Carian Terperinci
Pengunjung
19052
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Al-Quran merupakan mukjizat yang terakhir utusan Allah swt. Apakah bentuk keajaiban al-Quran?
soalan
Al-Quran merupakan mukjizat yang terakhir utusan Allah swt. Apakah bentuk keajaiban al-Quran?
Jawaban Global

Terdapat tiga bentuk untuk menjelaskan keajaiban al-Quran: Keajaiban perkataan, kandungan dan pembawanya.

1.     Keajaiban perkataan al-Quran terdiri dari dua jenis:

a.   Keajaiban Kefasihan:

Bentuk penjelasan al-Quran adalah ianya tidak dapat dibandingkan dengan ucapan manusia, bahkan Nabi Muhammad s.a.w sekalipun. Oleh itu, para cendiakawan berkata: "perbuatan mereka yang mana membuat alasan untuk mengelakkan daripada tersilapnya hadis Rasulullah s.a.w dengan Al-Quran, maka penulisan al-Quran diharamkan, ini adalah suatu perkara yang tidak dapat diterima.

b.   Keajaiban yang Pelbagai

Dewasa ini dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan penggunaan komputer dengan sedaya-upaya telah menunjukkan hubungan bilangan khusus di antara perkataan-perkataan dan huruf-huruf al-Quran, dimana mustahil hubungan sedemikian boleh didapati daripada ucapan manusia.

2.     Keajaiban kandungan al-Quran dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian:

a.   Tiadanya ikhtilâf (perselisihan) di dalam al-Quran;

b.   Khabar-khabar yang ghaib di mana ianya secara tepat telah berlaku kepada sebahagian individu dan tempat;

c.   Ilmu dan pengetahuan al-Quran. Al-Quran mengandungi ilmu pengetahuan di mana pada masa tersebut tiada manusia yang dapat memiliki ilmu tersebut. Ilmu pengetahuan ini merangkumi perkara-perkara dalam bidang irfan falsafah yang bersifat akal dan sebagainya.

d.   Ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam al-Quran adalah sama sekali tidak mampu dibatalkan. Benar, ilmu pengetahuan al-Quran telah berlalu bertahun lamanya namun ianya tetap di tempatnya.

3.     Keajaiban pembawa al-Quran

Nabi Muhammad s.a.w adalah individu ‘ummi (tidak pernah bersekolah), maka bagaimana seorang yang ‘ummi dapat membawa kitab sedemikian rupa di semenanjung Arabi yang masyarakatnya asing dengan ilmu dan kebudayaan.

Jawaban Detil

Pelbagai bentuk telah dinyatakan[1] terhadap pekara yang berkaitan dengan keajaiban al-Quran yang dapat diklasifikasikan kepada tiga bahagian seperti berikut:

1.     Keajaiban perkataan al-Quran;

2.     Keajaiban kandungan al-Quran;

3.     Keajaiban pembawa al-Quran.

1.     Keajaiban Perkataan Al-Quran:

Keajaiban perkataan al-Quran dinyatakan dalam dua bentuk: Keajaiban kefasihan dan keajaiban bilangan.

Perbahasan keajaiban kefasihan al-Quran atau kefasihan al-Quran, semenjak dahulu telah dikenali. Dan boleh dikatakan ianya telah disepakati oleh semua mazhab dalam Islam. Namun sebahagian individu membezakan keajaiban al-Quran dengan perkara-perkara seperti sistematik (nazhm), gaya dan metode penjelasan al-Quran. Mereka berkata bahawa salah satu bentuk keajaiban al-Quran adalah pada sudut kefasihannya dan bentuk lainnya yang bersistematik (nazhm) dan gaya penjelasan al-Quran. Sebahagian lainnya berpandangan bahawa bentuk keajaiban al-Quran merupakan kumpulan yang terdiri dari kefasihan, sistematik (nazhm) dan gayanya.[2] Namun sebenarnya apa yang mereka lakukan adalah memperbanyakkan contoh sahaja. Dan segala perkara yang berkaitan dengan gaya penjelasan al-Quran, kembali kepada masalah keajaiban kefasihan al-Quran. Metod penjelasan al-Quran merupakan metod yang tiada seorang manusia pun yang mampu menggunakan metod ini dalam bertutur walaupun Nabi Muhammad s.a.w sendiri.

Keterangan perkara tersebut dalam perbahasan "sejarah hadis", Ahli Sunnah mendakwa bahawa Rasulullah s.a.w melarang para sahabat menulis hadis-hadis dan perkataan-perkataan daripada baginda terdapat riwayat berkenaan dengan masalah ini yang telah dinukil.[3] Maka mereka telah berdepan dengan persoalanan mengapakah Rasulullah s.a.w melarang penulisan tersebut?

Salah satu jawapan yang diberikan dan sangat terkenal di kalangan Ahlussunnah akan sebab larangan itu adalah supaya al-Quran dan selain al-Quran itu tidak bercampur aduk. Ertinya jangan sampai al-Quran bercampur dengan hadis-hadis nabawi. Salah seorang pengkaji Ahli Sunnah yang telah menolak argumen terkenal di kalangan Ahli Sunnah ini berkata, "Keajaiban kefasihan al-Quran menjadi penghalang kepada bercampur aduknya antara al-Quran dengan selain al-Quran."[4] Kemudian dalam menjawab kritikan bahawa berkemungkinan Nabi s.a.w juga dalam kefasihan telah mencapai tingkatan yang dapat bertutur-kata secara fasih sebagaimana al-Quran, jawapan yang diberikan "Kemestian ucapan ini adalah mengingkari keajaiban kefasihan al-Quran.[5] Walau bagaimanapun masalah larangan Nabi s.a.w terhadap penulisan hadis (meski hadis-hadis baginda bukan merupakan tutur kata biasa dan tidak berasal dari dirinya sendiri, melainkan tutur kata penuh cahaya, sesuai dengan bimbingan Ilahi, bersumber dari alam ghaib dan dapat memberikan penyelesaian kepada pelbagai kesulitan umat Islam) merupakan salah satu kritikan asasi yang dituju kepada kaum Ahli Sunah. Oleh sebab itu, di kalangan ulama Syiah semenjak dahulu hingga sekarang, mendakwa bahawa Nabi s.a.w melarang umat menulis hadis adalah suatu dakwaan yang tidak benar.

Bentuk keajaiban yang lain terhadap perkataan al-Quran adalah keajaiban bilangannya. Bentuk  keajaiban ini semenjak kebelakangan ini telah dilakukan dengan penggunaan komputer  di mana ianya telah menjadi tumpuan ramai. Dengan penjelasan hubungan angka-angka khusus antara perkataan-perkataan dan huruf-huruf al-Quran ditunjukkan bahawa hubungan angka-angka ini tidak dapat di ucapkan melalui ucapan manusia.[6]

2.     Keajaiban Kandungan Al-Quran

Kepelbagaian dimensi yang dinyatakankan adalah yang berkaitan dengan keajaiban kandungan al-Quran seperti berikut ini:

a.   Tiadanya Ikhtilaf Dalam Al-Quran

Ayat yang menyebutkan, “"أ فلا یتدبرون القرآن و لو کان من عند غیر الله لوجدوا فیه اختلافاً کثیرا [7]"Maka apakah mereka tidak merenungkan Al-Quran? Kalau kiranya Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya," adalah ayat yang menegaskan bentuk keajaiban ini.

b.   Khabar Ghaib

Terdapat di dalam al-Quran yang menyebutkan beberapa perkara berkaitan dengan sebahagian orang atau sebahagian peristiwa yang terjadi pada masa mendatang. Ertinya terjadinya peristiwa setelah turunnya ayat-ayat al-Quran adalah tepat dan sesuai dengan gambaran yang dinyatakan di dalam al-Quran. Contohnya yang dapat dinytakan di sini adalah, ".

"ا لم* غلبت الروم فى أدنى الارض و هم من بعد غلبهم سیغلبون"[8]

Telah dikalahkan bangsa Romawi. Di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang.

c.   Ilmu Dan Pengetahuan Al-Quran

Dalam al-Quran terdapat beberapa perkara yang setidak-tidaknya pada masa tersebut tidak ada seorang pun yang mampu mencapai perkara tersebut. Dan pada masa sekarang juga terdapat ilmu dan pengetahuan menjulang di dalam al-Quran yang masih belum dikenal pasti oleh manusia. Kebanyakan yang dikenal manusia hari ini daripada ilmu dan pengetahuan menjulang itu adalah melalui Nabi s.a.w sendiri dan para Maksum a.s serta petunjuk yang berterusan dari mereka, di antaranya hadis-hadis yang berkaitan dengan masalah teologi, perbahasan akal, nokhtah-nokhtah falsafah, kalam dan topik-topik yang bersifat irfan. Walau bagaimanapun, sekiranya ada seseorang yang berandaian semua ilmu dan pengetahuan al-Quran telah dikenal dan dapat dicapai oleh manusia, walaupun tiada pandangan seperti ini dimasa lampau, perkara ini tidak akan mengurangkan nilai keajaiban al-Quran dalam masalah ini. Perlu diingat bahawa pembuktian keajaiban al-Quran ini bukan dari segi pembawanya, bahkan telah dikatakan ilmu dan pengetahuan yang begitu dalam dan tinggi yang mempunyai keagungan di mana ianya melampaui pemikiran setiap ilmuwan pada masa itu. Secara umumnya ianya bukanlah pemikiran manusia dan akan kelihatan bahawa tanda-tanda wahyu Ilahi dengan meninggalkan perkara tersebut (pemikiran manusia).

d.   Ketidakmampuan Manusia Dalam Membatalkan Pengetahuan Dan Keilmuan Yang Terdapat Di Dalam Al-Quran

Setelah bertahun lamanya berlalu dan selepas ini seluruh kemajuan pengetahuan manusia dan pertukaran ilmu dan kebudayaan, tiada satu pun dari perkara tersebut dapat membatalkan al-Quran dan ini telah menjadi bukti kepada kebenaranya al-Quran yang bersumberkan dari langit. Peringatan daripada perkara ini adalah berfaedah di mana jika berkemungkinan sesetengah daripada ilmu-ilmu manusia (seperti mantiq dan matematik) yang terhimpun dalam sebuah himpunan yang tersusun rapi yang telah sampai warisan itu kepada kita, belum terbatal, tetapi perlu diingat di mana:  pertamanya, pengetahuan-pengetahuan ini berada dalam format yang awal (badihiyyat al-awwali) atau fitrah dalam pemikiran setiap ilmuan. Dan orang-orang yang telah menyusun masalah ini, sebenarnya adalah pengumpul bukan pembawa. Kedua, secara umumnya semua kitab yang ditulis oleh manusia adalah berkaitan dengan satu ilmu khusus dan berkenaan dengan tema tertentu, di mana salah satu ciri-ciri yang terpenting ke atas gemilangnya ilmu dan pengetahuannya al-Quran adalah keluasan ruang lingkup perbahasannya dan menunjukkan kepada puluhan perkara dalam satu ucapan.

Secara asasinya permasalahan ini merupakan salah satu lagi bentuk keajaiban al-Quran yang menyimpan kepelbagaian pengetahuan dalam dirinya. Manusia manakah,( di samping dapat mencapai kepelbagaian ilmu dan ianya sama sekali tidak sama dengan yang lain (dengan semua kejituan dalam pandangan dan kekuatan dalam penjelasan dan keluasan topik). pengetahuan-pengetahuan seperti ini telah dicapai dan disebatikan serta permasalahan telah diletakkan secara bersebelahan antara satu sama lain yang mana dalam pengeluaran dan barisan ucapan, buah-buah yang berbagai jenis daripada kepelbagaian ilmu, dalam bentuk di mana ianya bukanlah bermaksud mengabaikan dan juga bukan bermaksud mengusutkan jalinan serta bukan juga menerima kesalahan. Perkara ini akan terus bersinar terang di sepanjang kurun) sentiasa terpelihara dari sebarang pembatalan.?[9]

3.     Keajaiban Pembawa Al-Quran

Bentuk keajaiban al-Quran ini semenjak dahulu telah menjadi suatu perbahasan. Sebuah perbahasan yang menekankan bahawa Rasulullah s.a.w adalah peribadi yang ‘ummi, maka bagaimana beliau dapat memiliki kitab sedemikian di kalangan masyarakat semenanjung Arabia yang secara asasi tidak memiliki pengetahuan dan kebudayaan.[10]

Perlu diketahui bahawa perbahasan keajaiban, jika secara kebiasaannya dalam perbahasan Ulumul Qur'an, hakikatnya merupakan perbahasan kalam. Oleh itu perbahasan ini juga dikaji dalam kitab-kitab kalam.[11]

Rujukan lanjut:

Mahdi Hadavi Tehrani, Mabani Kalami Ijtihad, Muassasah-e Farhang-e Khane Kherad, Qum, cetakan pertama, 1377

 



[1]. Lihat, Sayid Mustafa Tsamini, Wujuh I'Jâz al-Qur'an, kumpulan maqalah pada persidangan ulum dan pemamhaman al-Quran al-Karim, Dar al-Quran, Qum,m/s.168-178

[2]. Seperti diatas, m/s. 169

[3]. Lihat, Mahmud Abu Rayya, Adhwa' 'ala al-Sunnah al-Muhammadiyah, m/s. 42

[4]. Seperti diatas, m/s. 46   

[5]. Seperti diatas, m/s. 47

[6]. Terkait dengan masalah ini untuk telaah lebih jauh Anda dapat menyediakan program komputer "Qadr" karya Dr. Sayid 'Ali Qadiri.  

[7] surahAl-Nisa ayat84

[8] (Qs. al-Rum [30]:1-3)

[9]. Dinukil dari Allamah Thaba-thabai bahawa seluruh pengetahuan al-Quran dapat disimpulkan dari setiap surah al-Quran. Apabila sedemikian, maka hal ini bermakna bahawa setiap himpunan yang berada di bawah setiap surah menyimpan seluruh makrifat al-Quran. Artinya seluruh makrifat ini, seratus empat belas kali dijelaskan dalam bentuk yang beragam. Hal ini akan menjadi keajaiban lain dari selaksa keajaiban al-Quran.

[10]. Sebahagian orientalis dalam menolak perkara ini berkata: Nabi Muhammad adalah orang yang berpendidikan dan menuntut ilmu pada ulama agama-agama terdahulu. baginda–nauzhubiLlah- menulis al-Quran berdasarkan ilmu yang didapatkan dari ulama tersebut. Dan jikadalam al-Quran, mengatakan masyarakat semenanjung Arabia disebut sebagai masyarakat ummi adalah bermakna bahawa mereka tidak mengenal ilmu pengetahuan Ilahiah, bukanlah  bermakna bahawa mereka tidak berpendidikan. Di semenanjung Arab terdapat banyak orang-orang yang berpendidikan, dan bahkan dengan pengetahuan yang melimpah. Dan apabila Muhammad disebut sebagai "ummi" tidak bererti bahawa ia tidak berpendidikanataupun ilmu pengetahuan ilahiat asing baginya dan tidak mendapat ilmu dari seseorang, tetapi maksudnya adalah bahawa dia adalah seorang nabi kepada sebuah ummat yang ummi; ertinya asing dan tidak memiliki dengan ilmu pengetahuan Ilahiah. Hakikatnya  keterangan adalah tertakluk kepada perkara yang diterangkan. Tetapi kajianyang tidak cenderung kepada mana-mana pihak yang di lakukan oleh pengkaji yang tidak berat sebalh telah menunjukan bahawa ucapan oreantalis adalah tanpa asas dan mereka telah mengingkari segala penjelasan yang berkatan dengan keajaiban al-Quran. Lihat, Dr. Subhi al-Shalih, 'Ulum al-Hadits wa Musthalahihi, m/s. 2-3.   

[11]. Lihat, Mahdi Hadavi Tehrani, Mabani Kalami Ijtihad, m/s. 47-51

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits