Carian Terperinci
Pengunjung
8014
Tarikh Kemaskini 2011/06/14
Ringkasan pertanyaan
Apakah yang dimaksud dengan rangkaikata yang berbunyi “al-majâz qantar al-haqiqah” (sesuatu yang metafora merupakan jambatan menuju hakikat) dan bagaimana pandangan Islam berkenaan “metafora cinta”?
soalan
Apakah yang dimaksud dengan rangkaikata yang berbunyi “al-majâz qantar al-haqiqah” (sesuatu yang metafora merupakan jambatan menuju hakikat) dan bagaimana pandangan Islam berkenaan “metafora cinta”?
Jawaban Global

Menurut pemikir Islam, tidak ada yang melebihi dari sebuah cinta hakiki di alam semesta ini dan cinta itu ialah cinta kepada Allah (s.w.t). Manakala cinta yang lain adalah cinta dusta, bukan hakikat atau metafora. Bahkan penggunaan cinta untuk selain Allah (s.w.t) tidak sah kerana ia hanyalah “rindu” (syauq), bukan cinta (isyq). Ciri-cirinya ialah tatakala seorang belum mendapatkan cinta kekasihnya, api cintanya masih akan terus membara dan ketika ia sudah mendapatkan cinta kekasihnya, gejolak cintanya akan mulai berkurangan secara perlahan-lahan, dan bahkan akan menghilang. Lain pula halnya dengan cinta hakiki, di mana seseorang ketika telah mendapatkannya, perasaan cintanya akan semakin membara dan bertambah banyak.

Cinta metafora dapat membantu melembutkan hati seorang sufi kerana seorang pencinta sentiasa memikirkan kekasihnya dan akan berusaha keras untuk mendapatkan hati kekasihnya serta sedia mengorbankan segala sesuatu demi kerelaan kekasihnya.

Cinta metafora dapat membebaskan diri seseorang dari hati yang bergantung kepada hal-hal duniawi. Ini disebabkan segala angan-angan serta keinginannya hanya akan difokuskan pada satu hal iaitu kepada si kekasihnya sahaja dan hal ini dapat lebih memudahkan untuk mengalihkan tumpuannya kepada cinta hakiki dibandingkan dengan yang lain. Kerana bagi pencinta metafora, setelah terbebas dari ribuan pergantungan kepada hal-hal duniawi, ia hanya perlu melepaskan satu hal sahaja untuk sampai kepada kekasih hakiki iaitu berpaling dari cinta metafora menuju ke arah cinta hakiki. Sementara bagi yang lain darinya, terlebih dahulu harus berjuang keras melawan ribuan keinginan serta pergantungan tersebut dan setelah ia berjaya menempuh perjalanan panjang yang sulit dengan membasmi ribuan pergantungan duniawi ini, maka barulah ia akan sampai kepada kekasih hakiki.

Sebahagian orang tidak mempunyai potensi dalam dirinya untuk membolehkannya sampai kepada kekasih hakiki secara langsung, namun kadangkala akibat dari kesan cinta metafora dalam diri seseorang, ia akan menjadikannya sedar bahawa Allah-lah satu-satunya Kekasih hakiki yang layak untuk dicintai dengan sepenuh hati.

Kebanyakan ulama tidak memberikan pandangan yang pasti berkenaan dengan cinta metafora. Sementara pada umumnya, urafa` dan para sufi mendukung adanya cinta metafora. Adapun para fuqaha` dan agamawan menentang keras kewujudan cinta metafora dan mereka menganggap hal tersebut sebagai penyimpangan dari cinta hakiki, bahkan merupakan penyimpangan dalam agama. Pada dasarnya mereka menganggap sebutan kekasih untuk Allah adalah salah sebab sebutan tersebut berasal dari para sufi akibat pengaruh kecenderungan biologi atau pengalaman patah hati (broken heart).

Jawaban Detil

Cinta sejati adalah kecintaan kepada zat Ilahi dan pada dasarnya kecintaan kepada selain zat Ilahi bukanlah cinta, akan tetapi ia adalah suatu kerinduan. Perbezaan antara “cinta” (isyq) dan “rindu” (syauq) ialah, rindu merupakan apabila seseorang mencari dan mengejar sesuatu yang ia sukai dan kemudian setelah beberapa saat ia meraihkannya secara perlahan rasa suka tersebut mulai berkurang. Lain halnya dengan cinta, baik sebelum atau setelah seseorang mendapatkan sesuatu yang ia sukai, bukannya perasaan cinta tersebut lambat laun akan menjadi pudar, namun bahkan sebaliknya perasaan cinta tersebut akan semakin bertambah besar dan tidak akan musnah. Cinta ini hanya khusus kepada zat suci Allah (s.w.t) sebab kadang-kadang seseorang itu setelah memperoleh sesuatu apa ia sukai, ia menjadi sedar bahawa ternyata sesuatu yang ia sukai tersebut tidak ada nilainya atau bahkan ia mentertawakan dirinya atas kebodohannya bahawa mengapa ia begitu menyukai sesuatu yang tak bernilai tersebut.[1] Dengan demikian cinta hakiki dan sejati ialah kecintaan kepada Allah semata-mata. Urafa’ memiliki alasan atas pandangan mereka berkenaan dengan cinta metafora (cinta kepada selain Allah (s.w.t)) yang merupakan jambatan menuju cinta hakiki. Ibnu Sina di dalam “Isyārat” menuturkan tentang perbahasan makam-makam ‘urafa`: “Seorang sufi memerlukan sebuah penyucian diri yang memiliki tiga matlamat.”

Matlamat pertama ialah menjauhkan kebatilan dari kebenaran dan yang kedua adalah menjadikan “nafsu Amarah” tunduk patuh, serta yang terakhir iaitu, melembutkan hati agar dapat menerima peringatan dan penyedaran dengan mudah. Kemudian beliau berkata lagi: “Ada dua hal yang dapat membantu terwujudnya tujuan ketiga tersebut iaitu pertama, adanya fikiran yang jernih dan yang kedua ialah kesucian dan ketulusan cinta sehingga pengaruh Kekasih lebih dominan dibandingkan dengan pengaruh nafsu.[2]

Oleh itu, Ibnu Sina dalam perkataannya mengisyaratkan bahawa cinta metafora merupakan sebuah jalan bagi seorang sufi dan sebagai jambatan menuju ke arah kecintaan Ilahi untuk sampai kepada tingkat tertinggi irfan. Imam Fakhr ar-Razi dalam menjelaskan ucapan Ibnu Sina tersebut mengatakan: “Mabuk cinta, merupakan kesan dari sebuah cinta di mana seorang pencinta akan sentiasa terbayang gerak-geri dan diam, datang dan pergi serta kemarahan dan kerelaannya sang kekasih. Tutur kata dan perilaku kekasih juga akan sentiasa terlintas di benak sang pencinta sehingga hal ini akan membawanya ke puncak mabuk cinta. Untuk itu diceritakan bahawa dalam mimpi orang-orang bertanya kepada Majnun, “ Apa yang telah Allah (s.w.t)  lakukan kepadamu? Majnun menjawab: Allah telah menjadikan aku sebagai bukti atas orang-orang yang mengaku sebagai pencintaNya”. Khawajah Nasiruddin Thusi dalam menjelaskan ucapan Ibnu Sina tersebut juga berkata: “Cinta metafora memberikan kesungguhan dan kelembutan kepada hati manusia dan membebaskan hati manusia dari kebergantungan-kebergantungan duniawi sehingga ia akan berpaling dari selain kekasihnya.

Segala kegundahan, keinginan serta harapannya akan terpusat pada satu tempat di mana hal ini dapat lebih memudahkan perhatiannya kepada kekasih hakiki dibandingkan dengan yang lainnya. Sebab ia hanya tinggal melepaskan satu hal sahaja iaitu mengalihkan cinta metaforanya ke arah cinta hakiki sedangkan selebihnya terlebih dahulu harus berjuang melawan ribuan keinginan dan angan-angan untuk sampai kepada cinta hakiki tersebut.[3]

Dengan demikian, cinta metafora ialah sebagai sebuah perantara dan langkah awal yang dapat membantu seorang sufi untuk memperolehi pengarahan dan perhatian dalam perjalanan spiritualnya. Adapun bentuk bantuan tersebut dalam pandangan Imam Fakhr ar-Razi lebih ditujukan kepada perhatian seorang pencinta kepada kekasih sehingga perhatian tersebut menyebabkan adanya “mabuk cinta”. Sementara Khawajah Nasiruddin Thusi beranggapan bahawa cinta merupakan sebuah pelepas berbagai macam kebergantungan hati seorang pencinta dari hal-hal duniawi sehingga membuka kesempatan untuk lebih memudahkanya sampai kepada kekasih hakiki.

Mungkin yang dimaksud dengan kalimat “al-majâz qantar al-haqiqah” “Metafora merupakan jambatan menuju hakikat” ialah potensi setiap orang untuk sampai kepada kesempurnaan spiritual berbeza-beza. Kerana tidak semua orang mampu untuk sampai kepada cinta hakiki (cinta Ilahi) secara langsung. Oleh kerana itu, cinta metafora sebagai pagar yang membentengi sufi dari gangguan dan ancaman sehingga menjadikannya lebih berkomitmen dalam mengamalkan sair wa suluk serta akan membawanya ke alam spritual.[4]

Persepsi ulama tentang cinta metafora:

Pada umumnya dalam perkataan kaum arif dan para filosof tidak ditemukan penentangan terhadap cinta metafora, namun bahkan mereka menganggapnya sebagai jambatan menuju cinta hakiki. Mengenai kebanyakan ulama tidak memberikan persepsi mereka secara jelas berkenaan dengan cinta metafora ini, namun sebahagian fuqaha (juris) dan teolog menentang adanya hal tersebut dan menganggapnya dapat menjauhkan sufi dari spiritualiti dan cinta hakiki. Cinta metafora ini dianggap sebagai sebuah bid`ah yang direka oleh kaum sufi sehingga mereka melarang penggunaan kata tersebut berkaitan dengan Allah. Sebab mereka memandang negatif perkara kesufian dan puisi-puisi romantik akibat kecenderungan biologi  dan pengalaman patah hati.[5][]



[1]. Murtadha Muthahari , Tafsir Sure-ye Hamd.

[2]. Doktor Huseini Malaksyahi, Tarjumeh wa Syarh-e Isyârat wa Tanbihât Ibnu Sina,  bab 7, hal. 446.

[3].  Sayid Yahya Yatsribi, Falsafeye Irfan, hal. 332

[4]., Ain al-Qudhat Hamadani, al-Tanbihât, hal. 96. Sayid Yahya Yatsribi,  Falsafeye Irfan,  hal. 326.

[5]. Dawud Ilhami,  Dâwarihaye Mutazhâd darbare-ye Ibnu Arabi. Sayid Yahya Yatsribi,  Falsafeye Irfan,  hal. 326.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah manusia dapat mengenal Tuhan? Hingga batasan mana dan bagaimana nilai pengenalan ini?
    14827 Teologi Klasik 2011/02/14
    Manusia dapat mengenal Tuhan melalui berbagai-bagai jalan. Makrifat ini mungkin dicapai melalui jalan akal atau jalan hati. Terkadang sebagaimana yang dilakukan para philosofi yang mana untuk mencapai tujuannya mereka akan berargumen melalui jalan ilmu Husuli –ilmu yang dihasilkan melalui jalan pancaindera- dan ...
  • Bagaimana pandangan Imam Khomeini terhadap Dr. Syari`ati?
    6967 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Berkenaan dengan pandangan Imam Khomeini tentang Dr. Syari`ati, yang berupa karya tulisan beliau yang ada di tangan kita disebutkan bahawa Imam Khomeini tidak menyebutkan secara jelas tanggapan positif atau negatif mengenainya dan tidak menyebut nama Dr. Syari`ati. Sudah tentu Imam Khomeini mengkritik orang-orang yang ...
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    7872 Teologi Klasik 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Mengapakah agama sempurna tidak diutuskan sekaligus dan pada satu tempat? Pada asasnya apakah kepentingan beransur-ansur?!
    6966 Teologi Baru 2012/04/15
    Dari satu perspektif, agama secara beransur-ansur adalah satu perkara yang bersesuaian dengan kemampuan berfikir dan rohani insan. Dari perspektif yang lain pula ialah mengikut keperluan-keperluan, ujian-ujian duniawi dan sosial. Dengan ini, oleh kerana manusia pada zaman dahulu tidak mempunyai pemikiran yang lazim, mereka tidak berdaya memperolehi pengetahuan-pengetahuan ...
  • Tolong jelaskan perbezaan antara akal pentadbir dan hati (iman dan cinta).
    18078 Irfan Teori 2012/11/22
    Institusi tubuh badan manusia mempunyai pusat kekuatan besar dan agung, iaitu “akal” dan “asyik” di mana masing-masing mempunyai peranan penting dalam melakar kehidupan manusia. “Akal” umpama pelita yang sarat dengan cahaya di mana ia memancarkan cahaya dalam hidup yang penuh berliku. Akal bukanlah jenis naluri kebinatangan dan ...
  • Meskipun Zaid bin Ali as-Sajjad merupakan salah seorang dari Ahlulbait, tetapi mengapa ia mengakui kekhalifahan Abu Bakar?!
    8233 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Walaupun penyoal dengan yakin mengatakan bahawa “Zaid bin Ali bersaksi keatas kebenaran Abu Bakar sebagai khalifah, tetapi setelah penelitian yang banyak didalam sumber-sumber referensi penelitian yang kami ada, kami tidak menemui bukti dan dalil yang menguatkan pernyataan di atas. Kerana itu, pertama-tama kami akan menganggap dakwaan Anda ...
  • Apakah jiwa dan ruh mengalami kematian atau tidur?
    13944 Teologi Klasik 2011/02/14
    Masalah dan hakikat ruh merupakan salah satu masalah yang sentiasa menjadi pembahasan dan perbincangan manusia dari zamam lampau hingga hari ini. Pertanyaan di atas juga bersumber dari permasalahan ini bahawa apakah hakikat manusia itu adalah badan material dan jasad ...
  • Tolong jelaskan aliran Shaykhiyyah dan pendirinya Shaykh Ahmad Ahsai?
    7663 تاريخ بزرگان 2012/03/08
    “Shaykhiyyah” (شيخية) adalah suatu firqah di mana pengasasnya ialah Shaykh Ahmad Ihsa’i. Shaykh Ahmad lahir di kota Ahsā’ pada tahun 1166 H dan pada tahun 1186 H berangkat ke Karbala dan mengikuti sesi kuliah ulama-ulama Syi’ah. Dalam perjalanannya ke Iran dengan tujuan menziarahi Imam Ridha (a.s), ...
  • Apakah ketiadaan syaitan setara dengan tiadanya penyempurnaan bagi insan?
    7499 Teologi Klasik 2014/05/20
    Sila ambil perhatian, walaupun peranan syaitan-syaitan jin dan manusia merupakan sebuah peranan yang penting, dan mereka perlu wujud, namun siapakah yang memilih untuk memainkan peranan ini seiring dengan pilihan dan kehendak sendiri tanpa paksaan daripada Allah (s.w.t). Allah (s.w.t) tidak menciptakan syaitan sebagai syaitan. Ini disebabkan sudah ...
  • Mengapa Syiah dipandang sebagai ajaran sesat?
    19895 Teologi Klasik 2012/07/18
    Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini: Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan: Islam tidak punya aib pada ...

Populer Hits