Carian Terperinci
Pengunjung
5710
Tarikh Kemaskini 2009/11/29
Ringkasan pertanyaan
Dengan wujudnya syarat baligh untuk taklif syariat, apakah hukum amalan baik dan buruk bagi kanak-kanak?
soalan
Sebagaimana yang telah kita ketahui dalam mazhab Syiah Ithnā Ashā`irah, umur taklif bagi anak lelaki adalah 15 tahun manakala anak perempuan adalah 9 tahun. Dengan mengamati ayat 7 dan 8 surah al-Zalzalah, ianya menerangkan bahawa seluruh amalan baik dan buruk insan akan ditunjukkan pada hari kiamat. Bagaimanakah situasi amalan-amalan kanak-kanak nanti? Apakah Allah (s.w.t) akan membalas amalan baik mereka dengan pahala sedangkan mereka juga akan dihantar ke neraka kerana amalan jahat?
Jawaban Global
Walaupun salah satu daripada taklif[1] syarie insan di sisi Allah (s.w.t) ialah seseorang itu akan sampai kepada umur baligh[2], namun tidak sepatutnya dibayangkan bahawa semua kanak-kanak benar-benar terlepas, tidak terikat dan boleh melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya di zaman kanak-kanak. Ahli fikah Islam telah mengecualikan segolongan kanak-kanak yang mampu memahami baik dan buruk dari kanak-kanak yang lain. Menurut fatwa mereka sekiranya kanak-kanak mumaiyiz[3] melaksanakan amalan baik atau ibadah, maka mereka akan diberi ganjaran kerana mengerjakan amalan mustahab (yang dituntut), sehinggakan sebahagian dari ahli-ahli fikah percaya bahawa amalan ini bukan sekadar latihan, bahkan ianya akan dihitung sebagai sebuah ibadah yang sah menurut syarie. Sebaliknya, sebahagian dari amalan-amalan yang tidak ada masalah jika dilakukan oleh kanak-kanak bukan mumaiyiz, ianya tidak dibenarkan bagi kanak-kanak mumaiyiz. Sehinggakan dalam beberapa situasi tertentu, kanak-kanak mumaiyiz atau warisnya bertanggung jawab terhadap kegiatan yang dilakukannya dan ia hendaklah membayar gantirugi.
 
 

[1] Ar penyerahan beban (tugas, pekerjaan) yg berat kpd seseorang. Kamus Dewan Edisi Keempat
[2] Sudah cukup besar atau remaja dan sudah matang sifat-sifat kelelakiannya atau kewanitaannya Kamus Pelajar Edisi Kedua
[3] Ar sudah dapat membezakan se­suatu yg baik dgn yg buruk (bkn kanak-kanak yg lazimnya setelah berumur tujuh tahun tetapi belum baligh). Kamus Dewan Edisi Keempat
Jawaban Detil
Salah satu dari syarat pentaklifan insan daripada Allah (s.w.t) ialah ia hendaklah seorang yang baligh. Akibatnya pembalasan-pembalasan terhadap sesorang insan yang bukan mukallaf tidaklah sahih.[1] Sedangkan terdapat ahli-ahli fikah sudah menerangkan hukum hakam dalam banyak hal mengenai kanak-kanak yang umurnya belum sampai ke peringkat baligh, namun masih memahami yang mana satu baik dan buruk (diistilahkan sebagai mumaiyiz)[2], di mana sebahagian dari perkara tersebut ialah:
1. Sekiranya seseorang itu dalam keadaan mengerjakan solat dan ada orang yang memberikan salam kepadanya, maka dia hendaklah menjawab salam tersebut walaupun yang memberikan salam itu adalah seorang kanak-kanak mumaiyiz.[3]
2. Tidak sah berurusniaga dengan kanak-kanak yang belum baligh, namun sekiranya urusniaga itu dengan kanak-kanak yang sudah mumaiyiz dan sesuatu yang beharga murah diurusniaga dengannya, maka urusniaga tersebut sah.[4]
3. Kanak-kanak muslim yang mumaiyiz boleh menyembelih haiwan secara syarie.[5]
4. Sekiranya kanak-kanak mumaiyiz mengaitkan orang lain dengan perkara yang tidak berasas (Qazaf), meskipun hukum hudud Islam tidak dikenakan ke atasnya, namun ia hendaklah dikenakan tindakan disiblin oleh hakim syariah.[6]
5. Kanak-kanak mumaiyiz dituntut mengerjakan solat dan dibiasakan menunaikan ibadah yang lain. Bahkan ia juga perlu didesak mengerjakan solat qada.[7]
6. Insan diwajibkan menutup aurat masing-masing dari pandangan orang lain. Salah satu pengecualiannya ialah hukum kanak-kanak. Namun kanak-kanak mumaiyiz termasuk di dalam hukum awlā (hukum yang utama) dan tidak dikecualikan.[8] Hukum melihat aurat orang lain juga adalah haram melainkan kanak-kanak yang tidak berniat membangkitkan hawa nafsu maka ia boleh melihat auratnya. Namun hukum ini terbatas dalam skop kanak-kanak bukan mumaiyiz. Melihat aurat kanak-kanak yang sudah mumaiyiz juga adalah haram.[9]
Salah seorang ahli fikah memperkenalkan salah satu syarat taklif ialah seseorang itu telah sampai ke peringkat usia baligh syarie, dan perlu mematuhi salah satu dari noktah berikut:
1. Seseorang kanak-kanak bukan mukallaf yang belum mencapai usia taklif tidaklah bermakna penjaga syarienya tidak     ada hak untuk menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran dan tidak boleh menghukumnya atas perbuatan salahnya, ataupun mendorongnya melakukan perkara yang benar. Bahkan ia perlu memberi fokus kepada mendisiblinkan kebolehannya dalam memahami perkara ini (mumaiyiz) sehingga ia mampu menanggung kewajipan taklifnya ketika sudah berusia baligh.
2. Pensyaratan baligh untuk taklif bukanlah bermakna amalan kanak-kanak yang dilaksanakan secara sempurna itu tidak sah; Bahkan amalan wajib dan sunat yang dilakukan oleh para mukallaf adalah dituntut bagi kanak-kanak mumaiyiz selagi amalan tersebut tidak mendatangkan bahaya untuk mereka. Oleh itu sebaik sahaja kanak-kanak mencapai usia tujuh tahun maka ia dituntut mengerjakan solat. Begitu juga apabila kanak-kanak itu sudah mencapai usia sembilan tahun, ia dituntut berpuasa meskipun hanya berkemampuan mengerjakan beberapa hari sahaja.
3. Tidak semestinya kanak-kanak mumaiyiz yang melakukan kesalahan tidak boleh dimarahi. Sebagai contoh sekiranya ia merosakkan harta benda orang lain, maka ia diberi tempoh untuk menggantikannya sesudah mencapai usia baligh.[10]
Dari sini, 2 noktah penting berikut wajar diambil perhatian:
1. Berhubung dengan kelakuan kanak-kanak yang belum mencapai usia mumaiyiz dan usia dapat mengenali sesuatu, tidak sepatutnya dihukum secara serius di samping mengaitkan kelakuannya dengan baik dan buruk. Sebagaimana yang telah dijelaskan, dari sini, apa yang terkandung dalam surah al-Zalzalah dan pembentukan amalan baik atau buruk bagi kanak-kanak seperti ini tidaklah benar.
2. Mumaiyiz dan dapat mengenal juga merupakan sebuah perkara nisbī. Dengan kata lain seorang kanak-kanak memiliki kemampuan mengenali dan membezakan beberapa perkara syariat. Namun ia terlepas dalam hubung kaitnya dengan perkara yang lain dan hanya bertanggung jawab dalam perkara yang diketahuinya sahaja.
Sebagai kesimpulan dari perbahasan ini, dapatlah dikatakan bahawa: Sekiranya individu belum mencapai usia baligh, namun ia adalah kanak-kanak cerdas, pintar, berakal, cerdik dan mumaiyiz, dapat mengenalpasti baik dan buruk dengan baik, menurut pandangan kami Islam dan iman individu seperti ini dapat diterima. Bukan hanya imannya diterima semata-mata, bahkan apa yang dikatakan oleh para ahli fikah kami; Ibadah-ibadah anak kecil seperti ini juga sah. Solat, puasa, haji, umrah dan lain-lain ibadah yang dikerjakan dengan menuruti persyaratan-persyaratannya adalah sah. Di samping itu menurut penjelasan yang dikemukakan oleh ahli-ahli fikah Islam, ibadah-ibadah individu ini adalah syarie, bukan lagi latihan.[11] Oleh itu ketika ibadah-ibadah anak-anak kecil yang belum baligh seperti ini sah dan syarie, maka imannya diterima menurut hukum utama. Sebagai kesimpulan, iman anak kecil yang sudah mumaiyiz sebelum baligh adalah diterima. Lebih dari itu, kami percaya anak-anak kecil ini bertanggung jawab terhadap sebahagian dosa mereka. Walaupun belum sampai ke usia taklif, ini tidak beerti semua dosa-dosa mereka diampuni dan menjadi alasan untuk diberikan lampu hijau. Dari sini andainya kanak-kanak mumaiyiz yang belum mencapai usia baligh mengetahui bahawa membunuh jiwa yang tidak berdosa itu adalah pekerjaan yang buruk, namun ia membunuh seseorang yang tidak berdosa, maka ia harus menjamin darah korbannya dan bertanggung jawab di hadapan Allah (s.w.t). Oleh itu individu yang belum baligh namun ianya berakal, pintar, dan mumaiyiz, maka imannya diterima. Baligh juga bukanlah syarat penerimaan Islam dan iman.[12]
 

[1] Saḍr, Sayid Muḥammad Bāqir, al-Fatāwā al-Wāḍiḥa, muka surat 126
[2] Tawḍīh al-masā’il Imām Khumaynī, muka surat 57
[3] Ibid, muka surat 1141
[4] Ibid, muka surat 1389
[5] Ibid, muka surat 2594
[6] Taḥrīr al-Wasīlah, muka surat 876
[7] Tawḍīh al-Masā’il, muka surat 1389
[8] Ibid
[9] Ibid, muka surat 2436
[10] Ṣaḍr, Sayid Muḥammad Bāqir, ibid
[11] Yazdī, Sayid Muḥammad Kāẓim, Al-`Urwah al-Wusqā, jilid 2 muka surat 217
[12] Makārim Shirāzī, Nāṣir, Āyat Veläyat Dar Qur’ān, muka surat 361 - 362
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Menjadi penghuni syurga Riḍwān; bagaimanakah mereka dapat diselaras dengan syafaat Malaikat?
    6217 Tafsir 2011/05/22
    Allah (s.w.t) memberikan keredaan-Nya kepada orang-orang yang beramal saleh, beriman, dan bertakwa, namun iman dan takwa memiliki tingkat dan darjatnya masing-masing. Oleh kerana itu, reda Ilahi akan kembali pada tingkatan dan darjat ketakwaan yang dimiliki.[i]Syurga sesuai dengan ...
  • Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
    7012 Teologi Klasik 2012/05/17
    Tuhan adalah zat yang Maha Sempurna secara mutlak, suci dari semua kekurangan dan kecacatan, Maha Kaya dari semua kewujudan di alam semesta ini, tidak memerlukan apa pun, sebaliknya makhluk-makhluk-Nya pula ialah mereka yang perlu dan berhajat kepada-Nya. Di sisi lain, dalam kesempurnaan-Nya Allah adalah zat yang Maha ...
  • Berilah penjelasan tentang maqâm Fana' dan baqa'.
    9598 Irfan Teori 2011/01/01
    Fana' dari sudut bahasa bermaksud ketiadaan dan kehancuran. Dan lawan dari Fana' adalah baqa', dan tetap ada. Seperti Tuhan adalah termasuk dalam kategori abadi dan baqa', sementara selain-Nya atau seluruh makhluk digolongkan ke dalam ketiadaaan, kehancuran, dan Fana'.Sedangkan dari sudut istilah dan pengertian ...
  • Bagaimanakah peranan kaum perempuan nanti di zaman pemerintahan Wali Ashr (a.j.f)?
    6166 Undang-undang 2011/09/22
    Pengutusan Nabi (s.a.w) dan penyebaran Islam di samping mencipta perubahan besar pada dunia di masanya hingga kini, ia juga meninggikan kedudukan dan darjat serta peranan wanita di keluarga dan masyarakat, sehingga tingkatan tersebut tidak dapat dibandingkan dengan masa-masa sebelumnya. Pada zaman-zaman sebelum kedatangan Islam, masyarakat-masyarakat pra-Islam ...
  • Apakah agama itu satu atau banyak?
    3953 دین 2013/01/08
    Jikalau maksud agama ialah sekumpulan akidah, akhlak, undang-undang dan peraturan yang diturunkan daripada Allah (s.w.t) kemudian disampaikan kepada orang ramai dengan perantara para nabi, maka dalam bentuk ini semua agama merupakan sebuah perkara yang satu. Perbezaan di antara agama dalam arahan-arahan juzuknya hanyalah perubahan yang selaras dengan ...
  • Tolong jelaskan perbezaan antara akal pentadbir dan hati (iman dan cinta).
    8232 عشق 2012/11/22
    Institusi tubuh badan manusia mempunyai pusat kekuatan besar dan agung, iaitu “akal” dan “asyik” di mana masing-masing mempunyai peranan penting dalam melakar kehidupan manusia. “Akal” umpama pelita yang sarat dengan cahaya di mana ia memancarkan cahaya dalam hidup yang penuh berliku. Akal bukanlah jenis naluri kebinatangan dan ...
  • Mengapa para penziarah, khususnya para penziarah dari Iran, menumpahkan tangisan mereka di samping kuburan Baqi’?
    3890 Teologi Baru 2011/09/22
    Jawapan atas pertanyaan seperti ini bersandar pada pengenalan kita terhadap zat tangisan dan tujuan orang menangis.Tangisan terbahagi menjadi dua. Tangisan zahir dan tangisan batin. Tangisan batin hasil dari pelbagai pengaruh mental dan kesan di mana dengan tangisan batin ini muncul pada manusia akibat pelbagai aktiviti ...
  • Apakah Waliyul faqīḥ itu lebih utama dibandingkan malaikat?
    4410 شرائط و خصوصیات ولی فقیه 2013/01/24
    Wilāyatul Faqīḥ pada zaman keghaiban seperti sekarang ini, merupakan penerus Wilāyah Nabi Muhammad (s.a.w) dan para imam maksum (a.s). Dengan kata lain, Wilāyatul Faqīḥ itu berasal dari sumber Wilāyah Nabi (s.a.w) dan wilāyah para Imam maksum (a.s). Seorang Walī Faqīḥ memiliki ...
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    4663 انسان و خلافت الاهی 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • jelaskan pemahaman ayat "لا اکراه فى الدّین قد تَبَیّن الرّشدُ مِن الغىِّ..." “Tidak ada paksaan dalam agama. Sungguh telah jelas petunjuk daripada kesesatan….” dengan tafsiran yang berbeza.
    6874 Teologi Klasik 2010/11/14
    Dengan alasan terhadap tafsir yang berbeza, daripada lima pendapat dalam pemahaman dan makna ayat yang telah dijelaskan dimana pendapat yang sahih adalah khabar yang mempunyai sifat umum, kesyumulan dalam dan keinsanan dan ianya adalah; agama adalah satu masalah keyakinan dan hati. Tekanan dan terpaksa didalam perkara ...

Populer Hits