Carian Terperinci
Pengunjung
7101
Tarikh Kemaskini 2012/05/17
Ringkasan pertanyaan
Apa yang dimaksud dengan wilāyah takwīnī dan apa kaitannya dengan para Imam Maksum (a.s)?
soalan
Apa yang dimaksud dengan wilāyah takwīnī dan apa kaitannya dengan para Imam Maksum (a.s)?
Jawaban Global

"Wilāyah" bermakna kedatangan sesuatu dalam mengikuti sesuatu yang lain tanpa ada jarak di antara keduanya. Tertib seperti ini melazimkan dekat dan hampir kedua-duanya di antara satu sama lainnya.

Oleh itu, terminologi wilāyah ini juga telah digunakan dengan makna cinta dan persahabatan, pertolongan dan sokongan, pengikut dan pendukung, pemimpin dan ketua.

"Wilāyah takwīnī" ertinya pemimpin seluruh kewujudan di dunia dan di alam eksternal serta memiliki hak autoriti perlaksanaan dan tindakan (تصرف عینی). Wilāyah takwīnī ini, pertamanya dan secara dhat (بالذات) hanya terbatas pada zat Allah (s.w.t). Yang kedua dan secara ʻarḍ (بالعرض; pengaruh atau kesan luaran zat) ianya dinisbahkan kepada Nabi (s.a.w), para Imam Maksum (a.s) dan manusia-manusia sempurna.

Jawaban Detil

 "Wilāyah" merupakan kata terbitan Arab berasal dari perkataan "walī". Dalam bahasa Arab, wilāyah ini bermakna kedatangan sesuatu dalam mengikuti sesuatu yang lain tanpa ada jarak di antara keduanya. Kelaziman dalam tertib ini ialah saling akrab dan dekat antara kedua-duanya. Oleh kerana itu perkataan ini telah digunakan dalam berbagai rupa bentuk makna yang berbeza (dengan fatḥaḥ dan kasrah huruf wāw). Antara makna yang telah disediakan ialah kecintaan dan persahabatan, pertolongan dan sokongan, ikutan dan dukungan, kepemimpinan dan ketua. Makna yang sepadan dan berkaitan dengan "wilāyah takwīnī" ialah makna yang terakhir tersebut.

"Wilāyah takwīnī" ertinya kepemimpinan atas seluruh kewujudan di dunia dan penguasaan atasnya di mana pertamanya: secara dhat (بالذات) hanya terbatas pada zat Allah (s.w.t). Yang kedua dan secara ʻarḍ (بالعرض ; pengaruh atau kesan luaran zat) ianya dinisbahkan kepada Nabi (s.a.w), para Imam Maksum (a.s) dan manusia-manusia sempurna.

Walau bagaimana pun kaedah ini juga mendapat perhatian dalam bentuk sebuah program sistematik dalam kebanyakan tema dalam al-Qur'an seperti kemuliaan (ʻizzah), quwwah (kekuatan), dan syafaat.

Berkenaan dengan wilāyah kita perhatikan bahawa Allah (s.w.t) berfirman, "فالله هو الولیّ" yang bermaksud: Wali sebenar manusia dan semesta hanyalah Allah (s.w.t)." (Qs. Al-Syura [42]:9) Dalam masa yang sama, Allah (s.w.t) berfirman, "النبی اولی بالمؤمنین من انفسهم و اموالهم" yang bermaksud "Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri" (Qs. Al-Ahzab [33]:6); atau pada ayat yang lain Allah berfirman: "انما ولیکم الله و رسوله والذین آمنوا الذین یقیمون الصلوة و یؤتون الزکات و هم راکعون" yang bermaksud:  "Sesungguhnya pemimpinmu hanyalah Allah, rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, sedangkan mereka dalam keadaan rukuk." (Qs. Al-Maidah [5]:54) di mana dalam ayat ini membuktikan wilāyah bagi Allah, Nabi (s.a.w) dan Ahlulbait (a.s).

Sekarang, ayat ini bukanlah bermakna bahawa manusia memiliki beberapa wali dan pemimpin di mana salah seorang daripada mereka, atau yang paling agung daripada mereka adalah Allah. Namun dengan memberi perhatian kepada ayat dalam skop wilāyah "والله هو الولی" , maka satu-satunya wali hakiki dan sejati hanyalah Allah.

Nabi (s.a.w) dan Ahlulbait (a.s) adalah wali secara ʻard dan menampilkan wilāyah Allah. Menurut tafsir dan penerangan al-Qur'an, mereka adalah tanda dan petunjuk tentang wilāyah Tuhan.[1]

Berkenaan dengan pertanyaan kedua bahawa apa kaitan wilāyah takwni dengan para Imam Maksum (a.s)? Sebelum menjawab pertanyaan ini hendaklah kita memperhatikan dua noktah berikut terlebih dahulu:

  1. Di antara seluruh kewujudan di alam semesta ini, manusia memiliki kedudukan dan darjat yang unggul dan tinggi sehingga para malaikat sekali pun tidak sampai pada kedudukan dan darjat tersebut. Manusia memiliki potensi dan berbagai kekuatan terpendam di dalamnya di mana apabila ia menemukannya dalam dirinya dan terus membangun dengannya, maka ia mampu menjadi khalifah Allah di muka bumi dan sebaik-baik makhluk.
  2. Dari satu sisi Allah (s.w.t) membuka jalan bagi seluruh manusia untuk sampai kepada wilāyah-Nya "Sesungguhnya para wali Allah tiada ketakutan pada diri mereka juga tiada kesedihan." Dari sisi lain Allah (s.w.t) memperkenalkan dengan sangat baik siapakah para walinya.

 

Dengan memperhatikan dua perkara ini kita dapat mengambil kesimpulan bahawa dengan berkat pembinaan dan penggemblengan pelbagai potensi, meraih pengetahuan dan makrifat yang tinggi dan sampai kepada iman dan yakin yang lebih tinggi, para Imam (a.s) telah memasuki wilāyah Ilahi di mana hasil penuh keberkatan adalah limpah kurnia Allah (s.w.t) atas wilāyah takwīnī-Nya kepada orang-orang suci tersebut.

Riwayat hidup para Imam menceritakan bahawa penghambaan, pengabdian kepada Tuhan, dan hubungan berterusan dengan Allah (s.w.t) merupakan puncak prioriti mereka dalam kehidupan di mana dengan eliksir penghambaan Tuhan ini, mereka melakukan pelbagai aktiviti kimia dan menghirup roh kehidupan dalam dalam kerangka sistem semesta sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis: "بکم یمسک السماء ان تقع علی الأرض" yang bermakna: "Dengan perantara kamu sehingga langit tidak runtuh ke bumi."[2]

Dinukilkan daripada Imam Mujtaba (a.s) yang berkata: "من عبد الله عبد الله له کل شیء", maksudnya ialah: "Barangsiapa yang menyembah Allah (s.w.t) maka Allah akan jadikan segala sesuatu menjadi hambanya."[3]

Tersebut dalam sebuah hadis qudsi bahawa Allah (s.w.t) berfirman: "عبدی اطعنی حتی اجعلک مثلی"؛  iaitu "Hambaku taatilah Aku sehingga Aku menjadikanmu seperti-Ku."[4]

Dalam hadis yang lain:"ابن آدم أنا غني لا أفتقر أطعني فيما أمرتك أجعلك غنيا لا تفتقر يا ابن آدم أنا حي لا أموت أطعني فيما أمرتك أجعلك حيا لا تموت يا ابن آدم أنا أقول للشي‏ء كن فيكون، أطعني فيما أمرتك أجعلك تقول لشي‏ء كن فيكون"؛  maknanya: "Wahai Bani Adam Aku maha kaya tidak akan miskin. Taatilah atas apa yang Aku perintahkan kepadamu sehingga Aku jadikan engkau kaya tidak akan miskin. Wahai Bani Adam! Aku (maha) hidup tiada akan mati. Taatilah atas apa yang Aku serukan kepadamu sehingga Aku jadikan engkau hidup tiada akan mati.  Wahai Bani Adam! Aku berkata pada sesuatu jadilah maka jadilah (kun fayakun), taatilah atas apa yang Aku perintahkan kepadamu, sehingga Aku jadikan engkau berkata kepada sesuatu jadilah maka jadilah (kun fayakun)."[5]

Di samping riwayat ini, terdapat banyak riwayat dan hadis yang terkenal, qurb nawāfil yang disebutkan dalam kitab Ushul Kafi, yang menjelaskan secara umum rahsia bagaimana para Imam sampai kepada wilāyah takwīnī. Berkat wujud mereka seluruh entiti memakan rezekinya, langit tetap tegak dan bumi tetap terhampar.[6]

Kesimpulannya: Dalam mencari wilāyah takwīnī Allah (s.w.t) para Imam mampu mengendalikan seluruh kewujudan, entiti dan keseluruhan sistem alam semesta berkhidmat kepada mereka sehingga kita tidak mampu menghitung segala mukjizat dan aktiviti luar biasa mereka. Semua ini merupakan penegasan atas realiti yang tidak dapat diingkari ini.[]


[1]. Wilāyat Faqih, Abdullah Jawadi Amuli, hal. 122, 123, dan 129.

[2]. Ziarah Jame'e.

[3]. Tafsir 'Askari, jil. 1, hal. 327.  

[4]. Asrār al-Shalat, hal. 4 (mukaddimah). Syarh-e Doa Sibah, Khui, jil. 1, hal. 11, mukaddimah musahhih.  

[5]. Bihār al-Anwār, jil. 90, hal. 376, bab 24, 'Illah al-Ibtha' fi al-Ijābah…; Irsyād al-Qulûb, jil. 1, hal. 75, al-Bab al-Tsāmin 'Asyar, Wishaya wa Hukum Balighah.. Iddat al-Da'i, hal. 310.

[6]. Mafātih al-Jinān, hal. 85, Dua 'Adilah, hal. 84.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah ketaksuban sentiasa tidak baik? Sekiranya benar demikian apakah dalilnya.
    15910 تعصب، ملی گرایی و نژاد پرستی 2015/05/23
    Taksub (تعصب) dan asabiyah (عصبیة) berasal dari kata dasar ‛aṣaba yang membawa makna urat dan saraf yang menghubungkan sendi-sendi.[1] Setelah itu sebarang perhubungan dan kaitan dinamakan taksub dan asabiyah. Taksub dan iri hati dalam beragama, kasih terhadap saudara mara, membantu dan ...
  • Apakah ketiadaan syaitan setara dengan tiadanya penyempurnaan bagi insan?
    6909 Teologi Klasik 2014/05/20
    Sila ambil perhatian, walaupun peranan syaitan-syaitan jin dan manusia merupakan sebuah peranan yang penting, dan mereka perlu wujud, namun siapakah yang memilih untuk memainkan peranan ini seiring dengan pilihan dan kehendak sendiri tanpa paksaan daripada Allah (s.w.t). Allah (s.w.t) tidak menciptakan syaitan sebagai syaitan. Ini disebabkan sudah ...
  • Tolong jelaskan ayat-ayat Al-Qur’an yang menentukan imāmah Imam Ali (a.s)?
    13277 Teologi Klasik 2013/05/25
    Sebaik-baik jalan untuk menetapkan imāmah Imam Ali (a.s) bagi Ahlusunnah adalah bersandar kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan ayat-ayat tersebut yang dinukil dari kitab-kitab mereka. Sudah tentu orang itu harus merupakan seorang pencari kebenaran sehingga tidak bersandar pada penjelasan-penjelasan yang keliru, non-rasional serta tidak menutup matanya terhadap ...
  • Apakah jiwa dan ruh mengalami kematian atau tidur?
    13445 Teologi Klasik 2011/02/14
    Masalah dan hakikat ruh merupakan salah satu masalah yang sentiasa menjadi pembahasan dan perbincangan manusia dari zamam lampau hingga hari ini. Pertanyaan di atas juga bersumber dari permasalahan ini bahawa apakah hakikat manusia itu adalah badan material dan jasad ...
  • Tolong jelaskan asas pemikiran Syiah dan ciri-cirinya?
    14455 Teologi Klasik 2013/02/16
    Asas pemikiran Syiah dan seluruh sumber maʻārif (jamak bagi perkataan pengetahuan) Syiah adalah al-Qur'an. Syiah melihat seluruh zahir ayat-ayat Al-Qur’an, perilaku dan perbuatan, bahkan diamnya Nabi (s.a.w) sebagai hujjah. Selanjutnya Syiah juga memandang ucapan, perilaku dan diamnya para Imam Maksum juga sebagai hujjah. Di samping al-Qur'an menjelaskan ...
  • Apakah binatang memiliki roh (jiwa) dan apabila mereka memiliki roh, maka apa bezanya roh mereka dengan roh manusia?
    26051 Falsafah Islam 2011/04/19
    Sebelum menjelaskan persoalan yang dikemukakan, perlu disebutkan di sini bahawa asas dan inti jawapan yang diberikan adalah bersandar pada Falsafah Hikmah (falsafah Sadrian) dan berdasarkan pandangan Sadrian ini perkara-perkara yang dikemukakan akan diperjelas dalam dua perbahasan inti dan beberapa perbahasan cabang.Perbahasan pertama adalah perbahasan tentang ...
  • Nabi Musa a.s merupakan salah seorang Nabi Ulul Azmi, kenapa ilmu nabi Khidir a.s lebih banyak daripada ilmu nabi Musa a.s?
    9997 Teologi Klasik 2011/07/21
    Walaupun nabi Musa a.s merupakan salah seorang nabi Ulul Azmi dan merupakan pembawa risalah, tetapi penimbaan ilmu daripada nabi Khidir a.s dan… tidak mengurangkan derajat keilmuan Nabi Musa a.s kerana:1.     Didalam saat-saat pertama ...
  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    8424 Irfan Teori 2011/08/20
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling ...
  • Bagaimana manusia dapat menjadi kekasih Allah Swt?
    26471 Akhlak Praktikal 2011/04/19
    Berteman dengan Allah Ta'ala dapat digambarkan dalam dua keadaan:1.     Kecintaan hamba dengan Tuhan dan Tuhan menjadi Yang dicintai2.     Kecintaan Tuhan dengan para ...
  • Dapatkah Anda jelaskan ciri-ciri rasm al-Usmani itu apa saja?
    38619 Ulum Al-Quran 2012/11/20
    Utsman Thaha adalah kaligrafer (khattât) terkenal dari Suriah yang hidup pada abad kontemporer. Naskah kaligrafinya memiliki banyak keunggulan seperti keteraturan, harmoni, tulisan yang sangat indah, dan tetap memperhatikan kaidah-kaidah rumit tajwid. ...

Populer Hits