Carian Terperinci
Pengunjung
41178
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s?
soalan
Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s?
Jawaban Global

Perbahasan tentang kemunculan Imam Mahdi a.s merupakan perbahasan yang agak rumit sehingga memerlukan penelitian secara menyeluruh terhadap topik mahdawiyat, tetapi secara keseluruhan daripada riwayat yang telah digunakan di mana tanda-tanda kemunculannya adalah dapat dilihat dari satu sudut yang terbahagi kepada dua:

1.     Tanda-tanda yang pasti sebelum kemunculan adalah: keluarnya kumpulan Sufyani, keluarnya kumpulan Yamani, jeritan dari langit, terbunuhnya nafs zakiyyah, tenggelamnya tentera Sufyani di tengah-tengah padang sahara dan keluarnya dajjal.

2.     Tanda-tanda dan saksi-saksi yang tidak pasti di mana berkemungkinan tidak akan terjadi.

Walaubagaimana pun tanda-tanda kemunculannya boleh dibahagikan kepada empat bahagian:

a.     Tanda-tanda umum: secara ringkas, natijahnya adalah kejatuhan tamadun manusia di mana ianya tenggelam dalam maksiat dan kekejian.

b.    Tanda-tanda keagamaan dan kepercayaan: terpesongnya agama langit.

c.     Tanda-tanda alam semulajadi: seperti permasalah pertukaran dalam alam cakrawala dan....

d.    Tanda-tanda individu dan mukjizat: seperti jeritan dari langit, syahidnya nafs zakiyyah

Setiap daripada punca-punca dan tanda-tanda yang lain mempunyai himpunan ciri-ciri yang tersendiri di mana dalam riwayat telah dibahaskan secara panjang lebar.

Jawaban Detil

Perbahasan tentang tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s adalah agak rumit, kerana terdapat banyak riwayat dalam kitab-kitab hadith Syiah dan Ahli Sunnah dan juga dalam kitab-kitab agama langit dan agama-agama sebelum Islam seperti kristian yahudi, zoroster dan hindu serta agama yang lain. Di mana ianya perlu kepada pembacaan, pengumpulan, sanggahan, dan kajian yang sempurna. Sebelum itu, riwayat-riwayat perlu di teliti akan petunjuknya dan sanadnya.

Tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s yang termaktub dalam riwayat-riwayat Syi’ah, dapat dibahagi kepada dua:

  1. Tanda-tanda pasti, iaitu tanda-tanda yang pasti terjadi pada sebelum kemunculan baginda dan ianya tiada sebarang keterangan dan syarat. Tanda-tanda ini adalah seperti: keluarnya tentera Sufyani, Yamani, terjadinya jeritan dari langit, terbunuhnya Nafs Zakiyyah, tenggelamnya prajurit Sufyani di padang sahara dan munculnya Dajjal.

  2. Tanda-tanda belum pasti, iaitu yang akan terjadi dengan syarat-syarat dan kondisi tertentu. Ertinya jika syarat-syarat tersebut terpenuhi, maka ia akan terjadi. Tanda-tanda ini banyak sekali jumlahnya[1].

 

Tetapi dari sudut lain dan secara umumnya, tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s dapat dibahagi kepada empat.  Dimana perkara itu akan dijelaskan secara ringkas.

A.     Faktor Sosial.

Secara ringkas berlakunya perkara ini adalah runtuhnya tamadun manusia di mana sesetengah daripadanya akan dinyatakan:

1.     Tersebar luasnya kezaliman di seluruh dunia. Dengan kata lain bahawa dunia dipenuhi dengan kezaliman.

  1. Pemerintah dunia menjadi fasik: mengingatkan perkara ini adalah perlu di mana maksud zalim dan kerosakan dunia dan fasiknya pemerintah adalah mereka memerintah dengan berasaskan penjajahan, menjajah dan menjadi kuku besi ke atas dunia, ianya bukanlah bermakna di dunia ini tidak akan ditemui insan yang adil dan sistem kerajaan yang adil tetapi sistem pengadilan ke atas dunia adalah sistem orang-orang yang zalim dan yang membuat kerosakan.

  2. Mahalnya harga barang-barang dan kemerosotan ekonomi adalah merupakan akibat dari sistem pemerintahan yang zalim.

  3. Munculnya para pembohong dan Dajjal yang enggan mendakwa diri mereka sebagai pembaharu masyarakat. Kemunculan Dajjal adalah termasuk salah satu tanda pasti kemunculan Imam Mahdi a.s yang dinyatakan di dalam kitab-kitab agama-agama yang terdahulu. Dajjal secara bahasanya bererti menutup kebenaran dengan kebatilan, penipuan, perangkap dan licik. tidak membatas kepada seseorang tetapi ianya berbentuk umum dalam bentuk individu-individu dan kumpulan militari yang tersembunyi dan penuh penipuan di mana mereka menipu kelompok masyarakat dan berdepan dengan kebenaran. Sesetengah dajjal telah menembusi tamadun barat yang ada sekarang ini[2].

  4. Para pendusta dan pembohong dijadikan sebagai jurubicara rakyat. (pemimpinan masyarakat, misalnya seperti Sufyan).

  5. Orang-orang yang soleh dan jujur akan dinafikan sifatnya dan dipingkirkan dari masyarakat. Dan sebaliknya para pembohong dan mereka yang zalim akan banyak mendapatkan sokongan.

  6. Keluarnya Sufyani juga merupakan salah satu tanda pasti kemunculan Imam Mahdi a.s, dimana Sufyani adalah suatu peribadi yang jelas ataupun merupakan suatu panggilan yang umum untuk seseorang dan sistem-sistem penipuan yang terbuka tidak mampu untuk dinyatakan secara jelas tetapi apa yang jelas Sufyani adalah seorang atau individu dan sistem kapitalis, perompak, diktator dan penyebar segala jenis khurafat. Kesimpulannya mereka telah melakukan kerosakan yang begitu meluas.[3] Di dalam pelbagai riwayat telah dijelaskan bahawa Sufyani serta tenteranya akan tenggelam di padang sahara Bayda’ (sebuah tempat yang letaknya di antara Makkah dan Madinah). Dan hanya satu orang sahaja di antara mereka yang hidup dan selamat yang akan memberikan informasi tentang tenggelamnya tentera Sufyani[4].

  7. Terjadinya peperangan, fitnah pertumpahan darah di muka bumi: dalam riwayat terdapat peperangan daripada pihak Turk (dimana mereka secara zahirnya adalah dari keturunan Turk bin Yofis bin Nuh dan kini mereka bertebaran di negara Monggol, Punjab, Turki, Syria, Afghanistan dan India) dan juga di sebahagian besar di negara barat. Juga telah diriwayatkan[5] di mana sebelum munculnya Imam Mahdi a.s dua pertiga penduduk dunia akan terbunuh yang mana ianya merupakan tanda-tanda yang belum pasti akan terjadi[6].

  8. Pelbagai revolusi dan pemberontakan menentang kezaliman dan kerosakan antarabangsa akan terjadi di muka bumi ini. Sebahagiannya akan berjaya membentuk kerajaan. Keluarnya tentera Yamani adalah merupakan simbol kebangkitan kebenaran dalam menentang kebatilan, penyimpangan dan kesesatan di akhir zaman. Perkara ini merupakan salah satu dari kebangkitan yang akan berlaku.[7].

Kebangkitan Syed Khurasani (keturunanya dari Imam Husein a.s dan kebangkitan yang membawa keadilan) adalah daripada punca-punca yang lain. Dua kebangkitan ini di mana yang pertama akan berlaku di Yaman dan  yang akan bersedia untuk kemunculan Imam Mahdi as.[8]

Telah diriwayatkan di mana akan terbentuk kerajaan di Iran yang mana masyarakat akan diajak kepada Islam dan Ahlibait a.s dan yang kedua wilayah yang berada di bawah pemerintahannya yang sampai ke Kuffah akan bersih daripada segala jenis kezaliman dan kerosakan dan akan bergabung dengan Imam Mahdi a.s secara menyeluruh dan akan mengikut Imam Mahi a.s[9].

B.    Punca-punca yang bersifat keagamaan dan keyakinan adalah punca kerosakan agama.

Telah di riwayatkan daripada Amiril Mukminin a.s yang mana di akhir zaman solat akan diketepikan, amanah akan dikhianat, pembohongan adalah perkara yang dihalalkan, berleluasanya riba, rasuah, menjual agama kepada dunia, bermusyawwarah dengan para wanita, memutuskan silaturrahim, mengikut hawa nafsu, pembunuhan merupakan perkara biasa, lemah dan bersabar, berbangga dengan kezaliman, para urafa’ menjadi pengkhianat, para qari menjadi fasik, masjid diperindahkan, menara-menara akan dibuat tinggi, tidak menunaikan janji dan menurut hawa nafsu[10].

Dalam erti kata yang lebih luas sebelum kemunculannya Imam Mahdi a.s, hukum-hakam Islam tidak akan terlaksana tetapi perkara ini adalah bersifat sebahagian sahaja iaitu akan berlaku pada kebanyakan masyarakat manusia. Sepertimana dalam riwayat kita yang telah dinukilkan di mana ketika Imam a.s muncul baginda memerintah dan akan melaksanakan semua peraturan mengikut kaedah dan kitab dan agama iaitu sebelum kemunculannya Islam telah dicemari dengan segala khurafat dan terdapatnya pemesongan maknawi pada al-Quran iaitu hakikat dan batinnya perkara tersebut telah dilupakan[11].

  1. Faktor Alami: Terjadinya pelbagai bencana alam, merupakan tanda dari tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s. Di dalam pelbagai riwayat telah dijelaskan bahawa suara guruh-guruh, gerhana bulan, dan gerhana matahari di sebelah barat dan di mana riwayat ini boleh digandingkan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada hari ini dan ianya juga boleh dinyatakan dalam pelbagai bentuk alasan, sepertimana telah dinyatakan oleh Ustaz Syahid Mutahari terbitnya matahari dari sebelah barat adalah rahmatnya dari Allah swt kepada kemunculan Islam (dengan wasilahnya Imam Khumeini rahmat Allah keatasnya) iaitu beliau datang dari Paris ke Iran[12].

  2. Faktor Individu dan Keajaiban.

    1. Panggilan Langit:

Daripada zahir riwayat telah didapati sebelum atau ketika kemunculan Imam Mahdi a.s, malaikat di langit telah bersuara dan umat manusia menyaksikannya, malaikat ini adalah Jibrail a.s dan suara itu akan kedengaran di seluruh pelusuk dunia dan sesiapa sahaja akan mendengar suara tersebut dengan bahasa dan dialeknya sendiri. Tetapi tidak mampu menentukan arah datangnya suara tersebut. Di samping itu juga syaitan akan menjerit bahawa: Uthman telah mati dizalimi, tujuannya adalah mahu mengelirukan umat manusia[13].

    1. Syahadah dan terbunuhnya Nafs Zakiyyah:

Nafs Zakiyyah adalah gelaran yang diberikan kepada pemuda dari keturunan bani Hasyim yang mana mempunyai kedudukan yang sangat mulia di mata dunia. Beliau berhadapan dan menentang tenteranya Sufyani. Dan kemudian beliau bersembunyi di kota Madinah. Ketika tentera Sufyani berangkat menuju ke kota Madinah, beliau pergi ke kota Makkah dan di sana beliau mengajak masyarakat untuk mengikuti Ahlulbait a.s. Namun tanpa  sebarang dosa dan kesalahan, beliau dibunuh dan disembelih secara kejam (antara rukun dan maqam). Kesyahidan beliau telah menyedarkan dan membangkitkan semangat masyarakat dunia, sehingga mereka bersiap-sedia membai’ah Imam Mahdi a.s. Jarak antara kesyahidan beliau dengan awal kebangkitan Imam Mahdi a.s adalah lima belas hari. Beliau adalah wakil dan delegasi Imam Mahdi a.s untuk masyarakat umum[14]. Di samping tanda-tanda yang telah dijelaskan di atas, terdapat juga tanda-tanda lainnya yang disebutkan di dalam pelbagai riwayat[15].



[1] . Zendegi Imam Mahdi As, Qurasyi, Baqir Syarif m/s304.

[2] . Mengenai Dajjal dijelaskan di dalam berbagai kiktab, seperti Mahdi Enqelabi Buzurg, Nasir Makarin Syirazi, m/s192, Dajjal Afsaneh Ya  

    Waqiiyat, Syafaye Mehnaz, m/s28-62, Farhangge Mau’ud, Husein Karmisyahi, m/s92, 94, Dodgustare Jahan, Ibrahim Amini, m/s223, 

    Hadiqatu as-Syi’ah, Muqaddas Ardebili, hal, 758.

[3] . Mahdi Enqelabi Buzurg, m/s202, Dah Enteqad wa Fashukh Piramune Hadhrat Mahdi, Syekh Mufid m/s90.

[4] . Nejod Bakhsyi Dar Adyan, Muhammad Taqi Rasyid Muhasshal, m/s159.

[5]   Hadi Kamil Sulaiman, ruzgar raha’e, terjemahan Mahdi Pur, Ali akhbar, jil 2,m/s 938,939

[6] . Simaye Aftob, Habibullah thahiri, m/s511.

[7] . Al-Mumahhiduna lil Mahdi, Ali Kurani, m/s 138 dan 139.

[8] . Zamine Sazman Enqelabi Jahani Mahdi, Sayyid Asadullah Syahidi, m/s439, 445.

[9] . Mahdi Khursyide Muntazhiran, Gule Muhammadi Arman, m/s26, 27.

[10] . Biharul Anwar, juz 52, m/s193.

[11] . Wilayate Faqih, Abdullah Jawadi Amuli, m/s372, Mahdi Enqelabi Buzurg, m/s320, 321.

[12] . Ruzgar Raha-i, m/s853, Tarikh ma ba’da az-Zhuhur, Sayyid Muhammad Shadr, m/s164, 217.

[13] . Zendegi Imam Mahdi, m/s315, Ruzgar Raha-i, m/s869, 871.

[14] . Thawus-e Behestiyan, Gule Muhammadi Arman, juz 4 m/s167, Al-Bay’atu Lillah, m/s268, Nesyaneha-ye Zhuhur, Sadat Madani, Sayyid 

     Ali Ashgar, m/s112.

[15] . Lihat Biharul Anwar, juz 52.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits