Carian Terperinci
Pengunjung
13863
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Apa yang dimaksudkan dengan "Makhluk yang pertama sekali diciptakan oleh Allah adalah akal?”
soalan
Apa yang dimaksudkan dengan "Makhluk yang pertama sekali diciptakan oleh Allah adalah akal?”
Jawaban Global

Akal (dalam istilah falsafah yang mungkin boleh dikatakan adalah sebagai malaikat seperti dalam istilah syar'i dan al-Qur'an) adalah sesuatu yang mujarrad (bukan material) sempurna, baik secara zat mahupun secara perbuatan (fi’li).

Akal yang bukan material dan bukan jasmani tidak memerlukan badan atau jasmani untuk melakukan aktiviti-aktivitinya meskipun dia berhubungan dengan badan dan jasmani tersebut.

Sudah pasti, kewujudan bukan material ini tidak boleh disalah ertikan dengan akal manusia yang digunakan untuk berfikir dan merupakan salah satu daripada fakulti jiwa. Walaupun jiwa manusia pada tahap ta'aqqul (pemahaman universal, intelektual) memiliki hubungan dan interaksi dengan kewujudan-kewujudan tidak berjisim dan alam akal, serta mampu menggapai alam itu sesuai dengan keupayaan wujudnya.

Dalam sistem kewujudan, terdapat sebuah alam yang bernama "alam akal" dan alam ini merupakan perantara bagi terbentuknya alam yang lebih bawah.

Sekarang, kewujudan terbaik daripada akal tidak lain adalah apa yang disebut dengan "akal pertama" atau disebut juga "ciptaan pertama" yang tunggal dan benar, dan tidak bergantung pada material, waktu, dan kemampuan serta dalam ciptaan dan kesan ia tidak memerlukan yang lain selain zat Ilahi.

Dalam akal pertama, seluruh kesempurnaan Tuhan akan didapati jelas. Kewujudan ini merupakan makhluk yang paling sempurna antara makhluk-makhluk yang ada, dan dia merupakan eksistensi yang paling mulia, paling tinggi, paling tidak berangkap, dan paling kuat antara kewujudan-kewujudan yang lain.

Namun, pada masa yang sama akal pertama ini juga merupakan satu wujud yang fakir, memerlukan dan bergantung secara mutlak pada Wujud Wajib (baca: Tuhan).

Berdasarkan prinsip asal pertimbangan antara sebab dan akibat, dalam perbahasan sebab akibat (dalam falsafah) dikatakan bahawa akibat merupakan manifestasi dan penjelmaan daripada sebab. Dan pada prinsipnya, akibat merupakan tahap dibawah sebabnya. Berdasarkan prinsip yang telah disebutkan di atas, dengan semakin tinggi dan semakin mulianya kedudukan sebuah sebab, maka wujud akibat yang akan ditimbulkannya juga akan semakin tinggi dan semakin mulia. Sebab yang terbaik akan memiliki akibat yang terbaik pula. Dengan demikian, akibat pertama daripada  Pencipta (Sebab Pertama) adalah akal pertama di mana seluruh kesempurnaan Tuhan ini termanifestasi dan terjelma padanya.

Daripada pelbagai riwayat yang berasal daripada Rasulullah s.a.w dan para Imam Maksum A.S yang sampai kepada kita, kita boleh menemukan pelbagai ungkapan tentang "makhluk pertama" atau "ciptaan pertama" ini. Sebahagian bersepakat bahawa nur dan cahaya Rasulullah s.a.w-lah yang merupakan makhluk pertama Tuhan.

Jawaban Detil

Definisi Akal: Akal (pada istilah falsafah adalah sebagaimana malaikat dalam istilah syar'i dan al-Qur'an) adalah sesuatu yang tidak berjisim, baik secara zat mahupun secara perbuatan. Ia bukan sahaja sesuatu yang berbentuk material dan tidak berjisim, malah turut tidak memerlukan keberadaan badan atau jasmani untuk melakukan aktiviti-aktivitinya, walaupun hanya sebagai peralatan sahaja, baik di alam tabiat (alam material) mahupun di alam metafizik. Kewujudan bukan material seperti ini dinamakan juga sebagai "kewujudan bukan material sempurna.”

Akal mampu memberikan pengaruh pada kewujudan-kewujudan alam tabiat dan tidak sebaliknya, iaitu dirinya sendiri sama sekali tidak menerima pengaruh daripada kewujudan-kewujudan alam tersebut. Pada prinsipnya, kewujudan bukan material sempurna ini benar-benar tetap dan tidak mengalami perubahan, penggantian, mahupun gerak pada zatnya. Dan kerana masa, ukuran gerak dan yang sejenisnya bersama dengan alam tabiat, maka bukan material sempurna inipun berada di luar zaman dan ruang sehingga menisbatkan masa dan ruang kepadanya sama sekali tidak akan bermakna.

Perlu untuk diperhatikan bahawa akal dengan makna "kewujudan bukan material sempurna" ini tidak boleh disalah ertikan dengan salah satu daripada kekuatan dan fakulti jiwa manusia yang digunakan untuk berfikir, merenung, dan untuk menemukan idea-idea baru.[1]

Sudah pasti, sebagaimana alam penciptaan dan alam makhluk yang daripada satu sudut diklasifikasikan kepada tiga alam secara umum iaitu alam material, alam misal, dan alam akal, maka pemahaman manusia pun diklasifikasikan kepada pemahaman pancaindera, imaginasi, dan akal (pemahaman universal).

Dan jiwa manusia dalam setiap tahap pemahaman dan pemikiran, berinteraksi dengan alam menurut kesesuaian tahap penginderaan yang dimilikinya.

Daripada sinilah jiwa dan kekuatan pemahaman manusia pada tahap pemahaman universal berinteraksi dengan alam bukan material sempurna (iaitu alam akal) dan dia akan mendapat kemuliaan dari alam tersebut, sesuai dengan keupayaan, keluasan, dan kualiti wujudnya.[2]

 

Akal, Ciptaan Pertama

Para filosof Ilahi, baik daripada aliran Peripatetik, Iluminasi, mahupun para pendukung Hikmah Muta’aliyah seluruhnya, sepakat bahawa alam akal itu ada.

Dan alam ini merupakan perantara untuk penciptaan alam-alam yang di bawahnya (meskipun di dalamnya masih terdapat perbezaan pendapat tentang jumlah akal serta metod kebanyakan akal). Keadaan terbaik kewujudan akal tidak lain adalah akal pertama atau ciptaan pertama yang memiliki ciri-ciri berikut:

1.     Wahid dan tunggal;

2.     Sebenar (lawan kepada potensi);

3.     Wujudnya tidak bergantung kepada material, masa, dan potensi;

4.     Tidak memerlukan sesuatu yang lain selain Zat IIahi dalam mewujudkan dan memberikan pengaruh.

 

Daripada perbahasan falsafah tentang teori sebab dan akibat (Prinsip Sebab dan Akibat), kaedah yang telah terbukti dalam teori ini adalah "adanya keserupaan antara sebab dan akibat.”

Akibat langsung yang boleh diambil daripada prinsip ini terbukti bahawa akibat merupakan manifestasi dan tajalli daripada sebab, dan pada prinsipnya boleh dikatakan bahawa akibat merupakan tahap yang menurun daripada sebab-nya sendiri.

Berdasarkan prinsip di atas, semakin tinggi dan semakin mulianya sebab, hal ini juga akan memastikan semakin tinggi dan semakin mulianya akibat-nya. Demikian juga dengan semakin baik, semakin sempurna, dan semakin kuatnya sebab, akibat yang akan ditimbulkannya juga akan semakin baik, semakin sempurna, dan semakin kuat.

Seluruh kebaikan dan kesempurnaan Tuhan akan hadir dan termanifestasi dalam akal pertama. Akal pertama ini merupakan kewujudan yang paling sempurna di alam penciptaan dan antara seluruh makhluk yang ada, ia merupakan kewujudan yang lebih mulia, lebih sempurna, lebih tidak berangkap, dan lebih kuat antara makhluk-makhluk yang lain.

Akan tetapi, pada masa yang sama, hubungannya dengan Tuhan (Wajibul Wujud) seperti sebuah keperluan, kefakiran, dan kebergantungan wujud, dan kerana itulah sehingga ciptaan pertama ini dengan segala kesempurnaan wujud yang dimilikinya masih tetap diselimuti oleh ketidaksempurnaan zat dan keterbatasan kewujudanl jika dibandingkan dengan Yang Maha Sempurna. Sebuah keterbatasan yang diperlukan untuk menjadi sebab bagi alam lainnya dan dalam posisinya sebagai makhluk Ilahi.

Keterbatasan kewujudan ini akan menentukan tingkatan, menetapkan darjat, menegaskan tingkatan wujud akal pertama, dan memastikan intipati (mahiyah) kemakhlukannya, kerana intipati (mahiyah) itu merupakan batasan wujud itu sendiri, dengan demikian setiap kewujudan terbatas pasti memiliki mahiyah.

Akal pertama, meskipun merupakan sebuah kewujudan yang tunggal (iaitu akal pertama itu hanya satu), akan tetapi di dalamnya memiliki kepelbagaian dan kejamakan. Dan kepelbagaian inilah yang memungkinkan untuk mencipta kepelbagaian yang lain. Hal ini berlawanan dengan Zat Tuhan yang sama sekali tidak memiliki kepelbagaian kejamakan dalamnya.[3]

 

Perspektif Irfan

Sebagaimana perbahasan Irfan lebih tinggi daripada perbahasan falsafah, maka kaedah filosofi yang terdapat dalam irfan memiliki warna irfani tersendiri yang lebih dalam, lebih teliti, dan lebih cermat berbanding metod falsafah.

Pancaran (ash-shudur) yang merupakan unsur asli daripada kaedah "al-wahid"[4] memiliki makna khas dalam falsafah seperti "penciptaan", "sebab", dan sepertinya. Dan makna falsafah ini sama sekali berbeza dengan makna irfaninya seperti "tajalli", "manifestasi" dan "kezahiran".

Ketika dalam falsafah dan irfan terdapat perbezaan unsur-unsur asasi dalam kaedah di atas, dan maknanya dalam irfan lebih tinggi daripada pemahaman dalam falsafah, walaupun prinsip hukum sebab dan akibat dalam falsafah dan irfan tidak boleh ditafsirkan ke dalam satu batasan, maka secara pasti, makna kaedah "al-wahid" pada dua cabang ilmu akal (falsafah) dan penyaksian mistik (irfan) ini akan menjadi berbeza.

Dan kesimpulannya, "ciptaan pertama" yang terdapat dalam "pemikiran intelektual kaum filosof" dengan "kezahiran pertama (tajalli pertama)" dalam "penyaksiaan kaum Arif" terdapat perbezaan asasi.

Dengan demikian, jika kewujdan-kewujudan merupakan realiti-realiti yang berperingkat daripada satu hakikat wujud yang tidak terbatas di mana Tuhan merupakan wujud yang paling tinggi dan paling sempurna, maka tidaklah sulit memberikan ilustrasi tentang “terpancarnya” atau terciptanya suatu realiti yang berperingkat yang secara mutlak bergantung kepada kewujudan yang paling tinggi (baca: Tuhan).

Berdasarkan perkara itu, boleh dikatakan bahawa realiti tunggal (akal pertama atau tajalli pertama) yang terpancar daripada Tuhan adalah suatu kewujudan tunggal yang berperingkat yang secara mutlak bergantung kepada Si Pencipta pada keseluruhan hakikat wujudnya bermula daripada realiti yang terendah hingga pada realiti yang tertinggi.

Berdasarkan konsep berperingkat wujud, yang terpancar daripada Tuhan adalah suatu realiti hakiki yang bergantung secara mutlak kepada-Nya dan tidak memiliki sedikitpun kebebasan wujud (atau dengan ungkapan yang lebih selamat dikatakan bahawa realiti yang terpancar itu tidak lain adalah kebergantungan dan keperluan itu sendiri yakni bukan bermakna bahawa ada suatu realiti yang bergantung kepada Tuhan).

Dengan asas ini, maka tidak boleh ditegaskan adanya kesatuan mutlak, kenonmaterian mutlak, dan yang sepertinya pada seluruh kewujudan termasuk Zat Tuhan. Kesimpulannya, ayat yang berbunyi “Dan perkara kami kecuali hanya satu” tidak boleh ditafsirkan secara cermat, kerana dalam perspektif itu, walaupun Tuhan diletakkan sebagai wujud yang memiliki kesatuan hakiki, akan tetapi kesatuannya bersifat nisbi dan bukan hanya milik-Nya, iaitu hubungan Tuhan dengan “pancaran-Nya” tidak memiliki syarat dan merupakan kesatuan murni, namun kerana Zat Tuhan sendiri bersyarat dengan ketiadaan kejamakan yakni Dzat-Nya bukan tidak bersyarat sama sekali, oleh sebab itu, dalam inti Zat-Nya sendiri memiliki syarat (yakni ketiadaan kejamakan dan tidak berangkapan) yang menjadi penghalang bagi kemutlakan Zat-Nya.

Dan ketika Zat Tuhan memiliki syarat, maka seluruh realiti selain-Nya juga mempunyai syarat dan tidak bersifat mutlak serta sesuatu yang terpancar daripada Zat Tuhan tidak lain adalah satu kesatuan yang terbentang secara tertutup. Realiti yang terpancar itu bukanlah rahmat Tuhan (rahmat Munbasith) yang mutlak yang terbentang secara tidak terbatas sebagaimana yang ditegaskan oleh irfan.

Irfan, disamping memiliki perspektif yang mendalam dan tinggi atas unsur asli daripada kaedah al-wahid itu, turut juga memiliki skema yang baru atas prinsip sebab dan akibat, mampu merumuskan suatu teori tentang “kesatuan bayangan” (yakni suatu realiti tunggal dan mutlak yang tidak lain merupakan bayangan daripada ketunggalan dan kemutlakan Tuhan) yang tidak hanya mencakup dua rahmat Tuhan (yakni rahmat Aqdas dan Muqaddas) bahkan lebih luas daripada itu (rahmat Munbasith atau Nafas Rahmaniyah), kerana apa jua warna dan bentuk tajalli daripada Tuhan berada dalam cakupan rahmat Munbasith dan Nafas Rahmaniyah yang tidak memiliki syarat sama sekali kecuali syarat kemutlakan itu sendiri dan tidak ada batasannya sama sekali kecuali keluasan itu sendiri serta tidak memiliki intipati sama sekali atau yang serupa dengannya.

Kesimpulannya, pembahasan tentang kebergantungan intipati (al-imkan al-mahuwi) dalam falsafah Peripatetik dan Iluminasi, bahkan perbahasan tentang kebergantungan kewujudan (al-imkan al-faqr) dalam Hikmah Muta’aliyah sama sekali tidak berkaitan dengan Nafas Rahmaniyah itu kerana kebergantungan kewujudan itu adalah “wujud hubungan” (al-wujud al-râbeth) itu sendiri yang murni bergantung kepada Realiti Yang Bebas, dan sesuatu yang sama sekali tidak memiliki wujud bagaimana mungkin memiliki kebergantungan kewujudan ala falsafah itu.

Namun, kebergantungan kewujudan itu, dalam irfan, bermakna manifestasi, bayangan, tajalli, dan ayat yang tidak dikategorikan sebagai realiti wujud (kerana wujud hanya dinisbahkan kepada Yang Maha Sempurna). Dalam hal ini, tidak ada perbahasan tentang adanya keberangkapan antara wujud dan intipati dalam manifestasi pertama, begitu juga tidak ada gagasan tentang adanya ciptaan pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya kerana sebagaimana Tuhan - Yang Awal dan Yang Terakhir, Yang Zahir dan Yang Batin – tidak memiliki dua realiti (tidak ada dua Tuhan), maka Nafas Rahmaniyah dan Rahmat Munbasith-Nya yang tidak lain adalah manifestasi daripada “Dia Yang Awal dan Yang Terakhir, Dia Yang Zahir dan Yang Batin” juga tidak mempunyai dua, tiga, dan seterusnya. Nafas Rahmaniyah-Nya hanya satu dan tunggal, sebagaimana Dia Yang Maha Esa.

 

Akal Pertama Tidak Lain Adalah Cahaya Muhammad

Alam major (alam kabir) adalah kumpulan dimensi ruhani dan jasmani atau gabungan batin dan zahir. Alam major sebagai bentuk hakikat insan, wajah hakiki manusia, dan khalifah ghaib. Manusia sempurna merupakan manifestasi sempurna hakikat insaniah, tajalli kesempurnaan segenap alam major, pengatur alam, dan hakikat manusia sempurna sentiasa dalam keghaiban kerana ia tersifat dengan sifat Ilahi yang juga sentiasa berada dalam keghaiban.

Sebagaimana khalifah dan hakikat insaniah merupakan perantara rahmat rahmaniah (alam takwiniah) dan rahmat rahimiah (alam tasyri’iah) Tuhan atas segenap realiti ruhani dan jasmani, kerana perantara dan wasilah dalam rahmat Ilahi adalah akal pertama, dan akal pertama merupakan manifestasi pertama hakikat insaniah seperti sabda Rasulullah s.a.w, “Yang dicipta pertama kali oleh Tuhan adalah cahayaku”. Maka dengan ini, khalifah adalah ghaib dan alam bersifat zahir dan nampak (tidak ghaib).

Khalifah terletak sebagai jiwa bagi alam, sebagaimana posisi jiwa (yang bersifat ghaib) terhadap badan (yang bersifat nampak).[5]

Sebab Tuhan Yang Maha Tinggi menciptakan Cahaya Muhammad s.a.w itu, maka dalam Cahaya Muhammad ini terkumpul secara tunggal segenap jiwa para nabi dan wali sebelum mereka dihadirkan secara khusus di alam nyata. Realiti yang tunggal ini berada pada tingkatan akal pertama.

Kemudian jiwa-jiwa tersebut mengalami manifestasi dan mengalami penurunan pada tingkatan Lauh Mahfuz yang biasa disebut dengan Jiwa Universal (sebagai Pengatur ‘Arsy). Setelah itu, jiwa-jiwa itu mendapatkan cahayanya masing-masing yang secara asasnya berbeza antara satu sama lain, sedemikianlah sehingga mereka hadir di alam material ini dengan cahaya-cahaya mereka sendiri yang berbeza itu.[6][]

 



[1] . Ubudiyyat Abdurrasul, Dar Omadi bar Falsafe-ye Islami, Muassasah Omuzesy wa Pozuhesyi Imam Khomeni, hal. 186.

[2] . Allamah Thabathabai, Bidayatul Hikmah, bagian kesebelas, bab kedua, hal. 14-0-143 dan bahagian keduabelas, bab kesembilan, hal. 171-172. Nihayatul Hikmah, bahagian kesebelas, bab, ketiga, hal. 243-246 dan bahagian keduabelas, bab kesembilan, hal. 313-323. Mulla Sadra, Al-Hikmah al-Muta’aliyah, jilid pertama, hal. 303 dan jilid ketujuh, hal. 262-276. Taqi Misbah Yazdi, Ta’liqah Nihayatul hikmah, hal. 335 dan 460.

 

[3] . Ali Syirwani, Tarjemeh wa Syarh-e Bidayatul Hikmah, jilid keempat, hal. 236, MakrkazeIntesyarat Daftar-e Tablighat-e Islami Hauzah Ilmiyah Qom.

[4] . Salah satu perbahasan dalam falsafah Islam adalah berkaitan tentang kaedah “al-wahid la yashduru anhu illal wahid”. Lihat: Allamah Thabathabai, Bidayatul Hikmah, bahagian ketujuh, bab keempat, hal. 113-114 dan Nihayatul Hikmah, bahagian kelapan, bab, keempat, hal. 165-167.

 

[5]. Ayatullah Jawadi Amuli, Talkhish Tahrir Tamhidul Qawa’id, hal. 50-53, Intesyarat az-Zahra.  

[6]. Ayatullah Hasan Zodeh Amuli, Syarh-e Fushushul Hikam, hal. 52, Sozemon Job wa Intesyarat-e Wezarat-e Farhang wa Irsyad. Dan, Syarh-e Fushushul Hikam Jamy.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits