Carian Terperinci
Pengunjung
8075
Tarikh Kemaskini 2009/11/29
Ringkasan pertanyaan
Dengan wujudnya syarat baligh untuk taklif syariat, apakah hukum amalan baik dan buruk bagi kanak-kanak?
soalan
Sebagaimana yang telah kita ketahui dalam mazhab Syiah Ithnā Ashā`irah, umur taklif bagi anak lelaki adalah 15 tahun manakala anak perempuan adalah 9 tahun. Dengan mengamati ayat 7 dan 8 surah al-Zalzalah, ianya menerangkan bahawa seluruh amalan baik dan buruk insan akan ditunjukkan pada hari kiamat. Bagaimanakah situasi amalan-amalan kanak-kanak nanti? Apakah Allah (s.w.t) akan membalas amalan baik mereka dengan pahala sedangkan mereka juga akan dihantar ke neraka kerana amalan jahat?
Jawaban Global
Walaupun salah satu daripada taklif[1] syarie insan di sisi Allah (s.w.t) ialah seseorang itu akan sampai kepada umur baligh[2], namun tidak sepatutnya dibayangkan bahawa semua kanak-kanak benar-benar terlepas, tidak terikat dan boleh melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya di zaman kanak-kanak. Ahli fikah Islam telah mengecualikan segolongan kanak-kanak yang mampu memahami baik dan buruk dari kanak-kanak yang lain. Menurut fatwa mereka sekiranya kanak-kanak mumaiyiz[3] melaksanakan amalan baik atau ibadah, maka mereka akan diberi ganjaran kerana mengerjakan amalan mustahab (yang dituntut), sehinggakan sebahagian dari ahli-ahli fikah percaya bahawa amalan ini bukan sekadar latihan, bahkan ianya akan dihitung sebagai sebuah ibadah yang sah menurut syarie. Sebaliknya, sebahagian dari amalan-amalan yang tidak ada masalah jika dilakukan oleh kanak-kanak bukan mumaiyiz, ianya tidak dibenarkan bagi kanak-kanak mumaiyiz. Sehinggakan dalam beberapa situasi tertentu, kanak-kanak mumaiyiz atau warisnya bertanggung jawab terhadap kegiatan yang dilakukannya dan ia hendaklah membayar gantirugi.
 
 

[1] Ar penyerahan beban (tugas, pekerjaan) yg berat kpd seseorang. Kamus Dewan Edisi Keempat
[2] Sudah cukup besar atau remaja dan sudah matang sifat-sifat kelelakiannya atau kewanitaannya Kamus Pelajar Edisi Kedua
[3] Ar sudah dapat membezakan se­suatu yg baik dgn yg buruk (bkn kanak-kanak yg lazimnya setelah berumur tujuh tahun tetapi belum baligh). Kamus Dewan Edisi Keempat
Jawaban Detil
Salah satu dari syarat pentaklifan insan daripada Allah (s.w.t) ialah ia hendaklah seorang yang baligh. Akibatnya pembalasan-pembalasan terhadap sesorang insan yang bukan mukallaf tidaklah sahih.[1] Sedangkan terdapat ahli-ahli fikah sudah menerangkan hukum hakam dalam banyak hal mengenai kanak-kanak yang umurnya belum sampai ke peringkat baligh, namun masih memahami yang mana satu baik dan buruk (diistilahkan sebagai mumaiyiz)[2], di mana sebahagian dari perkara tersebut ialah:
1. Sekiranya seseorang itu dalam keadaan mengerjakan solat dan ada orang yang memberikan salam kepadanya, maka dia hendaklah menjawab salam tersebut walaupun yang memberikan salam itu adalah seorang kanak-kanak mumaiyiz.[3]
2. Tidak sah berurusniaga dengan kanak-kanak yang belum baligh, namun sekiranya urusniaga itu dengan kanak-kanak yang sudah mumaiyiz dan sesuatu yang beharga murah diurusniaga dengannya, maka urusniaga tersebut sah.[4]
3. Kanak-kanak muslim yang mumaiyiz boleh menyembelih haiwan secara syarie.[5]
4. Sekiranya kanak-kanak mumaiyiz mengaitkan orang lain dengan perkara yang tidak berasas (Qazaf), meskipun hukum hudud Islam tidak dikenakan ke atasnya, namun ia hendaklah dikenakan tindakan disiblin oleh hakim syariah.[6]
5. Kanak-kanak mumaiyiz dituntut mengerjakan solat dan dibiasakan menunaikan ibadah yang lain. Bahkan ia juga perlu didesak mengerjakan solat qada.[7]
6. Insan diwajibkan menutup aurat masing-masing dari pandangan orang lain. Salah satu pengecualiannya ialah hukum kanak-kanak. Namun kanak-kanak mumaiyiz termasuk di dalam hukum awlā (hukum yang utama) dan tidak dikecualikan.[8] Hukum melihat aurat orang lain juga adalah haram melainkan kanak-kanak yang tidak berniat membangkitkan hawa nafsu maka ia boleh melihat auratnya. Namun hukum ini terbatas dalam skop kanak-kanak bukan mumaiyiz. Melihat aurat kanak-kanak yang sudah mumaiyiz juga adalah haram.[9]
Salah seorang ahli fikah memperkenalkan salah satu syarat taklif ialah seseorang itu telah sampai ke peringkat usia baligh syarie, dan perlu mematuhi salah satu dari noktah berikut:
1. Seseorang kanak-kanak bukan mukallaf yang belum mencapai usia taklif tidaklah bermakna penjaga syarienya tidak     ada hak untuk menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran dan tidak boleh menghukumnya atas perbuatan salahnya, ataupun mendorongnya melakukan perkara yang benar. Bahkan ia perlu memberi fokus kepada mendisiblinkan kebolehannya dalam memahami perkara ini (mumaiyiz) sehingga ia mampu menanggung kewajipan taklifnya ketika sudah berusia baligh.
2. Pensyaratan baligh untuk taklif bukanlah bermakna amalan kanak-kanak yang dilaksanakan secara sempurna itu tidak sah; Bahkan amalan wajib dan sunat yang dilakukan oleh para mukallaf adalah dituntut bagi kanak-kanak mumaiyiz selagi amalan tersebut tidak mendatangkan bahaya untuk mereka. Oleh itu sebaik sahaja kanak-kanak mencapai usia tujuh tahun maka ia dituntut mengerjakan solat. Begitu juga apabila kanak-kanak itu sudah mencapai usia sembilan tahun, ia dituntut berpuasa meskipun hanya berkemampuan mengerjakan beberapa hari sahaja.
3. Tidak semestinya kanak-kanak mumaiyiz yang melakukan kesalahan tidak boleh dimarahi. Sebagai contoh sekiranya ia merosakkan harta benda orang lain, maka ia diberi tempoh untuk menggantikannya sesudah mencapai usia baligh.[10]
Dari sini, 2 noktah penting berikut wajar diambil perhatian:
1. Berhubung dengan kelakuan kanak-kanak yang belum mencapai usia mumaiyiz dan usia dapat mengenali sesuatu, tidak sepatutnya dihukum secara serius di samping mengaitkan kelakuannya dengan baik dan buruk. Sebagaimana yang telah dijelaskan, dari sini, apa yang terkandung dalam surah al-Zalzalah dan pembentukan amalan baik atau buruk bagi kanak-kanak seperti ini tidaklah benar.
2. Mumaiyiz dan dapat mengenal juga merupakan sebuah perkara nisbī. Dengan kata lain seorang kanak-kanak memiliki kemampuan mengenali dan membezakan beberapa perkara syariat. Namun ia terlepas dalam hubung kaitnya dengan perkara yang lain dan hanya bertanggung jawab dalam perkara yang diketahuinya sahaja.
Sebagai kesimpulan dari perbahasan ini, dapatlah dikatakan bahawa: Sekiranya individu belum mencapai usia baligh, namun ia adalah kanak-kanak cerdas, pintar, berakal, cerdik dan mumaiyiz, dapat mengenalpasti baik dan buruk dengan baik, menurut pandangan kami Islam dan iman individu seperti ini dapat diterima. Bukan hanya imannya diterima semata-mata, bahkan apa yang dikatakan oleh para ahli fikah kami; Ibadah-ibadah anak kecil seperti ini juga sah. Solat, puasa, haji, umrah dan lain-lain ibadah yang dikerjakan dengan menuruti persyaratan-persyaratannya adalah sah. Di samping itu menurut penjelasan yang dikemukakan oleh ahli-ahli fikah Islam, ibadah-ibadah individu ini adalah syarie, bukan lagi latihan.[11] Oleh itu ketika ibadah-ibadah anak-anak kecil yang belum baligh seperti ini sah dan syarie, maka imannya diterima menurut hukum utama. Sebagai kesimpulan, iman anak kecil yang sudah mumaiyiz sebelum baligh adalah diterima. Lebih dari itu, kami percaya anak-anak kecil ini bertanggung jawab terhadap sebahagian dosa mereka. Walaupun belum sampai ke usia taklif, ini tidak beerti semua dosa-dosa mereka diampuni dan menjadi alasan untuk diberikan lampu hijau. Dari sini andainya kanak-kanak mumaiyiz yang belum mencapai usia baligh mengetahui bahawa membunuh jiwa yang tidak berdosa itu adalah pekerjaan yang buruk, namun ia membunuh seseorang yang tidak berdosa, maka ia harus menjamin darah korbannya dan bertanggung jawab di hadapan Allah (s.w.t). Oleh itu individu yang belum baligh namun ianya berakal, pintar, dan mumaiyiz, maka imannya diterima. Baligh juga bukanlah syarat penerimaan Islam dan iman.[12]
 

[1] Saḍr, Sayid Muḥammad Bāqir, al-Fatāwā al-Wāḍiḥa, muka surat 126
[2] Tawḍīh al-masā’il Imām Khumaynī, muka surat 57
[3] Ibid, muka surat 1141
[4] Ibid, muka surat 1389
[5] Ibid, muka surat 2594
[6] Taḥrīr al-Wasīlah, muka surat 876
[7] Tawḍīh al-Masā’il, muka surat 1389
[8] Ibid
[9] Ibid, muka surat 2436
[10] Ṣaḍr, Sayid Muḥammad Bāqir, ibid
[11] Yazdī, Sayid Muḥammad Kāẓim, Al-`Urwah al-Wusqā, jilid 2 muka surat 217
[12] Makārim Shirāzī, Nāṣir, Āyat Veläyat Dar Qur’ān, muka surat 361 - 362
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    6718 Sirah Para Maksumin a.s
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...
  • Mengapa Network Marketing dan QI Internasional di Iran dilarang dan diharamkan?
    6534 Huquq Dan Ahkam
    Sebabnya ialah kerana perusahaan-perusahaan seperti Gold Quest dan Goldmine (secara umum) merupakan perusahaan yang melakukan perniagaan dalam bentuk piramid untuk mengaut keuntungan yang melimpah. Perniagaan seperti ini secara rasmi dilarang di Iran. Larangan ini dilakukan kerana sangat membahayakan ekonomi negara. Bahaya yang ditimbulkan darinya adalah:
  • Apabila Tuhan mengetahui apa yang hendak kita lakukan apakah ini bukan bermaksud paksaan (al-jabar)?
    4133 Teologi Klasik
    Dalam menjawab orang-orang yang memberikan daliltentang paksaan(aljabar) melalui ilmu azali Tuhan maka harus dijawab sebegini:“Tuhan semenjak azal mengetahui bahawa manusia dengan kebebasan dan ikhtiar yang dimilikinya akan melakukan perbuatan-perbuatan.” Jawapan ini tidak bertentangan dengan pengetahuan menyeluruh dan azali Tuhan. Kerana Tuhan semenjak azal mengetahui bahawa manusia akan ...
  • Bagaimana pandangan Islam tentang perniagaan dan perdagangan dengan sistem Network Marketing (NM) yang digagas oleh compensation plan?
    10158 Huquq Dan Ahkam
    Perniagaan dan perdagangan dengan sistem elektronik sebagaimana yang mereka jelaskan, adalah perniagaan dan perdagangan tanpa perantara atau broker di mana pembeli barang atau pembeli perkhidmatan melakukan urusniaga melalui internet. Perniagaan dan perdagangan seperti ini jika dilihat dari sisi penggunaan sarana elektronik, kemudahan ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    25561 Tafsir
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Bagaimana kita dapat membezakan antara ujian dengan seksa atau azab Ilahi?
    10815 Teologi Klasik
    Sudah tentu sebahagian urusan-urusan terdiri daripada bala dan ujian-ujian Tuhan, supaya manusia dapat memberikan reaksi yang jelas dalam menghadapinya, dan tindak balas mereka dalam menghadapi kejadian ini akan membentuk sifat peribadi dan batin secara hakiki. Demikian juga dari sisi niat dan kebiasaan dalam memberikan reaksi atas musibah, ...
  • Bagaimana sikap Islam terhadap demokrasi?
    7890 انتصاب یا انتخاب
    Demokrasi merupakan sebuah jalan untuk menyusun dan mengatur masyarakat. Penghormatan terhadap suara majoriti dan kebebasan peribadi, masyarakat dan sebagainya merupakan tipologi demokrasi yang jelas. Meskipun tidak terdapat kepastian antara majoriti (akthariyyah) dan kebenaran (haqqāniyah), [i] akan tetapi suara majoriti atau kebolehterimaan dapat menjadi bekal ...
  • Apa prinsip-prinsip teosofi Mahdawiyyat?
    4132 فایدۀ امام غایب
    Kemestian luṭf (kurniaan) bagi Tuhan Yang Maha Tinggi, kewujudan khalifah, hujjah Ilahi, dan penjagaannya dari segala peristiwa dapat digolongkan sebagai prinsip-prinsip teosofi Mahdawiyyat. ...
  • Apa hukumnya apabila seseorang membaca “walāẓāllīn” sebagai ganti “walāḍḍāllin? dalam solat”?
    3820 Huquq Dan Ahkam
    Berdasarkan fatwa seluruh marja’ agung taqlid, bahawa tajwid dan bacaan sedemikian apabila dilakukan dengan sengaja, maka sudah tentu akan membatalkan solat. Imam Khomeini Ra dalam masalah ini berkata, “Jikalau seseorang tidak mengetahui salah satu daripada kalimah-kalimah surah al-Fatihah atau surah-surah lainnya atau sengaja tidak membacanya, atau membaca satu huruf sebagai ...
  • Al-Quran merupakan mukjizat yang terakhir utusan Allah swt. Apakah bentuk keajaiban al-Quran?
    12023 Ulum Al-Quran
    Terdapat tiga bentuk untuk menjelaskan keajaiban al-Quran: Keajaiban perkataan, kandungan dan pembawanya.1.     Keajaiban perkataan al-Quran terdiri dari dua jenis:

Populer Hits