Carian Terperinci
Pengunjung
49457
Tarikh Kemaskini 2011/01/01
Ringkasan pertanyaan
Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
soalan
Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
Jawaban Global

Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.

Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini dalam al-Quran telah mengajak kita untuk memerhatikan beberapa noktah berikut:

 

Pertama: Wahyu tidak hanya terbatas khusus kepada manusia sahaja, bahkan ia juga berkaitan dengan objek yang tidak bernyawa, tumbuhan, binatang, dan sebagainya (wahyu yang diturunkan kepada kewujudan-kewujudan ini adalah hidayah dan bimbingan yang bersifat semulajadi (zat), tabiat, atau dengan kata lainnya hidayah takwiniyah[i] Tuhan yang akan mengantarkan mereka ke arah kesempurnaan), akan tetapi derajat wahyu yang tertinggi hanya khusus untuk para nabi dan wali-wali Tuhan, dan yang dimaksud dengan wahyu ini adalah penyampaian hakikat makna-makna ke dalam kalbu Rasulullah Saw dan "perbicaraan" Tuhan dengannya.

Kesimpulannya bahawa secara prinsipnya "penyampaian-penyampaian" (wahyu) yang terjadi ke atas sesama manusia tidaklah berbeza, akan tetapi ianya berbeza dari sudut derajat dan tingkatannya. Serendah-rendah derajat wahyu adalah wahyu berkaitan dengan objek yang tidak bernyawa dan tumbuhan, dan setinggi-tinggi darajat adalah khusus untuk para Anbia'.

 

Kedua: Wahyu digunakan dalam makna-makna yang berbeza, seperti dalam bentuk makna isyarah, was-was, inspirasi dalam pemahaman yang diperoleh secara semulajadi atau melalui mimpi, dimana derajat yang tertinggi terletak pada berbicaranya Tuhan kepada para Anbia' dan Rasul-rasul.

Sementara itu, ciri-ciri wahyu adalah sebagai berikut:

1.   Sifatnya yang internal dan intrinsic (batin).

2.   Keberadaan guru dan pembimbing.

3.   Mendapatkannya dalam keadaan sedar.

4.   Melalui perantara wahyu.

 

Cara-cara penurunan wahyu kepada para Anbia' memiliki tiga bentuk (meskipun mengikut pandangan Al'lamah Thaba'thabai ketiga-tiga bentuk ini akhirnya akan kembali kepada satu bentuk, iaitu penerimaan wahyu secara langsung dari Tuhan). Dan ianya adalah:

1.   Percakapan Tuhan tanpa perantara (secara langsung);

2.   Pembicaraan di balik tabir, hijab,atau penghalang;

3.   Dengan mengirim utusan, melalui malaikat penyampai wahyu.

 

Dari kaca mata falsafah berkaitan penurunan wahyu dan peranan malaikat mengingatkan kepada noktah ini yang mana pada dasarnya malaikat bukanlah perantara dengan makna bahawa mereka menerima wahyu dari Tuhan kemudian menyampaikannya dengan bahasa khasnya sendiri kepada nabi. Pada hakikatnya malaikat adalah manifestasi pesanan-pesanan Tuhan, oleh karena itu, di sini tidak ada perantara hakiki sehingga boleh terjadi kesalahan padanya dalam penyampaian pesanan-pesanan Ilahi.

Penerimaan wahyu dalam bentuk pertama adalah secara langsung, tidak melalui satu pun perantara, sementara pada bentuk kedua dan ketiga, jika Rasul Saw tidak menerima wahyu melalui perantara atau dari balik tabir, pastilah beliau menerima wahyu secara langsung.

Dan noktah terakhir di sini bahawa hakikat wahyu adalah merupakan ilmu syuhudi (ilmu yang tidak dihasilkan melalui pancaindera yang lima, tetapi ia adalah ilmu syuhudi atau kehadiran wujud objek maklum yang bukan berbentuk material (مادی) dan gambaran (صورت) pada diri seorang alim). Ilmu ini berlawanan dengan ilmu hushuli (ilmu yang diperoleh melalui penggambaran fikiran atau pancaindera yang lima), yang mana padanya (ilmu syuhudi) tidak ada kemungkinan boleh terjadi dusta mahupun salah.

Maka dengan demikian, manusia mampu dengan sair su'udi (gerak menaik) dan gerak menyempurna untuk sampai ke suatu maqam yang memungkinkannya untuk hadir di sisi Hazrat Hak dan mendapatkan ilmu Ilahi secara langsung dengan tanpa melalui perantara.

Pada maqam inilah manusia akan jauh dari alam kasrat (iaitu terlepas dari alam Banyak iaitu alam makhluk dan material yang mana sifat alam ini adalah terbatas dan setiap wujud terbatas dengan kewujudan masing-masing yang mana manusia bukan haiwan dan haiwan bukan objek yang mati dan sebagainya. Dan banyak terjadi dengan sebab ini. Tetapi jika manusia sudah menyatu dengan alam atas (malakut), maka pakaian keterbatasannya akan terlucut dan pada ketika itu wujudnya akan fana' (sirna) di dalam wujud Tuhan yang satu. pent), bebas dari kebergantungan kepada selain Tuhan, dan terlepas dari segala kesilapan. Inilah yang dinamakan maqam ishmah dan suci para Anbia'.



[i]. Yang berkaitan dengan hukum alam atau hukum penciptaan. Ini berlawanan dengan hidayah tasyri'iyah yang bermakna hukum agama, makrifat, atau syariat.

Jawaban Detil

Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah cepat yang boleh terjadi dari jenis perkataan atau kod-kod percakapan atau suara yang tak berangkap, dan seumpamanya atau dalam bentuk suara yang kosong dari susunan bahasa, atau dalam bentuk isyarah dan seumpamanya.[1]

kalimat ini berkali-kali digunakan di dalam al-Quran. Bentuk penggunaan kalimat ini yang berbagai bentuk menunjukkan bahawa al-Quran tidak membatasi kata wahyu ini hanya untuk manusia saja, bahkan ia merangkumi bagi seluruh kewujudan yang hidup. Oleh karena itu, pembentukkan sarang lebah juga dianggap sebagai sebuah wahyu.

Benar, wahyu untuk kewujudan-kewujudan yang begini dianggap sebagai hidayah tabiat semuladi (binatang tersebut) yang mana ia akan mengarahkan dan membimbing mereka ke arah kesempurnaan wujudnya, dan peristiwa ini merupakan salah satu fakta (penting) yang menunjukkan bahawa alam memiliki tujuan, dan setiap kewujudan tidak bergerak ke arah tujuan mereka secara kebetulan dan tidak tidak sengaja, bahkan hal ini terjadi dengan hidayah takwiniyah Tuhan yang berbentuk wahyu kepada makhluk-makhluk tersebut.

Tentunya wahyu memiliki derajat dan tingkatan-tingkatan yang berbeza-beza; wahyu kepada objek yang tidak hidup (seperti batu, air dan sebagainya) berbeza dengan wahyu untuk tumbuhan dan sebagainya yang mana ianya bukan pada satu peringkat yang sejajar. Demikian juga hidayah dan bimbingan yang ada pada tumbuhan dan sebagainya, tidak terdapat pada objek yang tidak mempunyai kehidupan.[2]

Paling tinggi kedudukan wahyu adalah wahyu yang dikhususkan kepada para Anbia'. Yang dimaksudkan dengan hal ini adalah menyampaikan makna-makna (wahyu) ke dalam kalbu Rasulullah Saw dari sisi Tuhan dan bicaranya Tuhan dengannya.[3]

Wahyu ini adalah berdasarkan kepada keperluan manusia terhadap hidayah dan bimbingan Ilahi supaya dari satu sisi ia akan terbimbing ke arah tujuan yang sangat tinggi dan suci yang berada di atas ufuk alam materi, dan dari sisi yang lain ia akan memperoleh jawapan positif terhadap keperluan hidup bermasyarakatnya yang berada di bawah undang-undang Ilahi.

Oleh karena itu, wahyu merupakan hasil keluaran dari hidayah Ilahi melalui hubungan batin jiwa Rasulullah Saw kepada alam ghaib dan malakut, dan Rasul Saw adalah merupakan perantara hakiki antara alam manusia dan alam ghaib malakuti. (Kami juga akan menjelaskan bahawa manusia-manusia sempurna pun mampu untuk mencapai sebagian dari tingkatan-tingkatan wahyu).[4]

Dari apa yang disabdakan oleh Rasul Saw dapat difahami bahawa pada prinsipnya hakikat (ماهیت) wahyu yang diturunkan kepada semua manusia tidak ada perbezaannya dari makna apa yang diilhamkan, dan jika sekalipun ianya berbeza, perbezaan tersebut hanya dari sudut tingkatannya sahaja. Contohnya Rasulullah Saw pada salah sebuah hadisnya bersabda, "Mimpi yang benar merupakan sebahagian dari tujuh puluh bagian kenabian."[5] Hadis ini mengisyarahkan bahawa wahyu yang diturunkan kepada para nabi memiliki derajat yang tinggi dan terselimuti oleh cahaya sangat suci dimana seluruh manusia mampu untuk memanfaatkan pancaran cahaya malakuti tersebut.

Merupakan suatu hal yang sangat tepat jika di sini kita menganalisa makna-makna wahyu yang digunakan di dalam al-Quran.[6]

Di dalam al-Quran, wahyu dipergunakan dalam makna-makna berikut:

1-     Dengan pengertian mencampakkan kefahaman kepada binatang melalui jalan tabiat semulajadi " وَاَوْحى ربُکَ إلى النَّحلِ " . "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin oleh manusia." (Qs. An-Nahl [16]: 68). Iaitu mereka diajar bagaimana sarangnya boleh dibuat.

2-     Dengan makna penyampaian melalui mimpi. {{و اَوْحَیْنا الى اُمّ موسى iaitu: " Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, …" (Qs. Al-Qashash [28]: 7)

3-     Dengan makna waswas . {اَلا إنَّ الشیاطینَ لیوحونَ الى اولیائهم} iaitu: " Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantahmu; …" (Qs. Al-An'am [6]: 121)

4-     Dengan makna penyampaian dalam bentuk isyarah. { فأَوحى الیهم أن سَبّحوا بُکرةً و عَشِیّاً}. Iaitu: "Maka ia keluar dari mihrab menuju kaumnya, lalu ia berkata kepada mereka dengan memberi wahyu (isyarat); supaya kamu bertasbih kepada Allah pada waktu pagi dan malam" (Qs. Maryam [19]: 11)

5-     Dan wahyu yang paling tinggi adalah dalam bentuk percakapan Tuhan kepada para Anbia' dan Rasul { {و ما کان لبشرٍ اَن یکلمّه اللَّهُ اِلا وحیاً . Iaitu: "Dan tidak layak Allah berbicara dengan seorang manusia pun kecuali dengan perantaraan wahyu, di belakang tabir, atau dengan mengutus seorang utusan (malaikat) lalu utusan itu mewahyukan kepadanya dengan seizin-Nya apa yang Dia kehendaki." (Qs. Asy-Syura [42]: 51)

 

Ciri-ciri wahyu kepada para nabi:

1.   Sifat wahyu yang internal dan batin;

2.   Adanya pembimbing dan pengajar Ilahi;

3.   Istisy'âr atau kesadaran;

4.   Memahami kehadiran perantara wahyu.

 

Penjelasan:

Yang dimaksud dengan batinya wahyu adalah bahawa para Anbia' tidak menerima wahyu melalui indera zahiriah pancaindera, bahkan mereka memperolehnya melalui jalan batin.

Dalam masalah ini, al-Quran juga mengungkapkannya dengan istilah 'kalbu'. Sebagaimana firman-Nya: {نزل به الروح الامین على قلبک }. Iaitu: "Ar-Ruh al-Amin (Jibrail a.s.) telah menurunkannya ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan." (Qs. Asy-Syuara [42]: 193-194).

Yang dimaksud dengan kalbu di sini adalah batin, iaitu jiwa dan ruh. Kadangkala, wahyu juga dikatakan bersifat eksternal' kerana hubungannya dengan alam yang lain.

Sedangkan yang dimaksudkan dengan adanya pembimbing dan pengajar bahawa pengertian wahyu yang diturunkan kepada para Anbia tidak sebagaimana tabiat semulajadi yang ada pada haiwan yang mana ia sama sekali tidak perlu kepada pengajaran dan bimbingan, dan bukan pula dari jenis ilham (sebagaimana yang terjadi ke atas sebahagian manusia dan para ilmuwan). Ini adalah karena dalam ilham, manusia dapat merasakan bahawa sesuatu yang diilhamkan kepadanya tidak ada dalam benaknya sebelum itu dan kemudian secara tiba-tiba ia merasakan sesuatu menempel dalam benak fikirannya. Akan tetapi dia tidak merasakan adanya pihak pengajar dan pembimbing yang mengajarnya. Sementara para Anbia As merasakan keberadaan dan kehadiran pengajar, sebagaimana yang tersirat dalam firman-Nya. {علمه شدید القوى }. Iaitu: " … yang diajarkan kepadanya oleh (Jibrail a.s.) yang sangat kuat …" (Qs. An-Najm [53]: 5). Dan ayat: {{علمّک مالم تکن تعلم. Iaitu: "Dan Allah telah menurunkan kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui." (Qs. An-Nisa [4]: 113).

Sementara itu, yang dimaksud dengan istisy'âr atau kesadaran adalah karena pada saat menerima wahyu, Rasulullah saw berada dalam keadaan sadar dan mengetahui bahawa hal tersebut dia peroleh dari "tempat" lain. Persoalan ini sebagaimana halnya ketika kita sedang belajar dari seorang guru, kita menyadari bahawa kita sedang duduk di hadapannya dan mendengarkan seluruh perkataannya secara sadar, hanya saja perbezaannya adalah bahawa guru dan pengajar kepada Rasul s.a.w. tidak berada di dalam alam ini.

Sedangkan maksud dari memahami hadirnya perantara wahyu adalah kadangkala wahyu disampaikan kepada Rasulullah saw melalui satu kewujudan yang lain atau makhluk lain dan bukan langsung dari Allah Ta'ala. Nama makhluk ini kadangkala disebut sebagai 'Ruhul Amin', kadangkala dipanggil dengan 'Ruhul Quddus', dan kadangkala pula disebut 'Jibrail a.s. Rasulullah Saw menyedari akan kehadirannya, sedangkan wahyu yang terjadi pada tabiat semulajadi haiwan dan ilham pada diri seseorang individu tidaklah seperti ini, kerana mereka tidak merasakan keberadaan seorang pengajar di samping mereka.

Dengan telah jelasnya pengertian wahyu ini, kita akan beranjak ke pertanyaan kedua dan menutup pembahasan dengan menjelaskan beberapa noktah.[7]

 

Al-Quran al-Karim mengisyaratkan tentang tiga bentuk wahyu yang diturunkan ke atas manusia:

1.   Perbicaraan Tuhan secara langsung dan tanpa perantara, iaitu antara Tuhan dan Rasulullah s.a.w. tidak terdapat sebarang perantara dan penghalang, dan Rasul secara langsung menerima wahyu dari sumbernya.

2.   Tuhan berbicara dari balik tabir (hijab atau penghalang).

3.   Tuhan berbicara dengan mengutus malaikat pembawa wahyu.

 

Jelas sekali perbezaan yang terdapat pada dua bahagian yang terakhir dengan bahagian yang pertama, yang mana padanya terdapat tabir dan penghalang antara Tuhan dan Nabi Muhammad Saw, tentunya makna hijab dan tabir di sini bukanlah bermaksud penerima wahyu dihalangi dari berhubungan langsung dengan kalam Tuhan, bahkan tetap pembicaranya adalah Tuhan, akan tetapi dengan alasan hikmah dan kehendak Ilahi (مشیة الهی), maka Nabi s.a.w. menerima wahyu melalui balik tabir atau melalui perantara lisan pembawa wahyu. Jesteru dengan itu, Hazrat s.a.w. menerima wahyu Ilahi baik melalui dari belakang tabir mahupun lisan pembawa wahyu tersebut.

Penerimaan wahyu dalam bahagian ini juga jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. secara langsung menerima pesanan (wahyu) Tuhan dan kalam mulia-Nya, oleh karena itu, jika Rasul s.a.w. menumpukan pandangannya kepada tabir tersebut, dikatakan bahawa ia adalah wahyu dari balik tabir, dan sebaliknya, jika dia tidak menumpukan kepada hijab atau tabir tersebut, maka wahyu yang diterima adalah secara  langsung dan tanpa perantara.

Demikian juga jika wahyu yang diperoleh itu melalui Jibrail a.s., sekiranya Hazrat s.a.w. tidak menumpukan kepada kehadiran perantara tersebut (Jibrail a.s.), maka wahyu yang seperti inipun akan dikatakan sebagai wahyu tanpa perantara dan lansung dari Allah Ta'ala (ini kerana, penerima wahyu hanya melihat wahyu dan pembicannya sahaja iaitu Tuhan).

Pada hakikatnya malaikat adalah merupakan acuan pancaran wujud (tajalli) dan manifestasi pesanan Tuhan, dan ia bukanlah bermakna pesanan Ilahi ini diambil melalui ruang pemahaman akalnya, dan kemudian dia menjelaskannya melalui deria pancainderanya iaitu lidahnya.

Oleh karena itu, jika dikatakan bahawa malaikat pembawa wahyu adalah amin dan dipercayai, hal ini tidaklah bermakna mereka adalah sebagai pemegang amanat sebagaimana pemahaman biasa yang ada dikalangan manusia yang mana amanat akan diserahkan dari tangan pemilik amanat kepada pemegang amanat.

Di sini meskipun pemegang amanat maksum (suci dari segala bentuk kesalahan dan kekeliruan) dan terlepas dari segala khianat, tetapi ia tetap tidak menafikan sifat khianat secara essential -tabiat semulajadi atau zat- dari mereka (. Atau dalam pengertian lain, jika mereka mahu melakukan khianat, maka perkara tersebut tidaklah terhalang buat mereka, ini kerana setiap manusia mempunyai pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya. Walausekalipun mereka tidak akan melakukannya), sementara mengenai malaikat persoalan ini akan muncul dalam bentuk yang lain.

Pada prinsipnya malaikat bukanlah penerima dan pemindah wahyu dalam makna umum (misalnya dia menerima wahyu dengan cara memahaminya terlebih dahulu dari Tuhan, kemudian menyampaikannya kepada Nabi). Dia bukanlah satu kewujudan yang berfungsi sebagai perantara antara Tuhan dan rasul-Nya, bahkan dia adalah acuan pancaran -tajalli- wahyu dan manifestasinya ilmu Tuhan itu sendiri. Dia merupakan satu lembaran yang mana firman-firman Ilhahi tertera di atasnya.

Jika Rasulullah Saw menyedari acuan tajalli ini, maka dikatakan bahawa pembicaraan Tuhan kepada rasul yang dilakukan melalui malaikat, sekiranya rasul (meskipun mengetahui bahawa ilmu Ilahi dan kandungan wahyu berada dalam acuan ini dan ia melihat refleksinya terpancar dari acuan tersebut) tidak menumpukan kepada acuan tersebut dan hanya memperhatikan kepada sumber wahyu dan kandungan pesanan itu sahaja, maka wahyu yang diterima adalah wahyu tanpa perantara dan secara lansung. Hal ini seperti seseorang melihat gambar yang ada di dalam sebuah cermin namun dia lalai terhadap cerminnya itu sendiri.[8]

Berdasrkan inilah Allamah Thaba'thaba'i Ra berkata, "semua bentuk penurunan wahyu boleh dianggap berasal dari Tuhan secara langsung dan tanpa perantara."[9]

Dan dengan dalil inilah di dapati bahawa pada sebahagian ayat-ayat suci al-Quran, penurunan wahyu dinisbahkan kepada Tuhan dan penyandaran ini bukanlah dalam bentuk majazi (sesuatu yang tidak mempunyai makna hakiki). Sebagaimana hal ini tersirat dalam firman-Nya, " Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang (datang) setelahnya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya‘qub dan anak cucunya (Bani Isra’il), Isa, Ayub, Yunus, Harun, dan Sulaiman." (Qs. An-Nisa [4]: 163)

 

Perhatian:

Wahyu bukan terdiri dari ilmu Hushuli,[10] bahkan ia sejenis ilmu syuhudi (penyaksian hakikat wujud), Hudhuri, dan sejenis ilmu yang menyingkap (hakikat di luar) secara sempurna dan alam ghaib. Penghasilan ilmu ini oleh kerana kehadiran secara langsung hakikat-hakikat di luar di sisi alim (penerima ilmu), maka secara tabiatnya ia tidak memiliki kemungkinan untuk terjadi salah dan keliru padanya (kerana yang hadir bukan gambaran wujud tersebut sebagaimana yang terdapat pada ilmu Husuli, bahkan wujud itu sendiri yang hadir di sisi alim –penerima ilmu-), dan menggambarkan sekecil-kecil kemungkinan boleh terjadi  kesalahan pada ilmu tersebut bermakna penafian terhadap prinsip-prinsip wahyu atau penolakan hakikat wahyu.

Dengan demikian, dengan menyandarkan kepada argumen-argumen Falsafah, tingkatan-tingkatan alam kewujudan, dan peringkat-peringkat ilmu serta lapangan yang terbuka bagi kesempurnaan manusia, kita boleh menyimpulkan bahawa (perkara ini juga bertepatan dengan ayat-ayat suci al-Quran) dengan pergerakan menuju ke atas dan proses menyempurnaan (سیر صعودى و تکاملى), manusia mampu untuk sampai kepada suatu kedudukan yang mana dia hadir (secara lansung) di sisi Tuhan Yang Haq dan ia boleh memperoleh ilmu Ilahi secara langsung, dengan tanpa sebarang perantara dan Tuhan berbicara denganya tanpa memerlukan lafaz-lafaz suara yang boleh didengar oleh telinga atau tanpa memerlukan perantara gambaran-gambaran ilmu (seperti supaya kita mempunyai ilmu tentang sesuatu kita perlu mengambarkan gambaran wujudnya terlebih dahulu). Dan dalam tingkatan ini,  peringkat wujud dan keagungan ruh terpisah dari segala bentuk kasrat –alam makhluk yang mempunyai bilangan yang banyak- , dan bebas dari segala kebergantungan kepada selain dari-Nya, dan begitu juga ia akan terpelihara dari segala waswas, kesesatan, dan kesalahan. Dan inilah yang dimaksudkan dengan maqam ishmah para Anbia'.

Dengan definisi ini, kita akan sampai kepada beberapa noktah asasi seperti berikut:

1.   Pada prinsipnya, wahyu merupakan perkara yang mungkin terjadi dan merupakan salah satu dari tingkatan-tingkatan ilmu;

2.   Hakikat wahyu adalah penyingkapan dan penyaksian alam ghaib dan dalam hakikat ini, tidak ada erti kesalahan di dalamnya;

3.   Manusia dalam menuju kepada kesempurnaan diri mampu untuk sampai kepada suatu kedudukan yang mana wahyu boleh diturunkan ke atasnya dan akan mengantarkannya pada maqam ishmah.[11]

 

Untuk maklumat lanjut silahlah rujuk : Hadavi Tehrani, Mahdi, Ta'amulat dar 'Ilm Ushul Fiqh, daftar cohorum, Maqalah: Wahy Syuhud-e Ghaib.



[1] . Raghib Ishfahani, Mufrâdât, hal. 515, klausul wahyu.

[2] . Muthahari Murtadha, Majmu'e Âtsâr, jil. 4, hal. 410.

[3]. Meskipun pemahaman hakikat wahyu dan bentuk penurunannya (nuzul) bukan merupakan sebuah persoalan yang mudah dan mungkin ia sesuatu yang mustahil terjadi.

[4]. Meskipun Allamah Thabathabai mengatakan, "Etika agama tidak menetapkan bahawa wahyu adalah merupakan kalam-kalam yang diterima oleh para Anbia' dan Rasul." Tafsir Al-Mizân, jil. 12, hal. 423.

[5]. Muthahhari, Murtadha, Majmu'e Atsar, jil. 4, hal. 411.

[6]. Allamah Thabathabai, Muhammad Husain, Tafsir Al-Mizân, jil. 12, hal. 423.

[7] . Muthahhari, Murtadha, Majmu'e Atsar, jil. 4, hal. 411 hingga 414.

[8] . Hadi Tehrani, Mahdi, Mabani Kalami Ijtihad, hal. 76-77.

[9] .Allamah Thabathabai, Muhammad Husain, Tafsir Al-Mizan, jil. 4, hal. 149-150.

[10] Ilmu yang dihasilkan melalui deria pancaindera yang lima. Jika seseorang cacat salah stu dari deria-deria tersebut, maka ia tidak akan mampu untuk memperolehi sebahagian dari ilmu ini. Ilmu ini boleh terjadi kesilapan padanya.

[11] . Hadavi Tehrani, Mahdi, Mabâni Kalâmi Ijtihâd, hal. 78.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits