Carian Terperinci
Pengunjung
7464
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana mampu diandaikan keberadaan mumkinul wujud di samping Wâjibul Wujud yang basith dan tidak memiliki gabungan dalam ZatNya?
soalan
Apabila kita menerima bahawa Wâjibul Wujud adalah basith (tunggal, tidak punyai gabungan, tidak bercampur, dan tidak berangkap dengan sesuatu apapun) dalam ZatNya dan tidak boleh diandaikan adanya maujud lain di sisiNya, lalu bagaimana mumkinul wujud boleh digambarkan sebagai satu wujud yang mendampinginya?
Jawaban Global

Pada rangkaian salasilah sistem wujud yang menegak (Nizam at-Tuli), selain seluruh hakikat wujud adalah wujud dan ada, mereka juga memiliki darjat-darjat dan tingkatan-tingkatan yang berbeza, di mana dalam tingkatan-tingkatan mereka ini terdapat persamaan dan perbezaan dalam aspek kewujudan atau wujud itu sendiri.

Tingkatan tertinggi dalam rangkaian ini tidak lain adalah Tuhan yang merupakan wujud murni dan identitinya tidak terbatas oleh apapun, dengan demikian Zat SuciNya tidak mungkin dapat bergabung dengan sesuatu apapun, sedangkan wujud-wujud lainnya merupakan ma'lul (akibat), tanda, manifestasi, bayangan, dan makhluk daripada Zat Suci Tuhan. Oleh sebab mereka adalah wujud-wujud yang terbatas dan lemah, dan dalam zat dan hakikatnya terdapat dimensi-dimensi yang tidak sempurna, maka hal inilah yang menyebabkan zat mereka menjadi tergabung. Akan tetapi, berlawanan dengan hal itu, ke-basith-an dan tidak terbatasnya zat Wâjibul Wujud telah menyebabkanNya tidak memiliki satupun sekutu, wujud-wujud yang selainNya (makhluk) hanyalah akibat (ma'lul) dan bergantung secara mutlak dengan ZatNya Yang Maha Suci, yang berkait dan kedua-duanya berhubungan sebagaimana hubungan antara bayangan dengan dirinya.

Kesimpulannya, Wâjibul Wujud adalah satu wujud yang basith dan mutlak sedangkan mumkinul wujud adalah wujud yang punyai gabungan dan terbatas atau non-basith. Wujud yang terbatas dan punyai gabungan (mumkinul wujud) tidak boleh diletakkan di samping wujud yang tidak terbatas dan tidak punyai gabungan (Wâjibul Wujud), melainkan hanya boleh diletakkan sebagai manifestasi dan penjelmaanNya. Ke-basith-an yang terdapat dalam Wâjibul Wujud adalah disebabkan wujudNya yang tidak terbatas, sedangkan mumkinul-wujud yang punyai gabungan adalah disebabkan keterbatasan wujudnya.

Jawaban Detil

Para pengikut dan pendukung Hikmah Muta'aliyah yang sepakat terhadap kesatuan wujud yang berperingkat-peringkat, pada langkah awal mengklasifikasikan kepelbagaian wujud (multiplicity of being) di alam dalam dua kumpulan, satu daripadanya adalah kepelbagaian yang tidak memiliki persamaan apapun (mutabayyinah) dan yang lainnya adalah kepelbagaian yang berpijak pada kesatuan (multiplicity within unity, kejamakan dalam kesatuan).

Contoh yang terdapat dalam realiti ini adalah seperti dalam angka. Sebagaimana dalam angka terdapat dua jenis keragaman atau kepelbagaian yaitu keberagaman dari sudut "yang terhitung", seperti sepuluh kitab, sepuluh pen, dan sebagainya, dan keragaman dari sudut angka itu sendiri (yang berpijak pada kesatuan), seperti keragaman yang terdapat pada angka sepuluh, dua puluh, tiga puluh, empat puluh dan sebagainya, kerana unsur-unsur yang setara dan berbeza daripada angka-angka tersebut terdapat dalam angka itu sendiri dan tidak ada satupun hal-hal asing di antara angka-angka tersebut yang boleh menyebabkan keragamannya tidak dapat disatukan atau dikembalikan pada angka asli.

Dalam wujud pun terdapat dua bentuk keragaman, yang pertama adalah keragaman subjektif (katsrat maudhu'i) daripada sudut inti sarinya (mahiyah), kerana, itu tidak memiliki unsur-unsur kesatuan, seperti keragaman yang terdapat di antara wujud bumi dan wujud langit itu sendiri. Keragaman yang lain dari sudut wujud itu sendiri adalah yang berpijak pada kesatuan, seperti kesatuan yang terdapat dalam rangkaian kepelbagaian antara sebab-sebab dan akibat-akibatnya, dalam wujud yang tercipta (huduts, creation), wujud yang abadi (qidâm, eternity), wujud non-material (tajarrud, immateriality), dan dalam wujud materi (madiyyat, materiality).

Dalam perspektif Hikmah Muta'aliyah, angka dari sudut keangkaannya adalah suatu kuantiti yang terpisah (discontinuous quantity) serta boleh dibahagi, dan dari sudut keberadaannya dalam tingkatan tertentu terbahagi menjadi angka-angka yang terbatas dan tidak terbatas, atau genap dan ganjil.

Demikian juga dengan wujud, di mana dari sudut kewujudannya juga wujud yang memiliki hukum-hukum tertentu, seperti keganjilan (bisâthat, simplicity), prinsipal (ashâslat, principality), dan kesetaraan dengan sesuatu. Akan tetapi, dari sisi kejamakan, wujud juga memiliki hukum-hukum lain, antaranya adalah wujud sebab (illiyyat), wujud akibat (ma'luliyyat), wujud tercipta (huduts), dan wujud abadi (qidâm).[1]

Sekarang dalam rangkaian salasilah menegak wujud yang digambarkan dalam Hikmah Muta'aliyyah, seluruh hakikat wujud adalah wujud, akan tetapi dalam kewujudannya ini terdapat darjat dan tingkatan yang berbeza-beza. Daripada aspek wujud mereka adalah sama, namun berbeza dari dimensi kedudukan martabat wujud, mulai daripada wujud yang sangat kuat hingga yang sangat lemah, sebagaimana dalam martabat-martabat suatu cahaya.

Dengan demikian dalam rangkaian wujud ini, kedudukan paling tinggi daripada wujud-wujud adalah Yang Haq yang merupakan wujud yang sangat murni. Dan wujud murni yang disebabkan tidak memiliki keterbatasan, maka tidak memiliki inti sari (mahiyyat) dan batasan wujud. Melainkan, wujud-wujud lainnya hanyalah merupakan akibat (ma'lul) daripada Yang Haq, yang bergantung dan berhubungan secara mutlak dengan RububiyyahNya, sebagaimana hubungan bayangan terhadap dirinyanya, dan sebagaimana sinar matahari yang memiliki hubungan terhadap wujudnya matahari.

Atau sebagaimana ilustrasi dan gambaran yang terdapat dalam benak manusia terhadap jiwanya sendiri di mana keseluruhannya bergantung mutlak pada hakikat jiwa manusia, di mana jika jiwa dalam sesaat saja melenyapkan perhatiannya, maka tidak akan ada satupun kesan yang tersisa.

Sekarang dapatkah diandaikan bahawa gambaran dan ilustrasi fikiran seperti ini sejajar dengan jiwa dan akan menjadi penghambat bagi penampakannya? Atau bolehkah dibayangkan pancaran matahari -yang identitinya tidak lain bersumber dari matahari- sejajar dengan matahari itu sendiri?

Dan kerana Tuhan adalah Wujud murni dan bersifat basith mutlak serta memiliki seluruh kesempurnaan kewujudan dan pada saat yang sama tidak ada satupun selainNya yang dapat disejajarkan denganNya. Segala kesempurnaan yang dimiliki oleh selainNya adalah pancaran daripada kesempurnaanNya dan bersumberkan daripadaNya yang diungkapkan dengan nama 'Faidh' (pancaran kesempurnaan kewujudan).

Ya, Wâjibul Wujud disebabkan ke-basith-an wujudNya yang murni, keberadaan sekutu baginya merupakan suatu yang mustahil, kerana apabila terdapat sekutu bagi Wâjibul Wujud, maka masing-masing akan memiliki kesempurnaan khusus yang tidak dimiliki oleh sekutunya, dengan demikian masing-masing tergabung daripada "memiliki" dan "tidak memiliki" di mana ketergabungan seperti ini dalam istilah lain dikatakan tergabung daripada "wujud" dan "tiada", merupakan bahagian dari ketergabungan yang paling rendah.[2]

Kesimpulannya adalah, mumkinul wujud disebabkan keterbatasan wujudnya yang tidak akan setara dengan Wâjibul Wujud iaitu Allah Yang Maha Tinggi, kerana ke-bashit-an dan tiadanyaketerbatasan wujud Tuhanlah yang telah mensucikanNya dari adanya sekutu bagiNya, melainkan mumkinul wujud berada dalam posisi menegak dan termasuk dalam salah satu dari akibat-akibatNya, dan dengan perkataan yang lebih jelas, mumkinul wujud merupakan manifestasi dan tanda-tandaNya, dan jelaslah bahawa disebabkan mumkinul wujud merupakan wujud yang terbatas, seluruh kelemahan dan keterbatasan yang dimilikinya sebagaimana ketergabungan, memiliki inti sari (mahiyah), perubahan dan semacamnya.

Dan keseluruhan hal itu muncul dari dimensi-dimensi kekosongan, kelemahan, dan ketiadaan yang merupakan karaktor-karaktor hakiki yang dimiliki oleh suatu akibat atau ma'lul, di mana selain wujudnya yang bergantung secara mutlak kepada sebab atau 'illat, dia juga tidak memiliki seluruh kesempurnaan yang dimiliki oleh 'illatnya, dan 'illatnya memiliki kesempurnaan lain selain yang dimiliki oleh ma'lul-nya. Daripada sinilah yang membuatkan Wâjibul Wujud merupakan basith murni, sedangkan mumkinul wujud merupakan wujud yang  tergabung dan terbatas.

Dalam ungkapan Imam Khomeini a.s dikatakan bahawa "wujud" adalah kebaikan, kemuliaan dan cahaya, sedangkan "tiada" (lawan dari wujud) adalah kegelapan, kerendahan, dan kecelaan. Dan dengan semakin sempurnanya wujud maka kebaikan dan kemuliaannya pun akan semakin sempurna sehingga menjadi sebuah wujud tidak terbatas yang tidak terdapat sedikitpun "ketiadaan" di dalamnya dan menjadi sebuah kesempurnaan yang tidak memiliki sedikitpun kekurangan.

Dan seluruh kebaikan, kemuliaan, ketinggian, keindahan, kesucian yang ada pada selain wujud-Nya merupakan manifestasi dariNya, dan tidak ada sebuah kebaikan dan kesempurnaan yang hakiki kecuali hanya padaNya, dengan perantaraanNya, dari pancaranNya, dan kebaikan seluruh tingkatan kewujudan disandarkan kepadaNya.[3]



[1] . Jawadi Amuli, Abdullah, Tahrir Tamhid Al-Qawâid, m/s. 319.

[2] . Jawadi Amuli, Abdullah, Syarh Hikmah Mutâ'aliyah (Asfar Arba'ah), jil. 6, m/s. 433-434, Intisyarat Az-Zahra.

[3] . Imam Khomeini, Ruhullah, Syarh Doa-ye Sahar, m/s. 143.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa yang dimaksudkan dengan spiritualism hakiki dan spiritualism emosional?
    8531 Akhlak Praktikal 2011/07/21
    Kebiasaan terdapat orang-orang yang memiliki kecenderungan terhadap spiritual (rohani) dan keimanan pada umumnya kecenderungan mereka adalah berbentuk perasaan dan emosi jiwa. Ertinya orang-orang ini cenderong ke arah kerohanian dan spiritual dengan cara samada dengan mengikut cara (taqlid) kedua orang tuanya, suasana atau di bawah pengaruh dorongan naluri dan ...
  • Mengapa Network Marketing dan QI Internasional di Iran dilarang dan diharamkan?
    9235 Huquq Dan Ahkam 2011/11/23
    Sebabnya ialah kerana perusahaan-perusahaan seperti Gold Quest dan Goldmine (secara umum) merupakan perusahaan yang melakukan perniagaan dalam bentuk piramid untuk mengaut keuntungan yang melimpah. Perniagaan seperti ini secara rasmi dilarang di Iran. Larangan ini dilakukan kerana sangat membahayakan ekonomi negara. Bahaya yang ditimbulkan darinya adalah:
  • Mengapa para penziarah, khususnya para penziarah dari Iran, menumpahkan tangisan mereka di samping kuburan Baqi’?
    6922 Teologi Baru 2011/09/22
    Jawapan atas pertanyaan seperti ini bersandar pada pengenalan kita terhadap zat tangisan dan tujuan orang menangis.Tangisan terbahagi menjadi dua. Tangisan zahir dan tangisan batin. Tangisan batin hasil dari pelbagai pengaruh mental dan kesan di mana dengan tangisan batin ini muncul pada manusia akibat pelbagai aktiviti ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    9467 Sirah Para Maksumin a.s 2011/10/22
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...
  • Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
    10431 Teologi Klasik 2011/09/22
    Di dalam ilmu kalam,keadilan dibahaskan dan dikaji dengan seluruh pengertiannya. Akan tetapi kebanyakan dari pengertian yang mendapat kritikan dan menjadi sebab terpisahnya golongan Adliah (Imamiyah dan Mu’tazilah) dari golongan Asyairah, ...
  • Apakah Imam ‘Ali (a.s) memiliki isteri yang lain selama Sayidah Zahra (a.s) masih hidup?
    7061 تاريخ بزرگان 2011/12/19
    Sesuai dengan apa yang disebutkan oleh kitab-kitab sejarah bahawa isteri pertama Amirul Mukminin Ali (a.s) adalah Sayidah Fatimah. Di zaman hayat Sayidah Zahra, Imam ‘Ali (a.s) tidak menikah dengan wanita lain. Oleh kerana salah satu wasiat Hadhrat Zahra (a.s) iaitu beliau hendaklah menikah dengan Amamah binti ‘Ash yang pada hakikatnya ...
  • Apakah falsafah kemaskulinan wacana al-Qur’an?
    8354 Tafsir 2013/02/02
    1. Kita tidak boleh menganggap ungkapan dan perbicaraan al-Qur’an sebagai bersifat maskulin melainkan kita dapat menentukan bahawa spiritual hikmah ke atas lafaz dan bicara al-Qur’an itu bersandar kepada jantina dan kita dapat menentukan bahawa ia berpaksi atas maskulin. Melalui berbagai ayat al-Qur’an dapatlah difahami bahawa wacana yang ...
  • Bolehkah lantaran ayat tathir tersebut terletak di tengah-tengah redaksi ayat maka ia dikatakan tidak memiliki makna hashr (pembatasan)? Siapa sebenarnya yang disebut Ahlulbait?
    7633 Tafsir 2011/08/20
    Dalam menjawab pertanyaan pertama boleh dikatakan bahawa: ayat tathir ini berada ditengah-tengah ayat, di mana hal itu menegaskan bahawa konteksnya sejalan atau sama dengan subjek yang ada sebelum dan sesudahnya. Jikalaulah tidak ada pengkhususan untuk isteri-isteri Nabi ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    50254 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Bagaimana pandangan Imam Khomeini terhadap Dr. Syari`ati?
    6554 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Berkenaan dengan pandangan Imam Khomeini tentang Dr. Syari`ati, yang berupa karya tulisan beliau yang ada di tangan kita disebutkan bahawa Imam Khomeini tidak menyebutkan secara jelas tanggapan positif atau negatif mengenainya dan tidak menyebut nama Dr. Syari`ati. Sudah tentu Imam Khomeini mengkritik orang-orang yang ...

Populer Hits