Carian Terperinci
Pengunjung
27813
Tarikh Kemaskini 2012/11/11
Ringkasan pertanyaan
Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Kebersihan merupakan setengah dari iman”. Di tempat lain juga Nabi (s.a.w) bersabda: “Menikah adalah setengah dari iman individu yang sempurna. Oleh itu bagaimana dengan solat dan puasa?
soalan
Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Kebersihan merupakan setengah dari iman”. Di tempat lain juga Nabi (s.a.w) bersabda: “Menikah adalah setengah dari iman individu yang sempurna. Oleh itu bagaimana dengan solat dan puasa?
Jawaban Global

1.    Pertanyaan telah menukilkan sebuah riwayat daripada Nabi (s.a.w) iaitu: “Kebersihan setengah (1/2) dari iman!” di mana nukilan riwayat seperti ini tidak ada di dalam kitab hadis dan kitab yang lain.
2.    Apa yang telah dinukil dari Nabi (s.a.w) di dalam kitab ialah: “Kebersihan dari iman (النظافة من الايمان)”. Maknanya hadis tersebut ialah: iman sumber kebersihan atau kebersihan itu membentuk bahagian dari iman tersebut. Oleh itu individu yang beriman mempunyai perhatian khusus terhadap kebersihan.
3.    Dengan memberikan perhatian kepada beberapa riwayat daripada Nabi Nabi (s.a.w) yang bersabda: “بنى الدين على النظافة” (agama dibangunkan di atas kebersihan) termasuk kata-kata para Imam Maksum (a.s) dalam bab wudhu dan lain-lain iaitu: "لاصلوة الا بطهور" (tidak sah solat kecuali dengan kebersihan), mungkin dapat dikatakan, maksud dari naẓāfah (kebersihan) adalah ṭahārah (penyucian). Tidak hanya solat, bahkan setiap amalan tanpa kebersihan dan penyucian tidak akan sah dan tidak diterima meskipun tertib dan pembahagian penyucian tidak sama (penyucian dari hadath, khabath  dan ṭahārah pada makhluk).
4.    Perkahwinan dan pembentukan rumah tangga mempunyai kepentingan yang eksklusif menurut pandangan Islam. Ini disebabkan dari satu sisi perkahwinan dianggap sebuah medium untuk kebersihan dan pengikat naluri seksual, penenang dan pergerakan yang menuju ke arah kesempurnaan agama. Dari perspektif lain pula ia adalah celaan ke atas golongan rahbāniyyah (yang meninggalkan dunia dan kenikmatannya) di samping menganggap mereka ini sebagai penghalang kesempurnaan dan kebahagiaan. Dengan persepsi mental seperti ini perkahwinan menjadi penjaga separuh agama.
5.    Penafsiran tentang “setengah agama” bagi pernikahan merupakan sebuah perkara yang biasa dalam menerangkan sesuatu masalah, terdapat banyak kegunaan dari penafsiran seperti ini.
6.    Penafsiran perkara-perkara solat, puasa, haji, jihad, wilayah dan lain-lain yang dibawa dalam teks-teks agama tidaklah kurang dari penafsiran yang berfungsi di dalam perkahwinan dan kebersihan.    
7.    Di dalam riwayat-riwayat yang terlalu banyak, had dan bahagian-bahagian Islam serta Iman seperti tawakkal, pasrah urusan kapada Allah, keredaan terhadap ketetapan Allah, penyerahan, kebaikan dan kejujuran, penepatan janji, ilmu dan kesabaran, solat, wilayah dan lain-lain lagi sudah pun dikenal pasti manakala hubungan “Setengah dari agama” tentang perkahwinan dan lain-lain lagi adalah merupakan hal perbandingan
 

Jawaban Detil

Dalam pertanyaan tersebut terdapat nukilan sebuah riwayat yang mana tidak pernah wujud eksternal (وجود خارجى), di manakah riwayat “kebersihan setengah dari iman”? Apa yang telah dinukilkan di dalam sumber-sumber riwayat ialah "النظافة من الايمان" iaitu kebersihan daripada iman. Ini membawa makna seseorang individu beriman, maka selaku orang mukmin, sentiasa kebersihan ada bersamanya dan kebersihan pula berpunca dari keimanan ataupun kebersihan membentuk separuh dari iman. Tidak sepatutnya seseorang mendakwa dirinya mempunyai iman yang benar sedangkan ia tidak memberikan perhatian terhadap kebersihan. Apa pun terminologi perkataan “setengah” tidak ada di dalam hadis-hadis sehingga permasalahan yang telah dibahaskan itu dapat diajukan dalam soalan. 

Pengkhususan pada kebersihan tidak hanya terhad pada mencuci tangan, muka, pakaian, rumah dan lain-lain lagi. Bahkan kefahaman yang lebih luas yang dapat digunakan padanya, bersama penyelidikan perkara-perkaranya akan membawa kepada kesimpulan sehingga solat, puasa dan lain-lain juga turut  termasuk di dalam kebersihan. Dengan kata lain, kebersihan yang bermakna penyucian ialah; dalam bentuk ini pemikiran dan amalan insan tanpa perkara tersebut tidak akan membuahkan keputusan. Oleh itu tidak boleh semata-mata hanya dikatakan: لاصلاة الاّ بطهور[1], bahkan setiap amalan tanpa kebersihan dan penyucian tidak akan sah dan dimakbulkan. Jikalaulah begini, maka iman tidak dapat direalisasikan.

Tambahan pula mengenai jumlah dan kuantiti yang diterangkan di dalam hadis merupakan perbandingan hubungan terhadap kuantiti. Misalannya jika dikatakan bahawa perkahwinan membuatkan setengah iman seseorang menjadi sempurna; iaitu dalam penilaian hubungan antara orang yang sudah berkahwin dan bujang, maka orang yang sudah berkahwin lebih selesa, dan disebabkan keselesaan ini ia dapat beribadat dengan lebih baik dan melaksanakan tugasnya. Oleh itu ia melalui separuh jalan. Namun individu yang masih membujang menghadapi banyak masalah dalam menjaga keimanan dan lain-lain lagi. Dari itu perkahwinan ditakwilkan sebagai penyebab yang penting dalam perkara ini.

Diriwayatkan daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: “Wahai para pemuda, barangsiapa di kalangan kalian berkemampuan maka ambillah seorang isteri, kerana perkahwinan dapat menutup mata terhadap bukan muhrim dengan lebih baik, dan memberikan kesucian hati yang lebih baik.”[2]

Di dalam Islam, dari satu jalan, aspek positif perkahwinan telah ditekankan bahawa: Perkahwinan adalah sebuah medium untuk ketenangan dan stabil, dasar untuk kecintaan dan kasih sayang. Setelah itu naluri seksual dapat ditenteramkan, hakikat kehidupan dapat difahami dengan lebih baik, dan lebih cepat melangkahkan kaki ke arah agama dan kebahagiaan.  dengan perkahwinan, dan jiwa pemuda dan lain-lainnya yang cukup bergelora dapat diimbangkan. Memang benar ketenteraman nikah itu dapat dipahami dengan lebih baik oleh orang-orang yang pernah merasakan betapa beratnya hidup dalam keadaan membujang dan orang yang mengetahui tentang keadaan jiwa dan roh yang penuh dengan kekhuatiran dan tidak tenang di kalangan para pemuda yang belum bernikah.

Dari perspektif lain, hidup secara rahbaniyyah (meninggalkan dunia beserta segala kenikmatannya) dianggap tidak terpuji dan dilarang. Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak ada rahbaniyyah dalam umatku...”[3].” Meninggalkan pernikahan, wanita, kehidupan dan lain-lain di mana sebahagian (Uthman bin Maẓʻūn, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w)  orang yang menjalani cara hidup seperti ini, merupakan hal yang tidak diterima dan diredai Rasulullah (s.a.w). Mengenai ini, beliau (s.a.w) bersabda: Aku tidak diutus oleh Allah (s.w.t) untuk hidup secara rahbaniyyah, akan tetapi Allah mengutusku dengan membawa sebuah agama yang seimbang dan mudah serta tidak susah. Saya berpuasa, saya solat, dan dengan para isteri.... barangsiapa yang menyukai agama fitrah-ku, maka ia harus mengamalkan sunnah, caraku dan nikah merupakan salah satu cara dan sunnahku...”.[4] mengikut perspektif serta dengan cara pandang inilah pernikahan itu dianggap sebagai pelengkap sebahagian iman. Ungkapan-ungkapan seperti ini banyak terdapat dalam hadis-hadis Imam Maksum (a.s).

Ini juga merupakan sebuah perkara biasa, dengan makna bahawa sekiranya kita ingin menerangkan tentang pentingnya sesuatu pekerjaan kepada seseorang, maka kita akan mengatakan kepadanya: Sekiranya engkau melaksanakan kerja ini, maka engkau sudah menempuh separuh dari jalannya atau separuh dari masalah-masalah engkau, kerana sudah melaksanakan kerja-kerja itu. Mungkin ukuran ‘separuh jalan’ atau ‘setengah masalah’ itu tidak betul-betul tepat jika dikira dengan terperinci dan secara teliti. Namun maksudnya di sini adalah pekerjaan tersebut mempunyai saham besar dalam menyelesaikan masalah atau mengerjakan masalah.

Walau bagaimanapun tidak boleh juga terleka dengan perkara ini iaitu: Kemungkinan dalam sebahagian hal sebagai contoh: hakikat sesuatu itu mempunyai ikatan dengan dua perkara, dan masalah yang lain juga turut berperanan dalam menyempurnakan sesuatu. Contohnya jika kita mempunyai sebuah riwayat iaitu kebersihan separuh daripada iman dan perkahwinan juga adalah separuh daripadanya juga, maka kita dapat mengatakan hakikat iman itu kukuh dengan dua asas. Tanpa kedua-dua ini iman tidak dapat disahkan manakala solat, puasa dan lain-lain lagi yang turut disertakan bersama perkara ini akan menjadikan iman semakin sempurna dan kuat; ini disebabkan iman adalah sebuah keadaan hati yang dikuatkan dengan pengaruh beberapa sebab.

Sekarang penafsiran begini tidak wujud. Tambahan lagi, kepentingan dan peranan solat di dalam Islam, kesannya dalam kehidupan individu, masyarakat dan lain-lain lagi tidaklah tersembunyi kepada sesiapapun.[5] Solat juga merupakan tiang agama,[6] zikir dan mengingat Allah (s.w.t),[7] mendekatkan setiap orang bertakwa,[8] salah satu dasar Islam,[9] timbangan amal-amal[10] dan lain-lain lagi. Meninggalkannya (sengaja atau menganggap remeh) adalah kafir.[11] Begitu juga amalan-amalan lain seperti puasa, jihad, wilayah dan lain-lain di mana memiliki peranan yang sangat penting dalam ajaran agama Islam. Ungkapan-ungkapan yang khusus berkaitan dengannya dalam teks-teks agama itu tidak kalah banyaknya dengan ungkapan-ungkapan yang ada kaitannya dengan pernikahan dan kebersihan.

Walau bagaimanapun seperti yang dikatakan sebelum ini, kebersihan tidaklah terbatas di dalam ruang lingkup yang terkenal di kalangan masyarakat dan ia meliputi makna yang lebih luas di mana kemungkinan ia melingkupi himpunan koleksi kebersihan badan dari hadas kecil dan besar, kebersihan hati dari akhlak buruk yang bukan daripada ajaran Islam. Kerana itu dalam beberapa sumber, terdapat riwayat yang menukilkan daripada Rasulullah (s.a.w) yang bersabda, “Islam dibangunkan di atas dasar kebersihan,”[12] atau apa yang terdapat di dalam bab wudhu, mandi dan lain-lain lagi sebagai penyucian dalam kata-kata para imam maksum (a.s).[13]

Akhir kalam, perlu juga disebutkan perkara ini bahawa merujuk pada hadis-hadis menerangkan tentang iman, bahagian dan rukun iman, Islam, dan bahagian-bahagian Islam, dan lain-lain lagi. Jelas sekali bahagian-bahagian dan rukun-rukun Islam serta iman tidaklah dibataskan dalam  skop perkahwinan, kebersihan dan lain-lain semata-mata. Contohnya:

  1. Abu Hamzah menukilkan daripada Imam Baqir (a.s) yang berkata:Islam itu dibangun di atas lima: solat, zakat, puasa, haji dan wilayah...”.[14]
  2. Imam Shadiq (a.s) dalam menjawab pertanyaan apakah “lingkungan iman,” beliau berkata: Bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah (s.w.t), Rasulullah (s.a.w) utusan-Nya, mengakui apa yang datang dari Allah (s.w.t), solat lima waktu, mengeluarkan zakat, puasa pada bulan ramadhan, menunaikan ibadah haji, dan berwilayah adalah sahabat kami, dan memusuhinya adalah musuh kami dan...”.[15]
  3. Imam Shadiq (a.s) meriwayatkan daripada Imam Baqir (a.s) yang menukillan daripada Imam Ali (a.s) di mana beliau berkata: “Iman itu memiliki 4 rukun: tawakkal kepada Allah (s.w.t), menyerahkan urusan kepada Allah (s.w.t), reda dengan ketentuan dan qadha Allah (s.w.t) dan pasrah kepada perintah Allah (s.w.t)”.[16]
  4. Imam Shadiq (a.s) berkata: “Allah (s.w.t) meletakkan iman itu pada 7 bahagian: kebaikan dan kebenaran, yakin, reda, setia, ilmu dan sabar,...”.[17][]

 


[1] . Bihār al-Anwār, jil. 42, hal 245.

[2] . Muhaddis Nuri, Mustadrak al-Wasāil, jil. 2, hal. 531, hadits 21.

[3] . Bihār al-Anwār, jil. 70, hal 115.

[4] . Wasāil al-Syi’ah, jil. 14, hal 74.

[5] . Indeks: Shalat.

[6] . Bihār al-Anwār, jil. 82, hal 201; Nahj al-Balāghah, surat 47.

[7] .Qs. Thahaa (20): 14.

[8] . Nahj al-Balāghah, hikmah 136.

[9] . Bihār al-Anwār, jil. 82, hal 234.

[10]. Al-Kāfi, jil. 3, hal 267, hadits 13; al-Faqîh, jil. 1, hal 33, hadis 622; Wasāil al-Syi’ah, jil. 3, hal 22, bab 8, hadis 8.

[11] . Bihār al-Anwār, jil. 82, hal 216-217.

[12]. Mahajjatul Baidhā, jil. 1, hal 281.

[13] . Wasāil al-Syi’ah, kitab Thahārah; Imam Khomeini, Adab al-Shalah, hal 55-94 dan lain-lain.

[14] . Bihār al-Anwār, jil. 68, hal 329, juga hal 225-396.

[15] . Ibid, hal 330, hadits 4.

[16] . Ibid, hal 340 dan 341, hadits 12.

[17] . Ibid, jil. 69, hal 159.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits