advanced Search
KAGUA
6291
Tarehe ya kuingizwa: 2009/03/01
Summary Maswali
Apakah para imam maksum (a.s) bermutʽah (perkahwinan sementara)?
SWALI
Apakah para imam (a.s) melakukan nikah mutʽah (perkahwinan sementara)? Siapakah anak yang lahir dari pernikahan mutʽah mereka?
MUKHTASARI WA JAWABU
Perkahwinan sementara merupakan salah satu daripada sunnah-sunnah Islam yang telah diumumkan di dalam al-Qur’an[i] dan orang beriman boleh memanfaatkan perkahwinan ini sekiranya memerlukan dan menghendakinya. Sunnah yang baik ini terjadi di zaman Rasullah (s.a.w), khalifah pertama dan sebahagian dari zaman pemerintahan khalifah kedua sehinggalah khalifah kedua tersebut mengharamkannya. Para imam maksum di sepanjang masa mendorong orang ramai melakukan perkahwinan ini. Ini disebabkan sunnah Ilahi dalam masyarakat di zaman itu telah dicemari dengan pengharaman yang disifatkan sebagai bidʽah sedangkan perlaksanaannya oleh orang mukmin merupakan penentangan terhadap bidʽah. Oleh itu kemustahaban perkahwinan ini dari pihak Syiah berasaskan dalil tersebut. Perkara ini juga telah disebut dalam beberapa hadis. Terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa hanya Nabi Muhammad (s.a.w) dan Imam Ali (a.s) telah melakukan perkahwinan sementara[ii] sedangkan tidak ada satupun hadis yang meriwayatkan bahawa salah seorang imam maksum yang lain melakukannya. Jelas di sini apabila mereka tidak melakukan perkahwinan sementara, maka tidak seorangpun anak yang lahir dari mutʽah.
 

[i] Surah al-Nisā, ayat 24: Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Dan mana-mana perempuan yang bermutʽah dengannya, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya, sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[ii] Diambil dari pertayaan 2965 (laman sesawang: 3467), perkahwinan sementara dalam al-Qur’an dan sirah maksumin.
JAWABU KWA UFAFANUZI
Islam selaku agama yang paling sempurna telah mensyariatkan dan membolehkan perkahwinan mutʽah (dalam kes kemungkinan sebahagian individu bermasalah dalam perkahwinan kekal) yang boleh dimanfaatkan penenteraman dalam tempoh tertentu. Ini merupakan  noktah positif dan perkembangan progresif ajaran Islam yang mana di samping ia menjawab naluri seksual secara kekal, ia juga menyediakan jalan penyelesaian sementara dan meligitimasikannya.[1] Al-Qur’an menyatakan tentang perkahwinan ini: Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina dan mana-mana perempuan yang kamu bermutʽah dengannya, maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya, sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[2]
 
Ayat al-Qur’an tersebut adalah ayat Madaniyah yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) di madinah pada awal tahun-tahun hijrah. Pada zaman tersebut, umat Islam telahpun melaksanakan nikah mutʽah namun sebahagian daripada mereka tidak membayar mahar. Maka turunlah ayat yang menyatakan tatkala kamu memanfaatkan perempuan-perempuan, hendaklah kamu membayar mahar mereka.[3]
 
Mengenai pertanyaan apakah para imam maksum (a.s) sendiri melaksanakan sunnah ini atau tidak, dalam sumber Syiah hanya dua orang maksum sahaja yang diriwayatkan berkenaan perkahwinan ini seperti dalam dua hadis berikut:
 
1. Abdullah bin ʽAṭā’ al-Makki bertanya kepada Imam al-Bāqir mengenai ayat ini:
 
"وَ إِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلى‏ بَعْضِ أَزْواجِهِ حَدِيثاً إِلَى قَوْلِهِ ثَيِّباتٍ وَ أَبْكاراً"
 
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya.. sehinggalah firman Allah (s.w.t): yang janda dan yang anak dara.
 
Beliau menjawab: Rasulullah (s.a.w) telah melakukan perkahwinan sementara dengan seorang perempuan merdeka, sebahagian daripada isteri baginda mengetahuinya dan menuduh baginda dengan kekejian. Baginda menjawab: Perbuatan ini dihalalkan ke atasku, dan ini adalah pernikahan sementara. Sembunyikanlah perkara ini, namun sebahagian isteri baginda telah mengetahuinya.[4]
 
2. Begitu juga dalam sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Imam Ali (a.s) telah bernikah mutʽah dengan seorang wanita dari Kabilah Bani Nahshal di Kufah.[5]
Namun tidak kelihatan riwayat mengenai perkahwinan tersebut yang dilakukan oleh para imam yang lain. Ini disebabkan apabila para khalifah Ahli Sunnah menanggapinya sebagai masalah yang sama dengan perzinaan, maka para imam bertaqiyah dan menjaga jiwa dan maruah mereka iaitu dengan mencegah diri dari melakukan perbuatan halal ini. Namun mereka masih berpesan kepada para sahabat mereka supaya menghidupkan sunnah Nabi (s.a.w) ini dan tidak sepatutnya seseorang muslim meninggal dunia tanpa melaksanakan sunnah baginda. Namun mengenai anak-anak mutʽah, hendaklah dikatakan setiap praktikal mutʽah yang menuruti syarat-syaratnya adalah perkara yang dituntut dan mustahab (sunat). Namun tidak terdapat hadis yang menyentuh tentang kehamilan melalui mutʽah sehingga dalam beberapa perkara ianya merupakan sesuatu yang dilarang. Oleh itu tidak ada satu pun hadis yang dinukilkan daripada para maksum (a.s) yang menceritakan bahawa mereka memperolehi anak daripada perkahwinan mutʽah.[6]
Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk pada indeks: Sunnah amali Nabi dan para imam dalam perkahwinan mutʽah, pertanyaan 3350 (laman sesawang: 3775)
 

[1] Diambil dari pertayaan 347 (laman sesawang: 353), indeks: masalah-masalah yang timbul ketika perlaksanaan perkahwinan sementara melaksanakan dalam masyarakat.
[2] Surah al-Nisa, ayat 24
[3] Ḍamīrī, Muḥammad Rezä, ringkasan nota kuliah Fiqh Miqārin, jawapan terhadap syubhat fikah, muka surat 285, cetakan pertama, Mu’asasah Āmuzeshī Va Pazūheshi Mazäheb Eslamī, Qom, 1384.
[4] Wasā’il al-Shīʽah, jilid 21, muka surat 10, hadis 26377
[5] Wasā’il al-Shīʽah, jilid 21, muka surat 10, “قَالَ وَ رَوَى ابْنُ بَابَوَيْهِ بِإِسْنَادِهِ أَنَّ عَلِيّاً (ع) نَكَحَ امْرَأَةً بِالْكُوفَةِ مِنْ بَنِي نَهْشَلٍ مُتْعَةً”, Diriwayatkan daripada Ibnu Bābawayh dengan persanadannya bahawa Ali bin Abi Talib (a.s) telah menikahi seorang perempuan dari Bani Nahshal di Kufah dengan perkahwinan mutʽah.
[6] Mustadrak al-Wasā’il, jilid 14, muka surat 479, Imam Jaʽfar Al-Ṣādiq menukilkan daripada Rasulullah (s.a.w) yang bersabda: Allah (s.w.t) mengambil ikrar daripada sebahagian orang beriman yang lain, bahawa mereka tidak melakukan penghamilan dari nikah mutʽah.
TARJAMA YA JAWABU KATIKA LUGHA NYENGINE
MAONI
Idadi ya maoni 0
Tafadhali ingiza thamani
mfano : Yourname@YourDomane.ext
Tafadhali ingiza thamani
<< Niburute.
Tafadhali ingiza kiasi sahihi ya usalama Kanuni

MPANGILIO WA KIMAUDHUI

MASWALI KIHOLELA

YALIYOSOMWA ZAIDI