Carian Terperinci
Pengunjung
8523
Tarikh Kemaskini 2011/05/09
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana kita dapat mengenal pasti benar atau dustanya orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi?
soalan
Bagaimana kita dapat mengenal pasti benar atau dustanya orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi?
Jawaban Global

1.             Wahyu secara leksikal (lughawi) bermakna "transformasi sebuah perkara secara cepat dan tersembunyi." Namun secara istilah disebut sebagai "Pencerapan dan pemahaman tipikal yang terkhusus bagi para nabi dan merupakan firman Tuhan dengan peranantara atau tanpa peranantara."

2.             Wahyu dalam pengertian leksikalnya, tidak hanya digunakan untuk manusia iaitu para nabi namun ia juga digunakan untuk haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sebagaimana dalam bahasa al-Qur'an, ilham kepada bonda Nabi Musa (a.s), perkara-perkara kenalurian seperti pembangunan sarang lebah, atau perkara-perkara takwini (penciptaan) seperti perputaran langit dan bumi, juga disebut sebagai wahyu.

3.             Sebahagian ‘urafa juga mendakwa memiliki "wahyu" di mana maksud mereka adalah wahyu secara leksikal atau apa yang popular disebut sebagai ilham qalbu. Wahyu secara teknikal hanya dikhusus bagi para nabi (a.s), berbeza dengan ilham yang mencakup sesuatu atau seseorang yang lain.

4.             Apabila ada seseorang yang mendakwa wahyu disertai dengan kenabian dan risalah maka jalan untuk mengidentifikasi kebenaran ucapannya pada tingkatan pertama adalah dengan jalan mukjizat.

5.             Mukjizat secara praktikal bersifat luar biasa dan keluar dari batas kekuatan dan kekuasaan manusia serta proses belajar-mengajar, di mana orang yang mendakwa kenabian menunjukkan mukjizat untuk menetapkan dan membuktikan dakwaan risalahnya disertai lontaran cabaran terhadap orang lain untuk menunjukkan hal yang sama.  Mukjizat seperti tongkat Nabi Musa (a.s) yang menjelma menjadi ular besar atau hidupnya orang mati yang dipraktikalkan oleh Nabi Isa (a.s), atau seperti al-Qur'an yang merupakan mukjizat Nabi (s.a.w). Kerana itu, apabila seseorang tidak mendakwa sesuatu setelah menunjukkan perbuatan luar biasanya maka perbuatan tersebut tidak tergolong sebagai mukjizat. Boleh jadi hal itu merupakan keramat (karamah) atau sesuatu yang lain. Demikian juga apabila dakwaannya tidak selari dengan perbuatan luar biasanya maka hal ini tidak disebut sebagai mukjizat.

6.             Sisi pengertian mukjizat atas kebenaran kenabian dan wahyu dapat digambarkan sebagai berikut:  Baik mukjizat atau wahyu keduanya merupakan perkara-perkara luar biasa (khâriq al-adah) dan (bersumber) dari alam metafizik. Namun wahyu bukanlah sesuatu yang dapat disaksikan orang lain. Untuk melihat malaikat wahyu adalah mustahil bagi selain para nabi. Dengan demikian, para nabi dengan mendemonstrasikan mukjizat, yang merupakan perkara yang bersandar pada kekuatan metafizik dan di luar kekuasaan manusia, menetapkan bahawa mereka bersandar dan berhubungan dengan sumber kekuatan yang tak-sirna dan tak-terbatas Ilahi. Dari sini dengan kaedah "hukm al-amtsal fiima yajuz wa fiima layajuz wahid." (hukum sesuatu yang serupa pada hal yang dibolehkan dan tidak dibolehkan adalah satu), dapat disimpulkan bahawa dakwaan para nabi berkenaan turunnya (nuzul) wahyu kepada mereka adalah benar dan sah.

7.             Nampaknya mukjizat melalui dakwaan para pendusta kenabian adalah mustahil. Kerana hal itu bertentangan dengan hikmah dan petunjuk Ilahi. Ini disebabkan mukjizat pada orang-orang seperti ini akan berhujung pada kesesatan umat manusia. Demi tugas manusia, apakah dengan menerima dakwaan kenabian setiap individu yang boleh menyebabkan kekeliruan dan meramaikan orang yang mengaku dalam pembohongan terhadap wahyu dan kenabian, atau manusia mengingkari setiap dakwaan kenabian di mana hal ini bertentangan dengan tujuan pengutusan para rasul dan petunjuk bagi umat manusia. Atau juga terdapat sebuah kriteria yang ditentukan Tuhan bagi manusia untuk mengidentifikasi seorang nabi di mana dengan kriteria tersebut dakwaan yang benar dan dusta dapat dikenali di mana kriteria ini adalah mukjizat.

8.             Jalan-jalan lain untuk mengidentifikasi kebenaran dakwaan kenabian di antaranya: Mengkaji kandungan wahyu, apakah terdapat pertentangan di dalamnya, dan juga tidak bersalahan dengan akal dan fitrah manusia. Kerana itu, dakwaan sebuah perkara bernama wahyu apabila bertentangan dengan kenescayaan-kenescayaan akal atau fitrah maka ia dihukum sebagai perkara palsu.  Sebagaimana apabila di antara berbagai subjek, satu wahyu atau antara dua wahyu terdapat pertentangan, maka hal ini dapat dijadikan dalil tidak benarnya dakwaan kenabian tersebut.

9.             Mengkaji perilaku individu yang mendakwa dari sisi moraliti, kejiwaan, dan perbuatan, dapat dijadikan sebagai jalan untuk membenarkan ucapan dakwaan kenabian.

10.          Orang yang memperkenalkan dan kabar gembira (bishārah) dari nabi sebelumnya atau sezamannya, dan bahkan penegasan-penegasan kitab-kitab Allah merupakan metodologi yang lain untuk mengenal nabi seperti mana tentang Nabi (s.a.w).

Jawaban Detil

Wahyu memiliki makna bahasa (lughâwi) juga makna istilah (istilâhi).[1] Makna bahasanya ialah "transformasi sebuah perkara dengan cepat dan tersembunyi kepada orang kedua (mukhâtab),[2] di mana ilham qalbu termasuk dalam makna sebagai wahyu.

Adapun makna istilah "wahyu" adalah pencerapan dan pemahaman tipikal dan esoterik (difahami oleh beberapa orang sahaja), bukan pemikiran rasional. Wahyu ini hanya dikhususkan untuk orang yang mendapatkan perhatian Ilahi (baca: para nabi a.s.) di mana setiap orang tidak memiliki jalan untuk mengcapai maklumatnya dan tersembunyi dari indera zahir."[3]

Wahyu dalam makna leksikalnya tidak hanya berlaku pada manusia biasa namun ia juga berlaku pada haiwan-haiwan dan bahkan pada kewujudan-kewujudan yang secara zahir tidak memiliki kecerdasan seperti bebatuan (jamâdât). Sebagaimana dalam bahasa al-Qur'an disebutkan keadaan-keadaan kenalurian yang terdapat pada lebah di mana ia membangun sarang dan menghasilkan madu telah diperkenalkan sebagai wahyu dari sisi Yang Maha Pencipta. Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (Qs. Al-Nahl [16]:68); atau ilham yang disampaikan kepada bonda Musa (a.s) untuk menyelamatkan anaknya, agar meletakkannya dalam sebuah kotak dan membiarkannya dibawa arus sungai Nil yang dinamakan sebagai wahyu. Ketika Kami mewahyukan kepada ibumu suatu yang diilhamkan, iaitu, ‘Letakkanlah ia (Musa) di dalam peti, kemudian lemparkanlah ia ke sungai (Nil), lalu sungai itu pasti membawanya ke tepi, supaya diambil oleh (Firʽaun) musuh-Ku dan musuhnya. (Qs. Thaha [20]:39-40); Dan Kami wahyukan kepada ibu Musa, “Susuilah dia, dan apabila kamu khuatir terhadapnya, maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khuatir dan janganlah (pula) bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) daripada para rasul.” (Qs. Al-Qashash [28]:7); Demikian juga Allah (s.w.t) menyampaikan wahyu kepada langit dan bumi. Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih berupa asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi, “Datang (dan berbentuklah) kamu dengan rela hati atau terpaksa.” Keduanya menjawab, “Kami datang (dan berbentuk) dengan rela hati.” Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.” (Qs. Fusshilat [41]:11-12); Kerana  sesungguhnya Tuhan-mu telah mewahyukan (yang sedemikian itu) kepadanya. (Qs. Al-Zilzilah [99]:5)

Sebahagian ‘urafa juga mendakwa mereka memiliki wahyu. Secara zahir wahyu yang mereka miliki adalah wahyu bermakna leksikal atau "ilham qalbu" dan yang dimaksudnya adalah sejenis "penyingkapan (kasyf) dan penyaksian (syuhud). Ibnu Arabi mengatakan, "Dominasi wahyu atas jiwa seseorang yang disampaikan wahyu kepadanya adalah sangat kuat daripada dominasi tabiatnya iaitu jiwanya sendiri. Allah (s.w.t) berfirman, "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat nadinya.” (Qs. Qaf [50]:16) Kerana itu, engkau wahai Wali! Apabila engkau mengira Tuhan menyampaikan wahyu kepadamu, tataplah jiwamu. Saksikanlah apakah terdapat keadaan sangsi atau penentangan dalam dirimu atau tidak? Apabila masih tertinggal analisa, fikiran dan kontemplasi (proses memikirkan sesuatu perkara secara mendalam) dalam dirimu, maka ketahuilah engkau bukan pemilik wahyu dan wahyu tidak sampai kepadamu. Namun apabila sesuatu sampai kepadamu, mengangkat seluruh dirimu, membuatmu tuli dan buta, dan terbentang tirai antara fikiran dan kontemplasimu, dan firman-Nya sempurna dan menyeluruh mengendalikanmu, maka ketahuilah telah sampai wahyu kepadamu."[4]

Tentunya banyak pertuturan dalam masalah ini yang menuntut ruang dan waktu lain untuk membahaskannya di mana kami mencukupkan diri dengan menukil sebahagian pertuturan para ahli falsafah dan ‘urafa di sini.

Shadr al-Mutaallihin Syirazi (Mulla Shadra) dalam Mafatih al-Ghaib setelah menjelaskan jalan-jalan untuk menuntut ilmu, menegaskan bahawa pengajaran Rabbani ini yang diperolehi tanpa (atau dengan) melalui perantara wujud dengan dua cara, di mana cara pertama "penyampaian wahyu" dan cara kedua adalah "ilham." Mulla Shadra menuturkan demikian, "Kesimpulannya ilham bersifat umum (common) di antara para nabi dan wali. Namun wahyu dikhususkan bagi para nabi. Kerana ia mengandungi risalah dan kenabian."[5] Selanjutnya, Mulla Shadra menjelaskan perbezaan antara ilham dan wahyu dengan cara lain iaitu pada peranan perantara dalam penyampaian ilham dan wahyu."[6]

Qaishari juga dalam Mukaddimah Fushus al-Hikam Ibnu Arabi, menjelaskan perbezaan antara ilham dan wahyu. Kemudian setelah ia menyebutkan perbezaan antara ilham dan wahyu, ia mengungkapkan, "Wahyu merupakan salah satu tipologi kenabian… dan ilham merupakan karakteristik wilayah dan…."[7]

Kerana itu, boleh jadi ada orang yang sering mendakwa tentang wahyu, namun harus ditegaskan bahawa apakah yang dimaksud wahyu itu adalah wahyu dalam makna teknikalnya, dan dakwaan "kenabian" atau yang dimaksudkan adalah sampainya pada sebuah tingkatan penyingkapan (kasyf) dan penyaksian (syuhud) serta mendapatkan ilham-ilham? Menurut andaian kedua, orang yang mendakwa wahyu ini adalah seorang ‘arif, bukan seorang nabi. Untuk membenarkan ucapannya maka harus merujuk kepada rujukan-rujukan yang telah ditulisnya dalam masalah ini.

Namun apabila yang dimaksudkan itu adalah wahyu dalam pengertian teknikal dan mendakwa bahawa telah turun kepadanya malaikat wahyu yang membawa firman-firman Tuhan, maka selanjutnya perbahasan agama akan mengemukakan jalan apa yang disediakan untuk mengenal seorang nabi dan bagaimana membezakan antara seorang "nabi" dan seorang "mutanabbi'" (kenabi-nabian)?

Nampaknya yang dimaksud dengan orang yang bertanya adalah mengenai perkara ini, dan tujuannya adalah ingin mengetahui cara dan jalan untuk membenarkan dakwaan kenabian. Bermula dari sini, pertanyaan ini dapat dikemukakan dalam bentuk sedemikian "Apabila ada seseorang yang mendakwa kenabian, bagaimana caranya mengetahui bahawa apa yang didakwa tersebut adalah benar?

Sekiranya ada seseorang yang mendakwa wahyu dan kenabian serta risalah yang datang dari Tuhan, maka untuk membenarkan ucapannya, ia harus menghulurkan tanda, dalil dan bukti; kerana "wahyu" bukan merupakan perkara empirik (berdasarkan pengalaman), inderawi bagi orang lain dan hanya para nabi yang dapat melihat para malaikat, serta tandanya tidak diketahui oleh semua orang. Untuk menetapkan perkara luar biasa yang tidak terlihat oleh mata ini, maka kita memerlukan perkara luar biasa lainnya yang dapat dilihat secara mata kasar iaitu mukjizat, sehingga orang-orang yang menyaksikan mukjizat, meyakini bahawa orang yang mendakwa kenabian, menetapkan perkara luar biasa yang tidak dilihat oleh mata ini, memerlukan satu perkara luar biasa yang lain yang mata kasar dan dapat dilihat (mukjizat) sehingga siapa pun yang menyaksikan mukjizat tersebut meyakini bahawa orang yang mendakwa kenabian memiliki hubungan dengan sumber kekuatan yang luar biasa dari sisi kekuatan-kekuatan material dan dengan bersandar para kekuatan non-material, wahyu diturunkan kepadanya dan berhubungan dengan Tuhan, pemilik mukjizat dapat melakukan pelbagai pekerjaan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia lainnya dan sebagai kesimpulannya, ucapannya diterima.

Dari penjelasan di atas menjadi terang bahawa setiap umat meminta kepada nabinya untuk mendemonstrasikan mukjizat, permintaan ini merupakan permintaan pada tempatnya dan para nabi memenuhi permintaan ini, mereka mendemonstrasikan mukjizat, menyediakan ayat dan bayinat (bukti-bukti nyata): " Sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka kitab samawi dan neraca (pemisah yang hak dan yang batil dan hukum yang adil) supaya manusia bertindak adil." (Qs. Al-Hadid [57]:25)

 

Definisi Mukjizat

Terdapat berbagai definisi tentang mukjizat. Namun dengan mengenepikan berbagai noktah penting dari pelbagai definisi tersebut, mukjizat dapat didefinisikan sebagai berikut: "Perbuatan khusus dan luar biasa yang hanya dapat dilakukan oleh para utusan Tuhan dan manusia, meski pun mengerahkan seluruh kekuatannya nescaya tidak mampu melakukan hal tersebut."[8]

Dengan memerhatikan definisi mukjizat dapatlah disimpulkan beberapa tipologi mukjizat sebagai berikut: Pertama, mukjizat sebagaimana maklum dari namanya merupakan perkara yang menyebabkan keadaan orang lain menjadi 'ajz (tidak mampu) dan menunjukkan ketidakmampuan ('ajz ) orang lain. Ertinya mukjizat merupakan sebuah perbuatan luar biasa dan di luar batasan kemampuan manusia dan aturan-aturan umum proses belajar dan mengajar. Kedua, mukjizat sedemikian, penonton yang menyaksikan nabi dapat mengidentifikasikannya sehingga berpandangan bahawa pertunjukan perbuatan ini bersandar pada sebuah sebab yang tak dapat ditandingi dan tidak dapat digugurkan atau disingkirkan…"[9]

Sebagai contoh yang dapat dijadikan teladan adalah hidupnya orang mati yang dilakukan oleh Nabi Isa (a.s) di mana perbuatan ini di samping luar biasa dan disertai dengan dakwaan kenabian serta risalah dari sisi Tuhan, ia juga menetapkan ketidakmampuan ('ajz) orang lain untuk mendatangkan perkara yang serupa, dan tidak ditandingi oleh orang lain.

Pertunjukan perbuatan seperti ini dari sisi para nabi merupakan dalil yang jelas bahawa wahyu – yang juga merupakan sebuah perkara luar biasa– dapat disedari dan berdasarkan kaedah yang popular "hukm al-amtsal fiima yajuz wa fiima la yajuz wahid,"[10] dapat disimpulkan bahawa sebagaimana berkat kekuatan ghaib tongkat berubah menjadi ular besar, maka firman Tuhan juga dapat disimpulkan ia adalah sesuatu yang ghaib.

Kerana itu, jalan yang paling penting untuk mengetahui kebenaran seseorang yang mendakwa wahyu diturunkan kepadanya dan ia diangkat menjadi nabi adalah mukjizat. Dengan bersandar kepada terjadinya mukjizat melalui mereka yang mendakwa kenabian, maka orang ramai dapat beriman kepadanya serta menerima seruannya. Pada hakikatnya mukjizat merupakan sebuah jalan dan metodologi yang menyempurnakan dan melengkapkan hujjah bagi manusia, serta tidak ada lagi jalan bagi orang-orang yang tidak beriman untuk mencari dalih dan alasan dalam tidak memenuhi seruan para nabi. Boleh jadi timbul sebuah pertanyaan: Apakah mustahil seseorang berdusta bahawa dirinya diangkat menjadi nabi dan mampu mendemonstrasikan mukjizat? Jawapan dari pertanyaan ini ialah, walaupun hal ini bukan merupakan perkara mustahil secara rasional, namun Allah (s.w.t) yang memiliki nama dan sifat mulia seperti Hâdi (Pemberi Petunjuk), Hâkim (Bijaksana), Râhim (Pengasih) dan sebagainya, tentu tidak akan menganugerahkan mukjizat kepada pendusta kenabian supaya manusia tidak terjerumus dalam jurang kesesatan.

Dengan kata lain, apakah harus mendengar ucapan setiap orang yang mendakwa kenabian dan kemudian beriman kepadanya, lalu ia menyebabkan kekacauan sehingga munculnya nabi-nabi yang tak terbilang ramainya, atau tidak satu pun ucapan orang yang mendakwa kenabian yang harus didengar dan mengingkarinya di mana hal ini bertentangan dengan matlamat Ilahi iaitu hidayah dan iman para hamba. Atau Tuhan harus menunjukkan kriteria untuk mengenal para nabi yang asli dan nabi palsu, di mana menunjukkan "mukjizat adalah kriteria kebenaran bagi orang yang mendakwa kenabian. Dengan perantara ini manusia dapat dipersiapkan motif hidayah, kebahagiaan dan keselamatan.

Atas dasar ini, sebahagian agamawan berpendapat bahawa satu-satunya jalan untuk mengenal nabi adalah pertunjukan mukjizat yang dilakukan olehnya. [11] Meski pun lebih tepat jika kita katakan bahawa jalan yang paling penting dan meyakinkan untuk mengetahui kebenaran orang yang mendakwa risalah dan kenabian adalah mukjizat, kerana juga ada jalan-jalan lain untuk menetapkan kebenaran dakwaan kenabian. Yang paling penting di antaranya adalah mengkaji kandungan wahyu dari perspektif tiadanya pertentangan dalaman dan tiadanya pertentangan dengan akal atau fitrah manusia. Ertinya apabila ada orang yang mendakwa risalah dan menyediakan perkara-perkara yang diistihar sebagai "wahyu" di mana ia tidak sejalan dengan akal sihat atau bertentangan dengan fitrah suci manusia, maka pembohongan dakwaan risalah tersebut menjadi jelas. [12]

Demikian juga apabila kelihatan ada konflik dan pertentangan antara perkara-perkara yang diterangkannya tentang wahyu, maka teranglah pendustaannya. Demikianlah hal ini disebutkan dalam al-Qur'an, "Maka apakah mereka tidak merenungkan Al-Qur’an? Kalau kiranya Al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya." (Qs. Al-Nisa [4]:82).

Demikian juga pengkajian terhadap perilaku dan norma kesusilaan peribadi orang yang mendakwa kenabian hingga pada tingkatan tertentu ia dapat dijadikan sebagai ukuran supaya membenarkan atau mendustakan dakwaannya. Apabila orang yang mendakwa kenabian mengemukakan sebuah perkara yang ia sebut sebagai wahyu, namun ia tidak mengamalkannya, samada ia berkata dusta  dalam ucapanya, atau melakukan perbuatan yang tidak senonoh, atau ingin mendapatkan harta dan jiwa masyarakat, atau cinta kekuasaan dan populariti, maka semua hal ini bertentangan dengan makam kenabian dan ianya menyebabkan masyarakat menganggap orang seperti ini adalah penipu.

Jalan lain untuk mengenal nabi, adalah berita gembira (bishārah), ia diperkenalkan oleh nabi yang wujud sebelumnya atau sezaman dengannya. Dengan ini kemungkinan dengan tanpa mukjizat juga cukup menjadi hujjah kepada manusia, meskipun dalam masalah ini juga, kenabian sedemikian bersandar pada mukjizat nabi sebelumnya atau yang semasa dengannya.

Dalam sebahagian masalah, terdapat beberapa nabi yang sezaman dengan nabi selainnya dan ada mukjizat bagi salah satu dari mereka telah memadai untuk membenarkan nabi lainnya. Misalnya Nabi Ibrahim dan Lut (a.s) yang hidup dalam satu zaman dan keduanya adalah nabi. Tatkala penetapan kenabian Ibrahim, apabila baginda bersabda bahawa Lut adalah seorang nabi maka telah cukup hujjah bagi manusia, dan manusia mengetahui kenabian para rasul Ilahi dengan jalan ini.[13]

Kenabian Nabi (s.a.w) juga adalah kenabian yang banyak diberitakan oleh nabi-nabi sebelumnya, di samping Nabi (s.a.w) mendemonstrasikan banyak mukjizat. Sebahagian orang mengenalinya sebagaimana mengenali anak-anak mereka sendiri. “Mereka mengenalinya (Muhammad) seperti mereka mengenali anak-anaknya sendiri. (Qs. Al-An’am [6]:20)[14] Dan sebelum diutusnya, Nabi Isa memberikan berita gembira tentang kedatangannya kepada mereka dengan menyebut namanya yang penuh berkat. Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata, “Hai Bani Isra’il, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, iaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa mukjizat dan bukti-bukti yang nyata, mereka berkata, “Ini adalah sihir yang nyata.” (Qs. Shaf [61]:6)

Di akhir kalam, berita-berita gembira dan sifat-sifat yang berkaitan dengan Nabi (s.a.w) yang terdapat pada Injil dan Taurat merupakan jalan lain untuk mengenal para nabi Allah. Ayat-ayat al-Qur'an juga menegaskan masalah ini, "Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang terhadap sesama mereka. Kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredaan-Nya. Tanda-tanda mereka tampak pada wajah mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, dan tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya." (Qs. Fath [48]:29); Dan apakah tidak cukup menjadi bukti bagi mereka, bahawa para ulama Bani Isra’il mengetahuinya? (Qs. Syuara [26]:197)[15]

Untuk informasi lebih jauh mengenai ucapan-ucapan tegas tentang kenabian Nabi Muhammad (s.a.w), Anda boleh merujuk pada Taurat dan Injil serta kitab-kitab lainnya yang telah disusun dalam masalah ini.[16][]



[1]. Silakan anda lihat indeks, Wahyu dan Bagaimana Diturunkannya.

[2]. Raghib Isfahani, al-Mufrâdât, klausul wahy, hal. 515.

[3]. Muhammad Husain Thabathabai, al-Mizan fi Tafsir al-Qur'an, jil. 2, hal. 159, Dar al-Kitab al-Islamiya.

[4]. Ibnu 'Arabi, Futûhât al-Makkiyah, jil. 2, hal. 78, Dar al-'Arabiya Kubra, Mesir.   

[5]. Shadr al-Muta'allihin Syirazi, Mafâtih al-Ghaib, jil. 1, hal. 221-224.

[6]. Ibid.

[7]. Daud Qaishari, Muqaddimah bar Fushush al-Hikam Ibnu 'Arabi, tanbih fashl haftum.

[8]. Abdullah Jawadi Amuli, Tafsir Maudhui Qur'ân, jil. 1, hal. 89.

[9]. Muhammad Husain Thabathabai, Op Cit, jil. 1, hal. 74.

[10]. Hukum sesuatu yang serupa pada hal yang dibolehkan dan tidak dibolehkan adalah satu merupakan kaedah falsafah yang dapat diterapkan pada pelbagai bidang. Untuk lebih mengenal kaedah ini dan aplikasinya silakan anda lihat, Ghulamhusain Ibrahimi Dinani, Qawâid Kulli Falsafe dar Falsafe Islâmi, jil. 1, hal. 208.  

[11]. 'Abdurazzaq Lahiji, Sarmâye Imân, hal. 85. Syaikh Ridha Muzhaffar, 'Aqâid al-Imâmiya, hal. 77, al-Fashl al-Tsani, al-Nubuwwah.

[12]. Penting untuk diperhatikan bahawa boleh jadi seluruh manusia pada seluruh masalah tidak dapat mencerap dan memahami pertentangan ini. Bahkan pada banyak masalah dalam ajaran-ajaran para nabi akal tidak mampu mencerapnya dengan baik atau fitrah tidak mampu memahami persoalan tersebut. Sementara penyempurnaan hujjah bagi seluruh manusia oleh para nabi memerlukan pelbagai tanda yang jelas dan jauh dari pelbagai kekeliruan, keraguan. Silakan Anda lihat, Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Ma'ârif-e Qur'ân, jil. 4 dan 5, hal. 66-69.  

[13]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Op Cit, jil. 4-5, hal. 71.

[14]. Muhammad Husain Thabathabai, Op Cit, jil. 1, hal. 326 & 327, jil. 7, hal. 40 & 41, jil. 8, hal. 278-282.

[15]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwar, jil. 15, hal. 174-248.

[16]. Allamah Majlisi, Op Cit, jil. 15, hal. 174-248; Injil Yohanes 14: 16-30, Yohanes 15:26; Injil Barnabas 39, 41, 44, 54, 55 dan 136.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits