Carian Terperinci
Pengunjung
12056
Tarikh Kemaskini 2012/09/23
Ringkasan pertanyaan
Apakan yang ciri-ciri penting seorang penduduk bandar dalam masyarakat Islam?
soalan
Apakah yang menjadi ciri-ciri penting bagi seorang penduduk bandar dalam masyarakat Islam? Apakah Islam memiliki pandangan dan metodologi dalam perbahasan ini? Sila jelaskan pandangan Islam tentang masalah ini?
Jawaban Global
Agama Islam sebagai penutup syariat Ilahi merupakan agama yang menyeluruh dan sempurna. Oleh sebab itu, Islam mengambil berat tentang hukum dan undang-undang sosial seperti hukum-hakam seseorang individu dalam sebuah masyarakat. Menurut pandangan Islam, terdapat prinsip dan penguatkuasaan dalam kehidupan sosial dan hubungan individu sebuah masyarakat yang mana setiap individu muslim hendaklah mematuhinya dalam sebarang kaitan dan tindak tanduk sosial. Di samping itu, ia memiliki ribuan tugas dan tanggung jawab di hadapan rakyat serta masyarakat  yang hidup di dalamnya.
Di antara tugas yang paling penting seorang penduduk awam dalam masyarakat Islam ialah seperti berikut:
  1. Menghormati hak-hak insan (haqqunnās) dan tidak melanggar hak-hak masyarakat.
Gambaran tentang penghormatan ini dapat dilihat dalam penekanan Islam terhadap penghormatan hak-hak jiran tetangga dan para pengguna jalan.
  1. Merasa bertanggung jawab untuk membantu dan menolong masyarakat apabila terjadi bencana alam, sosial serta moral.
Selaras dengan ajaran Islam, seorang penduduk dalam masyarakat Islam harus berupaya menyelesaikan berbagai persoalan politik, kebudayaan, ekonomi dan sebagainya. Ia tidak boleh bersikap lepas tangan terhadap bencana alam, keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang menimpa masyarakatnya.
  1. Menunaikan akhlak Islam dan budi pekerti yang luhur dalam pergaulan sosial di antaranya seperti berakhlak mulia, bersikap pemurah, lemah lembut, rendah hati, sabar, tabah dan toleransi dengan sesama masyarakat.
Jawaban Detil
Dengan memperhatikan beberapa mukadimah berikut ini akan membantu membimbing kita bagi mendapatkan jawapan dari pertanyaan tersebut:
  1. Manusia adalah makhluk sosial, atau lebih tepat lagi apabila sering disebut sebagai "madānī bittaba'".[1] Hal ini bertepatan dengan bukti-bukti sejarah yang merakam kemas kehidupan manusia semenjak dahulu kala yang hidup secara sosial.
Agama Islam sebagai penutup syariat Ilahi merupakan agama yang bersifat menyeluruh dan sempurna. Syariat Islam diperkemas untuk meliputi berbagai dimensi kehidupan manusia seperti kehidupan sosial manusia di mana Islam mempunyai banyak peraturan dan nasihat-nasihat moral. Dengan kata lain, sebagaimana hubungan seseorang dengan Tuhan mempunyai peraturan dan kaedah tersendiri, maka Islam juga menyediakan peraturan penting yang harus dipatuhi dan dijalankan oleh setiap orang Islam bagi hubungan sesama insan dalam sebuah masyarakat Islam pada setiap peristiwa dan perilaku sehariannya.
  1. Yang dimaksudkan dengan universaliti Islam ialah: Dengan melakukan istinbāṭ unsur-unsur universal yang terkandung dalam Islam, maka kita dapat menemukan falsafah, mazhab dan sistem islami[2] yang mana setelah itu kita dapat membentuk berbagai keharmonian yang ditawarkan oleh Islam dari berbagai penemuan untuk kehidupan masyarakat.[3]
  2. Kita meyakini bahawa meskipun di zaman dahulu, terutamanya di zaman awal kemunculan Islam, kehidupan seharian masyarakat ketika itu tidak maju dan moden seperti sekarang. Berbagai kesulitan dan masalah sosial hari ini seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara dan sebagainya tidak ada dalam masyarakat ketika itu sehingga kita dapat menunjukkan model yang sesuai sebagai panduan untuk seseorang penduduk bandar beragama Islam. Namun untuk kota yang kecil itu (Madinah) yang mempunyai masyarakat sedikit dan kehidupan tradisional, Islam telah mengemukakan berbagai aturan dan unsur-unsur yang bercorak universal dan harus menjadi fokus bagi kehidupan bandar dan masyarakat moden hari ini. Sebenarnya dengan mengamati apa yang ditawarkan oleh Islam maka kita dapat memperoleh beberapa ciri-ciri bagi seorang penduduk bandar masyarakat Islam.
 
Berikut ini adalah sebahagian sifat dan ciri-ciri penting seorang penduduk bandar muslim.
  1. Menghormati hak-hak rakyat (haqqunnās) dan tidak melanggar hak-hak penduduk bandar
Dalam pandangan Islam, asas dan dasar kehidupan sosial terletak pada penghormatan manusia atas hak-hak sosial orang lain yang akan disebut dengan beberapa contoh seperti berikut ini:
Berkenaan dengan penunaian hak-hak jiran tetangga tetangga Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Barang siapa yang mengganggu jiran tetangganya maka Allah (s.w.t) akan mengharamkan bau syurga baginya."[4] Atau pada sabdanya yang lain, "Bukan dari golongan kami orang yang melanggar hak-hak jiran tetangganya."[5]
Menutup atau berada di lintasan-lintasan awam, di jalan-jalan awam kota-kota merupakan salah satu persoalan yang dihadapi oleh penduduk hari ini. Hal ini merupakan sebuah persoalan yang telah mendapat perhatian Islam pada 1400 tahun yang lalu dan memandangnya sebagai perbuatan tercela. Untuk itu, Islam melarang para pengikutnya untuk berlaku demikian sebagai perhatian dan penghormatan terhadap hak-hak manusia. Nabi (s.a.w) bersabda berkenaan dengan hal ini, "Janganlah kamu duduk di jalan-jalan."[6] Atau "Jauhilah faktor-faktor yang menganggu jalan kaum Muslimin."[7]  Imam Ali (a.s) berkata: "Hindarilah dari menduduki lintasan-lintasan jalan."[8]
Imam Shadiq (a.s) berkata: "Apa sahaja yang menghalang jalan kaum Muslimin dan yang boleh membawa kerugian maka ia (orang yang menghalangi jalan tersebut) akan menanggung kerugian tersebut."[9]
Dengan mengambil inspirasi dari riwayat-riwayat seperti ini dalam kitab Tahrir al-Wasilah Kerana itu, Imam Khomeini (r.a) menulis: "Apabila ada seseorang yang berdiri di sebuah lorong atau jalan kecil dan tidak ada lagi jalan untuk melintas, sedangkan ada orang lain meninggal dunia akibat menyeberang dengannya, demikian juga apabila ia duduk di sebuah jalan dan tiba-tiba seseorang mati tergelincir, maka orang yang berhenti di jalan itu bertanggung jawab terhadap pertumpahan darah korban yang meninggal itu."[10]
Oleh itu, penduduk bandar Muslim adalah penduduk yang menjaga dirinya supaya tidak menjadi faktor munculnya persoalan di tengah masyarakat dan melanggar hak-hak orang lain. Hal ini merupakan tuntutan ajaran-ajaran agamanya.
 
  1. Memiliki rasa tanggung jawab dan penuh dedikasi
Ciri-ciri utama masyarakat Islam dalam memenuhi tanggung jawab umum dan kebertanggungjawapan sosial. Tanggung jawab umum ini bermula dari institusi keluarga dan diluaskan pada jiran tetangga, bandar dan seterusnya. Selaras dengan ajaran Islam, seorang penduduk bandar masyarakat Islam harus mempunyai rasa tanggung jawab terhadap apa yang terjadi pada masyarakat, baik masalah-masalah kebudayaan, perekonomian, politik dan bahkan bencana-bencana alam. Ia harus berusaha semaksimum mungkin untuk menyelesaikan masalah ini atau paling kurang meminimumkan persoalan yang dihadapi masyarakat.
Di bawah ini kami akan sampaikan beberapa peraturan tanggung jawab ini secara ringkas sebagai berikut:
  1. Menolong dan membantu orang lain
Al-Qur'an memandang perbuatan membantu orang lain sebagai tugas dan tanggung jawab setiap Muslim. Al-Qur'an menegaskan, "Jika mereka meminta pertolongan kepadamu untuk membela agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan." (Qs. Al-Anfal [8]:72); "Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara." (Qs. Al-Hujurat [49]:10)
Umat dalam masyarakat Islam memiliki tanggung jawab terhadap nasib, masa depan dan persoalan yang dihadapi masing-masing anggota komunitinya. Apabila ia ingin bersikap acuh-tak-acuh terhadap persoalan kaum Muslimin dan menolak tanggung jawab ini, sesuai dengan riwayat, maka sesungguhnya ia telah keluar dari barisan kaum Muslimin. "Barang siapa yang menemuinya di waktu pagi dan tidak menaruh perhatian kepada urusan kaum Muslimin maka sesungguhnya ia bukan Muslim."[11] Amirul Mukmin Ali bin Abi Thalib (a.s), memandang setiap penduduk bandar masyarakat Islam, samada dari kalangan ulama, orang kaya dan sebagainya mempunyai tanggung jawab terhadap urusan masyarakat tersebut. Imam Ali (a.s) berkata: "Allah tidak mewajibkan orang bodoh belajar sebelum Dia mewajibkan orang terpelajar mengajar."[12] Atau pada kesempatan lain beliau berkata, "Allah telah menentukan rezeki orang miskin dalam kekayaan orang kaya. Akibatnya, ketika seseorang miskin masih berlapar maka itu disebabkan masih ada beberapa orang kaya telah menolak (bahagiannya). Allah akan mempersoalkannya tentang hal itu.[13]  Kerana itu, menolong dan membantu jiran tetangga adalah hal yang sangat penting dalam pandangan Islam. Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (a.s) berkata: "Rasulullah (s.a.w) mewasiatkan mengenai hal ehwal jiran tetangga sehingga kami menyangka bahawa jiran mewarisi harta warisan jirannya."[14]
Dalam Risālah Huqūq Imam Sajjad (a.s) menyatakan bahawa: "Hak jiran tetangga pada dirimu adalah engkau menolongnya tatkala ia teraniaya…. dan berinteraksilah dengannya dengan cara terhormat."[15]
 
  1. Amar makruf dan Nahi Mungkar
Penduduk bandar Muslim memandang masyarakat Islam seakan-akan bahtera yang berlayar mengharungi samudera. Adalah sebuah hal yang wajar apabila penduduk bandar muslim menaruh perhatian penting terhadap norma-norma yang berlaku dan sangat peka dengan berbagai masalah sosial yang terjadi dalam masyarakat. Seorang penduduk bandar Muslim tidak akan memandang mudah dan sambil lewa persoalan ini. Ia meyakini bahawa mala petaka menebuk lubang salah satu bahagian bahtera tidak hanya mencelakakan orang yang melubanginya, bahkan akan kecelakaan akan menimpa seluruh penumpang bahtera sehingga seluruh penumpang lain akan turut karam. Persoalan amar makruf dan nahi mungkar dalam Islam memiliki ciri-ciri seperti ini.
Amar makruf dan nahi mungkar dalam Islam sejajar dengan kewajipan-kewajipan lain. Contohnya kewajiban menunaikan solat dan membayar zakat. Amar makruf dan nahi mungkar ini tergolong dalam jihad dan merupakan faktor terpenting untuk mencapai kesempurnaan, menghidupkan nilai-nilai dan menjadi faktor penghindaran masyarakat dari segala perbuatan sosial dan tercela.
Allah (s.w.t) dalam al-Qur'an berfirman: "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, menegakkan salat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan rasul-Nya." (Surah al-Taubah [9]:71) atau pada ayat lain, "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. " (Surah al-Taubah [9]:110)
Imam Ali (a.s) selaku teladan bagi seluruh kaum muslimin berkata tentang hal ini: "Amar makruf dan nahi mungkar kedua-duanya merupakan sifat-sifat Ilahi."[16]
Di tempat lain, Amirul Mukminin (a.s) memandang amar makruf dan nahi mungkar lebih tinggi darjatnya dari seluruh ibadah, bahkan jihad di jalan Allah (s.w.t): "(Di antara kaum Muslimin) Kemudian ada pula orang yang tidak bernahi mungkar (mencegah kemungkaran) dengan lidah, hati ataupun tangan. la hanyalah orang mati yang berjalan di mana kehidupannya sama sekali tidak membawa manfaat (bagi orang lain). (Ketahuilah) Semua amal kebajikan, termasuk perang atas nama Allah, dibandingkan dengan amar makruf (anjuran berbuat baik) dan nahi mungkar (mencegah kemungkaran), bagaikan meludah di laut dalam."[17]
 
  1. Mengamalkan nilai-nilai luhur Islam dalam pergaulan sosial
Berbudi luhur dan berperilaku mulia terhadap orang lain merupakan faktor terpenting untuk mencapai kejayaan dan kemajuan manusia dalam kehidupan bermasyarakat. Bahkan penyebarannya di antara berbagai lapisan masyarakat amat membantu penyebaran keadilan di tengah-tengah komuniti.
Kami akan menyebutkan beberapa contoh etika sosial Islam sebagai lanjutan dari perbahasan ini:
  1. Berakhlak budiman, berperilaku mulia dan berawajah ceria
Al-Qur'an menyatakan kepada Nabi (s.a.w), "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung" (Surah al-Qalam [68]:4); "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, sudah tentu mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu." (Surah Āl ʽImrān [3]:159)
Kerana itu, al-Qur'an memandang budi pekerti yang luhur (khulqin aẓīm) sebagai faktor kesuksesan Nabi (s.a.w) dalam menarik hati masyarakat. Terdapat banyak riwayat dari para pemimpin agama berkaitan dengan masalah ini yang kami akan sebutkan beberapa contoh di sini:
Nabi (s.a.w) bersabda: "Budi pekerti yang baik dan terpuji merupakan sebahagian dari agama."[18]
Imam Shadiq (a.s) menukilkan daripada Nabi (s.a.w) di mana Nabi (s.a.w) bersabda: "Iman adalah budi pekerti yang luhur."[19]
Mengenai perilaku baik dan berakhlak mulia terhadap masyarakat Imam Ali (a.s) berkata: "Kesempurnaan manusia dalam iman adalah sebaik-baik akhlaknya."[20]
Imam Shadiq (a.s) berkata: "Berlaku baiklah kepada masyarakat dan berakhlak luhur akan menyebabkan makmurnya tempat (dan masyarakat) tersebut."[21]
Barangkali dapat dikatakan bahawa berbudi luhur, perilaku yang baik dan berakhlak mulia terhadap penduduk bandar dan sentiasa terlibat dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, bersikap pemurah dengan mereka, boleh jadi menjadi faktor kuatnya hubungan sosial sesama penduduk dalam masyarakat. Budi pekerti luhur ini sangat dianjurkan dalam Islam. Ini disebabkan ia dapat menjadi saluran bagi penyelesaian seluruh masalah sosial dan berbagai kesulitan yang dihadapi masyarakat dari akibat dan konsekuensi kehidupan serba canggih hari ini, seperti mengatasi berbagai masalah psikologi.
 
  1. Bersikap rendah hati dan tawaduk
Bersikap rendah hati atau tawaduk di hadapan masyarakat dan menghindari dari sikap angkuh dan ego. Tawaduk ini merupakan salah satu sifat dan keadaan jiwa manusia yang terhasil akibat perbuatan dan tindakannya.
Tidak diragukan, sikap rendah hati dan tawaduk di hadapan masyarakat serta penduduk bandar akan mengundang simpati dan kecintaan orang awam di dunia disampinng mendatangkan keredaan Tuhan di akhirat kelak. Persoalan ini merupakan salah satu persoalan penting di mana para wali Allah sentiasa menganjurkan dan mewasiatkan hal ini.
Imam Ali (a.d) berkata: "Tawaduk dan rendah hati ketika bermartabat laksana memberikan maaf tatkala berkuasa."[22] "Dengan bersikap tawaduk, rahmat akan melimpah."[23] "Sesungguhnya rendah hati tidak mendatangkan sesuatu kecuali martabat dan ketinggian darjat manusia. Maka bersikap rendah hatilah maka Tuhan akan merahmatimu."[24] Al-Qur'an menyatakan bahawa tawaduk dan rendah hati merupakan tanda-tanda hamba soleh: "Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu ialah orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan mengucapkan ucapan yang tidak senonoh), mereka mengucapkan salam (dan berlalu dengan tidak menghiraukan mereka)." (Surah Al-Furqan [25]:63)
 
  1. Bersikap Lembut dan Toleransi
Rifq dan mudāra ertinya bersikap lemah lembut dan toleransi dengan masyarakat.
Dari suatu sudut, manusia memiliki kehidupan sosial, sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan manusia lain. Hak-haknya dengan hak-hak orang lain saling berkaitan antara satu sama lain dalam berbagai bentuk. Kerana itu, sikap toleransi merupakan salah satu masalah yang mendapat perhatian serius dalam Islam.
Imam Shadiq (a.s) menukilkan riwayat daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: "Sebagaimana Allah (s.w.t) memerintahkan kepadaku untuk menunaikan segala yang wajib, Allah (s.w.t) juga memerintahkan untuk bersikap toleransi dengan masyarakat."[25] Demikian juga Rasulullah (s.a.w) bersabda: "Bersikap toleransi dengan masyarakat merupakan sebahagian dari iman dan bersikap lembut (longgar) terhadap mereka merupakan setengah kehidupan."[26]
Agama Islam mengajurkan untuk bersikap toleransi dan berlembut dengan masyarakat, bahkan kepada musuh-musuh. Berkenaan dengan hal ini, Allah (s.w.t) berfirman kepada Nabi Musa dan Harun dalam al-Qur'an: "Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.” (Surah Ṭāha [20]:44)[27]
Dalam beberapa penjelasan Imam Ali (a.s) berkaitan dengan karakteristik dan ciri-ciri orang-orang beriman, beliau berkata: "Seorang mukmin adalah seorang yang berwajah ceria, dada yang sangat lebar (penuh kedermawanan), dan paling rendah hati. la membenci kedudukan tinggi, tidak menyukai kemasyhuran. Kesedihannya panjang, keberaniannya menjangkau jauh, diamnya banyak, dan waktunya diisi. la merasa syukur, kesabaran tertanam dalam fikirannya, kedekut menjadi mengemis (kepada orang lain), berwajah cerah dan berpembawaan lembut. la lebih kuat dari batu, tetapi lebih merendah dari hamba."[28]
 
  1. Sabar dan tabah
Hilm (tabah) adalah bersikap tegar dan teguh dalam menghadapi berbagai kesulitan hidup. Kehidupan sosial adalah kehidupan yang berhadapan dengan berbagai variasi manusia. Berinteraksi dengan aneka model mental, dengan ragam selera, dengan pandangan yang berbeza-beza, dengan perilaku dan keinginan yang berlainan. Kerana itu, syarat pertama kehidupan sosial adalah bersikap tabah dan sabar. Sifat sabar dan tabah ini merupakan salah satu sifat dan karakteristik seluruh Nabi Ilahi di hadapan berbagai gangguan para penentang dan kaum musyrikin.
Imam Ali (a.s) menjelaskan bahawa sabar dan tabah merupakan salah satu sifat Allah (s.w.t). Beliau bersabda: "Segala puji bagi Allah… sedemikian agung kesabaran-Nya sehingga melupakan berbagai kesalahan."[29]
Imam Ali (a.s) di tempat lain menjelaskan: "Barang siapa yang memiliki kesabaran dan keteguhan hati, maka ia tidak bersikap melampau dalam perbuatannya dan hidup bermasyarakat di kalangan manusia."[30] "Ganjaran yang pertama kali diperoleh oleh orang yang bersabar dan tabah adalah dukungan masyarakat terhadapnya di hadapan orang-orang bodoh."[31]
Penduduk bandar masyarakat Islam adalah warga masyarakat yang bersikap sabar di hadapan berbagai masalah dan keganjilan kehidupan sosial. Penduduk bandar muslim adalah orang-orang yang mengambil inspirasi dari ajaran-ajaran agama dan menaruh perhatian serius terhadap kata-kata Imam Ali (a.s) yang menegaskan "Orang-orang bertakwa, melalui hidupnya dengan penuh kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi berbagai masalah dan kekurangan hidup."[32]
Hal-hal yang disebutkan di atas adalah beberapa contoh dari sifat-sifat dan ciri-ciri penduduk bandar masyarakat Islam yang telah dijelaskan secara ringkas.
Noktah terakhir yang harus disebutkan di sini adalah bahawa tujuan penetapan aturan-aturan sosial adalah untuk menguatkan kehidupan sosial dan menjaga hak-hak penduduk bandar serta mencegah kejatuhan dan tumbangnya masyarakat. Untuk melembagakan sistem moral pada satu masyarakat kita seharusnya menaruh perhatian lebih terhadap tema-tema moral yang bertujuan untuk menjaga kemuliaan, kehormatan manusia, dan kejayaaan masyarakat manusia.
Dengan pelajaran yang terus menerus, setiap penduduk bandar akan menuai berbagai penyelesaian untuk mewujudkan berbagai sifat keutamaan dan moral sehingga menjadi sebuah kebudayaan (culture) dalam masyarakat. Dengan mempraktikalkan dan membiasakan berbagai sifat dan ciri-ciri moral ini dalam lingkungan kehidupan peribadi dan sosial, maka hal itu akan dapat membantu melembagakan sifat-sifat dan ciri-ciri moral serta menciptakan suasana sihat dalam masyarakat.  Dengan penyertaan umum dan keaktifan masyarakat, pembudayaan tema-tema moral, mkaa sosial Islam ini akan banyak membantu kita dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang sihat, berperikemanusiaan dan islamik. []
 

[1]. Untuk telaah lebih jauh sila rujuk, Al-Mizān, terjemahan Parsi, jil. 2, hal. 177.
[2]. Untuk mengenal lebih jeluk konsep ini sila rujuk, Maktab wa Niẓām Iqtiṣādi Islām, Mahdi Hadawi Tehrani, hal. 19-51.
[3]. Harus diingatkan bahawa dalam mengistinbatkan universaliti dan menyusuri falsafah, ajaran serta sistem Islam dapat dilakukan dengan metodologi fikah. Ia merupakan pekerjaan seorang ahli fikah (faqīh). Akan tetapi melakar keharmonian, ilmu sosiologi dan peranan seorang sosiolog amat diperlukan bagi menjelaskan realiti yang ada dan menyediakan berbagai keharmonian yang tepat dan usulan berbagai jalan yang produktif untuk merealisasikan berbagai keharmonian tersebut di mana ia merupakan tugas seorang sosiolog sebelum keharmonian tersebut menjadi realiti di kalangan masyarakat. Setelah terrealisasi, kawalan prestasi yang pada peringkat merealisasikan misi-misi negara dan mencegah terjadinya penyimpangan melalui ramalan masa depan merupakan tanggung jawab risalah ilmu-ilmu sosial. Akan tetapi pada tingkatan ini juga istinbat metodologi yang tetap dari teks-teks agama (ayat dan riwayat) yang digunakan untuk merealisasikan unsur-unsur keharmonian tersebut berada di bahu juris (fakih). Demikian juga, aturan bagi penyesuaian unsur-unsur universal sistem Islami terhadap berbagai kondisi tipikal ruang, waktu dan penyeliaan atasnya berada pada tanggung jawab seorang juris. Maktab-e wa Niẓām Iqtiṣādi Islām, Mahdi Hadawi Tehrani, hal. 44.
[4]. "Man adha Jarahu HarramaLlāh 'alaih raiha al-Jannah."  Muhammad Baqir Majlisi, Bihār al-Anwār, jil. 72.
[5]. "Man dhaya' haqqa jarihi falaisa minna."   Ibid, jil. 71, hal. 150.
[6]. "Iyyakum wa al-Julus 'ala al-Thuruqat." Muhammad Mahdi Naraqi, Jamiā' al-Sa'ādah, jil. 2, hal. 238.
[7]. "I'zil al-idza 'an thariq al-Muslimin." 'Alauddin Ali Hindi, Kanz al-'Ummal, jil. 15, hal. 781.
[8]. "Wa Iyyakum…wa Maqā'id al-Aswāq…"Abdulmajid Ma'adikha, Khursyid bi Ghurūb (terjemahan Persia Nahj al-Balāgha), hal. 380, surat ke-69..  
[9]. Muhammad bin Hasan Hurr al-'Amili, Wasail al-Syiah, jil. 19, hal. 181.  
[10]. Sayid Ruhullah Khomeini, Tahrir al-Wasilah, jil. 2, hal. 562.  
[11]. "Man Asbaha wala yahtam bi umur al-Muslimin, falaisa bimuslim." Kulaini, Ushul Kafi, jil. 2, hal. 131.
[12]. .."Mā akhadzaLlāh 'ala Ahli al-Jahl an yata'allamu hatta akhadza 'ala Ahli al-'Ilm an-Yu'allimu." Abdulmajid Ma'adikha, Khursyid bi Ghurūb (terjemahan Persia Nahj al-Balāgha), hal. 522, hikmah no. 478.  
[13]. "InnaLlāh Subhanahu Faradha fī Amwal al-Aghniyā Aqwāt al-Fuqarā…", Ibid, hal. 479, hikmah no. 329.
[14]. Al-Kāfī, jil. 7, hal. 51; Bihār al-Anwār, jil. 42, hal. 248.  
[15]. "Wa nashartahu idha kana maẓlūman… wa tu'asyiruh muʽashiratan karimatan." Bihar al-Anwar, jil. 71, hal. 7.  
[16]. Wa anna al-amra bil ma'ruf wa al-nahiya 'an al-munkar khulqan min khulqiLLah Subhanahu." Abdulmajid Ma'adikha, Khursyid bi Ghurūb (terjemahan Persia Nahj al-Balāgha), hal. 177-178."
[17]. Ibid, hal. 494.
[18]. "Al-Khulq al-Hasan nisf al-din." Muhammad Baqir al-Majlisi, jil. 68, hal. 385.
[19]. "Al-Iman Husn al-Khulq."  Ibid, hal. 385.
[20]. Ibid.
[21]. "Al-bir wa Husn al-Khulq Ya'murna al-Diyar.."Muhammad bin Hasan Hurr al-'Amili, Wasail al-Syiah, jil. 5, hal. 504.
[22]. "Al-Tawadhu' ma al-Raf'a, kal'afwu maa al-Qudrah."  Ghurar al-Hikam, (daftar isi tematis), hal, 405.
[23]. .."Bittawadhu' Taum al-Ni'mat." Abdulmajid Ma'adikha, Khursyid bi Ghurūb (terjemahan Persia Nahj al-Balāgha), hal. 380, hikmah ke-215    
[24]. Muhammad Mahdi Naraqi, Jamia' al-Sa'adah, jil. 1, hal. 363.
[25]. "Amarani Rabbi bimudarati al-nas. Kama amarani biadai al-Faraidh." Muhammad bin Hasan Hurr al-'Amili, Wasā’il al-Syiah, jil. 8, hal. 540.
[26]. Ibid.
[27]. Pelajaran penting yang dapat dipetik dari ayat ini adalah bahwa dengan bersikap toleransi dan santun bahkan para penentang akan mengambil pelajaran dan mendapatkan petunjuk dari akhlak Islami ini.   
[28]. Abdulmajid Ma'adikha, Khursyid bi Ghurūb (terjemahan Persia Nahj al-Balāgha), hal. 481, Hikmah 338.
[29]. Ibid, hal. 275, Khutbah 233.  
[30]. Ibid, hal. 395, Hikmah 30.  
[31]. Ibid, hal. 444, Hikmah 197.  
[32]. Ibid, hal. 221, Khutbah 184.
 
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits