Carian Terperinci
Pengunjung
9990
Tarikh Kemaskini 2011/07/19
Ringkasan pertanyaan
Siapakah yang bertanggungjawab mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
soalan
Siapakah orang yang mengumpulkan khumus di zaman Imam Ali As?
Jawaban Global

Seluruh kaum Muslimin meyakini bahawa khumus merupakan salah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah (s.w.t) dan harus dikerjakan. Hukum ini berlaku sejak zaman ia disyariatkannya. Ertinya hukum ini sentiasa berlaku semenjak setelah tamat perang Badar (dan seterusnya) di mana selain Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s) juga merupakan salah seorang yang bekerja dengan baik dalam menunaikan kewajiban Ilahi ini.

Imam Ali (a.s), setapak pun tidak pernah surut dalam menjalankan kewajiban ini. Sesuai dengan bukti sejarah setelah wafatnya Rasulullah (s.a.w), orang-orang Syiah setelah masa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (a.s), iaitu di zaman para Imam Maksum (a.s) tetap menaruh perhatian lebih terhadap pelaksanaan kewajiban ini. Mereka menyerahkan khumus harta benda mereka kepada para Imam Maksum (a.s). Berdasarkan bukti sejarah, di zaman Rasulullah (s.a.w) dan juga di zaman Imam Ali (a.s) demikian juga di zaman Imam Maksum lainnya, yang patut menjadi perhatian adalah harta yang dikenakan khumus adalah harta ghanâim (jamak dari ghanima yang bermakna pampasan) dan juga harta non-ghanaim seperti khumus harta karun (kanz) atau khumus hasil galian (ma'dan).  Namun tidak disebutkan dalam riwayat (sejarah) tentang pengumpulan khumus keuntungan makâsib (penghasilan dari jenis pekerjaan dan perdagangan) di zaman Rasulullah (s.a.w) dan Imam Ali (a.s).

Meski pun tiada satupun bukti sejarah, ia bukanlah dalil tentang tiadanya bahagian khumus ini kerana pada umumnya kitab dan sumber-sumber muktabar kaum Muslimin sepanjang perjalanan sejarah telah musnah (atau dimusnahkan) dalam berbagai peperangan di samping itu bahagian khumus makâsib ini juga telah dijelaskan di zaman para Imam Maksum lainnya.

Jawaban Detil

Berdasarkan ajaran-ajaran agama dan al-Qur'an,[1] khumus merupakan salah satu kewajiban yang ditetapkan dan disyariatkan oleh Allah (s.w.t) pada waktu pembahagian ghanimah (pampasan perang) pada perang Badar. Syiah dan Sunni sama-sama bersependapat tentang asas yang diwajibkan khumus. Keduanya cuma berbeza pada sebahagian perkara dan masalah khumus. Ahlusunnah membatasi khumus pada ghanimah perang, barang galian dan harta-harta karun. Akan tetapi di samping hal tersebut, Syiah memandangan pada hal-hal lain seperti khumus pendapatan yang lebih dalam kehidupan.

Sebenarnya, akar perbezaan Syiah dan Sunni ihwal khumus harus disusuri dalam redaksi kalimat "ghanimtum"[2] pada ayat khumus; lantaran ulama Sunni memaknai ghanimah di sini sebagai rampasan perang. Sementara Syiah meyakini bahawa khumus wajib diserahkan daripada segala manfaat dan faedah yang dihasilkan manusia samada manfaat tersebut diperolehi dari usaha perdagangan, melalui harta karun, barang galian atau hasil penyelaman ke dasar laut. Keyakinan Syiah ini dapat dibuktikan daripada ayat khumus itu sendiri: Kerana dalam kamus-kamus bahasa menyatakan bahawa hal-hal yang disebutkan ini dinamakan dengan ghanimah.[3]

Syiah untuk menyokong pandangannya, menjelaskan bukti-bukti dari sunah Rasulullah (s.a.w) dan para Imam Maksum (a.s). Sebagai contoh, di zaman Rasulullah (s.a.w) dan Imam Ali (a.s) telah dikatakan bahawa: selain rampasan-rampasan perang, khumus juga diperoleh daripada barang-barang galian dan harta-harta karun demikian juga hasil penyelaman bawah laut (mutiara-mutiara yang dikeluarkan oleh para penyelam) di zaman mereka. Dalam Sunan Baihaqi disebutkan bahawa di zaman Imam Ali (a.s) seseorang terjumpa sebuah harta karun dan datang menghadap Imam Ali (a.s). Imam Ali berkata: "Empat perlima dari harta tersebut adalah milikmu dan seperlimanya adalah kepunyaan kami."[4]

Demikian juga pada kitab tersebut dari sumber-sumber rasmi Ahlusunnah, disebutkan bahawa Rasullullah (s.a.w) bersabda: "Terdapat khumus pada "rikâz." Ketika beliau ditanya tentang apa itu rikâz? Rasulullah (s.a.w) bersabda: Emas dan perak yang diciptakan Allah (s.w.t) pada awal penciptaan di muka bumi."[5]

Dalam kitab Wasail al-Syiah juga terdapat sebuah hadis yang memperincikan tentang hal ini iaitu di zaman Imam Ali (a.s) yang menyebutkan seseorang menemukan "rikâzi" (hasil galian atau harta karun), tatkala hal ini diketahui oleh Imam Ali (a.s), beliau meminta orang itu untuk membayar khumus (seperlima) harta tersebut.[6]

Akan tetapi pertanyaan yang masih tersimpan terpendam dalam benak adalah mengenai apakah keuntungan-keuntungan yang diperoleh dari pekerjaan atau niaga dikenai khumus atau tidak di zaman Nabi (s.a.w) dan Imam Ali (a.s)?

Dalam menjawab pertanyaan ini harus dikatakan bahawa kita tidak memiliki bukti-bukti sejarah yang jelas berkenaan dengan masalah ini yang menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) dan Imam Ali menerapkan khumus pada keuntungan dan pendapatan yang diperoleh dari pekerjaan dan perniagaan. Akan tetapi permasalahan ini sama sekali tidak menimbulkan masalah pada kewajiban membayar khumus pendapatan; kerana terdapat banyak riwayat yang dinukil daripada para maksumin yang lain sedemikian sehingga Syaikh Hurr al-Amili, penyusun kitab Wasâil al-Syiah, mengumpulkan riwayat-riwayat terkait dengan khumus dalam berbagai bab. Kebanyakan riwayat yang dinukil berkaitan dengan khumus pendapatan menegaskan persoalan ini bahawa khumus diserahkan oleh masyarakat dalam berbagai klasifikasi. Berikutan ini kami akan menyebutkan beberapa riwayat berkenaan dengan masalah khumus sebagai perumpamaan di sini:

1.     Salah seorang sahabat Imam Kesembilan (Imam Jawad (a.s)) menulis demikian: "Sampaikanlah kepada kami apakah khumus itu wajib dikenakan pada segala sesuatu yang digunakan oleh manusia, termasuk seluruh pendapatan dan demikian juga para pengusaha? Dan bagaimana khumusnya diserahkan? Imam menulis dengan tulisannya sendiri menyatakan bahawa khumus dikeluarkan setelah ditolak biaya hidup (cost of living).[7]

Dari redaksi riwayat ini dapat disimpulkan bahawa yang bertanya memiliki keraguan tentang khumus secara umum dan juga tentang bagaimana khumus tersebut diserahkan. Sebagaimana ghalibnya surat-menyurat di zaman itu, Imam dengan kalimah pendek sekaligus menjawab dua pertanyaan tersebut. Tatkala Imam berkata: Khumus dikeluarkan setelah ditolak biaya hidup. Dengan jawapan ini Imam menjawab pertanyaan kedua perawi tentang bagaimana khumus itu diserahkan dan juga jawapan pertanyaan pertama berkenaan asas kewajiban khumus pada seluruh pendapatan.

2.     Aku berkata kepada Imam (a.s) bahawa anda telah memerintahkan kepadaku untuk mengerjakan urusan-urusan anda dan mengambil hak anda. Aku sampaikan masalah ini ini kepada kesahabat-sahabat anda. Sebahagian mereka tidak berpuas hati dan bertanya: "Apa hak imam itu?" Saya tidak tahu harus berkata apa dalam menjawab pertanyaan mereka? Imam bersabda: khumus wajib bagi mereka. Aku berkata: Dalam hal apa? Imam berkata: Dalam benda-benda dan perusahaan-perusahaan. Saya berkata: Bagaimana dengan orang-orang yang berniaga dan membuat sesuatu dengan tangannya? Imam menjawab: Iya. Apabila ada lebihan bagi mereka setelah (menolak) biaya hidup.[8] Perawi riwayat ini adalah seseorang yang bernama Abu Ali bin Rasyid yang merupakan wakil khusus Imam Jawad. Tatkala orang seperti ini berkata bahawa saya menulis bahawa anda (Imam) memerintahkan saya untuk mengambil hak anda, sudah tentu surat tersebut dialamatkan kepada Imam (a.s).

3.     Ibrahim bin Muhammad Al-Hamadani menulis surat kepada Imam (a.s): Ali (bin Mahzyar) membacakan surat ayah anda bagiku di mana dalam surat itu terdapat perintah bahawa para pemilik air, tanah setelah menolak biaya hidup mereka, satu perduabelas dari pendapatan hasil mereka diserahkan kepada Imam. Adapun orang-orang yang air dan harta yang mereka miliki tidak mencukupi dalam kehidupan, maka mereka tidak diwajibkan (untuk menyerahkan khumus) samada satu perduabelas atau yang lain. Orang-orang yang tinggal bersama kami berbeza pendapat (tentang hal ini). Mereka berkata: Air dan tanah wajib dikenakan khumus pada kadarnya, itu pun pendapatan setelah ditolak biaya air itu sendiri dan biaya tanah serta biaya pengendaliannya, bukan pendapatan hidup manusia itu sendiri, isteri dan anak-anaknya. Imam menjawab surat tersebut dan Ali bin Mahzyar melihat surat tersebut yang menyatakan bahawa orang-orang seperti ini wajib mengeluarkan khumus setelah ditolak biaya hidup dirinya, isteri dan anak-anaknya termasuk biaya-biaya yang harus dibayar kepada pemerintah (seperti cukai, biaya elektrik dan sebagainya).[9]

Menurut sanad, hadis ini  adalah sahih dan kuat, ia secara tegas memerintahkan manusia supaya menyerahkan khumus daripada hasil pendapatan setelah menolak biaya hidupnya. Apabila anda perhatikan sebahagian para Imam tidak mengambil khumus lebih dari satu perduabelas, ini adalah kerana memperhatikan situasi tertentu di zamannya atau sebahagian dari khumus tersebut diserahkan kepada kaum Syiah sehingga mereka tidak tertekan secara ekonomi dan kewangan dalam kehidupan mereka.

Hal di atas merupakan penyaksian tentang perlaksanaan khumus ghanâim (plural ghanimah) dan bukan-ghanimah di zaman Imam Ali (a.s) atau di zaman Imam Maksum yang lain. Namun tentang siapakah yang bertugas mengumpulkan khumus pada Imam Ali (a.s) merupakan hal yang tidak jelas kerana sejarahnya tidak sampai kepada kita. Namun ia bukanlah dalil bahawa hukum ini tidak dilaksanakan di zaman Imam Ali (a.s) kerana banyak sekali kitab-kitab muktabar Syiah dibakar dalam beberapa peperangan atau musnah dalam perjalanan abad atas beberapa sebab. Kerana itu banyak sekali riwayat dan persoalan penting yang tidak sampai kepada kita. Akibatnya dengan memperhatikan penjelasan hukum-hukum (syariat) yang disampaikan oleh Imam Ali (a.s) dan para Imam Maksum yang lain[10] kita menemui penerangan masalah khumus seperti itu dalam fikah Syiah dewasa yang diambil daripada sunnah Rasulullah (s.a.w) atau para Imam Maksum (a.s),  di mana sunnah-sunnah ini merupakan firman Ilahi dan Islam hakiki serta merupakan salah satu tanggungjawab-tanggungjawab ke atas harta.[]



[1]. "Ketahuilah, sesungguhnya setiap harta rampasan perang yang kamu perolehi, maka sesungguhnya seperlima harta itu untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan ibnus sabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari al-Furqân (hari pemisah antara yang hak dan yang batil), iaitu di hari bertemunya dua pasukan (pada perang Badar). Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Qs. Al-Anfal [8]:41)

[2]. Wa'lamu innama ghanimtum min syain fainna liLlah khumsahu. (Qs. Al-Anfal [8]:41)  

[3]. Mufradat Raghib, jil. 1, hal. 615; Thabarsi, Majma' al-Bayân, jil. 4, hal. 544.  

[4]. Sunan Baihaqi, jil. 4, hal. 156.  

[5]. Ibid., hal. 152.  

[6]. Hurr al-Amili, Wasâl al-Syiah, jil. 9, Kitab Khums, bab ke-6, hadis pertama, Muassasah Ali al-Bait, Qum, 1409.  

[7]. Ibid, hadis ke-9, Kitab Khums, bab ke-8, hadis pertama.

[8]. Ibid, bab ke-6, hadis ke-2.  

[9]. Ibid, hadis ke-3.  

[10]. Kulaini, Ushul Kâfi, terjemahan Mustafawi, jil. 2, hal. 478.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimana mukjizat itu dapat didefinisikan dan dibuktikan?
    17399 Ulum Al-Quran 2011/04/19
    Mukjizat dari satu sisi bermakna suatu hal yang luar biasa, di sertai dengan cabaran dan dari sisi lain, mukjizat yang dipraktikalkan itu selaras dengan dakwaan yang dilontarkan oleh pemilik mukjizat. Keluarbiasaan ertinya ialah, terjadinya suatu perkara yang berbeza dengan aturan-aturan semulajadi.
  • Tolong jelaskan asas pemikiran Syiah dan ciri-cirinya?
    15509 Teologi Klasik 2013/02/16
    Asas pemikiran Syiah dan seluruh sumber maʻārif (jamak bagi perkataan pengetahuan) Syiah adalah al-Qur'an. Syiah melihat seluruh zahir ayat-ayat Al-Qur’an, perilaku dan perbuatan, bahkan diamnya Nabi (s.a.w) sebagai hujjah. Selanjutnya Syiah juga memandang ucapan, perilaku dan diamnya para Imam Maksum juga sebagai hujjah. Di samping al-Qur'an menjelaskan ...
  • Apabila Tuhan merupakan Pencipta segala sesuatu, apakah dosa-dosa dan segala perbuatan buruk yang dilakukan manusia adalah merupakan makhluk Tuhan juga?
    10356 Teologi Klasik 2011/05/09
    Jawapan pertanyaan ini akan menjadi jelas dengan memerhatikan definisi kehendak (irādah) dan pembahagian-pembahagiannya iaitu iradah (kehendak) takwini dan tashri’i. Kehendak terbahagi kepada dua, pertama kehendak takwini dan kedua kehendak tasyri’i.Kehendak Takwini ialah pengetahuan terhadap ciptaan secara sempurna dan meliputi segala-galanya, iaitu sebagaimana Allah ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan spiritualism hakiki dan spiritualism emosional?
    8952 Akhlak Praktikal 2011/07/21
    Kebiasaan terdapat orang-orang yang memiliki kecenderungan terhadap spiritual (rohani) dan keimanan pada umumnya kecenderungan mereka adalah berbentuk perasaan dan emosi jiwa. Ertinya orang-orang ini cenderong ke arah kerohanian dan spiritual dengan cara samada dengan mengikut cara (taqlid) kedua orang tuanya, suasana atau di bawah pengaruh dorongan naluri dan ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan bada', lauh mahfuz, kitabul mubin, lauh mahw wa isbat?
    20361 Teologi Klasik 2010/11/14
    Bada’ bermakna zahir (jelasnya) sesuatu setelah tersembunyi. Dan yang digunakan dalam al-Quran adalah makna ini:  و بدا لهم من اللَّه ما لم یکونوا یحتسبون" Dan jelaslah bagi ...
  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    9095 Irfan Teori 2011/08/20
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling ...
  • Oleh kerana Imam Keduabelas Syiah ghaib, maka seluruh konsepsi imamah diragukan?
    9278 Teologi Klasik 2011/06/21
    Berkenaan pertanyaan yang dikemukakan secara global tanpa menyebutkan contoh-contoh tentang  kontradiksi masalah ghaibah dan konsepsi imamah, oleh itu di sini kita harus mengulas tugas-tugas imam, kemudian sesuai atau tidak sesuainya dengan masalah ghaibah menjadi objek analisa kita.Imamah – selaku penerus kenabian dan yang membezakannya dengan ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31583 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Mengapa Imam Husain As tidak bangkit di zaman Muawiyah?
    8999 Sirah Para Maksumin a.s 2011/04/19
    Dalam menjelaskan alasan tiada kebangkitan dari sisi Imam Husain As di zaman Muawiyah dapat dijawab dengan beberapa perkara di bawah ini:1.     Penghormatan Imam Husain As terhadap perjanjian yang disepakati oleh saudara dan imam zamannya, iaitu Imam Hasan ...
  • Apa yang menjadi faktor yang menyebabkan manusia tersesat dari jalan lurus? Dan apakah hal ini bersifat ikhtiari atau tidak?
    21261 Teologi Klasik 2011/06/21
    Mengenal faktor penyimpangan dari jalan lurus memerlukan pengenalan definisi tentang “shirāt” (jalan) dan “mustaqim” (lurus). Dari segi bahasa, makna shirāt (jalan) adalah jalan besar, luas dan jelas. Makna “mustaqim” yang diambil dari klausa “qa-wa-ma,” bermakna sesuatu yang tidak menyimpang dan berliku. Dengan demikian, jalan lurus adalah “shirāt al-mustaqim” ...

Populer Hits