Carian Terperinci
Pengunjung
11083
Tarikh Kemaskini 2011/09/22
Ringkasan pertanyaan
Dalam beberapa buku irfan dan falsafah terdapat perbahasan yang mengulas masalah qaws nuzūl wa ṣuʽūd. Tolong jelaskan apa maksud dari dua istilah teknikal ini? Dan apakah perbezaan di antara keduanya?
soalan
Dalam beberapa buku irfan dan falsafah terdapat perbahasan yang mengulas masalah qaws nuzūl wa ṣuʽūd. Tolong jelaskan apa maksud dari dua istilah teknikal ini? Dan apakah perbezaan di antara keduanya?
Jawaban Global

Hakikat wujud itu memiliki dua sisi. Satu sisinya adalah merupakan realiti hakiki (fiʽliyyat mahḍ) dan kesempurnaan mutlak. Sedangkan sisi lainnya adalah berkesudahan dengan potensi hakiki (quwwah mahḍ) dan penerima keseluruhan. Jarak antara kedua sisi dan kesudahan ini terdapat peringkat-peringkat wujud mutawassith (pertengahan).

Cahaya wujud dari sumber kewujudannya  tidak akan sampai kepada potensi hakiki (quwwah mahḍ) kecuali ia terlebih dahulu melalui dan melintasi seluruh tahap-tahap wujud mutawassiṭ yang dikenali sebagai qaws nuzūli (perlenturan menurun). Begitu juga kewujudan (pada tahap-tahap penyempurnaan) dari maqam “penerimaan semata-mata” (hayula; bahan pertama) tidak akan mencapai maqam “qurb” (kedekatan) kepada wajib al-wujud (Wujud secara wajib Allah s.w.t) kecuali harus melalui seluruh tahap-tahap wujud mutawassiṭ yang dikenali sebagai qaws ṣuʽūdi (perlenturan secara menaik).

Berdasarkan hal ini, mereka (ulama irfan) memandang bahawa perjalanan hakikat wujud itu mirip dengan sebuah lingkaran yang mencakupi kedua qaws tersebut.

Menurut pandangan irfan sesungguhnya pada qaws nuzul, manusia sentiasa membawa seluruh tahap-tahap yang telah diamanahkan kepadanya dan setelah itu, pada qaws ṣuʽūd seluruh apa yang telah diperolehi pada qaws nuzul harus dikembangkan sehingga dapat sampai kepada darjat terakhir kesempurnaan. Apabila ia telah mencapai peringkat thabāt (ثبات; kekal) dan qarar (قرار; penetapan), maka lingkaran kewujudannya pun menjadi sempurna dan bebas dari segala batas dan ketentuan sebagaimana Rasulullah (s.a.w) yang telah sampai kepada maqam dan darjat mulia ini. Dalam hal ini Al-Qur’an mengisyaratkan: “Thumma danā fatadallā fakāna qāba qawsayni aw adnā” (kemudian dia mendekati, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah ia dekat (pada Muhammad sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi).

Jawaban Detil

Sebelum memberi tumpuan pada pokok bahasan, perlulah dijelaskan di sini dua kaedah falsafah; iaitu kaedah imkān ashraf dan imkān akhas. Kaedah imkan ashraf adalah sebuah kaedah yang menetapkan bahawa pada seluruh tahap kewujudan, mumkin ashraf (wujudnya bahagian yang dari segi kewujudan atau eksistensinya lebih tinggi dan lebih mulia) harus lebih awal dari mumkin akhas (wujudnya bahagian yang dari segi tingkat kewujudan dan eksistensinya lebih rendah).

Dengan kata lain, setiap mumkin akhas ada, maka sebelumnya harus ada mumkin ashraf. Misalnya ketika kita cuba memerhatikan  akal dan membanding-bandingkan antara keduanya maka kita akan yakin bahawa akal lebih unggul daripada nafs. Ketika itu, kalau kita tahu munculnya kewujudan nafs, maka sudah tentu sebelumnya kita telah lebih dahulu tahu tentang munculnya kewujudan akal. Dan kaedah imkan akhas merupakan berlawanan dari kaedah imkan ashraf.

Hakikat wujud memiliki dua dimensi, di mana keduanya itu sering disebut sebagai dua sisi wujud. Satu sisi sampai kepada realiti hakiki dan kesempurnaan mutlak, dan sisi lain hanya sebagai potensi keseluruhan dan sekadar menerima saja. Dimensi yang sampai kepada realiti hakiki dan kesempurnaan mutlak adalah wājib al- wujūd (Wujudnya adalah wajib) di mana kesempurnaannya itu tidak terbatas dan dari sisi perbuatannya tidak akan berhujung.

Dimensi yang hanya sampai pada had potensi dan penerimaan semata-mata adalah hayula ʽula (materi pertama) di mana peluang untuk kehilangan kesempurnaan tidak ada had dan dalam menerima berbagai potensi ia tidak mempunyai had juga. Jarak antara kedua dimensi ini dibentuk oleh tahap-tahap pertengahan wujud. Cahaya wujud, dari awal kewiujudannya, tidak akan pernah sampai hingga pada tahap material pertama yang merupakan reaksi semata-mata (infiʽal mahḍ) kecuali harus melalui seluruh tahap pertengahan wujud yang mana ia di sebut qaws nuzul (perlenturan menurun). Demikian halnya wujud pada tahapan penyempurnaan, di mana dari maqam hayula (material) tidak akan pernah sampai ke maqam kedekatan pada Wajib al-Wujud kecuali ia harus melalui seluruh tahap yang ada pada qaws ṣuʽūd (perlenturan menaik). Dengan melalui perantara kaedah imkan ashraf, telah banyak maujud mutawassiṭ terealisasi pada qaws nuzul. Begitu juga melalui perantara imkan akhas, telah banyak maujud mutawassiṭ terealisasi. Iaitu pada qaws nuzul, dengan terbuktinya wujud nafs maka wujud akal pun melalui perantara imkan ashraf juga menjadi terbukti. Akan tetapi, nafs naṭiqah menjadi terbukti pada qaws nuzul dengan perantara kaedah imkan akhas dan pembuktian akal.[1]

 

Qaws nuzul dan ṣuʽūd manusia dalam pandangan Irfan

Allah (s.w.t) berfirman:”Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan ia ke tempat yang serendah-rendahnya” (Qs. Al-Tin [95]:4-5). Hal ini sesuai dengan qaws nuzul dan menunjukkan bahawa sebelum alam semulajadi, manusia terlebih dahulu wujud. Perkara ini sesuai dengan realiti dan penarikan dari maqam tertinggi (aʽla ‘illiyyīn) ke maqam terendah (asfala sāfilīn) yang tidak mungkin terjadi kecuali harus melalui jalan-jalan yang terdapat di antaranya. Oleh itu dalam ilmu Ilahi turun dari Hadrat Wāhidiyyah dan ‘ain thābit (entifikasi kekal) ke alam mashiyat, dan alam mashiyat ke alam ‘uqul dan ruhanih (malaikat al-muqarrabin), dan dari alam itu ke alam malakut ‘ulya (nafs-nafs kulliyah) dan dari alam itu ke alam tabiat. Alam semualajadi juga memiliki tingkatan-tingkatan, dan yang paling rendah adalah alam hayula di mana ia merupakan tahap pertama alam atau dengan istilah lainnya ialah alam lampau dan ṭabi’at nāzilah (semulajadi yang menurun) dan darjat akhir ialah turunnya manusia. Lantas ia mulai melakukan perjalanan dan secara bertahap dari maqam terendah, bahan pertama (hayula) yang mengikat qaws (busur panah), hingga naik ke maqam “Thumma danā fatadallā fakāna qāba qawsayni aw adnā” (kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah ia dekat (pada Muhammad sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi). Maka dengan itu manusia yang sempurna (insan kamil) adalah seluruh silsilah wujud, dan lingkaran wujud itu berakhir dengannya dan dialah yang awal dan akhir yang zahir dan batin serta dialah kitab universal Ilahi.[2]

Para ahli falsafah menganggap bahawa awal dan akhir kedua qaws tersebut adalah pada akal pertama yang mana berada dalam faiḍ muqaddas (emanasi yang Mahasuci) dan juga menganggap bahawa akal pertama tersebut merupakan tahap sederhana dan universaliti perintah Ilahi yang Esa (Qs. Al-Qamar [54]: 50).

Menurut tanggapan para urafa bahawa kesempurnaan atau had dari lingkaran tersebut berada pada qaws ṣuʽūd yang sampai ke maqam aw adnâ (atau lebih dekat), di mana permulaan gerakan dan terpancarnya limpahan tersebut dinisbahkan kepada nama-nama Dzat (Ilahi). Dari sini, kedua qaws ṣuʽūd dan nuzūl serta cakupan lingkaran perkara Ilahi dan juga gerakan pengadaan atau pembentukan tersebut menurut ahli irfan, lebih luas serta lebih besar jangkauannya dibandingkan apa yang difahami oleh ahli hikmah.

Dalam pandangan Irfan, insan kamil adalah apa yang diungkapkan oleh Al-Qur’an pada surat al Isra (17) ayat 79: “Dan pada sebahagian malam, kerjakanlah solat malam (dan bacalah Al-Qur’an). Ini sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”.

Ia Mahmud mutlaq (yang terpuji secara mutlak) lantaran semua makhluk di alam semesta yang sentiasa mendapat limpahan-Nya, memuji dan menyanjung Dia. Pemilik maqam mahmud adalah orang yang dengan meniti serta melalui kedua qaws nuzul dan ṣuʽūd itu serta sampai pada maqam aw adnā (atau lebih dekat), telah menyatukan dan membuat jambatan penghubung antara kedua qaws tersebut. Pada qaws nuzul, manusia meneruskan seluruh tahap-tahap yang telah diamanahkan dan setelah itu pada jangkamasa qaws ṣuʽūd, seluruh apa yang telah diperolehi dan dicapai pada zaman qaws nuzul harus dikembangkan dan tetap dijaga serta dipelihara.

Ahmad menjadi rasul, akal pun kerdil di hadapannya

Dua alam ini tercipta hanya kerananya

Aku telah menjadi nabi yang mengibarkan panji dalam genggaman

Kenabian terakhir dititipkan kepada Muhammad

Bulan yang merupakan batu cincin telah menjadi Zabarjad

Penutupnya adalah kasih Muhammad

Lingkaran dunia adalah lingkaran mim-nya

Kedua alam tersembunyi pada kediamannya

Lilin Ilahi berkobar dari dalam hatinya

Ibrah kehidupan telah ia dapati sepanjang abad

Sinar mentari berhajat kepadanya

Setengah hilal adalah malam mikrajnya

Peringkat awal di mana akal adalah tulisan

Duduk dalam mahjubah Ahmad

Dialah penutup rasul dan pamungkas para nabi. (Nizhami)

 

Dalam Al-Qur’an banyak ditemukan ayat-ayat yang menyingkap hal-hal yang berkaitan dengan qaws nuzul dan qsaus ṣuʽūd, di antaranya adalah surat al-A’raf (7) ayat 29: “Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan, (demikian pulalah) kamu akan kembali kepada-Nya” dan juga pada surat al-Anbiya (21) ayat 104:”Sebagaimana kami telah memulai penciptaan pertama begitulah kami akan mengulanginya” dan lain-lain.

Sehubungan dengan hal ini, di dalam doa Nudbah kita ucapkan sebuah ungkapan yang ditujukan kepada Hujjah Allah (s.w.t) di muka bumi ini (Imam Zaman a.j.): “Yabna man danā fatadallā fakāna qāba qawsayni aw adnā dunuwwan wa iqtiraban minal ‘aliyyil aʽlā...” (Wahai putera seorang yang telah mendekat, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah ia dekat (pada Muhammad sejarak) dua hujung busur panah atau lebih dekat (lagi) kepada yang Mahatinggi).[3]

Perbincangan mengenai qaws ṣuʽūd dan nuzul sangat luas, tetapi kita cukupkan hanya di sini sahaja dan bagi mereka yang tertarik dengan perbahasan ini, maka kami anjurkan untuk merujuk ke rujukan-rujukan yang ada. []  



[1] Ghulam Muhsin ibrahimi dinai, Qawâid-e kulli-e Falsafi dar Falsafe-e Islâmi, jilid 1 halaman 30.

[2]  Sayyid Ruhullah Khomeini, Syarh-e Do’a-e Sahar, halaman 102, Nehdhat-e Zanân-e Musalmân.

[3] Abbas Muhaddits Qumi, Mafâtihul Jinân, Do’a Nudbah.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa yang menjadi material primer pembentuk alam semesta ini? Bagaimana pandangan al-Qur\'an dan riwayat berkenaan masalah ini?
    10371 آسمان و زمین 2013/02/02
    Pandangan paling tepat yang diajukan oleh ahli-ahli fizik, berkenaan dengan unsur asli pembentukan material primer alam semesta ialah alam material pada awalnya terbentuk daripada unsur sodium padat yang menghuni sebuah ruang. Hal ini terjadi pada masa-masa yang sangat jauh sekitar 13 bilion tahun yang silam. Akibat ledakan ...
  • Apakah Tuhan itu dapat dilihat? Bagaimana?
    11304 پروردگار. نامها و ویژگی ها 2013/03/30
    Sesuai dengan hukum akal dan syariat, sesungguhnya Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, baik di dunia mahupun di akhirat. Namun Allah dapat disaksikan dan dilihat dengan mata hati. Hati dapat menyaksikan dan melihat Allah (s.w.t) menurut kemampuan eksistensialnya. Hal ini dapat dilakukan melalui jalan penyaksian (shuhūd) ...
  • Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
    11947 Teologi Klasik 2011/09/22
    Di dalam ilmu kalam,keadilan dibahaskan dan dikaji dengan seluruh pengertiannya. Akan tetapi kebanyakan dari pengertian yang mendapat kritikan dan menjadi sebab terpisahnya golongan Adliah (Imamiyah dan Mu’tazilah) dari golongan Asyairah, ...
  • Apakah justifikasi pembunuhan seorang anak kecil ditangan Nabi Khidir menurut perspektif sentimen?
    21315 Tafsir 2012/01/19
    Islam adalah agama kebijaksanaan, akal dan hikmah. Sejak awal penurunannya di zaman Nabi Adam as., Islam telah mepersembahkan ajaran-ajarannya yang dipenuhi cahaya hikmah yang menjadi penyuluh pelita perjalanan umat manusia. Ya, Islam telah melahirkan peribadi-peribadi terpilih dari rahim suci ajarannya. Sejarah telah ...
  • Apabila Tuhan merupakan Pencipta segala sesuatu, apakah dosa-dosa dan segala perbuatan buruk yang dilakukan manusia adalah merupakan makhluk Tuhan juga?
    11101 Teologi Klasik 2011/05/09
    Jawapan pertanyaan ini akan menjadi jelas dengan memerhatikan definisi kehendak (irādah) dan pembahagian-pembahagiannya iaitu iradah (kehendak) takwini dan tashri’i. Kehendak terbahagi kepada dua, pertama kehendak takwini dan kedua kehendak tasyri’i.Kehendak Takwini ialah pengetahuan terhadap ciptaan secara sempurna dan meliputi segala-galanya, iaitu sebagaimana Allah ...
  • Bagaimana pandangan Imam Khomeini terhadap Dr. Syari`ati?
    7885 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Berkenaan dengan pandangan Imam Khomeini tentang Dr. Syari`ati, yang berupa karya tulisan beliau yang ada di tangan kita disebutkan bahawa Imam Khomeini tidak menyebutkan secara jelas tanggapan positif atau negatif mengenainya dan tidak menyebut nama Dr. Syari`ati. Sudah tentu Imam Khomeini mengkritik orang-orang yang ...
  • Bagaimanakah nasib seseorang yang selama hidupnya berada dalam kesesatan dan dosa, namun melalui perantaan ihsan dan doa orang lain, keadaannya di akhirat berubah meskipun beliau tidak memainkan peranan untuk mengubahnya?
    12600 Teologi Baru 2013/02/16
    Permasalahan yang menjadi pertanyaan ini tidak dapat diterima seratus peratus dan tidak juga dapat ditolak seratus peratus, namun tergantung pada jenis dosa yang dilakukannya dan siapakah pelakunya. Misalannya orang yang melakukan dosa syirik terhadap Allah (s.w.t) mereka ini tidak akan mendapatkan keampunan sedikitpun. Begitu juga dengan dosa ...
  • Apakah agama masyarakat dapat diubah?
    9089 Teologi Baru 2011/09/22
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam ...
  • Apakah syurga dan neraka sekarang ini wujud?
    19927 Teologi Klasik 2011/04/19
    Menurut ayat dan riwayat, syurga dan neraka yang dijanjikan, sekarang ini ada kewujudannya. Dan pada hari kiamat kelak ia akan ditunjukkan secara sempurna dan manusia akan ditempati di kediaman abadinya masing-masing, sesuai dengan amal perbuatan, keyakinan, dan keikhlasan mereka. Terdapat sudut lain yang dapat digambarkan (tentang syurga dan ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    17792 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...

Populer Hits