Carian Terperinci
Pengunjung
6755
Tarikh Kemaskini 2011/09/22
Ringkasan pertanyaan
Mengapa para penziarah, khususnya para penziarah dari Iran, menumpahkan tangisan mereka di samping kuburan Baqi’?
soalan
Mengapa para penziarah, khususnya para penziarah dari Iran, menumpahkan tangisan mereka di samping kuburan Baqi’?
Jawaban Global

Jawapan atas pertanyaan seperti ini bersandar pada pengenalan kita terhadap zat tangisan dan tujuan orang menangis.

Tangisan terbahagi menjadi dua. Tangisan zahir dan tangisan batin. Tangisan batin hasil dari pelbagai pengaruh mental dan kesan di mana dengan tangisan batin ini muncul pada manusia akibat pelbagai aktiviti otak dan setelah itu titisan air mata gugur pada wajahnya.

Pengaruh-pengaruh mental ini boleh jadi memiliki banyak faktor. Kadangkala kehilangan sesuatu yang kita miliki menjadi faktor pengaruh pada roh dan juga kadang-kadang perasaan untuk mencari kesempurnaan, keyakinan atau perasaan hiba kepada orang-orang yang teraniaya menjadi penyebab terpengaruhnya pada hati kemudian tumpahlah titisan air mata sebagai bentuk simpati dan empati kepadanya. Boleh jadi pengaruh-pengaruh roh dan sebab-sebab tercetusnya tangisan akibat perpisahan atau pertemuan, dan juga ketika tidak mampu serta merasa tidak berdaya, lemah, hipokrit atau riak dan sebagainya.

Bagaimanapun, linangan air mata Syiah yang gugur untuk para imam mereka di Baqi dan sebagainya bukan merupakan tangisan anak-anak yang kehilangan mainannya atau tangisan orang dewasa yang hartanya dirampas, melainkan tangisan mereka atas para imam mereka adalah tangisan kecintaan kepada kesempurnaan. Tangisan tersebut menyatakan kesedihan yang mengisahkan kematangan dan kesempurnaan sosial mazhab Syiah. Kesedihan ini merupakan dukacita atas kezaliman yang mendera kebenaran.

Tangisan ini bukan merupakan tangisan ketidakberdayaan, kelemahan atau kemunafikan. Tangisan ini merupakan air mata seorang manusia pencinta yang tumpah terjadi kadangkala kerana perpisahan dan juga kerana persuaan.

Tangisan ini merupakan tangisan seorang manusia yang bukan berhati batu dan ia menitis kerana kezaliman yang didera atas orang-orang teraniaya. Tangisan ini merupakan tangisan cinta kepada kesempurnaan dan kesedihan yang mendera lantaran sebahagian orang tidak membiarkan manusia terlepaskan dahaga kemanusiaannya terhadap tauladan kesempurnaan dan kebijaksanaan.

Tangisan ini pada dimensi eksoterik tidak hanya menjadi penyebab ketegangan jiwa, melainkan ia merupakan faktor perngertian dalam menciptakan mood,  penguat kesan dan pengenalan terhadap subjek yang menjadi fokus pembahasannya, kesiapan perbuatan, menguatkan hubungan, kecintaan dan menyediakan ruang baginya untuk dapat menyerupai orang-orang yang dicintainya atau mencintai segala hal yang menjadi kecintaan orang-orang yang dicintainya.

Pada perspektif eksoterik dan zahirnya, ia menunjukkan semangat dinamik dalam masalah-masalah sosial dan politik. Ia juga merupakan faktor berkesan dalam mencipta pelbagai gerakan dan konfrontasi sosial serta tawalla dan tabarra. Dengan meluapnya tangisan, ia dapat menjaga subjek yang menjadi fokus perhatiannya sehingga membekas dan tidak akan terlepas dari ingatannya. Dapat dikatakan, “Terjaganya maktab murni Muhammadi dan penentangan terhadap kezaliman merupakan salah satu buah yang dapat dipetik dari tangisan ini. Dan inilah rahsia mengapa orang-orang Syiah menumpahkan tangisan mereka di samping pekuburan Baqi’.

Jawaban Detil

Tanpa mengenal apa itu zat tangisan, penerapan, pengaruhnya serta pengelasannya dalam pandangan Syiah terhadap acara-acara berkabung dan tangisan, maka pertanyaan ini tidak mungkin dapat dijawab. Oleh itu, kami akan mengulas permasalah ini secara terperinci.

 

Intisari Tangisan

Tangisan terbentuk dari dua bahagian iaitu zahir dan batin. Zahir tangisan merupakan urusan fisiologi dan batinnya adalah bertitik-tolak dari pengaruh-pengaruh kesan dan dalaman, yang dihasilkan (bahan dan natural) melalui pelbagai penggerak dalaman atau luaran, seperti berfikir.

Dengan pengaruh-pengaruh effektif, sebahagian titik pada otak akan aktif dan memberikan aktiviti kelenjar air mata dan dari sini berguguranlah titisan air mata.

Adapun sisi batin tangisan (pengaruh-pengaruh effektif) memiliki faktor yang beraneka. Kerana itu, tangisan juga memiliki model yang berbagai:

1.     Tangisan yang bersumber dari hubungan semulajadi manusia terhadap dirinya dan segala yang bersangkut paut dengannya: Jenis tangisan ini muncul tatkala mengalami atau melihat peristiwa menghiris perasaan[1], kedatangannya tidak dikehendaki dan juga berkaitan dengan masa silam. Lantaran kehilangan sesuatu yang disukai seseorang akan bereaksi dan dalam istilah umum, ikatan-ikatannya akan terlerai dan air matanya pun tumpah.

2.     Tangisan seseorang yang memiliki akar pada keyakinan, seperti yang dihasilkan pada munajat-munajat. Manusia menemukan dirinya di haribaan Tuhan dan memandang dirinya sebagai pelaku dosa, dia akan melihat seluruh perbuatan dan perilakunya terakam. Oleh itu perkara ini memberikan kesan…[2] dan jenis tangisan seperti ini berkaitan dengan masa datang dan masa kini. Namun sudah tentu ia bukannya tidak berkaitan dengan masa silam. Misalnya tangisan penyesalan dan taubat.

3.     Tangisan yang gugur untuk mencari keutamaan dan kesempurnaan. Seperti tangisan akibat kehilangan guru atau ustaz akhlak, para Imam (a.s), dan Nabi (s.a.w). Hal ini dikeranakan ingin mencapai kesempurnaan itu kita memuji kesempurnaan pada kedalaman jiwa kita, dan akibat tiadanya kesempurnaan tersebut pada diri kita ia membuatkan kita bersedih dan merintih.[3]

Tatkala Ummu Aiman menangisi kepergian Rasulullah (s.a.w), khalifah kedua bertanya kepadanya gerangan apa yang membuat ia menangis? Bukankah Rasulullah (s.a.w) sekarang berada di sisi Tuhan? Ummu Aiman menjawab: “Kesedihanku lantaran kita tidak lagi mendapat merasai hidangan wahyu yang disampaikan oleh Nabi (s.a.w).[4]

4.     Tangisan atas orang teraniaya. Manusia yang tidak keras hatinya, akan bergetar melihat pemandangan seorang anak yatim di pelukan ibu pada suatu malam dingin musim salji, sangat menderita kerana perpisahan dengan ayahnya. Atau orang yang meluap perasaannya dalam bentuk titisan air mata disertai hati yang penuh dengan kesan kemanusiaan tatkala mendengar matinya seorang anak menyusui di pelukan ayah dan kering kerongkongnya. Tangisan ini tumpah kerana kesan kezaliman yang ditimpakan orang yang zalim kepada seseorang (misalnya kes Ali Akbar bin Husain).

5.     Tangisan kerana tidak berdaya dan lemah. Kadangkala manusia merasa tak berdaya dan lemah dan pada akhirnya sebak dan menangis dengan hina kerana kehilangan sesuatu atau menelan ubat pahit kekalahan. Tangisan ini adalah tangisan orang-orang lemah yang tidak kuasa sampai pada tujuan.

6.     Tangisan kerinduan, misalnya tangisan seorang ibu setelah bersua dengan anaknya yang hilang, setelah bertahun lamanya berpisah dan menanti kedatangannya. Air matanya berlinang di pipi atau tangisan kegembiraan lantaran menemui kekasihnya setelah sekian lama berpisah.[5]

7.     Tangisan perpisahan. Misalnya tangisan seorang pecinta yang ditinggalkan atau kehilangan kekasihnya.

8.     Tangisan kasih dan cinta. Menukil ucapan para ilmuan, salah satu dimensi kewujudan manusia adalah dimensi kasih sayang dan kemanusiaannya. Apabila manusia hampa dari dimensi ini maka sesungguhnya ia tidak mengecap rasa kemanusiaan. Atas dasar ini, apabila ada seseorang sepanjang usianya meskipun sekali saja tidak mengecup pipi puteranya sebagai ungkapan kasih kepadanya, maka ia suatu hal yang mendapat celaan Nabi (s.a.w), “man laa yarham laa yurham” (Barang siapa yang tidak mengasihi [maka ia] tidak [akan] dikasihi).[6] Tatkala Ibrahim wafat, Rasulullah (s.a.w) menangis, dalam menjawab pertanyaan sebahagian orang gerangan apa yang membuat Rasulullah (s.a.w) menangis. Beliau bersabda: “Bukanlah tangisan (ku) ini sebagai ungkapan kemarahan namun sesungguhnya tangisan (ku) ini adalah tangisan kasih. Barangsiapa yang tidak mengasihi (maka ia) tidak dikasihi.”[7]

9.     Tangisan dusta dan mengecoh umumnya disebut sebagai “air mata buaya.”[8]

 

 

Tujuan dan penerapan tangisan

Tujuan tangisan:

Seluruh jenis tangisan yang disebutkan di atas boleh jadi memiliki tujuan politik, budaya atau agama. Misalnya berkenaan tangisan para Imam Maksum (a.s) disebutkan bahawa: Tatkala ruang tabligh dipersempit bahkan ditutup mereka memanfaatkan tangisan sebagai bentuk perlawanan dingin terhadap pihak berkuasa. Tangisan mereka bermaksud mengajukan pertanyaan sedemikian bahawa mengapa orang-orang besar ini bersedih hati! Memangnya ada persoalan apa yang membuat mereka bersedih hati dan menangis!

Bertolak dari sini, untuk menjelaskan hakikat ajaran Islam dan menyampaikan kepada manusia dan membangunkan serta membongkar hakikat para penzalim dan penjarah, mereka menumpahkan air mata dan inilah rahsia tangisan puteri Rasulullah (s.a.w), Fatimah Zahra yang dinukil dalam sejarah.

Setiap hari, beliau mengambil tangan Hasan dan Husain dan menangis di pinggiran kota Madinah di bawah bayang pohon. Mereka yang melintas di tempat itu, dalam benak mereka terlintas pertanyaan gerangan apa yang membuat Fatimah menangis? Apa yang telah terjadi? Bukankah ayahandanya bersabda tentang Fatimah bahawa murkanya Fatimah adalah murkanya Rasulullah?[9] Lalu kepada siapa beliau murka sehingga menangis sedemikian rupa? Dalam keadaan seperti inilah Sayidah Fatimah Zahra menyampaikan khutbah membaranya kepada masyarakat tentang realiti apa yang terjadi. Kerana itu, sebahagian orang datang dan menebang pohon itu namun segera Ali bin Abi Thalib menyediakan tempat pelindung bagi Sayida Zahra dan tindakan yang dilakukan suaminya untuk duduk pada lintasan yang dilalui para musafir, menangis dan menolongnya telah mendorong kita untuk mengetahui rahsia besar politik yang telah disebutkan di atas. Atas alasan ini, kita meyakini bahawa tangisan Fatimah adalah penyokong pedang Ali bin Abi Thalib (a.s).

Pekuburan Baqi’ adalah pengingat duka dan nestapa Fatimah. Pengingat segala petaka yang ditimpakan kepada tokoh wanita besar Islam dan para Imam Syiah dalam menjaga Islam.

Harus diketahui bahawa kesedihan dan duka cita Syiah di samping pekuburan Baqi’ tidaklah sama dengan kesedihan seorang kanak-kanak yang kehilangan barang mainan yang membuatnya menangis. Atau kesedihan seorang dewasa yang kehilangan harta dan lain sebagainya. Kesedihan seorang Syiah merupakan kesedihan yang mengisahkan tentang kematangan dan perjalanannya menuju kesempurnaan. Kesedihan ini merupakan kesedihan atas keteraniayaan yang ditimpakan kepada kebenaran. Dan sebuah tangisan yang menegaskan tuntutan kesempurnaan Syiah.

Sebenarnya, tangisan kita, dari satu sisi, untuk para imam. Dan dari sisi lain, untuk diri kita sendiri. Apakah kesalahan mereka sehingga harus menderita duka dan nestapa? Bukankah kecintaan kepada mereka merupakan upah risalah? Mengapa sebahagian orang tidak membiarkan air mata kita gugur dan tumpah bagi mereka?

Bagaimanapun tangisan Syiah adalah tangisan keteraniayaan dan bersumber dari keinginan untuk meraih keutamaan. Hal ini memiliki akar pada ideologi mereka. Namun kesedihan ini juga memiliki sedikit perbezaan konfrontasi sosial, tabarra dan tawalla yang akan kita singgung kemudian. Ertinya tidaklah demikian bahawa keadaan seperti ini menjadi penyebab kelemahan dan ketidakberdayaan, namun menjadi penyebab pergerakan sosial. Tangisan Syiah bukan termasuk tangisan ketidakupayaan; kerana kita meyakini bahawa tangisan ini boleh jadi adalah tangisan keterpisahan[10] sebagaimana pesanan yang kita sampaikan kepada Imam Husain (a.s):

“Duhai Tuhanku! Sekiranya kami bersamamu maka kami akan mencapai kemenangan gemilang![11]

Atau boleh jadi tangisan ini adalah tangisan kerinduan. Misalnya seorang manusia yang sebak dan tergugah menyaksikan pelbagai kematangan, kepewiraan, orang-orang bebas, pidato-pidato membakar pemuda dan wanita yang secara zahir tertawan, sehingga tumpahnya air mata. Atau kemungkinan tangisan tersebut semata-mata tangisan emosi yang bersumber dari perasaan hiba; Apakah manusia setelah itu tidak menitis air matanya setelah mendengar segala kejahatan dan kekejian yang dilakukan pada peristiwa Karbala?

 

Manfaat dan pengaruh tangisan

Pengaruh tangisan dapat dikaji dari dimensi zahir dan dimensi batin. Pada dimensi zahiriah, seluruh aplikasi tangisan dapat ditinjau dari beberapa perkara di bawah ini:

1.     Sebagaimana yang telah dijelaskan, tangisan adalah sejenis ungkapan emosional batin dan apabila tidak bersumber dari ketidakberdayaan atau kelemahan sebagaimana yang disebutkan pada bahagian pertama di atas[12] maka yang dihasilkan adalah kedamaian jiwa dan sebenarnya akan menyebabkan pencerahan hati.[13]

Pengosongan emosional ini berkenaan dengan putaran transenden seseorang. Manusia ingin meraih puncak kesempurnaan. Akan tetapi tidak demikian caranya. Ia memahami hal ini dan menjadi emosional. Ia tidak ingin adanya kezaliman dan penindasan dalam agama namun kenyataannya kezaliman dan penindasan bermaharajalela. Ia melihat hal ini dan terpengaruh dengan kejadian ini. Ia menyaksikan segala berkat dan nikmat Ilahi pada dirinya dan orang lain serta dengan mengingat mereka (timbul perasaan hibanya). Tangisan sedemikian, jelas menjadi penumbuh harapan dan pencipta gerakan. Sudah tentu berbeza dengan tangisan kerana tekanan dan kemuraman. [14] Tangisan seperti ini menghadirkan mood dan tidak hanya menjadi faktor tidak stabil dalam kehidupan setiap orang, melainkan ia juga memiliki pengaruh pada proses pengubatan (healing) seseorang.[15]

Mereka yang turut serta pada majlis-majlis duka yang bercorak demikian, dengan sendiri mengakui bahawa majlis-majlis duka seperti ini memberikan perasaan tersendiri kepada mereka dan hal ini tidak timbul kecuali dengan perasaan duka dan sedih yang menguasai majlis sebagai kesedihan akhirat dan duka keteraniayaan orang-orang yang dianiaya.

2.     Emosi-emosi dan pengaruh-pengaruh mental pada dimensi makrifat yang menyisakan pengaruh seseorang. Juga meningkatkan perasaan ingin tahu dan pemahaman seseorang terhadap perisitwa duka yang menimpa keluarga Rasululllah (s.a.w).

3.     Dengan menguatkan perasaan dan pengenalan, kesediaan perilaku seseorang sejalan dengan pengenalan dan perasaannya akan semakin besar.

4.     Di antara pengaruh lainnya tangisan adalah penyebab munculnya perasaan senasib dengan mereka yang ditimpa duka.

5.     Kecintaan dan kesukaan seseorang terhadap objek yang digemari semakin bertambah. Akan tetapi sangat jelas bahawa pengaruh-pengaruh mental, adalah penjelas adanya jalinan emosi dengan orang yang teraniaya, meski seseorang yang tertimpa musibah adalah orang asing dan tidak terpengaruh oleh kesedihan yang dialaminya.

6.     Manusia sempurna adalah manusia yang pada saat yang sama, seluruh dimensi wujudnya, mengalami kematangan (mencapai kesempurnaan) dan memiliki perasaan, kekuataan berfikir dan pengetahuan yang kuat. Tangisan juga merupakan faktor untuk mematangkan perasaan dan pertanda adanya roh yang lembut dan emosi yang kuat. Yang pertama adalah penambah dan yang kedua adalah penunjuk.

Dari sini dapat difahami mengapa tatkala Amirul Mukminin (a.s) di zaman pemerintahannya tatkala mendapat berita tentang seorang wanita Yahudi yang dianiaya dan gelang kakinya dicuri: “Apabila ada seseorang yang mati kerana kesedihan ini, maka yang disalahkan bukan dirinya.”[16]

 

Faktor-faktor luaran Tangisan

Tangisan memiliki sisi sosial, politik, tawalla dan tabarra. Tangisan merupakan faktor penyebab munculnya pelbagai gerakan sosial dan politik. Kerana itu, pemerintahan-pemerintahan zalim melarang diadakannya acara duka atas para syuhada Karbala. Di sini kita akan menyebutkannya secara sekilas dari pengaruh-pengaruh sosial dan politik tangisan:

 

1.     Tangisan dan deklarasi perang atas kezaliman dan tirani:

Kadangkala titisan air mata membawa pesanan atas berbagai tujuan. Mereka yang ingin berkata dengan gaya Imam Husain dan para sahabat yang menyertainya dan sejalan dengan tujuan mereka. Perbuatan ini kadang-kadang dengan slogan-slogan membakar, gubahan syair-syair, epik kepahlawanan dan kadangkala dengan perantara lainnya.[17] Akan tetapi boleh jadi seluruhnya dilakukan kerana riak atau ketidakberdayaan, namun mereka yang kadang-kadang mendengar tragedi menyebakkan dan memilukan ini, akan menggugurkan linangan air matanya dari lubuk hatinya. Hal ini menjelaskan tentang kejujuran realiti ini (pernyataan kesetiaan terhadap tujuan-tujuan suci Imam Husain a.s. dan para sahabatnya). Hal ini menjalinkan hati dan jiwa dengan mereka serta mengistiharkan perlawanan melawan kezaliman dan penindasan. Akan tetapi sungguh jelas bahawa tangisan seperti ini tidak akan tercapai tanpa adanya perkenalan terhadap tujuan-tujuan murni orang-orang suci tersebut.

 

2.     Tangisan dan pengihupan kembali agama Islam:

Tangisan yang ditumpahkan oleh Syiah atas keteraniayaan para maksum (a.s) di antaranya bagi Sayidah Zahra dan para imam yang dikebumikan di Baqi’, Imam Husain telah menjadi sebab terjaganya Islam murni; Islam Muhammadi.

Imam Khomeini berkata, “Yang memelihara penguhulu para syuhada (Imam Husain) adalah tangisan-tangisan ini. Dan setiap maktab yang tiada tangisan, tiada duka…maka ia tidak akan terpelihara…”[18]

“Memelihara acara duka Asyura merupakan sebuah masalah penting politik-ibadah.”[19]

Syahid Muthahhari berkenaan dengan hal ini berujar, “Seorang pemuda bertanya kepadaku: Apabila maktab Imam Husain harus dihidupkan, apakah mengenang musibah yang melanda beliau juga harus diadakan? Aku berkata, “Iya.” Hal ini merupakan titah yang disampaikan oleh para imam kepada kita. Titah ini ada hikmahnya. Manakala hikmahnya adalah bahawa setiap maktab tidak memiliki sisi emosional dan afeksi, dan semata-mata merupakan maktab falsafah dan pemikiran, maka ia tidak akan banyak mempengaruhi roh kita dan tidak memiliki peluang untuk abadi. Akan tetapi apabila ia memiliki sisi emosional, maka kasih sayang ini yang akan memberikan kehangatan kepadanya. Tanpa keraguan lagi, maktab Imam Husain (a.s) adalah maktab logik dan falsafah. Maktab Imam Husain memiliki ajaran, ia harus dipelajari dan dikaji. Akan tetapi sekiranya kita menggunakan maktab ini secara melulu pada wilayah pemikiran semata-mata, maka ia akan kehilangan kehangatan dan kesegarannya dan secara asasi akan menjadi usang.[20]

Tangisan atau kezaliman yang ditimpakan kepada para imam menjadi penyebab panas dan gejolak dalam dada ini tetap segar terpelihara sehingga tiada lagi orang yang mengingkari peristiwa seperti Al-Ghadir dan tragedi Asyura. Menghidupkan Asyura ertinya menghidupkan maktab Islam; kerana Imam Husain bangkit dalam rangka menjaga dan memelihara Islam.

Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa tangisan kaum Syiah di samping pekuburan Baqi’ dan ketika berduka terhadap Imam Husain (a.s) dan sebagainya, pertama merupakan perkara semulajadi dan kemanusiaan. Kedua, bermaksud untuk mencapai tujuan-tujuan yang telah dijelaskan di atas dan tangisan seperti ini mendapatkan penegasan dari al-Qur’an dan riwayat, sirah nabawi. Para sahabat[21] juga menjadi bukti atas hal ini.[]

Rujukan untuk telaah lebih jauh:

1.     Bihâr al-Anwâr, jil. 44, hal. 289, 293; jil. 21, hal. 24.

2.     Wasâil al-Syiah, jil. 12, hal. 90.

3.     Thabâqât Ibn Sa’ad, jil. 8, 282.

4.     Alif Kaviani, Giriye Herbei-I dar Dast Syi’ah.

5.     Syahid Mutahhari, Imâmat wa Rahbari, hal. 53.

6.     Makarim Syirazi, Falsafa-ye Syahâdat, hal. 10-13.

7.     Syahid Muthahhari, Qiyâm-e Inqilâb-e Mahdi, hal. 108.

8.     Husain Rajabi, Pâsukh be Syubhat-e Âzâdari.

9.     Rijâl Kasyi, hal. 187.

10.  Tarjameh-ye Nafas al-Mahmum, hal. 15, 17, 23, 34.

11.  Samhudi, Wafâ al-Wafâ, hal. 468.



[1]. Keadaan yang menyebakkan seseorang adalah kedudukan dalaman dan luaran yang menimpa seseorang tanpa dikehendaki. Sudah tentu kadangkala sifatnya tiba-tiba seperti muncul pada orang yang mendengar khabar kematian dan hilang salah seorang kerabatnya akibat kecelakaan. Silakan lihat, Rah Tusye Rahyan-e Nur, Markaz Amuzesyha-ye Takhashusi Baqir al-‘Ulum, no. 46, hal. 235-254.  

[2]. Imam Sajjad As bersabda: “Air mata yang paling dicintai adalah air mata yang luruh secara tulus di keheningan dan kegelapan malam lantaran takut kepada Allah (s.w.t).” Bihâr al-Anwâr, jil. 9, hal. 329, bab Fadhl al-Buka, dan sudah tentu air mata yang gugur sedemikian adalah sejenis keyakinan yang kita miliki terhadap Tuhan dan alam akhirat.  

[3]. Pada ayat 92, surah al-Taubah dalam mencirikan sebahagian orang, disebutkan: Dan tiada (dosa pula) atas  orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu supaya kamu memberi mereka kenderaan, kamu berkata, “Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu.” Lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan (di jalan jihad).

[4]. Baihaqi, Dalâil al-Nubuwwah, jil. 7, hal. 266

[5]. Tatkala Ja’far bin Abi Thalib yang datang dari Habsyah (Afrika) ke Madinah, Rasulullah menyambutnya dan “Tangisan bahagia yang kelihatan dari wajahnya”, Bihâr al-Anwâr, jil. 21, hal. 24.

[6]. Rei Syahri, Mizân al-Hikmah, jil. 10, hal. 700; Bihâr al-Anwâr, jil. 43, hal. 282 dan 283.

[7]. Bihâr al-Anwâr, jil. 23, hal. 151.

[8]. Diingatkan: Walaupun sebahagian dari bahagian tangisan dari satu sisi bersifat umum dan boleh jadi terdapat jenis lain atau beberapa faktor lainnya yang berperanan dalam melahirkan tangisan. Akan tetapi untuk penjelasan lebih jauh dan perhatian terhadap faktor yang penting dan berpusat, kami kemukakan pembahasan ini.

[9]. Fatimah adalah belahan jiwaku. Barangsiapa yang menceriakannya sesungguhnya ia telah menceriakanku. Dan barang siapa yang mengusiknya sesungguhnya ia telah mengusikku. Fatimah adalah semulia-mulia manusia di sisiku.” Bihâr al-Anwâr, jil. 43, hal. 23. Shahih Muslim, jil. 5, hal. 54. “Sesungguhnya Allah murka dengan murka Fatimah dan reda dengan keredaannya. Kanz al-‘Ummal, jil. 12, hal. 111. Bihâr al-Anwâr, jil. 43, hal. 19 “Fatimah adalah hati dan jiwaku yang terletak di kedua sisiku. Barang siapa yang menyakitiknya sesungguhnya ia telah menyakitiku.”

[10]. Nabi Ya’qub menangis tatkala berpisah dengan puteranya sehingga matanya buta, Imam Sajjad (a.s) dalam menjawab pertanyaan orang yang bertanya kepadanya tentang mengapa ia banyak menangis, “Ya’qub tatkala berpisah dengan salah satu puteranya, ia menangis sehingga lantaran berduka sampai matanya buta sementara beliau tahu bahwa Yusuf masih hidup. Dan aku bagaimana aku tidak menangis….” Hilyat al-Auliya, sesuai nukilan terjemahan kitab A’yan al-Syiah, Sayid Muhsin Amin, hal. 72.

[11]. Mafatih al-Jinan.

[12]. Dalam ziarah Warith yang kita alamatkan kepada para syahid, kita membaca, “Kalian meraih kemenangan agung. Duhai sekiranya aku bersama kalian sehingga mencapai kemenangan bersama kalian.” Mafatih al-Jinan.

[13]. Menurut ahli psikologi, pada bahagian pertama tangisan sangat berpengaruh pada ketenangan jiwa dan ringannya luka dari kondisi menyebakkan.

[14]. Kadangkala disebutkan bahawa acara-acara berdukacita di Iran mengundang tekanan. Dan nampaknya yang mereka maksud dari gangguan-gangguan kemuraman adalah jenis yang parah. Namun gangguan ini bukan seperti gangguan kebosanan setelah menstruasi atau gangguan kemurungan setelah mengalami gangguan mental (mental disorder) yang bersumber dari scizhorpenia, melainkan yang mereka maksud adalah gangguan murung yang timbul dari hal yang baik di mana hal ini memiliki tanda-tanda sebagai berikut:

A.     Dua atau beberapa hal yang merupakan tanda-tanda kurangnya nafsu makan (anoreksi) atau terlebih nafsu makan, kurang tidur atau insomnia, kurangnya tenaga atau kelelahan, rendah diri, kurangnya tumpuan, kurang tegas dalam mengambil keputusan.

B.     Tanda-tanda ini berlangsung pada kebanyakan hari, paling kurang dilaporkan selama dua tahun.

C.     Tanda-tanda ini menyebabkan gangguan pada kemujuan sosial, pekerjaan dan sebagainya.

Di samping itu, para ahli psikologi berkata tentang tekanan positif terdapat tiga faktor biologi (keadaan otak dan kemajuan bahagian-bahagiannya), warisan (pada keluarga dan gen) dan berbagai emosi sekitar seperti munculnya tekanan yang ekstrim, krisis dan kehilangan, dapat berpengaruh pada benak seseorang. Dan tentu saja pengalaman yang mengundang tekanan lingkungan hanya berlaku orang-orang yang memiliki persiapan sekitar dan warisan, menjadi sebab munculnya kemurungan. Dan faktor-faktor tekanan antara lain ialah kehilangan pekerjaan, putusnya hubungan, kematian salah seorang kerabat, talak, perkawinan yang gagal, kesulitan ekonomi dan pada akhirnya kehilangan sesuatu atau seseorang memiliki saham dalam memunculkan tekanan. Dalam masalah ini, kami persilakan anda untuk merujuk pada buku Anjuman-e Rawansyinasi Amrika, (Asosiasi Psikologi Amerika), terjemahan Muhammad Ridha Nikkhu, DSMIV, hal. 88, 96, 564, 602.

Adapun acara duka tidak hanya tidak mendatangkan tekanan namun memainkan peranan dalam menghilangkan tekanan dan tidak menimbulkan satu pun tanda-tanda kemurungan positif. Sudah tentu analisa ini bersandar pada paradigma dan analisa materialistik terhadap penyelenggaraan sebuah acara duka. Namun dari sudut pandangan Islam dan analisa spiritual bahkan hal-hal yang telah disebutkan sebelumnya tidak dapat meletakkan roh seseorang pada pergolakan dan menjadi penyebab tekanannya lantaran orang tersebut adalah orang yang beriman kepada Tuhan, memandang-Nya sebagai Pemberi Rezeki dan bertawakkal kepada-Nya, dan ridha terhadap qadha dan qadar-Nya.

[15]. Tangisan adalah obat bagi setiap luka yang tak-terubati

Mata yang berlinangan merupakan anugerah Tuhan

Tangisan adalah mutiara samudera rahmat

Mata yang menangis adalah kunci syurga

Sepanjang tak luruh awan (hujan) bilamanakah tertawa alang-alang?

Sepanjang tak menangis bayi bilamanakah ia menyusu?

Sepanjang tak menangis anak kecil bilamanakah ku terjual?

Sehingga muncul keinginan untuk membeli? (Rumi)

[16]. Nahj al-Balâghah, khutbah 27.

[17]. Gelombang air mataku mengalir tanpa kata-kata menyampaikan pesan

Air mata yang mengalir bak pekik yang luruh dariku (Mulla Qasim Masyhadi)

[18]. Shahifeh-ye Nur, jil. 8, hal. 69-72.

[19]. Ibid.

[20]. Sairi dar Sire-ye Nabawi, hal. 58.

[21]. Masalah ini memerlukan pembahasan berasingan. Insya Allah pada kesempatan mendatang kita akan membahas permasalahan ini.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits