlasan. Bahkan dari sisi lain, manusia dapat mencapai maqam dan kedudukan yang jauh melebihi malaikat sehingga mencapai satu maqam di mana langit sendiri tidak akan mampu memegang amanat tersebut.
[11] Dengan ungkapan lain, di dalam diri manusia itu tersimpan mutiara-mutiara yang dapat mengindahkan dan menghiasi seluruh alam ini. Ini disebabkan ia dapat mencapai “
masjūdul malā’ikat” (malaikat sujud kepadanya).
[12] Mutiara tersebut adalah potensi yang ada pada diri
khalīfatuLlah. Dengan mengembangkan dan meningkatkan potensi itu, ia dapat mencapai jalan tersebut sementara para malaikat Ilahi tidak menemukan jalan tersebut.
Selamanya Jibra’il diam dalam kebingungan
Jika Ahmad membuka rahsia safar nan agung
Maqam Jibra’il telah dilalui sampai kepada Sidratul Muntaha
Jibra’il berkata: Pergilah! pergilah! Aku tak sanggup menyertaimu
Beliau berkata: Terbanglah ke sini bersamaku!
Jibra’il berkata: Hingga di sinilah aku mendapatkan titah
Beliau berkata: Teruslah terbang dan jangan helah!
Jibra’il: Aku tidak diutus hingga ke maqam sana
Beliau berkata: Tidak, mari kesini, terbanglah!
Jibra’il: Sejengkal saja aku mendekat, aku akan terpanggang
Beliau berkata: tunggulah aku di batas itu wahai kawan!
Tak sadar sejenak dalam kekhususan, yang ada hanyalah kebingungan
di atas kebingungan mendengar kisah itu.[13]
Pencapaian kepada maqam-maqam tersebut dapat ditempuh dengan mengamalkan aturan-aturan dan undang-undang Islam, memperoleh nilai-nilai akhlak dan menjaga simpanan berharga ini.
[14] Begitulah juga dengan mengikuti hawa nafsu dan keinginan-keinginan buruk nafsu, boleh jadi akan menyebabkan manusia menjadi lebih buruk dari binatang itu sendiri.
[15] Dengan demikian, dapatlah dikatakan bahawa seseorang yang tidak menyia-nyiakan mutiara tersebut dan mengembangkannya pada jalan Ilahi, maka ia akan lebih baik
[16] daripada kelompok malaikat yang mempunyai darjat tinggi (Para malaikat yang membawa ‘Arsy, memantau berbagai amal hamba dan juga sebagai
muballigh (penyampai) wahyu Ilahi dan ……..
[17]). Seorang
Walī Faqīḥ dan Hakim Islam dapat mencapai kedudukan seperti itu.[]
Untuk telaah lebih jauh dalam masalah ini, anda dapat merujuk pada rujukan berikut ini:
1.
Wilāyat-e Faqīḥ (
Hukumate Islami), Imam Khomeini, Muassasah Tanẓīm wa Nashre Athare Emam Khomeini r.a.
2.
Wilāyat wa Diyānat, Hadawi Tehrani, Mahdi, Intishārat Khaneh Kherad, Qum.
3.
Payāme Qur’ān, Makarim Syirazi, jilid 10.
4.
Pāshokh be Syubuhati Peyramune Wilāyat Faqīḥ, Syirazi, Ali.