Carian Terperinci
Pengunjung
9916
Tarikh Kemaskini 2011/11/23
Ringkasan pertanyaan
Apakah Nabi (s.a.w) dan para imam (a.s) melakukan praktik mut’ah?
soalan
Apakah terdapat sanad yang menyatakan bahawa Nabi (s.a.w) dan para Imam (a.s) melakukan praktik mut’ah? Atau putera-putera mereka? atau paling kurang memberi sokongan untuk melakukan hal itu?
Jawaban Global

Sebelum menjawab pertanyaan ini, haruslah diperhatikan bahawa apabila sebuah perkara itu diperbolehkan dan kebolehannya telah ditetapkan oleh al-Qur’an dan Sunnah, maka hal itu tidak lagi memerlukan perbuatan para maksum kerana makna boleh bagi sebuah amalan ialah bermakna bahawa mukallaf bebas memilih untuk melakukan perbuatan tersebut atau meninggalkannya.

Akan tetapi, apakah jenis pernikahan ini pernah dilakukan oleh para Maksum (a.s) atau tidak? Berkenaan dengan Nabi (s.a.w), belum pernah dijumpai satu dalil pun bahawa beliau pernah melakukan mut’ah, akan tetapi terdapat riwayat yang dinukil oleh Tsa’labi dalam Tafsirnya yang ia riwayatkan dari ‘Imran bin Hushain yang berkata: “Ayat mut’ah diturunkan dalam Kitabullah dan setelahnya tiada ayat yang turun untuk menghapusnya (naskh). Dan Nabi (s.a.w) memerintahkan kami untuk melakukan hal tersebut, dan kami pun melakukan praktik mut’ah, sedangkan beliau tidak melarang kami melakukan perbuatan itu.[1]

Jika yang dimaksud dengan mut’ah dalam riwayat ini adalah pernikahan sementara, maka hal itu tidak menunjukkan secara zahir bahawa Nabi (s.a.w) juga melakukannya, melainkan beliau secara zahir memerintahkan para sahabat melakukan mut’ah.

Sebagaimana Muslim bin Hajjaj dalam riwayat yang sahih menyebutkan bahawa ‘Atha berkata: Jabir bin Abdullah pulang dari umrah dan kami berkunjung ke rumahnya. Orang-orang bertanya kepadanya banyak soalan, di antaranya adalah mut’ah. Ia berkata: “Iya. Kami pada masa Nabi (s.a.w), Abu Bakar dan Umar melakukan nikah mut’ah.[2] Secara zahir riwayat ini menegaskan bahawa nikah mut’ah dilakukan oleh para sahabat.

Akan tetapi, terdapat riwayat yang berhubungan dengan nikah mut’ah yang dilakukan oleh para Imam Maksum (a.s), seperti riwayat yang menyebutkan bahawa Imam Ali (a.s) melakukan nikah mut’ah dengan seorang wanita dari suku Bani Nahsyal di Kufah.[3]

Dengan memperhatikan riwayat ini, dan nikah mut’ah yang dilakukan oleh beliau di Kufah yang pada saat itu merupakan pusat kerajaan Imam ‘Ali (a.s), kemungkinan besar pernikahan sementara ini dilakukan di zaman kekhilafahannya; kerana sebelum itu beliau tinggal di Madinah. Riwayat ini boleh menjadi dalil adanya nikah mut’ah pada masa pemerintahan Ali (a.s).[4][]

Maklumat lebih terperinci, sila rujuk:

Pertanyaan 844 (Site: 915), Indeks, pembolehan melakukan pernikahan sementara.

Pertanyaan 3025 (Site:4643), Indeks, Para Imam Maksum (a.s) dan Pernikahan Sementara.



[1]. Abu Raja’ al-Athardi dari Imran bin al-Hashin berkata: Ayat ini turun (al-mut’ah) dalam kitab Allah, dan tidak ada turun ayat setelahnya yang menghapusnya. Lalu Rasulullah (s.a.w) memerintahkan kami untuk melakukan mut’ah dan kami pun melakukannya pada masa Rasulullah (s.a.w) dan beliau tidak melarangnya. Dan berkatalah seseorang setelahnya mengikut pendapatnya sesuai apa yang dikehendakinya! Tsa’labi, al-Kasyf wa al-Bayân ‘an Tafsir al-Qur’ân, jil. 3, hal. 287

[2]. Thabarsi, Majma’ al-Bayân fii Tafsir al-Qur’ân (terjemahan Parsi), jil. 5, hal. 101-102, Nasyir Intisyarat Farahani, Teheran, 1360 S.

[3]. Wasâil al-Syiah, jil. 21, hal. 10. Perawi berkata bahawa Ibnu Babawaih dengan sanadnya bahawa sesungguhnya Ali melakukan nikah mut’ah dengan seorang wanita di Kufah dari keturunan Bani Nahsyal.

[4]. Disesuaikan dengan pertanyaan no. 2965 (Site: 3467)

Jawaban Detil
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits