Carian Terperinci
Pengunjung
11747
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Al-Quran adalah terdiri dari tiga aspek mukjizat, 1. Perkataan; 2. Kandungan; 3. Pembawanya. Sejauh manakah kadar Ilahiyyah al-Quran dapat ditunjukkan oleh setiap aspek tersebut?
soalan
Al-Quran adalah terdiri dari tiga aspek mukjizat, 1. Perkataan; 2. Kandungan; 3. Pembawanya. Sejauh manakah kadar Ilahiyyah al-Quran dapat ditunjukkan oleh setiap aspek tersebut?
Jawaban Global

Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail.

Jawaban Detil

Secara umumnya, sesetengan daripada bentuk keajaiban menunjukan sama ada ketika ianya diturunkan atau pada waktu yang lain, bahawa ianya hanya daripada Allah swt dan ia tidak datang daripada selain daripadaNya dan itulah dikatakan keajaiban kefasihan al-Quran yang mana tidak tertakluk kepada masa dan waktu yang khusus dan dan kaedah yang diterangkan oleh al-Quran tidak mampu dilakukan oleh orang lain, sama ada pada waktu sekarang ataupun pada masa akan datang. Namun sebahagian daripada aspek keajaiban al-Quran menunjukkan bahawa pada ketika al-Quran diturunkan ianya tidak dapat disumberkan kepada yang lain selain daripada Allah swt, seperti aspek yang kedua, dimensi keajaiban kandungan al-Quran (dengan mengandaikan semua ilmu dan pengetahuan al-Quran sekarang juga telahpun dikenali dan dapat dicapai oleh semua manusia); dari sudut yang lain ianya berkaitan dengan pemerhatian kepada pembawanya; iaitu sama ada pada masa lampau, pada masa kini ataupun pada masa yang akan datang pembawanya yang tidak pernah belajar tidak mampu membawa kitab yang seperti ini. Pada  masa yang sama, terdapat juga keajaiban yang lain, al-Quran merupakan keajaiban yang bersejarah untuk setiap masa, bagi seluruh alam semesta, pada setiap zaman dan tempat. Dalam erti kata lain tiada manusia yang mampu mencipta atau membuat sesuatu seperti al-Quran.

Sekarang perlu kita lihat setiap satu daripada keajaiban, sehingga dapat ditetapkan sekadar mana Ilahinya al-Quran.

Keajaiban dari sisi pembawaan hanya dapat ditetapkan bahawa kandungan al-Quran adalah berasal dari Allah swt, tetapi tidak dapat dibuktikan yang perkataan-perkataan juga daripadaNya.[1]

Jika dikatakan: Rasulullah saw tidak mampu untuk mengeluarkan perkataan-perkataan ini daripada dirinya sendiri atau frasa-frasa ini digunakan sedemikian rupa, maka perkataan-perkataan dan frasa-frasa serta susunannya juga bercorakkan Ilahi, kita akan berkata bahawa permasalahan ini kembali kepada keajaiban kefasihan al-Quran, maka natijahnya, keajaiban dari sisi pembawanya tidak boleh dinisbatkan kecuali dengan menyatakan: walau dengan apa sekalipun kita tidak apat tetapkan bahawa kefasihan itu bukanlah selain daripada Allah swt. tetapi sekurang-kurangnya hal tersebut adalah mustahil bagi Rasulullah sendiri. Dengan andaian seperti ini, dengan bersandarkan kepada bentuk yang sebegini, kesimpulannya adalah perkataan-perkataan, frasa-frasa dan susunan-susunan al-Quran juga adalah dari Allah swt.

Empat aspek yang dinyatakan dalam keajaiban kandungan al-Quran[2], hanya keilahiyyan maksudnya dapat dibuktikan. Tetapi bentuk keajaiban perkataan al-Quran (keajaiban kefasihan dan bilangan) menetapkan bahawa perkataan-perkataan dan susunan-susunan al-Quran juga adalah bersumberkan daripada Allah swt.[3]. Begitu juga ilahiyahnya sebahagian daripada ayat-ayat yang mana saling barkait antara satu sama  lain dan hakikatnya membentuk satu struktur yang dapat ditetapkan. Disamping itu, bagaimana dapat dibuktikan bahawa pengumpulan ayat-ayat al-Quran secara berturutan( meskipun tidak memiliki kesatuan strukturnya) dan penemuan surah-surah dan pengumpulannya serta kemunculan al-Quran yang berada di tangan kita adalah daripada Allah swt?

Jawapan yang dapat diberikan kepada persoalanan ini biasanya terdapat dalam perbahasan “Sejarah al-Quran”.[4] Sesetengah daripada Ahli Sunnah dan sebahagian besar orientalis telah menyatakan nokhtah ini yang mana pengumpulan ayat-ayat dan penemuan surah-surah dan pengumpulan surah-surah dan zahirnya al-Quran yang ada sekarang ini dilakukan setelah wafatnya Rasulullah saw.[5]

Rujukan lanjut:

Hadawi Tehrani Mahdi, Mabani kalam Ijtihad



[1] Sebahagian orang menerima ucapan ini dan berkata:”hakikat al-Quran adalah bersumberkan daripada Allah swt namum perkataan-perkataannya adalah daripada Rasulullah. Adapun ulama Islam semenjak dahulu sahingga sekarang meyakini bahawa perbezaan antara hadith Qudsi dan al-Quran adalah di sini dimana kanungan hadith Qudsi berasal dari Allah swt dan perkataan-perkataannya dari manusia, sementara itu perkataan- perkataannya adalah dari Allah swt.

[2] Lihat ineks keajaiban al-Quran

[3] Berkemungkinan sebab penegasan ulama kitakeatas keajaiban kefasihan al-Quran

ari zaman yang lalu sehingga sekarang  adalah mereka mereka meilhat terangnya petunuknya.

[4] Sila rujuk pada buku-buku dibawah: Abu Abdillah Zenjani, tarikh al-Quran; Mahmud Ramiar, tarikh quran;Syed Muhamma Baqir Hujjati, Pursej dar tarikh Quran;Syed Muhammad Redha Jalali Nai’ni, tarikh jam’e Quran Karim.

[5]Lihat indeks pengumpulan al-Quran dan Mahdi Hadawi Tehrani, mabani kalami ijtihad ms 52-53, muassasah farhank khoneh, kherad, Qom, cetakan pertama 1377.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits