Carian Terperinci
Pengunjung
8371
Tarikh Kemaskini 2011/05/10
Ringkasan pertanyaan
Apakah Nabi (s.a.w) mati syahid?
soalan
Ketika saya masih muda belia, saya mendengar bahawa Nabi (s.a.w) syahid. Akhir-akhir ini saya membaca sebuah makalah yang menegaskan masalah ini, namun saya tidak puas dengan kandungan makalah tersebut. Saya ingin mengambil tahu apakah kebenaran atau kepalsuan masalah ini?
Jawaban Global

Banyak dalil yang termaktub dalam kitab-kitab hadis dan sejarah, baik Syiah atau pun Sunni yang menegaskan hal ehwal kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Namun noktah berikut ini juga harus diperhatikan bahawa apabila kesyahidan kita definisikan dengan makna terbunuh di jalan Allah dan rasul sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an, maka akan menjadi jelas bahawa kedudukan dan darjat peribadi Rasulullah (s.a.w) yang terbunuh di jalan ketaatan adalah kesyahidan, di mana darjat ini tentu akan lebih tinggi dari darjat dan kedudukan para syuhada meski pun insan Ilahi ini meninggalkan dunia dengan kematian biasa.

Jawaban Detil

Pertanyaan anda dapat diperiksa dalam dua pandangan:

1.             Apakah terdapat dalil yang boleh dipercayai dalam kitab Syiah dan Sunni yang menyatakan kesyahidan Nabi (s.a.w)? Di samping itu, kalau memang dinyatakan bahawa Nabi (s.a.w) syahid, lantas bagaimanakah beliau syahid?

2.             Adakah tanggapan yang menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) tidak syahid, maka masalah ini akan mengurangi kedekatan dan ketinggian darjat beliau di sisi Allah?!

 

Atas alasan ini, kita akan mengkaji dua permasalahan ini sebagai berikut:

1.             Dalam kaitannya dengan bahagian pertama, harus dikatakan bahawa terdapat banyak dalil yang menegaskan kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Dalil-dalil dan riwayat-riwayat ini memiliki makna tawatur di dalamnya. Ertinya walaupun lafaz-lafaz dan sifat-sifat dalil dan riwayat tersebut sama sekali tidak serupa dengan yang lain, namun secara keseluruhan, permasalahan yang menjadi objek pembahasan dapat ditetapkan. Di sini kita akan menyebutkan sebahagian riwayat ini dengan bersandar pada kitab-kitab dua mazhab:

a.             Kitab-kitab Syiah:

Riwayat pertama: Imam Shadiq (a.s) bersabda: “Kerana Nabi (s.a.w) menggemari bahagian kaki depan kambing, berbekalkan maklumat ini seorang wanita Yahudi telah memasukkan racun pada bahagian kambing ini.”[1] Dalam riwayat ini, telah ditegaskan bahawa Nabi (s.a.w) diracun, namun tidak disebutkan bahawa apakah Rasulullah (s.a.w) syahid lantaran racun ini?

Riwayat kedua: Imam Shadiq (a.s) berkata: “Nabi (s.a.w) dalam perang Khaibar keracunan dan menjelang kewafatan, baginda bersabda bahawa potongan daging yang dimakannya tatkala di Khaibar, kini memusnahkan tubuhku, tiada nabi dan khalifah nabi kecuali mereka syahid meninggalkan dunia ini.”[2] Dalam riwayat ini di samping ditegaskan bahawa Nabi (s.a.w) keracunan dan kesyahidan beliau akibat racun, ia juga menyebutkan kaedah universal bahawa kematian seluruh nabi dan para washi (baca: khalifah) diakhiri dengan syahadah. Dan tidak satu pun dari mereka meninggalkan dunia ini dengan wajar! Terdapat riwayat-riwayat lain yang menguatkan kaedah universal ini.[3] Sehinggakan kebanyakan ulama Syiah dengan memanfaatkan kaedah universal ini, mereka merasa tidak perlu lagi mencari dan menjejak satu demi satu riwayat yang berkaitan dengan syahadah para maksum (a.s).[4] Atas dasar ini, walaupun tidak ditunjukkan dalil kukuh atas kesyahidan Nabi (s.a.w), namun kita dapat meyakini semula bahawa wafatnya Rasulullah (s.a.w) bukanlah kematian yang biasa!

 

b.            Kitab-kitab Sunni:

Dalam masalah ini, tidak hanya Syiah yang meyakini hal ehwal kesyahidan Rasulullah (s.a.w), namun terdapat banyak riwayat dalam kitab-kitab Sihah Sunni dan kitab selainnya yang menegaskan masalah ini. Sebagai contoh kami akan sebutkan dua riwayat di sini:

Riwayat pertama: Dari kitab paling standard Sunni dinukilkan bahawa Rasulullah (s.a.w) dalam keadaan sakit ketika di penghujung saat kewafatannya, baginda bersabda kepada isterinya Aisyah: “Aku sentiasa merasakan sakit pada badanku akibat makanan beracun yang aku makan di Khaibar dan kini nampaknya tiba masanya racun tersebut mengakhiri hidupku.”[5]

Masalah ini juga dijelaskan pada Sunan Dairami, di samping itu dalam kitab ini disebutkan kesyahidan sebahagian sahabat Nabi (s.a.w) akibat pengambilan makanan beracun tersebut.”[6]

Riwayat kedua: Ahmad bin Hanbal dalam Musnad-nya mengisahkan sebuah peristiwa sebagai lanjutan dari peristiwa ini di mana seorang wanita bernama Ummu Mubasyir yang anak lelakinya syahid kerana memakan makanan beracun di samping Rasulullah (s.a.w). Di hari-hari kesakitan Rasulullah (s.a.w), si ibu datang menziarahinya dan mengungkapkan bahawa kemungkinan besar penyakit anda bersumber dari makanan beracun yang membuat anak saya syahid akibat memakan makanan tersebut! Rasulullah (s.a.w) bersabda bahawa saya tidak melihat alasan lain dari sakitku kecuali kerana keracunan dan nampaknya racun tersebut akan mengakhiri hidupku.”[7]

Allamah Majlisi dengan menukil sebuah riwayat; lebih-kurang serupa dengan riwayat ini bahawa atas alasan ini kaum Muslimin meyakininya, di samping keutamaan kenabian yang membimbing mereka kepada Nabi (s.a.w), mereka juga meyakini bahawa Rasulullah (s.a.w) meraih kemenangan dengan syahadah.”[8]

Riwayat ketiga: Muhammad bin Sa’ad yang merupakan salah seorang sejarawan tertua kaum Muslimin yang menuturkan peristiwa keracunan Rasulullah (s.a.w): Tatkala Rasulullah (s.a.w) menakluki Khaibar dan pulang dalam keadaan normal, seorang wanita Yahudi bernama Zainab iaitu anak saudara Mirhab yang tewas pada peperangan Khaibar, menjejaki di sana-sini bahagian kambing yang manakah yang paling digemari Nabi (s.a.w)? Dan wanita tersebut mendengar jawapan bahawa Nabi (s.a.w) paling menyukai kedua paha bahagian depan. Kemudian wanita tersebut memotong seekor kambing dan memotong-motongnya. Setelah bermusyawarah dengan orang-orang Yahudi tentang jenis racun, mereka memilih racun yang diyakini sebagai racun mematikan dan tiada seorang pun yang akan selamat dari racun yang membawa kematian tersebut.

Kemudian potongan daging itu ia letakkan racun dan potongan terbesarnya iaitu bahagian paha depan (kambing tersebut) yang paling banyak dibubuhi racun. Tatkala matahari tenggelam Nabi (s.a.w) menunaikan solat secara berjemaah. Ketika pulang Nabi (s.a.w) melihat wanita Yahudi tersebut sedang duduk! Nabi (s.a.w) bertanya mengapa ia duduk di tempat itu dan wanita tersebut berkata bahawa ia membawa sebuah hadiah untuk Nabi (s.a.w)! Nabi (s.a.w) menerima hadiah tersebut dan duduk di atas safrah disertai beberapa orang sahabat kemudian menyantap makanan tersebut. Tidak lama kemudian, Rasulullah (s.a.w) berseru, “Nanti!” Nampaknya kambing ini telah dimasukkan racun! Kemudian pengarang kitab menyimpulkan bahawa kesyahidan Nabi (s.a.w) lantaran makanan beracun ini![9]

Dengan demikian dari keseluruhan riwayat yang dinukil dari kitab Syiah dan Sunni, menguatkan teori tentang kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat keracunan di mana hampir seluruh riwayat ini, masa keracunan dijelaskan bersamaan dengan perang Khaibar dan dilakukan oleh seorang wanita Yahudi.

Namun tentu saja terdapat sebahagian riwayat lemah lainnya menjelaskan bagaimana Nabi (s.a.w) syahid dan faktor kesyahidan beliau. Riwayat-riwayat semacam ini tidak tersedia dalam kitab-kitab standard, dan atas alasan ini, riwayat-riwayat tersebut tidak dapat dijadikan sandaran.

 

2.             Namun dengan adanya riwayat seperti ini, harus kita ketahui bahawa masalah kesyahidan Nabi (s.a.w) bukan menjadi ushuluddin atau hal-hal yang jelas tentangnya sehingga harus diyakini dan diimani. Dan pengingkaran terhadapnya tidak akan menyebabkan keluarnya seseorang dari agama Islam alias murtad. Atas alasan ini juga, sebahagian kecil kaum Muslimin meragukan kesyahidan Rasulullah (s.a.w) dan berpandangan bahawa wafatnya Nabi (s.a.w) dikeranakan faktor semulajadi. Seperti mengidap penyakit radang selaput dada (dzat al-janb) atau panas kuat.[10] Meski pun Nabi (s.a.w) menegaskan bahawa sekali-kali beliau tidak akan pernah mengidap penyakit semacam ini![11]

Bagaimanapun; apakah insan agung Ilahi ini syahid atau wafat secara wajar kita harus tahu bahawa kedudukan dan darjatnya, sangat tinggi dan unggul berbanding para syuhada biasa. Kerana Allah (s.w.t) di dalam al-Qur’an pertamanya, “Menjelaskan kedudukan para nabi lebih tinggi dari kedudukan para syuhada.[12] Kedua, syuhada mengorbankan jiwanya di jalan ketaatan kepada Allah (s.w.t) dan Rasulullah (s.a.w). Mereka turut meraih kedudukan dan kedekatan di sisi Allah (s.w.t). Adalah jelas bahawa apabila Tuhan menganugerahkan rahmat tak-terbatas kepada para syuhada disebabkan kepatuhan mereka kepada Rasulullah (s.a.w). Maka sudah tentu Nabi (s.a.w) sendiri memiliki kedudukan dan darjat yang sangat tinggi melebihi mereka. Kerana itu, nabi kita (Maksudnya seluruh kehidupan baginda diperuntukkan untuk usaha di jalan Allah sehinggakan pengikut-pengikutnya mencapai darjat sedemikian di sisi Allah), bukan setakat mendapat bahagian dari kedudukan tersebut, bahkan baginda meraih darjat dan kedudukan yang sangat tinggi melebihi para syuhada..[]



[1]. Muhammad Ya’qub Kulaini, al-Kāfi, jil. 6, hal. 315, hadits ke-3, Dar al-Kitab al-Islamiyah, Tehran, 1365 S.

[2]. Muhammad bin Hasan bin Furukh Shafar, Bashāir al-Darājāt, jil. 1, hal. 503, Kitab Khane Ayatullah Mar’asyi, Qum, 1404 H.

[3]. Muhammad Baqir Majlisi, Bihār al-Anwār, jil. 27, hal. 216, hadis ke-18, dan jil. 44, hal. 271, riwayat ke-4, Muassasah al-Wafa, Beirut, 1404 H.

[4]. Ibid.

[5]. Shahih Bukhari, jil. 5, hal. 137, Dar al-Fikr, Beirut, 1401 H.

[6]. Sunan Dairami, jil. 1, hal. 33, Mathbaqat al-I’tidal, Damsyq.

[7]. Musnad Ahmad bin Hanbal, jil. 6, hal. 18, Dar Shadir, Beirut.

[8]. Bihar al-Anwar, jil. 21, hal. 7

[9]. Muhammad bin Sa’ad, al-Thabaqat al-Kubra, jil. 2, hal. 201-202, Dar Shadir, Beirut.

[10]. Ibnu Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balāgha, jil. 10, hal. 266, Kitab Khane Ayatullah Mar’asyi, Qum, 1404.

[11]. Ibid.

[12]. “Dan barang siapa yang menaati Allah dan rasul-(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi-nabi, para shiddîqîn, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (Qs. Al-Nisa [4]:69). Silakan lihat, terjemahan al-Mizan, jil. 4, hal. 652. Tafsir Nemune, jil. 3, hal. 460.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah sebab-sebab kemunculan berbagai aliran dan mazhab di kalangan kaum muslimin?
    69576 Teologi Klasik
    Terdapat penyebab yang beragam berkenaan dengan kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Di antaranya adalah ketidakpedulian sekelompok umat Islam terhadap wasiat-wasiat dan ucapan Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan masalah khilafah dan keimamahan Imam Ali (a.s), masuknya para pemeluk agama lain di kalangan umat Islam, percampuran dan pertukaran ...
  • Apakah orang biasa boleh menjadi maksum atau tidak?
    8725 Teologi Klasik
    “Kemaksuman” yang bermakna terpelihara dari perbuatan dosa dan lupa memiliki tingkatan-tingkatan dan darjat-darjatnya. Makam tertinggi kemaksuman hanya dikhususkan untuk para Nabi dan wasi mereka. Kemaksuman mereka ini dapat dibuktikan dengan adanya nas-nas al-Quran hadis dan pelantikan mereka untuk memimpin manusia sebagai “khalifatullah”. Adapun orang yang selain ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    10735 آزادی بیان و عمل
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Apakah solat itu? Kenapa kebanyakan para pemuda menghindar dari melaksanakan solat?
    9679 Akhlak Praktikal
    Solat merupakan marhalah kemuncak peningkatan bagi setiap langkah ahli suluk –urafa'- dan sebuah lintasan tempat dimana seorang salik dapat berbicara dengan Tuhannya secara langsung dan tanpa perantara.Allah Swt dalam al-Quran berfirman, "Dirikanlah salat untuk mengingat-Ku
  • Berapa banyak jumlah kaum Muslimin yang hadir dalam peristiwa Ghadir Khum? Apakah jumlah yang disebutkan dalam sebagian kitab tidak berlebihan?
    5485 Sejarah
    Orang-orang yang hadir pada peristiwa Ghadir Khum adalah penduduk Madinah dan selainnya merupakan orang-orang yang bermukim di sekitar Madinah dan kemungkinan besar penduduk suku utara Najd. Berdasarkan pembahasan mengenai jumlah penduduk Madinah dalam jawaban detail akan dijelaskan bahwa Madinah memiliki kemampuan untuk mengutus penduduknya ke Mekah sejumlah ...
  • Mengapa teks surah al-Fatihah dinyatakan sedemikian rupa sehingga hamba bercakap-cakap dengan Tuhannya dan bukan sebaliknya?
    6970 Tafsir
    Sebagian surah dan ayat al-Quran memiliki sisi edukatif dan pengajaran; artinya diturunkan untuk mengajarkan cara bagaimana mengunkapkan pujian dan munajat kepada Allah Swt. Paragraf-paragraf al-Quran ini terkadang dimulai dengan ungkapan seperti “Qul” (Katakanlah) yang menegaskan sisi edukatif ungkapan tersebut; seperti surah-surah Tauhid dan al-Muaddzatain[1] ...
  • Apa prinsip-prinsip teosofi Mahdawiyyat?
    4341 فایدۀ امام غایب
    Kemestian luṭf (kurniaan) bagi Tuhan Yang Maha Tinggi, kewujudan khalifah, hujjah Ilahi, dan penjagaannya dari segala peristiwa dapat digolongkan sebagai prinsip-prinsip teosofi Mahdawiyyat. ...
  • Tolong jelaskan asas pemikiran Syiah dan ciri-cirinya?
    10789 کلیات
    Asas pemikiran Syiah dan seluruh sumber maʻārif (jamak bagi perkataan pengetahuan) Syiah adalah al-Qur'an. Syiah melihat seluruh zahir ayat-ayat Al-Qur’an, perilaku dan perbuatan, bahkan diamnya Nabi (s.a.w) sebagai hujjah. Selanjutnya Syiah juga memandang ucapan, perilaku dan diamnya para Imam Maksum juga sebagai hujjah. Di samping al-Qur'an menjelaskan ...
  • Bagaimana mukjizat itu dapat didefinisikan dan dibuktikan?
    10881 Ulum Al-Quran
    Mukjizat dari satu sisi bermakna suatu hal yang luar biasa, di sertai dengan cabaran dan dari sisi lain, mukjizat yang dipraktikalkan itu selaras dengan dakwaan yang dilontarkan oleh pemilik mukjizat. Keluarbiasaan ertinya ialah, terjadinya suatu perkara yang berbeza dengan aturan-aturan semulajadi.
  • Apakah solat tarawih yang menjadi popular dalam mazhab Ahli Sunnah dengan berbagai cara perlaksanaannya mendapat tempat di dalam mazhab Ahlul Bait (a.s)?
    5462 وضو، اذان و نماز
    Mereka (mazhab Ahli Bait) menyatakannya sebagai solat nāfilah iaitu didirikan setelah solat isya di setiap malam bulan Ramadhan.[1] Ahli Sunnah telah memulakan solat ini secara berjemaah atas arahan khalifah kedua mereka.[2] Sebagaimana yang anda sebutkan, jumlah rakaatnya berbeza.[3] ...

Populer Hits