Carian Terperinci
Pengunjung
11482
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Apakah telaga kautsar itu?
soalan
Apakah telaga kautsar itu?
Jawaban Global

Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.

Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq duniawi (Sayidah Fathimah az-Zahra) dan mishdaq ukhrawi (telaga kautsar).

Telaga kautsar adalah merupakan sebuah sumber air yang sangat jernih yang ada di dalam syurga yang bersangatan luas. Di sinilah para ahli syurga setelah berhasil melewati tahapan-tahapan sulit di padang Mahsyar dan hari kiamat, saat memasuki syurga mereka akan langsung ke telaga ini untuk menghilangkan rasa dahaganya dan menikmati kelazatan air telaga.

Dari telaga inilah akan mengalir dua sungai yang akan mengalir ke arah syurga dimana sumbernya adalah dari "'Arsy Ilahi" (singgasana Tuhan).

Telaga kautsar merupakan telaga khusus milik Rasulullah Saw, sedangkan penyajinya adalah Imam Ali As dan para Imam maksum As yang lain. begitu juga para Anbia yang lainnya pun memiliki telaga khusus untuk para pengikut mereka sendiri, akan tetapi keluasan dan keberkahannya tidak sebanding dengan telaga kautsar milik Rasulullah Saw ini.

Jawaban Detil

Kautsar merupakan sebuah kata yang timbangannya adalah "fau'al –فوعل-" dan merupakan kata sifat yang diambil dari kata "katsrat" atau banyak. Dan "kautsar" di sini bermakna kebaikan yang banyak atau melimpah. Keluasan dari makna kautsar bersangan banyak dan menyeluruh sehingga ia memiliki contoh-contoh yang tak terhitung banyaknya, diantaranya "kebaikan yang tak terhingga" pun dapat dimasukkan ke dalamnya.

Mengenai kata kautsar yang terdapat dalam surah yang mubarak al-Kautsar, terdapat begitu banyak makna yang disebutkan, baik dalam kitab-kitab tafsir Syiah mahupun Ahlisunnah yang kesemuanya mencerminkan pada misdaq -objek- kebaikan yang melimpah, seperti:

 

1.     Telaga dan sungai kautsar;

2.     Maqam syafaat kubra di hari kiamat;

3.     Nubuwwat atau kenabian;

4.     Hikmah dan ilmu;

5.     Al-Quran;

6.     Banyaknya sahabat dan pengikut;

7.     Banyaknya mukjizat;

8.     Banyaknya ilmu dan amal;

9.     Tauhid dan dimensi-dimensinya;

10.  Nikmat-nikmat Tuhan dan Rasul saw di dunia dan akhirat;

11.  Keturunan yang banyak yang tetap ada di sepanjang masa.

 

Tak diragukan lagi bahawa banyaknya generasi dan keturunan Rasulullah Saw ini yang ada di sepanjang masa, tentulah berasal dari puteri mutiara agung Rasulullah s.a.w., Sayyidah Fatimah Az-Zahra As. Penjelas hakikat dan saksi reliti ini adalah (berpunca) sebab penurunan ayat (keberadaan Sayyidah Fatimah As) dan metot penjelasan surah al-Kautsar. Benar, keberadaan Sayyidah Fatimah As adalah sumber kebaikan yang banyak dimana ia adalah faktor pada keberlanjutan risalah Rasul Saw hingga hari kebangkitan kelak dan juga faktor pada keabadian keturunan suci Rasul.[1]

Dari itu, bersandarkan kepada riwayat-riwayat yang berkaitan dengan telaga kautsar dan sebab-sebab penurunan ayat (sya'n an-nuzul) surah al-Kautsar serta teks dan metot penjelasan ayat, dapat disimpulkan bahawa "kautsar" memiliki dua kewujudan (mishdaq) yang sangat menonjol, salah satunya adalah mishdaq duniawi dan yang lainnya adalah mishdaq ukhrawi. Mishdaq duniawi yang dimaksud adalah "Kautsar Muhammadi" iaitu Sayyidah Fatimah az-Zahra As yang merupakan sumber tersebarnya keturunan suci Rasul Saw, dimana Hazrat s.a.w. dan keturunannya inilah yang akan menghirupkan umat di dunia dengan pengenalan-pengenalan agama, akhlak, hukum-hakam dan adab-adab Ilahi. Dan mishdaq yang lainnya adalah "kautsar syurga". Ia adalah sebuah telaga di syurga dimana Imam Ali As dan para Imam Maksum As yang lain akan menyajikan minuman tersebut. Air dari telaga inilah yang kelak akan menghilangkan dahaga dan rasa kehausan para musafir padang mahsyar.[2]

 

Ciri-ciri telaga Kautsar

Ciri- ciri yang dimiliki oleh telaga Kautsar dari lisan mulia Rasul Saw: "Telaga Kautsar adalah merupakan sebuah sungai yang memiliki begitu banyak kebaikan di syurga yang mana airnya mencurah-curah. Telaga ini dikelilingi oleh banyak bekas-bekas yang tersusun indah seumpama banyaknya bilangan bintang-bintang di langit. Umatku akan mendatanginya setelah memasuki syurga. Sesungguhnya di sisiku terdapat sebuah tasik seluas kota Madinah hingga Yaman atau seluas Madinah hingga Oman. Pinggirannya diperbuat dari emas, airnya lebih putih dari salji dan susu dan lebih manis dari madu dan lebih harum dari bauan misk (kasturi) dan airnya mengalir di atas batu pertama Lu'lu' dan mutiara Marjan. Barangsiapa yang meminum air tersebut, samasekali kehausan tidak akan berlaku ke atasnya lagi. Dan golongan pertama yang akan memasukinya adalah daripada kalangan Muhajirin yang fakir (yang telah berhijrah dari Mekah ke Madinah). Peneguk dan penghulu minuman tersebut adalah Maula Amirul Mukminin Ali As. Setelah para Mukminin menikmati air dari telaga kautsar, mereka akan berkumpul di sisi Rasul Saw dan akan bergembira dengan pertemuan mereka satu dengan yang lain. Mata air telaga kautsar adalah berasal dari 'Arsy yang merupakan tempat tinggal para Ausia (kekasih Allah) dan para pengikut mereka, dan dari sanalah air tersebut akan mengalir ke tasik melalui dua saluran air, kemudian itu ia akan mengalir dalam dua sungai yang terdapat di dalam syurga. Setiap anbia Allah akan memiliki sebuah sungai di dalam syurga, dan oleh kerana terlalu banyaknya orang-orang yang akan mendatangi ke arah sungai tersebut maka diantara mereka akan saling berbangga, akan tetapi saya berharap orang-orang yang akan mendatangi ke arah telagaku lebih banyak mengatasi dari yang lain.

Telaga kautsar dalam lisan para Maksum As:

Amirul Mukminin Ali As bersabda, "Telaga kautsar kami begitu penuh, di dalamnya terdapat dua sungai yang mengalir dari syurga, salah satunya berasal dari mata air yang bernama Tasnim dan yang lainnya dari mata air ma'in"[3]

Dalam sebuah hadis yang muktabar, Imam Sadiq As bersabda, "Barang siapa merasakan kesedihan kerana musibah yang menimpa kami, dia akan merasakan kebahagiaan pada saat dia meninggal dunia,dengan kebahagiaan yang tidak akan hilang dari dalam kalbunya sehinggalah di telaga kautsar dia akan datang bertemu kami. Dal hal ini akan membuatkan kegembiraan bagi kautsar kerana sahabat-sahabat kami telah memasukinya. Bahkan ketika dihirupkan kepada mereka minuman tersebut membuatkan mereka tidak mahu berpindah ke tempat lain kerana kelazatan berbagai jenis sajian yang ada. Barang siapa meminum air tersebut seteguk saja, maka selamanya dia tidak akan merasakan dahaga dan dia tidak akan merasa letih dan lelah selepas itu.

Air telaga ini dingin sedingin kapur, harum beraroma kasturi (misk atau sejenis haruman dari kulit atau pusat rusa) dan memiliki rasa seperti rasa halia, lebih manis dari madu, lebih lembut dari minyak, lebih jernih dari air. Ia terpancar dari mata air Tasnim syurga. Ia melintasi seluruh sungai-sungai yang terdapat di dalam syurga dan mengalir di atas batu-batu kecil dari jenis Mutiara dan Rubi.

Setiap mata yang menangis kerana musibah yang menimpa kami, akan bergembira dan bersuka ria ketika memandang kautsar. Kautsar akan memberikan air kepada seluruh sahabat-sahabat kami, dan mereka akan bergembira dan mendapatkan kelazatan berdasarkan kasih sayang dan ketaatan mereka kepada kami, maka barangsiapa yang kasih sayangnya lebih kuat kepada kami, kenikmatannya juga akan lebih besar."[4]

Sewajarnya disebutkan juga bahawa tiada keraguan lagi dua belas Imam Maksum As, pada hari kiamat kelak seluruhnya adalah orang-orang yang akan menyajikan air dari telaga kautsar ini. Sebagaimana hal ini telah dijelaskan di dalam berbagai hadis. Sayyid Asy-Syuhada Imam Husain As bersabda: "Kami adalah pemilik telaga kautsar, dan kami jugalah yang akan menghirupkan para sahabat kami dengan air dari telaga ini."[5]

Dan sebagaimana halnya Rasul Saw yang berharap bahawa orang-orang yang akan memasuki telaga kautsarnya kelak lebih banyak dari mereka yang memasuki telaga lainnya. Setiap muslimin yang mendengar nama dan ciri-ciri telaga kautsar, juga berharap supaya mereka tergolong bersama orang-orang yang dapat memasuki ke dalam air telaga ini dan (bertemu) Nabi s.a.w. Akan tetapi menjadi sebuah perkara yang jelas bahawa jika harapan dan cita-cita ini sesuatu yang ada kenyataannya, maka haruslah berusaha untuk dapat menghasilkannya, dan selepas berjaya menghasilkan bekalan (amalan-amalan yang saleh) juga harus berwaspada supaya modal ini; baik luaran mahupun dalamannya tidak dicerobohi oleh syaitan yang berupa jin dan manusia atau dicemari dengan oleh segala bentuk keburukan. Kerana jika tidak demikian, maka seluruh usaha dan penat lelah yang telah kita lakukan akan menjadi sia-sia dan seluruh harapan untuk meneguk air telaga kautsar akan berubah menjadi khayalan dan imajinasi belaka.

Berseronok dengan tidur dan khayalan, dan tiada persediaan dan sebarang usaha untuk menghasilkan matlamat adalah sesuatu yang melalaikan dan harapan yang sia-sia.

Semoga Tuhan senantiasa memberikan hidayah kepada kita di dunia ini untuk mendapatkan lebih banyak pengenalan-penenalan Ahlulbait As dan kecintaan kepada mereka sehingga di akhirat kelak di sisi telaga kautsar mata-mata kita akan bercahaya kerana bertemu dengan orang-orang suci, dan menghilangkan dahaga jiwa dengan tangan-tangan mulia mereka. Oleh kerana itu dalam doa Nutbah kita membaca, "Ya Allah, hilangkanlah dahaga kami dengan air telaga milik datuk Imam Zaman As (yakni Rasulullah Saw) dengan bekas dan tanganya (Imam Zaman Asj), tegukan yang sempurna dan yang teramat jernih dimana siapapun yang telah meminumnya tidak akan pernah merasakan dahaga setelahnya. Ya Arhamarrahimin."

 

Daftar Pustaka:

1.     Khawarazmi, Maqtal, jil. 2, hal. 33.

2.     Zamakhsyari, Mahmud bin Umar, Al-Kasysyaf, hal. 806-808.

3.     Thabathabai, Muhammad Husain, Al-Mizan, jil. 20, hal. 370-373.

4.     Thabarsi, Fadhl bin Hasan, Majma'ul Bayan, jil. 5, hal. 548-549.

5.     Allamah Majlisi, Biharul Anwar, jil. 8, hal. 18.

6.     Allamah Majlisi, Haqqul Yaqin, hal. 453-455.

7.     Feidh Kasyani, Mula Muhsin, Mahajjatul Baidha', jil. 8, hal. 352-353.

8.     Muhadist Qumi, Abbas, Mafatihul Jinan, doa Nutbah.

9.     Mishbah Yazdi, Muhammad Taqi, Jami az Zulal-e Kautsar, hal. 19-22.



[1]. Muhammad Taqi Mishbah Yazdi, Jâmi az Zulâl-e Kautsar; Allamah Thaba-thabai, Muhammad Husain, Tafsir Al-Mizân, jil. 20, hal. 370, dan tafsir-tafsir lainnya mengenai surah al-Kautsar.

[2] . Tentunya tentang apakah hubungan antara "Kautsar Muhammadi" dengan "Kautsar Syurga", memerlukan penelitian dan kajian yang lebih mendalam, sehingga dapat dikatakan bahawa akal dan pemikiran manusia biasa tidak mampu untuk memahaminya.

[3] . Allamah Majlisi, Haqqul Yaqin, hal. 453; Biharul Anwar, jil. 8, hal. 18.

[4] . Allamah Majlisi, Haqqul Yaqin, hal. 455.

[5] . Allamah Majlisi, Biharul Anwar, jil. 45, hal. 49.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Sampai di manakah had kemampuan dan kekuasaan syaitan dan jin, serta sejauh manakah mereka dapat mengganggu dan menggoda manusia?
    11825 Teologi Klasik
    Redaksi syaitan dan jin dalam beberapa kali disebutkan dalam al-Qur’an, bahkan terdapat satu surah dengan nama Jin telah diturunkan. Syaitan adalah nama umum yang dinisbahkan kepada siapa saja yang telah tergelincir dari jalan yang benar, baik itu manusia atau selain dari kalangan manusia. ...
  • Apakah Nabi (s.a.w) mati syahid?
    8371 تاريخ بزرگان
    Banyak dalil yang termaktub dalam kitab-kitab hadis dan sejarah, baik Syiah atau pun Sunni yang menegaskan hal ehwal kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Namun noktah berikut ini juga harus diperhatikan bahawa apabila kesyahidan kita definisikan dengan makna terbunuh di jalan Allah dan rasul sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an, ...
  • Bagaimana Tuhan memiliki ilmu terhadap perbuatan manusia sebelum perbuatan tersebut dikerjakan?
    6368 Teologi Klasik
    Apa yang menyebabkan pengutaraan pertanyaan seperti ini adalah kerana tidak mempunyai pengetahuan yang benar tentang hubungan Tuhan dengan waktu. Tuhan adalah sarmadi (azali dan abadi) dan tidak tertaklukdengan masa. Ertinya  Tuhan berkuasa atas masa dan tidak dibatasi oleh waktu. Pada prinsipnya adalah tidak benar ketika kita berkata bahawa bagaimana Tuhan ...
  • Apakah yang menjadi piawaian dalam permasalahan yang berkaitan dengan kalam?
    4835 Teologi Klasik
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah ajaran "Budha" adalah agama ilahi?
    7919 Teologi Klasik
    Sepanjang catatan sejarah, manusia selalunya tidak pernah sepi dari berbincang tentang permasalahan agama. Ini kerana hanya melalui agama sahaja manusia dapat menyempurnakan dirinya dan menghubungkan dirinya kepada Maha Pencipta yang menciptakannya. Akan tetapi sejarah juga membuktikan dalam nukilannya bahawa perjalanan manusia ini sering dikotori oleh agama-agama bumi (ardhi) ...
  • Saya menemui beberapa istilah “syariat”, “tarikat”, “hakikat” ketika membaca buku-buku akhlak dan irfan, mohon anda jelaskan beberapa istilah ini?
    11098 Irfan Teori
    Para ahli Irfan atau kaum Arif memandang bahawa manusia akan dapat kembali ke tempat asalnya dan menghilangkan “jarak” kewujudannya dengan Tuhan dengan melangkah di jalan-jalan spiritual (sair suluk). Ketika manusia terlalu “dekat” dengan Tuhannya, maka dia akan sirna (fana) dari dirinya dan abadi (baqa) bersama-Nya.Oleh ...
  • Bagaimana kita dapat mengenal pasti benar atau dustanya orang yang mendakwa dirinya sebagai nabi?
    6543 Teologi Klasik
    1.             Wahyu secara leksikal (lughawi) bermakna "transformasi sebuah perkara secara cepat dan tersembunyi." Namun secara istilah disebut sebagai "Pencerapan dan pemahaman tipikal yang terkhusus bagi para nabi dan merupakan firman Tuhan dengan peranantara atau tanpa peranantara."2.             ...
  • Apakah falsafah kemaskulinan wacana al-Qur’an?
    5866 زن
    1. Kita tidak boleh menganggap ungkapan dan perbicaraan al-Qur’an sebagai bersifat maskulin melainkan kita dapat menentukan bahawa spiritual hikmah ke atas lafaz dan bicara al-Qur’an itu bersandar kepada jantina dan kita dapat menentukan bahawa ia berpaksi atas maskulin. Melalui berbagai ayat al-Qur’an dapatlah difahami bahawa wacana yang ...
  • Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
    9611 Teologi Klasik
    Tuhan adalah zat yang Maha Sempurna secara mutlak, suci dari semua kekurangan dan kecacatan, Maha Kaya dari semua kewujudan di alam semesta ini, tidak memerlukan apa pun, sebaliknya makhluk-makhluk-Nya pula ialah mereka yang perlu dan berhajat kepada-Nya. Di sisi lain, dalam kesempurnaan-Nya Allah adalah zat yang Maha ...
  • Apakah ketiadaan syaitan setara dengan tiadanya penyempurnaan bagi insan?
    4751 Teologi Klasik
    Sila ambil perhatian, walaupun peranan syaitan-syaitan jin dan manusia merupakan sebuah peranan yang penting, dan mereka perlu wujud, namun siapakah yang memilih untuk memainkan peranan ini seiring dengan pilihan dan kehendak sendiri tanpa paksaan daripada Allah (s.w.t). Allah (s.w.t) tidak menciptakan syaitan sebagai syaitan. Ini disebabkan sudah ...

Populer Hits