Carian Terperinci
Pengunjung
10812
Tarikh Kemaskini 2013/02/02
Ringkasan pertanyaan
Apa yang dimaksud dengan hubūṭ (turunnya) Nabi Adam dari Syurga?
soalan
Apa yang dimaksud dengan hubūṭ (turunnya) Nabi Adam dari Syurga?
Jawaban Global
"Hubūṭ " bermakna turunnya sesuatu atau seseorang dari tempat yang tinggi (nuzūl) dan lawan perkataan adalah ṣuʻūd (naik). Kadang-kadang ia juga bermakna hulūl (kemasukan) sesuatu atau seseorang pada suatu tempat. Perbahasan “hubūṭ Adam” dan “apa makna hubūṭ (turun)” ini pada tahap pertama bergantung pada cara kita memahami syurga yang didiami oleh Nabi Adam (a.s) ini. Apakah syurga yang didiaminya itu adalah syurga di dunia atau syurga di akhirat? Tetapi yang jelas bahawa syurga itu bukanlah syurga abadi. berasaskan fakta ini, makna hubūṭ (turun) yang dapat diberikan di sini adalah bermakna turun dari tingkatan dan kedudukan (maqāmi); Ertinya penurunan Nabi Adam (a.s) dari syurga ialah pengeluarannya dari syurga, baginda dijauhkan dari kehidupan syurga (syurga di dunia) dan baginda menetap di bumi untuk menjalani kehidupan yang disertai dengan berbagai kesulitan dan kesusahan sebagaimana hal ini banyak disentuh oleh ayat-ayat al-Qur'an.
Jawaban Detil
"Hubūṭ" dari segi bahasa bermakna kejatuhan sesuatu ke bawah, atau kejatuhan sesuatu dari tempat yang tinggi ke tempat yang lebih rendah. Perkataan lawan bagi kalimah ini ialah ṣuʻūd (naik).[1]
Banyak ayat al-Qur'an menyebut perkataan "hubūṭ" sebagai keluarnya nabi Adam (a.s) dari syurga dan menetap di bumi.
1.             Kami berfirman, “Turunlah kamu semua! Sebahagian daripada kamu adalah musuh bagi yang lain. Di atas bumi, kamu memiliki tempat kediaman dan kesenangan hidup hingga waktu yang ditentukan.” (Surah Al-Baqarah [2]:36)
2.             Allah berfirman, “Turunlah kamu sekalian, sebahagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan.” (Surah Al-A'raf [7]:24)
Demikian juga dalam al-Qur'an, hubūṭ bermakna masuk (hulūl) dan pergi ke suatu tempat (kota). Dalam kisah Nabi Musa (a.s) dan Bani Israel disebutkan, "Musa menjawab, “Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik?  Pergilah ke suatu kota, nescaya kamu akan memperolehi apa yang kamu minta.” (Surah Al-Baqarah [2]:61)
Perbahasan hubūṭ (turunnya) Adam dan apa makna hubūṭ (turun) ini pada tataran pertama bergantung pada bagaimana kita memahami syurga yang didiami oleh Nabi Adam (a.s). Apakah syurga yang didiami itu adalah syurga di dunia atau di akhirat? Tapi yang jelas di sini ialah syurga itu bukanlah syurga abadi.  Atas dasar ini, makna hubūṭ (turun) yang dapat diberikan di sini bermaksud turun dari kedudukan (maqām). Walau bagaimanapun perbahasan ini sudah diterangkan di kalangan para ahli tafsir. Begitu juga di kalangan ahli falsafah, mereka telah menerangkan pandangan-pandangan dan kemungkinan-kemungkinan dalam perkara ini. Di sini kita hanya akan membawa pandangan-pandangan ahli tafsir.
Marhum Thabarsi dalam Majmaʻ al-Bayān berkata, "Hubūṭ dan nuzūl memiliki satu makna dan ertinya ialah gerakan dari tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah….dan kadang-kadang hubūṭ bermakna hulūl (pergi, masuk) sebagaimana pada ayat, "Ihbiṭū miṣran." (masuklah ke dalam kota).[2]
ʻAllamah Thabathabai berkata tentang hal ini, "Hubūṭ bermakna khurūj (keluar), mendiami bumi, dan masuk dalam kehidupan yang penuh kesulitan di dunia." Secara zahir ayat, "Qulna ihbiṭū baʻḍukum libaʻd aduwwan wa lakum fi al-arḍ mustaqarrun wa matāʻun ilā ḥīn." (Kami berfirman, “Turunlah kamu semua! Sebahagian daripada kamu adalah musuh bagi sebahagian yang lain. Di atas bumi kamu memiliki tempat kediaman dan kesenangan hidup hingga waktu yang ditentukan.”) dan ayat setelahnya "Qāla fihā tahyauna wa fīhā tamūtūna wa minha tukhrajun" (Allah berfirman, “Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan" menegaskan bahawa terdapat perbezaan antara model kehidupan setelah turunnya Nabi Adam (a.s) dan kehidupan sebelum turunnya (kehidupan di syurga). Kehidupan ini sentiasa disertai dengan kesusahan dan kesulitan. Namun kehidupan di syurga adalah sebuah kehidupan samawi yang tidak terdapat di dalamnya rasa lapar dan dahaga.
Allamah Thabathabai melanjutkan bahawa syurga Adam berada di langit meskipun bukan firdaus di akhirat dan syurga abadi.
Sekarang pertanyaan yang dikemukakan adalah apa makna samawi di sini? Apa makna syurga samawi di sini?[3]
Ahli tafsir yang terkenal ini sekali lagi membahaskannya di tempat lain dan berkata, "Syurga Adam adalah syurga duniawi, yang dimaksudkan dengan syurga duniawi di sini adalah syurga barzakhi bukan syurga abadi."[4]
Dalam menjelaskan makna hubūṭ dan keluarnya syaitan dari barisan para malaikat setelah tidak mematuhi perintah Tuhan untuk bersujud kepada Adam pada ayat "Allah berfirman, “Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina.” (Surah Al-A'raf [7]:14) Allamah Thabathabai berkata, "Redaksi "Fakhurj annaka min al-ṣāgirīn" (Keluarlah sesungguhnya engkau termasuk orang yang hina." Merupakan penegasan atas redaksi "fahbuṭ minhā" lantaran hubūṭ adalah khurūj (keluar) itu sendiri. Perbedaannya dengan khuruj hanyalah hubūṭ mempunyai makna keluar dari sebuah kedudukan dan turunnya ke tempat yang lebih rendah. Makna ini merupakan dalil bahawa yang dimaksud dengan hubūṭ (turun) bukan turunnya dari suatu tempat (makān) yang tinggi, tetapi bermakna turunnya dari sebuah kedudukan (maqām) tinggi. Hal ini menyokong dakwaan yang telah kita katakan bahawa kata ganti nama pada minhā dan fīhā kembali pada kedudukan (manzilah) bukan pada langit atau syurga (tempat).
Orang yang berkata bahawa sumber kata ganti nama pada ayat tersebut sebagai langit atau syurga berkemungkinan maksud mereka adalah kedudukan (manzilah).
Kerana itu makna ayat akan menjadi seperti ini: "Kerana kesalahan yang engkau lakukan tatkala Aku perintahkanmu untuk sujud namun engkau tidak melakukannya, maka engkau harus turun dari kedudukanmu, kerana kedudukanmu adalah kedudukan patuh dan ketaatan. Engkau tidak patut bersikap angkuh pada kedudukan seperti ini maka keluarlah sesungguhnya, engkau termasuk orang-orang yang hina."[5]
Di tempat lain, Allamah Thabathabai menyentuh masalah penting ini dan berkata, "Perintah untuk turun (hubūṭ) adalah sebuah perintah takwini (taklif takwini) yang disampaikan setelah Nabi Adam (a.s) di syurga dan terjadinya kesalahan. Oleh itu, penentangan terhadap larangan Ilahi dan tindakan (Adam a.s) mendekati pohon bukan merupakan perintah tashriʻi kerana tidak ada agama dan syariat ketika itu. Taklif Ilahi Juga tidak ada ketika itu. Oleh itu, perbuatan ini tidak termasuk sebagai dosa ibadah dan maksiat mawlawī."[6]
Dalam menjelaskan ungkapan al-Mizan harus dikatakan bahawa: "Larangan untuk tidak mendekati pohon khusus (shajar) adalah sebuah larangan irshādī. Ianya diumpamakan saranan seorang doktor kepada pesakit: Apabila anda mengambil makanan ini, maka anda akan dijangkiti penyakit tertentu. Dalam hal ini, Allah (s.w.t) juga berfirman bahawa engkau (Adam) jangan mendekati pohon ini dan jangan memakan buah pohon tersebut; kerana apabila engkau memakan buah pohon ini maka hasilnya adalah terkeluar dari syurga. Ucapan ʻAllamah Thabathabai menjadi lebih jelas bagi kita bahawa hal ehwal makna hubūṭ (turun) ini dan sebab-sebabnya.
Ayatullah Jawadi Amuli berpendapat bahawa syurga yang menjadi kediaman Adam dan Hawa adalah syurga barzakhi. Ia berkata, "Nabi Adam berpindah dari daerah metafizik ke daerah fizik, manakala perpindahan seperti ini adalah penurunan eksistensial dan tingkatan (sebagaimana turunnya al-Qur'an dari sisi Tuhan untuk menjadi petunjuk bagi manusia) bukan penurunan dari perspektif tempat dan kebendaan. Di samping itu, hubūṭ ini disebut sebagai hubūṭ wilayah dan khilafah kerana disertai dengan taubat dan pemilihan Nabi Adam.[7]
Hubūṭ Iblis adalah kejatuhan dari kedudukannya. Walaupun Nabi Adam (a.s) mengalami proses hubūṭ ke bumi, kemuliaan baginda tetap dijaga. Hubūṭ yang kedua bermakna Adam dan Iblis tinggal di muka bumi. Cuma Iblis kehilangan darjat yang telah dimilikinya sebelum turun ke bumi dan Nabi Adam (a.s) tinggal di bumi dan masih tetap ia miliki kedudukannya.[8] Kerana itu, syaitan memiliki dua jenis hubūṭ:
1.             Hubūṭ dari kedudukan dan barisan para malaikat yang disertainya, setelah menolak untuk sujud kepada Adam kerana keangkuhan. Hasil hubūṭnya dari syurga ini sebagai kedudukan dan darjatnya di mana hal ini disinggung pada ayat, "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina.” (Surah Al-A'raf [7]:14)
2.             Hubūṭ dari syurga yang menjadi satu kediaman sementara, sehingga ia menemui jalan untuk menggoda Adam dan Hawa. Hubūṭ ini terjadi setelah Iblis menggoda Adam dan Hawa dan turut bersama mereka di dalam syurga.[9]
 
Dalam menjawab pertanyaan hal ehwal syurga Nabi Adam (a.s) Tafsir Nemune menegaskan, "Walaupun sebahagian orang memandang bahawa syurga Nabi Adam (a.s) adalah syurga yang dijanjikan bagi orang-orang suci dan bertakwa, namun secara zahirnya syurga yang didiami oleh Nabi Adam bukanlah syurga yang dijanjikan itu. Ia hanyalah salah satu taman yang penuh buah-buahan di salah satu daerah yang rimbun di bumi. Ini disebabkan: pertama, syurga yang dijanjikan adalah anugerah abadi sebagaimana yang dinyatakan pada kebanyakan ayat-ayat al-Qur'an terkait keabadiannya. Keluar dari syurga abadi ini merupakan suatu hal yang mustahil. Kedua, Iblis yang ternoda dan kafir sudah tentu tidak akan memiliki jalan untuk masuk ke dalam syurga abadi itu. Ini disebabkan di tempat itu bukan tempat bagi syaitan untuk menimbulkan rasa was-was, dab bukan juga tempat untuk menderhakai perintah Tuhan. Ketiga, hal ini disebutkan secara tegas dari riwayat-riwayat yang sampai kepada kita melalui jalan para Imam Ahlulbait (a.s).
Salah satu dari riwayat tersebut hadis yang menyebutkan hal ehwal Imam Sodiq (a.s) yang ditanya tentang syurga Nabi Adam (a.s). Beliau menjawab: "(Syurga Adam a.s) adalah salah satu taman dari taman-taman yang ada di dunia yang disinari oleh matahari dan bulan. Sekiranya kediaman Adam (a.s) itu adalah syurga abadi maka Nabi Adam (a.s) tidak sekali-kali akan keluar dari tempat itu."[10]
Dengan demikian jelaslah bahawa yang dimaksud dengan hubūṭ dan nuzul Adam ke bumi adalah nuzul maqāmī (turunnya ia dari kedudukannya) bukan nuzul makānī (dari tempatnya); ertinya turun dari kedudukannya yang tinggi dan dari syurga turun ke bumi.
Kemungkinan ini ada kebenarannya iaitu syurga ini berada pada salah satu planet. Meskipun syurga tersebut bukanlah syurga abadi sebagaimana hal ini disentuh dalam sebahagian hadis, namun redaksi "samā’" (langit) boleh jadi berkenaan dengan kedudukannya (maqām) yang tinggi bukan tempat (makān) yang tinggi.
Bagaimana pun banyak bukti yang menunjukkan bahawa syurga ini bukanlah syurga abadi. Kerana syurga abadi merupakan penghujung jalan manusia, sementara syurga yang menjadi tempat kediaman Adam ini adalah permulaan dari perjalanan manusia. Syurga Nabi Adam (a.s) permulaan dari segala perbuatan dan rancangannya manakala syurga abadi merupakan hasil dari segala perbuatan dan rancangannya.[11]
Di tempat lain, dalam Tafsir Nemune disebutkan: "Hubūṭ dari segi bahasa bermakna turunnya sesuatu secara paksa seperti jatuhnya batu dari tempat yang tinggi. Yang berkaitan dengan manusia pula bermakna diturunkannya ia dari tempat yang tinggi sebagai hukuman baginya.
Dengan mengamati bahawa Adam diciptakan untuk kehidupan di muka bumi dan syurga juga merupakan tempat yang penuh kenikmatan dan rimbunan yang terletak di dunia ini, hubūṭ dan nuzulnya Nabi Adam (a.s) di sini bermakna nuzul maqāmī bukan makānī; ertinya Allah (s.w.t) turunkan darjat dan kedudukannya kerana melanggar perintah irshādī (tark al-awla), dinafikan segala nikmat syurgawi dan merasakan penderitaan dan kesulitan keduniaan.[12]
 

[1]. Injil al-ʻAin, jil. 4, hal. 21; Lisān al-ʻArab, jil. 7, hal. 421; Majmaʻ al-Bayān, jilid 4, halaman 279
[2]. Namun pengeluaran Adam dan Hawa dan hubūṭ-nya mereka berdua di bumi tidak memiliki hukuman; ini disebabkan saya memiliki dalil yang menegaskan bahawa para nabi Ilahi tidak akan melakukan perbuatan tercela dalam keadaan apa pun, barang siapa yang memandang bahawa hukuman boleh diterapkan kepada nabi maka sebenarnya ia telah melanggar hak mereka dan tuduhan yang paling berat ditujukan kepada Allah (s.w.t). Sesungguhnya Allah (s.w.t) mengeluarkan Adam dari syurga kerana memakan buah yang dilarang, dan kemaslahatan yang ada berubah. Kebijaksanan Ilahi pula melazimkan Adam dikirim ke bumi dan menjalankan berbagai taklif dan kesusahan di muka bumi. Majmaʻ al-Bayān, jil. 1, hal. 196-197.
[3]. Al-Mizān, jil. 1, hal. 135, terjemahan Parsi al- Mizān, jil. 1, hal. 208.
[4]. Terjemahan Parsi Mizān, jil. 1, hal. 213
[5]. Terjemahan Parsi Mizān, jil. 8, hal. 35.  
[6]. Ibid, hal. 137.  
[7]. Tafsir Tasnim, jil. 3, hal. 383.  
[8]. Tafsir Tasnim, jil. 3, hal. 374, 408, dan 466.  
[9]. Tafsir Tasnim, jil. 3, hal. 371-375.  
[10]. Tafsir Nur al-Thaqalayn, jil. 1, hal. 62.  
[11]. Tafsir Nemune, jil. 1, hal. 187.  
[12]. Tafsir Nemune, jil. 13, hal. 333. Silakan lihat indeks: Syurga Nabi Adam (a.s) pertanyaan 273 (Site: 112)
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits