Carian Terperinci
Pengunjung
15863
Tarikh Kemaskini 2011/05/22
Ringkasan pertanyaan
Apakah tugas Imam Mahdi (a.s) setelah kemunculannya? Benarkah Imam Mahdi (a.s) akan syahid di tangan seorang perempuan tua berjambang?
soalan
Apa yang dilakukan oleh Imam Mahdi (a.s) setelah selesainya ghaibah kubra? Benarkah Imam Mahdi (a.s) akan syahid di tangan seorang perempuan tua berjambang? Bagaimanakah kezaliman akan diberantas oleh Imam Mahdi (a.s)?
Jawaban Global

Kelak, Imam Mahdi (a.s) dengan izin Allah dan dengan segala sarana spiritual mahupun material yang terancang, akan merealisasikan pemerintahan di mana dunia penuh keadilan yang merupakan cita-cita terbesar kemanusiaan. Dengan demikian, manusia dengan kemuliaan dan kebebasan akan mencapai kehidupan Ilahi. Imam Mahdi (a.s) akan diperkenalkan kepada seluruh masyarakat dunia melalui pertolongan suara dari langit, di mana para pecinta keadilan dan kebenaran akan mengikutinya di bawah keindahan panji pemerintahan Imam Mahdi (a.s).[1] Beliau dengan segenap kekuatannya akan berjuang bersungguh-sungguh melawan para penghalang manusia menuju kesempurnaan Ilahi. Beliau akan mengalahkan para penentang, pengingkar dan musuh-musuhnya, sebagaimana firman Allah (s.w.t): “Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi itu, hendak menjadikan mereka pemimpin, dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”. (Qs. Al-Qashash [28]:5)[2]

Pembahasan ini, akan lebih jelas dengan adanya riwayat Imam Baqir (a.s) berkenaan dengan pidato Imam Mahdi (a.s) di samping Ka`bah.2 Perihal kesyahidan (syahadah) atau meninggalnya Imam Mahdi (a.s) terdapat dalam berbagai riwayat dan hal tersebut harus disabitkan dengan hadis sebab ia berkaitan dengan masa yang akan datang. Namun, berkenaan dengan kesyahidan Imam Mahdi (a.s) di tangan seorang perempuan tua, merupakan hal yang tidak diterima oleh kebanyakan ulama dan sudah pasti tidak bisa dibenarkan. Menurut sebagian para pengkaji (hadis), perbahasan ini hanya terdapat dalam kitab “Ilzam an Nashib”.[3]  Katakanlah riwayat tersebut diterima sekalipun, kita hendaklah menumpukan bahawa hal yang pasti dan tidak dapat dimungkiri iaitu terbentuknya sebuah pemerintahan global oleh Imam Mahdi (a.s) berdasarkan keadilan dan para penguasa zalim akan mengalami kehancuran. Meskipun demikian tidak terdapat dalil pasti bahwa kelak orang-orang tidak akan berbuat dosa pada masa kemunculannya.[]

Referensi untuk telaah lebih jauh:

1.     Kitab al Ghaibah, an Nu`mani, halaman 329-331.

2.     Kitab “Cesym Andâzi be Hukumate Mahdi”, Najmuddin Thabasi

3.     Bihâr al Anwâr, jilid 52 halaman, 337-338.

4.     Kamâl al-din, Syekh Shaduq, halaman 372

5.     Ashre Zendegi, Muhammad Hakimi.

6.     Mahdi Tajassum Âmid wa Nejât, Azizullah Haidari



[1]. Silahkan lihat, Indeks: Tanda-tanda Kemunculan Imam Mahdi Ajf; Tipologi Masyarakat Pasca Kemunculan Imam Zaman Ajf.

[2] . Muhammad Ibrahim bin Nu’mani, Kitab al-Ghaibah, hal. 329-331.

[3].  Cesym Andâzi be Hukumate Mahdi As, halaman 215

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimana sikap Islam terhadap demokrasi?
    13091 انتصاب یا انتخاب 2013/03/30
    Demokrasi merupakan sebuah jalan untuk menyusun dan mengatur masyarakat. Penghormatan terhadap suara majoriti dan kebebasan peribadi, masyarakat dan sebagainya merupakan tipologi demokrasi yang jelas. Meskipun tidak terdapat kepastian antara majoriti (akthariyyah) dan kebenaran (haqqāniyah), [i] akan tetapi suara majoriti atau kebolehterimaan dapat menjadi bekal ...
  • Apakah pandangan Islam tentang kebebasan berfikir?
    18322 آزادی بیان و عمل 2014/05/22
    Persediaan paling penting bagi perkembangan manusia ialah pemikiran dan sudah menjadi suratan bahawa persediaan ini memerlukan kebebasan, iaitu tidak ada kebuntuan dan halangan di hadapannya. Menurut pandangan Islam, seseorang muslim mempunyai hak untuk berfikir dan memang perlu berfikir. Dalam berbagai ayat, al-Qur’an yang mulia menyeru manusia untuk ...
  • Imam Mahdi (a.j.f) dalam pandangan Syiah.
    14811 Teologi Klasik 2011/07/18
    Oleh kerana pertanyaan di atas sangat universal dan meluas, hal ini menyebabkan kami menyentuh tentang sedikit biografi, berita-berita ghaib dan tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi (a.j.f).Nama beliau adalah "mim-ha-mim-dal" dan memiliki berbagai gelaran, di antaranya adalah Qaim, Shahibul 'Ashr, Shahibuz Zaman, dsb. Ayahanda mulia ...
  • Mengapakah Tuhan menciptakan syaitan?
    13087 Teologi Klasik 2011/11/23
    Pertama: Peranan syaitan dalam menyimpangkan dan menyesatkan manusia hanya berada pada peringkat mengajak dan menyeru. Kedua: Proses untuk meraih kesempurnaan sentiasa berlangsung di tengah pelbagai cabaran dan paradoks. OIeh kerana itu, penciptaan hidupan dan makhluk sedemikian dalam sistem penciptaan tidak boleh disebut sebagai sia-sia atau tanpa alasan. Melainkan hal itu ...
  • Dengan memperhatikan bahawa Tuhan adalah Mahatahu secara mutlak, lantas apakah motif ujian-ujian Tuhan bagi manusia?
    8658 Teologi Klasik 2011/04/19
    Sebagaimana menurut pertanyaan yang diajukan, pelbagai ujian Ilahi bukanlah bermaksud untuk menyingkap apa-apa yang tidak diketahui lantaran Tuhan Mahatahu atas segala sesuatu. Namun ketika kita merujuk kepada ayat dan riwayat, maka kita akan menemui bahawa pelbagai ujian ini merupakan sebuah tradisi (sunnah) dan kanun Ilahi yang berpijak ...
  • Apakah solat tarawih yang menjadi popular dalam mazhab Ahli Sunnah dengan berbagai cara perlaksanaannya mendapat tempat di dalam mazhab Ahlul Bait (a.s)?
    9756 وضو، اذان و نماز 2014/05/20
    Mereka (mazhab Ahli Bait) menyatakannya sebagai solat nāfilah iaitu didirikan setelah solat isya di setiap malam bulan Ramadhan.[1] Ahli Sunnah telah memulakan solat ini secara berjemaah atas arahan khalifah kedua mereka.[2] Sebagaimana yang anda sebutkan, jumlah rakaatnya berbeza.[3] ...
  • Kitab-kitab all-inklusif hadis Syiah yang utama?
    12104 Akhlak Teori 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah tugas Imam Mahdi (a.s) setelah kemunculannya? Benarkah Imam Mahdi (a.s) akan syahid di tangan seorang perempuan tua berjambang?
    15862 Teologi Klasik 2011/05/22
    Kelak, Imam Mahdi (a.s) dengan izin Allah dan dengan segala sarana spiritual mahupun material yang terancang, akan merealisasikan pemerintahan di mana dunia penuh keadilan yang merupakan cita-cita terbesar kemanusiaan. Dengan demikian, manusia dengan kemuliaan dan kebebasan akan mencapai kehidupan Ilahi. Imam Mahdi (a.s) akan diperkenalkan kepada seluruh masyarakat ...
  • Ilmu, kudrat, keadilan, kehidupan Tuhan, apakah bezanya sifat-sifat ini pada manusia?
    14415 صفات ذاتیه 2015/05/30
    Allah (s.w.t) disifatkan dengan sifat yang menampakkan kesempurnaan-Nya, seperti ilmu, kudrat, hidup dan lain-lain, manakala insan pun disifatkan dengan sifat-sifat ini. Insan juga berpengetahuan, berkemampuan dan hidup. Namun penyifatan sifat-sifat ini terhadap Allah (s.w.t) dengan sifat-sifat lain adalah berbeza dari dua dimensi: 1. Sifat ini (ilmu, kudrat ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    53176 Al-Quran 2011/01/01
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...

Populer Hits