Carian Terperinci
Pengunjung
7312
Tarikh Kemaskini 2007/12/09
Ringkasan pertanyaan
Apakah agama itu satu atau banyak?
soalan
Apakah agama itu satu atau banyak?
Jawaban Global

Jikalau maksud agama ialah sekumpulan akidah, akhlak, undang-undang dan peraturan yang diturunkan daripada Allah (s.w.t) kemudian disampaikan kepada orang ramai dengan perantara para nabi, maka dalam bentuk ini semua agama merupakan sebuah perkara yang satu. Perbezaan di antara agama dalam arahan-arahan juzuknya hanyalah perubahan yang selaras dengan zaman dan geografi sesuai dengan ciri-ciri peribadi individu dan sebuah kaum.

Seandainya maksud agama ialah “agama-agama yang wujud di dalam dunia”, maka tidak diragukan lagi bahawa dalam dunia hari ini terdapat agama yang berbagai dan berbeza. Sekalipun beberapa hakikat dapat disaksikan dalam berbilang agama ini, namun bentuk hakikat yang sempurna dan tauhid sebenar hanya boleh dilihat dan didapati di dalam personaliti Islam.

Jawaban Detil

Untuk mendapatkan jawapan, penerangan sebahagian subjek amatlah penting (misalannya hakikat agama, makna atau peringkat agama, Islam agama yang tetap, sebab perbezaan dalam syariat-syariat dan mazhab-mazhab, al-Qur’an dan kitab-kitab wahyu).

A: Hakikat agama:

Makna agama dari segi bahasa ialah pengabdian, ketundukan, pengikutan, ketaatan, penyerahan dan balasan. Namun makna istilahnya ialah satu set akidah, akhlak, kanun dan peraturan untuk mengatur urusan masyarakat manusia dan pembangunan.

B: Makna-makna agama dalam al-Qur’an:

Agama telah digunakan dalam dua hal dalam pengertian al-Qur’an:

1. Apa sahaja akidah terhadap kuasa ghaib, samada hak atau kebatilan: “لكم دینكم و لی دین

2. Pengkhususan agama-agama Ilahi: “ان الدین عندالله الاسلام

C: Peringkat dan fasa agama:

Dalam perbahasan ini, fokus kita ialah penggunaan termakata kedua iaitu khusus agama-agama Ilahi dan ianya mempunyai peringkat dan fasa yang berbeza:

i) Agama Nafs al-Amrī: Iaitu apa yang terdapat dalam ilmu Ilahi dan kehendak Rabbānī untuk membimbing insan ke arah keselamatan ialah agama Nafs al-Amrī.

ii) Agama Mursal: Iaitu apa yang telah diutuskan daripada Allah (s.w.t) untuk memberi hidayah kepada manusia ke arah keselamatan dengan perantara para rasul membentuk agama mursal.

Agama Nafs al-Amrī adalah satu:

Oleh kerana manusia mempunyai zat yang sama meskipun berbeza pada seluruh zahirnya, maka agama Nafs al-Amrī mempunyai pandangan pada perspektif zat yang sama ini.

Agama Mursal ada banyak dan berbilang:

Sejarah dan al-Qur’an menjadi saksi berbilangnya agama Mursal dengan rasul yang ramai. Dari sini maksud rasul, nabi pembawa syariat ialah pesuruh tablighnya.[1]

 

iii) Agama Hakiki: Oleh kerana agama berfungsi sebagai pentadbir urusan masyarakat manusia dan pendidikan insan, maka dari sini kanun-kanun dan peraturan-peraturan agama bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat, bertepatan dengan peralihan masyarakat dan seiring dengan lumrah jauhar insan yang menjadi timbangan kebenaran agama tersebut.

Oleh itu Yang Maha Mencipta manusia dan dunia-lah mengenali dan berpengetahuan secara menyeluruh terhadap manusia, dunia, hubungan dan kaitan antara kedua-duanya. Kesimpulannya Pencipta-lah yang memiliki keupayaan dari segi hidayah dan kepimpinan manusia. Dengan mengetahui mukadimah ini, maka agama yang benar adalah sebuah agama yang mana akidah, akhlak, undang-undang dan peraturan-peraturannya telah diturunkan daripada Allah (s.w.t). Manakala agama yang batil ialah agama yang disusun dan dibentuk daripada selain Tuhan.[2]

iv) Islam agama yang tetap: Al-Qur’an menyebut agama Ilahi sebagai Islam dan mengemukakan banyak dalil tentang ketetapan dan kelestariannya.

Dalil pertama tentang tetapnya agama ialah berdasarkan asas fāʻilī agama. Dalil ini menghasilkan lampiran dua ayat. Ayat pertama di dalam surah Āl ʻImrān iaitu:

ان الدین عندالله الاسلام”;

iaitu penerimaan dan kepatuhan di hadapan kebenaran hanyalah sebuah agama yang diperkenalkan secara rasmi di sisi Tuhan.

Ayat ke-dua ialah dalam surah al-Naḥl di mana Allah (s.w.t) berfirman: “ما عندکم ینفد و ما عندالله باق” iaitu: “(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal”. Berasaskan kedua-dua ayat ini kesimpulannya adalah Islam agama di sisi Allah dan apa sahaja di sisi Allah kekal. Oleh itu Islam adalah kekal abadi. Dalil kedua berasaskan fitrah manusia di mana mabda’ qābilī al-Dīn, iaitu Islam diturunkan untuk pembudayaan dan kemekaran fitrah insan sedangkan fitrah insan merupakan perkara tetap dan tidak berubah. Oleh itu sebuah agama yang diatur untuk tarbiah fitrah manusia akan menjadi tetap dan saling bersekutu.

Al-Qur’an dalam perkara ini menyatakan:

"فاقم وجهک للدین حنیفاً فطرت الله التی فطر الناس علیها لاتبدیل لخلق الله"

iaitu: maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; fitrah Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu.

Allah (s.w.t) memberi peringatan tentang agama yang satu, di mana ia menjadi cadangan semua nabi Ulil Azmi dan disepakati oleh semua syariat Ilahi, dengan firmanNya:

"شرع لکم من الدین ما وصی به نوحاً و الذی اوحینا الیک و ما و صینا به ابراهیم و موسی و عیسی ان اقیموا الدین و لا تتفرقوا فیه کبر علی المشرکین ما تدعوهم الیه الله یجتبی الیه من یشاء و یهدی الیه من ینیب"

Allah telah mensyariatkan kepada kamu apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya. [3]

v) Perbezaan syariat-syariat dan pemansuhan mazhab-mazhab

Kesimpulan tentang tetapnya dan bersatunya agama Ilahi ialah: Perbezaan tidak mungkin terjadi di dalam prinsip keagamaan seperti Islam, namun perbezaan yang berlaku ialah di dalam mazhab dan syariat. Ini disebabkan prinsip agama seperti masalah tauhid, wahyu, kenabian, kemaksuman, imamah, keadilan, barzakh, kiamat dan contoh-contoh yang lain semuanya merupakan garis-garis kullī, di mana insan menguatkan perjalanan, matlamat dan gerakannya berasaskan fitrah dan lumrah Ilahi. Walau bagaimanapun peraturan-peraturan juz’i dan furū’ ʻamali bertukar-tukar sejajar dengan dimensi-dimensi semulajadi, material anak adam, ciri-ciri suatu peribadi dan suatu kaum, bersesuaian dengan masa dan tempat yang berbeza.

Ketika sampai pada fokus perbahasan ushuluddin atau garis-garis kullīnya, al-Qur’an menceritakan tentang para rasul saling membenarkan antara satu sama lain:

 

"مصدقاً لمابین یدیه من الکتاب و مهیمنا علیه"

 

Kitab al-Qur’an dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya”.

Namun apabila sampai kepada fokus perbahasan tentang furūʻ juz’ī agama, maka ucapannya ialah taʻaddud (bilangan yang banyak), tabdʻīl (pertukaran), tafsir dan nasakh.

 

"لکل جعلنا منکم شرعة و منهاجاً"

 

Kami jadikan (tetapkan) daripada kalian suatu syariat dan jalan”.

Setiap syariat yang berbagai, jalan yang berbeza atau naskah-naskah yang tidak sama mempunyai bentuk penyelarasan kesedian umat di samping sesuai dengan kedudukan serta kelayakan para wali dan nabi. Hakikatnya adalah satu biarpun betapa banyaknya bilangan mereka atau skop penyediaan berbagai kawasan adalah berbeza yang muncul satu persatu yang menyusuri zaman dan kurun. Ataupun penerangan lebih mendalam yang setara dengan martabat pemahaman. Pencerapan manusia terhadapnya merupakan rukun yang kukuh dan prinsip yang tulen.

Oleh kerana itu wahyu Ilahi adalah satu talian, maka dari satu arah berada di tangan manusia manakala arah yang lain dari sisi Allah (s.w.t). Setiap kali insan pergi lebih jauh dalam perjalanan ini, maka ia akan mencapai keluhuran yang lebih tinggi. Tanpanya, kesedaran terhadap ketinggian menafika kesedaran terhadap yang rendah, ataupun menyedari kerendahan boleh menghalang pertemuan dengan martabat-martabat yang tinggi.

Inilah talian Ilahi yang mana Allah berfirman supaya berpegang dengannya:

"و اعتصموا بحبل الله جمیعاً ولاتفرقوا"

Iaitu berpegang teguhlah dengan tali Allah semuanya dan janganlah berpecah belah.

Darjat-darjat talian ini dimulakan dengan lafaz-lafaz dan huruf-huruf arus perdana di kalangan anak adam sehinggalah maju ke peringkat:

"دنی فتدلی فکان قاب قوسین او ادنی"

Iaitu: “Kemudian ia mendekatkan dirinya, lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit, sehingga menjadilah jarak sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi”

Dari sini, bila mana manusia paling sempurna (iaitu penutup para nabi) muncul memberikan berita gembira tentang pembukaan martabat ini, maka ini bermakna berakhirnya sebarang perubahan, penafsiran, penggantian atau pemansuhan syariat yang membawa kepada martabat-martabat. Dengan penyampaian syariat ini, turunlah pemberitahuan terakhir kepada Nabi (s.a.w):

 

"الیوم اکملت لکم دینکم و اتمت علیکم نعمتی و رضیت لکم الاسلام دیناً"

 

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. [4]

 

vi) al-Qur’an dan kitab al-Samawiyyah: Pengesahan al-Qur’an tentang kitab-kitab para nabi lain merupakan bakti paling besar yang telah dilakukan al-Qur’an terhadapnya seiring dengan kecemerlangan dan penjagaannya.

Ahli fikah masyhur Syiah, al-Marhum Kāshif al-Ghiṭā’ berkata tentang ini: Andainya Rasulullah (s.a.w) dan al-Qur’an tiada, maka Kristian dan Yahudi sudah pupus.[5] Ini disebabkan Taurat dan Injil yang sudah diselewengkan tidak akan kekal dan lestari lagi di mana Allah (s.w.t) telah disifatkan dengan Yaʻqūb (a.s), para nabi diperkenalkan sebagai kaki botol, perempuan suci dituduh sebagai murahan.

Al-Qur’an yang seiring dengan penyebaran tauhid turut membersihkan maruah para nabi dari tohmahan seperti ini. Ia turut memuji kemuliaan dan keagungan nabi Ibrahim al-Khalil serta para nabi yang lain. Sementara itu Maryam (a.s) disifatkanya sebagai suci dan bersih. Mengenai Maryam dinyatakan sebagai:

 

"ان الله اصطفاکِ و طهرکِ و اصطفاکِ علی نساء العالمین"

 

"Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu melebihi perempuan-perempuan seluruh alam. [6]

 


[1]. Untuk telaah lebih jauh dan mengetahui ehwal tingkatan-tingkatan agama sila lihat: Mabāni Kalāmī Ijtihād, Mahdi Hadawi Tehrani, hal. 383-389.

[2]. Abdullah Jawadi Amuli, Syariat dar Āine Ma'rifat, hal. 111 dan 112.

[3]. Ibid, hal. 118-120.

[4]. Ibid.

[5]. Kasyf al-Giṭa, Kitāb al-Jihād, hal. 391.

[6]. Abdullah Jawadi Amuli, Syariat dar Āine Ma'rifat, hal. 122-123.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits