Carian Terperinci
Pengunjung
9147
Tarikh Kemaskini 2011/04/19
Ringkasan pertanyaan
Mengapa warisan wanita setengah dari warisan lelaki?
soalan
Mengapa warisan wanita setengah dari warisan lelaki?
Jawaban Global

Salah satu sebab banyaknya kuota warisan lelaki dibanding dengan saham wanita adalah nafkah wanita berada di bahu lelaki. Ertinya lelaki di samping harus menyiapkan wang belanja untuk dirinya ia juga memiliki tugas untuk menyiapkan biaya hidup bagi wanita (isteri) dan anak-anaknya. Di sisi lain, lelaki adalah pihak yang memberikan mahar dan pihak wanita adalah yang menerimanya.

Sesungguhnya ia dapatlah dikatakan bahawa apa yang diperolehi wanita melalui warisan dan mahar merupakan tabungan baginya. Sementara saham warisan lelaki, digunakan untuk biaya hidupnya, isteri dan anak-anaknya semata-mata.

Di samping itu dalam syariah Islam, tugas-tugas yang disandangkan di bahu lelaki menyebabkan keharusannya untuk menggunakan harta. Contohnya biaya-biaya yang harus diserahkan oleh lelaki di medan jihad, atau tempat di mana salah satu kerabat, yang secara tidak sengaja membunuh atau melukai, lelaki sebagai yang lebih sulung atau yang dituakan (‘aqilah) memikul tanggung jawab untuk menyerahkan diat orang yang terbunuh atau dicederakan oleh kerabatnya. Sementara pihak wanita tidak memiliki tanggung jawab seperti ini.

Meskipun secara zahir, saham lelaki dua kali ganda dari saham wanita, namun pada tahap praktikal dan amal, manfaat yang diperolehi dari harta-harta masyarakat sebenarnya lebih kurang seperti wanita. Dengan mengamati pihak lelaki mengambil warisan lebih banyak, maka tanggung jawab yang dipikulnya sebenarnya lebih besar. Dalam satu kalimah dapat dikatakan bahawa sebab perbezaan warisan lelaki dan wanita adalah untuk menciptakan keseimbangan antara hak-hak dan kewajiban masing-masing dari mereka.

Jawaban Detil

Sebelum menjawab pertanyaan di atas perlulah kiranga diingatkan di sini bahawa kaedah dua kali gandanya saham lelaki atas saham wanita bukan merupakan kaedah universal, kerana dalam syara’ dan kanun terdapat beberapa satu perkara di mana dalam urusan pewarisan tidak membezakan antara lelaki dan wanita. Contohnya ayah dan ibu si mati di mana keduanya menerima warisan seukuran dan tidak terdapat perbezaan di antara keduanya.

Semenjak zaman lampau, pertanyaan ini mengemuka kaitan mengapa warisan wanita setengah dari warisan lelaki. Apakah perlakuan ini tergolong sebagai jenis diskriminasi yang menguntungkan lelaki? Dalam sebuah riwayat yang dinukil dari Imam Shadiq, beliau ditanya tentang mengapa wanita yang menghairankan apabila keadaannya lebih lemah dan lebih memerlukan sokongan, ia perlu menerima satu saham warisan dan lelaki yang dari sisi kekuatan badan dan fisik lebih kuat daripada wanita, harus memperoleh dua saham warisan?

Imam (a.s) dalam menjawab pertanyaan ini berkata, “Kerana lelaki lebih banyak taklifnya dan tanggung jawab yang dibebankan dibahunya lebih besar. Lelaki harus berjihad dan harus menanggung biaya yang dikeluarkan untuk keperluan ini, lelaki di samping punyai biaya-biaya hidupnya sendiri ia juga harus menanggung biaya hidup isterinya. Lelaki yang tergolong sebagai sulung atau yang dituakan (‘âqilah) dan ia harus menyerahkan sejumlah wang akibat  tindakan jenayah yang dilakukan secara tidak sengaja oleh kaum kerabatnya. Sementara wanita tidak memikul tugas sedemikian.”[1]

Dari riwayat yang lain dinukil daripada Imam Shadiq (a.s) menegaskan bahawa penyerahan mahar dari pihak lelaki kepada wanita adalah untuk menebus kekurangan warisan yang diterima wanita.[2]

Apa yang dijelaskan dalam Islam pada bab warisan sebenarnya merupakan sebuah revolusi yang menguntungkan pihak wanita. Di zaman jahiliyyah, wanita dan puteri-puteri si mati tidak mendapatkan warisan. Seluruh warisan si mati berpindah kepada putera-putera yang meninggal. Namun Islam datang dan menghapuskan aturan-aturan jahiliyah ini[3] manakala kaum wanita ditempatkan pada barisan penerima warisan si mati. Semenjak awal kemunculannya, Islam menganugerahkan autonomi dalam pemilikan dan pengelolaan harta kepada wanita. Sebuah perkara yang akhir-akhir ini dan dua kurun terakhir secara perlahan dicantumkan dalam peraturan-peraturan negara-negara Eropah.

Walaupun secara zahir warisan lelaki dua kali ganda warisan wanita, namun dengan penelitian yang mendalam akan menjelaskan bahawa dari satu sudut yang lain, warisan kaum wanita adalah dua kali lebih banyak dari warisan kaum lelaki dan hal ini dikeranakan sokongan Islam terhadap hak-hak wanita.

Tugas-tugas yang disandangkan di bahu kaum lelaki menjadi sebab dalam praktikal, setengah dari penghasilannya diserahkan kepada kaum wanita.

Lelaki harus menyediakan biaya hidup isterinya sesuai dengan keperluannya terhadap rumah, makanan, pakaian dan pelbagai keperluan lainnya. Demikian juga biaya hidupnya sendiri dan anak-anaknya. Bahkan apabila kedudukan wanita dan posisinya menuntut menggunakan pembantu dan ia juga mampu menyerahkan upah pembantu tersebut, maka upah pembantu tersebut kembali dalam tanggungan lelaki.[4]

Dengan penjelasan ini, menjadi terang bahawa banyaknya warisan wanita, adalah kenescayaan keseimbangan dan kesepadanan antara kekayaan lelaki dan wanita. Dan apabila terdapat kritikan dan protes maka hal itu harus berasal dari pihak lelaki bukan pihak wanita.[5]

Di hadapan tugas-tugas yang dipikul oleh lelaki, wanita bebas untuk tidak membayar biaya apa pun. Dan bahkan pemenuhan biaya-biaya hidupnya seperti makanan, pakaian, papan dan sebagainya pula, wanita tidak memikul tanggung jawab apa pun. Kerana itu, di tahap praktikal, sebenarnya wanitalah yang lebih banyak mendapatkan harta. Kitab Tafsir Nemune menjelaskannya dengan sebuah contoh yang bermanfaat untuk menerangkan masalah ini. Misalnya apabila jumlah harta yang terdapat di dunia sejumlah 30 Bilion yang didapatkan melalui warisan, secara perlahan dibagikan kepada seluruh kaum lelaki dan wanita di dunia (putera dan puteri), dari harta ini 20 Bilion diperuntukkan bagi lelaki dan 10 Bilion bagi wanita. Wanita sebagaimana normalnya menikah dan biaya hidupnya akan ditanggung oleh kaum lelaki. Dan atas alasan ini, kaum wanita dapat menabung 10 Bilion hartanya dan ia bergabung dengan kaum lelaki secara praktikal dalam 20 Bilion justeru kuota lelaki termasuk dalam  biaya hidup untuk wanita dan anak-anak. Kerana itu sebenarnya setengah dari kuota lelaki yang berjumlah 10 Bilion diperuntukkan bagi wanita. Dengan menambah sejumlah wang ini dengan wang tabungan wanita 10 Bilion tersebut, maka jumlah yang diraih wanita adalah 20 Bilion.[6]

Dengan memperhatikan beberapa matlab yang telah disebutkan di atas beberapa sebab tentang setengahnya warisan wanita dapat diringkas dalam tiga bahagian:

1.     Mahar: Tatkala dibacakan akad nikah, lelaki bertugas menyiapkan mahar yang patut untuk wanita sehingga sebaik sahaja wanita calon isterinya menuntut mahar tersebut, maka mahar tersebut harus diserahkan kepadanya. Kalau tidak demikian, maka wanita sama sekali tidak memiliki tugas untuk memenuhi kewajibannya (hubungan seksual) di hadapan suami. Kerana itu, semenjak awal dimulainya kehidupan, lelaki secara syari’i bertugas menyiapkan mahar untuk wanita dan hal ini merupakan salah satu sebab yang disentuh dalam sebahagian hadis para maksum (a.s).[7]

2.     Nafkah: Dalam kehidupan suami-isteri, di samping lelaki bertugas menyiapkan biaya hidupnya, ia juga menanggung biaya hidup anak dan isterinya. Adalah salah satu tugas lelaki menyiapkan makanan, pakaian dan rumah yang layak dan sesuai dengan kedudukan wanita tersebut. Sekiranya wanita memiliki sejumlah besar harta, ia sama sekali tidak memiliki tanggung jawab untuk menyediakan biaya hidupnya dan anak-anaknya. Wanita tidak hanya terlepas dari beban harta dalam kehidupan suami-isteri, namun juga apabila ia berkeinginan, ia memiliki hak untuk menerima bayaran dari suaminya atas pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan di rumah seperti menyusui anak, memasak, mencuci dan sebagainya.

3.     Tugas-tugas khusus lelaki: Pelbagai tanggung jawab yang diletakkan di bahu lelaki di mana wanita terbebas dalam hal ini misalnya: jihad di jalan Allah dan sebagainya, lelaki harus dengan jiwa dan hartanya turun di medan jihad. Sebagaimana disebutkan dalam al-Qur’an bahawa jihad dengan harta lebih utama daripada jihad dengan jiwa. Lelaki harus menyerahkan sendiri biaya-biaya yang berkaitan dengan jihad.[8] Dalam perbuatan jenayah yang dilakukan oleh kaum kerabatnya, lelaki harus menyerahkan diat. Wanita pula tidak tertakluk dalam urusan penyerahan diat.

 

Anda perhatikan bahawa Islam tidak ingin menetapkan aturan untuk kepentingan wanita dan merugikan lelaki atau untuk kepentingan lelaki dan merugikan wanita. Islam tidak berpihak kepada lelaki dan juga tidak berpihak pada wanita. Islam dalam aturan-aturannya memperhatikan kebahagiaan lelaki, wanita dan anak-anaknya yang dididik dalam pangkuan mereka dan juga kebahagiaan masyarakat manusia.[9]

Bagaimanapun, Islam berdasarkan tugas dan kewajiban ekonomi dan kewangan yang diletakkan di bahu lelaki, membahagi kekayaan dalam keadaan yang beragama dan di antaranya adalah masalah warisan dan tidak satu pun dari masalah ini terdapat diskriminasi.

Dari satu sisi, sejumlah kaedah dan peraturan tentang wanita dan lelaki ada dalam Islam yang menyebabkan aturan-aturannya dalam masalah warisan dan sebagainya berada dalam bentuk khusus dan hal ini tidak dapat menjadi objek kritikan terhadap aturan-aturan masyarakat Islam.

sekurang-kurangnya dapat dikatakan bahawa apabila biaya hidup wanita berada di bahu lelaki, lalu untuk apa lagi memiliki harta dan kekayaan?

Dalam menjawab pertanyaan ini dapat dibicarakan bahawa mahar dan warisan wanita sebagai tabungan masa depannya di mana andainya ia berpisah dari suaminya atau suaminya meninggal, ia memiliki tabungan untuk mengatur hidupnya.[10] Dan dengan tenang dan penuh kemuliaan ia dapat melanjutkan hidupnya.

Namun berkenaan nafkah wanita ditanggung lelaki adalah bertujuan agar wanita tidak merasa risau dan kuatir membina dan mendidik anak-anaknya sehingga menjadi tunas masyarakat serta mempersiapkan keharmonian rumah tangga yang merupakan mutiara terpendam dalam masayarakat.

Sebagai penutup kami mengajak pembaca menyemak titik penting yang satu ini bahawa bila sahaja kelihatan perlu membantu wanita atau anak perempuan, berdasarkan keadaan tertentu, dalam subjek seperti ini pemilik harta dengan mengikuti peraturan syariat, ia dapat pula digunakan untuk menyokong orang yang dimaksud. Ertinya apabila seorang ayah memandang perlu lebih banyak membantu anak perempuannya, pada masa hidupnya ia dapat menghibahkan hartanya kepada puterinya itu atau sepertiga dari hartanya. Sejumlah harta yang lebih banyak dari saham warisan ia wasiatkan kepada putrinya.[]



[1]. Hurr ‘Amili, Wasâil al-Syiah, jil. 26, hal. 93, Ali al-Bait. Syaikh Thusi, Tahdzib al-Ahkam, jil. 9, hal. 174 & 254, Dar al-Kitab al-Islamiyah. Al-Kâfi, jil. 7, hal. 85.  

[2]. Syaikh Shaduq, ‘Ilal al-Syarâ’i, jil. 2, hal. 57, Dar al-Kitab al-Islamiyah, 1365.

[3]. Abu al-Fath Razi, Tafsir Raudh al-Jinân, jil. 10, hal. 268, Bunyad Pazuhesy Islami Ustan-e Radhawi.

[4]. Maryam Sawiji, Huquq Zan dar Islâm wa Khânewâdeh, hal. 113, cap-e Duwwum, Mujarrad, 1371.

[5]. Muhammad Husain Fadhlullah, Naqsy-e wa Jâigah-e Zan dar Huquq-e Islâmi, terjemahan ‘Abdulhadi Faqihi Zade, Nasyr-e Dadgastar, hal. 23.

[6]. Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 3, hal. 288, Dar al-Kitab al-Islamiyah.

[7]. Muhammad bin Ridha al-Qumi al-Masyhadi, Kanz al-Daqâ’iq, jil. 3, hal. 343, Cap-e Wizarat-e Irsyad.

[8]. Qadhi Thaba-thabai, Tahqiq dar Irts Zan az Dârâi Syuhar, Mihan, 1353, hal. 143.

[9]. Murtadha Muthahhari, Nizhâm Huquq Zan dar Islâm, hal. 253, Nasyr-e Farhangg-e Islami, Cap-e Awwal, 1353.

[10]. Sayid Mahmud Thaleqani, Partui az Qur’ân, jil. 6, hal. 90, Nasyr-e Tehran, Syarkat-e Sahami Intisyar.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah Nabi (s.a.w) mati syahid?
    12577 تاريخ بزرگان 2011/05/10
    Banyak dalil yang termaktub dalam kitab-kitab hadis dan sejarah, baik Syiah atau pun Sunni yang menegaskan hal ehwal kesyahidan Nabi (s.a.w) akibat diracun. Namun noktah berikut ini juga harus diperhatikan bahawa apabila kesyahidan kita definisikan dengan makna terbunuh di jalan Allah dan rasul sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an, ...
  • Dimanakah letak kebahagiaan dan kesempurnaan manusia?
    14006 Akhlak Teori 2011/01/01
    Jawapan lengkap untuk pertanyaan ini berada dalam ruang lingkup jawapan terhadap dua pertanyaan asasi berikut ini:1.     Apa erti kebahagiaan? Apakah kebahagiaan tersebut terpisah dari kesempurnaan atau tidak?
  • Apakah agama itu satu atau banyak?
    8088 Teologi Baru 2013/01/08
    Jikalau maksud agama ialah sekumpulan akidah, akhlak, undang-undang dan peraturan yang diturunkan daripada Allah (s.w.t) kemudian disampaikan kepada orang ramai dengan perantara para nabi, maka dalam bentuk ini semua agama merupakan sebuah perkara yang satu. Perbezaan di antara agama dalam arahan-arahan juzuknya hanyalah perubahan yang selaras dengan ...
  • Mengapa nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebut secara jelas dalam Al-Qurʻan?
    10766 Teologi Klasik 2012/03/08
    Hendaklah kita sedari walaupun nama para Imam Maksum (a.s) tidak ditampilkan secara jelas di dalam Al-Qurʻan, namun sabda-sabda Nabi (s.a.w) telah menyebut secara terang-terangan nama para Imam Maksum (a.s) khususnya Ali bin Abi Talib (a.s) di mana beliau adalah miṣdāq (eksternal) jelas bagi hadis Al-Ghadīr; iaitu pengumuman ...
  • Apakah yang menjadi piawaian dalam permasalahan yang berkaitan dengan kalam?
    7243 Teologi Klasik 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah syurga dan neraka sekarang ini wujud?
    18661 Teologi Klasik 2011/04/19
    Menurut ayat dan riwayat, syurga dan neraka yang dijanjikan, sekarang ini ada kewujudannya. Dan pada hari kiamat kelak ia akan ditunjukkan secara sempurna dan manusia akan ditempati di kediaman abadinya masing-masing, sesuai dengan amal perbuatan, keyakinan, dan keikhlasan mereka. Terdapat sudut lain yang dapat digambarkan (tentang syurga dan ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    31688 Tafsir 2010/12/29
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    16914 Tafsir 2011/07/21
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Seorang pesakit untuk mendapatkan kesembuhan apakah harus merujuk kepada seorang dokter, atau harus memakan turbah Sayid al-Syuhada Imam Husain a.s. atau memanjatkan doa?
    8181 Teologi Klasik 2011/01/01
    Ketiga-tiga perkara ini, masing-masing boleh menjadi faktor sebab yang berbeza untuk  menyembuhkan pesakit dan ia juga boleh bergabung (di dalam menyembuhkan). Akan tetapi sebaiknya doa (hubungan dengan Tuhan dan permintaan langsung kepada-Nya) terjadi dengan seluruh perbuatan kita, diantaranya ia disertai dengan salah satu dari kedua-dua (berubat ...
  • Apakah peranan perantara (wasilah) dalam mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t)?
    21199 Teologi Klasik 2013/02/16
    Wasilah (perantara) memiliki makna yang sangat luas di mana ia meliputi setiap pekerjaan dan setiap sesuatu yang menyebabkan pendekatan kepada Tuhan. Alam semesta yang kita huni ini adalah alam yang berpijak di atas sistem sebab dan akibat, sebab dan musabab yang dicipta untuk memberikan petunjuk, membangunkan dan ...

Populer Hits