Carian Terperinci
Pengunjung
5889
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Adakah hikmah dan ilmu itu berbeza?
soalan
Adakah menurut al-Qur’an hikmah dan ilmu itu berbeza?
Jawaban Global

Makna hikmah daripada segi bahasa adalah ucapan dan perbuatan yang sesuai dengan kebenaran dan realiti, sampai kepada kebenaran dengan media ilmu dan akal atau yang membuat manusia berdiri di atas landasan kebenaran. Ilmu adalah mengetahui, tahu akan sebuah hakikat, dan ilmu pengetahuan.

Hikmah Dan Ilmu Dalam Al-Qur’an

Kalimah hikmah berulangkali disebutkan di dalam al-Qur’an. Terdapat banyak pendapat daripada para pentafsir tentang kalimah hikmah ini. Sebahagian berkata, yang dimaksudkan dengan hikmah adalah kenabian. Sebahagian lainnya berkata maksud hikmah adalah syariat-syariat, ilmu halal dan haram. Dan sebagian besar lainnya pula memaknakan hikmah sebagai pengetahuan al-Qur’an. Dan sebahagian lagi memaknakan sampainya pada hakikat pesanan Tuhan dan sebagainya. Namun pendapat Allamah Thaba-thabai r.a adalah pendapat yang menyeluruh sehingga pendapat-pendapat lainnya dapat dijadikan sebagai contoh daripada pendapat Allamah ini.

Allamah Thaba-thabai berkata makna hikmah adalah mantap (mutqan) dan kukuhnya (muhkam) bentuk ilmu kerana hikmah merupakan lambang kekukuhan (istihkam) dan tidak lenyap. Allah swt menamakan al-Qur’an sebagai “Kitâb Hakîm” lantaran ketika al-Qur’an bertutur-kata, ia bertutur kata dengan baik dan di samping itu disertai dengan argumen dan dalil. Kalimah ilmu juga seringkali berulang dalam al-Qur’an. Adapun makna-maknanya adalah pengetahuan, menerangkan dan mengungkapkan, digunakan untuk dalil dan argumen.

Setelah menelaah dan mengkaji dalam penggunaan klausa ilmu dan terbitannya, dapat disimpulkan bahawa seluruh maujud memiliki ilmu, sebagaimana Allamah Thaba-thabai r.a menegaskan pada tafsir ayat “"Tujuh petala langit, bumi, dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka." (Qs. Al-Isra [17]:44) ayattetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka" adalah sebaik-baik dalil bahawa yang dimaksudkan dengan tasbih seluruh makhluk adalah tasbih yang bersumber daripada ilmu dan diungkapkan dalam bahasa lisan kerana apabila yang dimaksudkan adalah bahasa tubuh (hâl) seluruh makhluk dan penunjukkannya pada keberadaan Pencipta maka tiada lagi bermakna kalian tidak memahami tasbih mereka! Terdapat ayat-ayat lainnya yang menunjukkan pada makna ini.

Perbezaan Hikmah Dan Ilmu

Hikmah dan ilmu kadangkala disandarkan kepada Allah swt dan atas alasan ini ia disebut sebagai hikmah Ilahi; menciptakan seluruh makhluk dengan segala kemantapan dan jauh daripada sia-sia. Dan pengadaan ini bersandarkan pada ilmu yang tidak terbatas. Sebagai kesimpulannya, hikmah dan ilmu merupakan sifat Zat Allah swt, akan tetapi perbuatan Ilahi dicirikan sebagai hikmah, mantap, berasaskan kebenaran dan bebas daripada kebatilan, maka dengan demikian hikmat tergolong sebagai sifat perbuatan Tuhan. Bagaimanapun, oleh sebab sifat Zat Tuhan merupakan ZatNya itu sendiri, pada hakikatnya tidak akan ada perbezaan antara dua sifat ini, kecuali dengan memperhatikan sudut-sudutnya. Hakîm dan 'alîm (bentuk hiperbola) keduanya menunjukkan kepada pengetahuan Tuhan, akan tetapi “hikmahselalunya menjelaskan dari sudut praktis (perbuatan) dan ilmu menerangkan dari sudut teorinya. Dengan kata lain, sifat ilmu adalah pengetahuan tidak terbatas Tuhan dan sifat hakim adalah dari sudut tujuan, pandangan dan perhitungan dalam menciptakan alam dan menurunkan al-Qur’an. Kadangkala dua sifat ini disandarkan kepada manusia di mana hikmah pada diri manusia ialah pengenalan terhadap makhluk dan mengerjakan perbuatan-perbuatan baik dan terpuji, dan hakîm adalah orang yang merupakan ahli marifat dan memiliki pemahaman yang mendalam dan akal yang sihat. Imam Musa bin Ja’far a.s bersabda: “Yang dimaksudkan dengan hikmah adalah faham dan akal.” Dengan itu dapat dikatakan bahawa hikmah merupakan satu kondisi dan keistimewaan pengetahuan dan pengecaman yang bersandar kepada ilmu di mana hakikatnya ia adalah milik Tuhan. Bahkan sebagaimana sabda Imam Shadiq a.s, “Allah swt merupakan ilmu itu sendiri di mana tiada jalan bagi kejahilan di dalamnya.”

Selain itu, ilmu memiliki pelbagai darjat. Darjat kewujudan tertinggi (bariy Ta’ala) hingga manusia bahkan seluruh maujud yang tidak berakal juga memiliki ilmu. Dan boleh dikatakan bahawa antara seluruh maujud dan ilmu itu seiring dan sesuai dengan kandungan wujudnya. Berbeza dengan hikmat yang merupakan ciri-ciri dan sifat-sifat bagi yang berakal.

Jawaban Detil

Hikmah Daripada Segi Bahasa

Hikmah bermaksud sampainya kepada kebenaran dan realiti melalui medium ilmu dan akal.[1] Hikmah berasal daripada klausahukm” yang bermakna menahan dan menawan. Dan makna pertamanya adalah menghukum yang menjadi sebab tercegahnya dan tertahannya kezaliman. Di antara ciri-ciri hikmah adalah menahan manusia daripada kebodohan dan kejahilan.[2] Manakala 'ilmu bermakna mengetahui, pengetahuan,[3] mencerap, memahami hakikat, dan asas bagi sesuatu[4] yang menunjukkan kepada kesan-kesan yang terdapat pada segala sesuatu dan dengan melaluinya yang lain itu dapat dibezakan.[5]

Hikmah Dan Ilmu Dalam Al-Qur’an

Perkataan hikmah dalam al-Qur’an diulang sebanyak 20 kali. Dalam menjelaskan dan mentafsirkan hikmah, para pentafsir mengemukakan dalil-dalil di mana dalil yang terpenting adalah sebagai berikut:

1.     Yang dimaksudkan dengan hikmah adalah kenabian.[6] Sebagaimana hal ini dinyatakan pada ayat, Mereka (bala tentera Thâlût) berhasil mengalahkan bala tentera Jâlût dengan izin Allah, dan (dalam peperangan itu) Daud berhasil membunuh Jâlût. Kemudian Allah menganugerahkan kerajaan dan hikmah kepada Daud, dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendakiNya. (Qs. Al-Baqarah [2]:251)

2.     Yang dimaksudkan dengan hikmah adalah syariat-syariat (ilmu tentang halal dan haram.)[7] Sebagaimana disebutkan dalam al-Qur’an, “Dan Allah mengajarkan kepadanya al-kitab dan hikmah (ilmu tentang halal dan haram) dan Taurat.” (QS. Ali Imran 48)

3.     Sebagian besar para pentafsir berpandangan bahawa yang dimaksudkan dengan hikmah adalah pengetahuan al-Qur’an dan ilmu tentang nâsikh dan mansukh, muhkam dan mutasyabih, muqaddam dan muaakkhar dan sebagainya.[8] Dan dalam al-Qur’an disebutkan: Allah akan menganugerahkan hikmah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah tersebut, ia benar-benar telah dianugerahi kebaikan yang yang tidak terhingga. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dan memahami hal ini).” (Qs. Baqarah [2]:269)

4.     Disebutkan dari sebahagian pentafsir bahawa yang dimaksudkan dengan hikmah adalah sampainya kepada hakikat pesanan Tuhan dalam ucapan dan perbuatan.[9]

5.     Sebahagian lainnya berkata, yang dimaksudkan dengan hikmah adalah pengetahuan luas agama.[10]

6.     Sebahagian berkata bahawa yang dimaksudkan dengan hikmah adalah pemahaman dan penerimaan yang benar daripada agama.[11]

7.     Dan sesuai dengan pandangan pentafsir lainnya hikmah adalah pengetahuan yang manfaat dan faedahnya adalah untuk membangunkan manusia.[12]

8.     Dan akhirnya, Allamah Thaba-thabai berkata, Hikmah adalah muhkam (kukuh) dan mutqan (mantap)nya bentuk ilmu.[13] Di mana makna yang disampaikan oleh Allamah Thab-thabai ini dapat katakan sebagai pandangan yang lengkap dan menyeluruh (jâmi) berbanding pandangan yang lain.

Hakikatnya, seluruh pendapat yang dilontarkan adalah wujud luaran (mishdaq) daripada makna yang diberikan oleh Allamah ini kerana kalimat mahkamah, hikmah dan yang sepertinya adalah menunjukkan kepada kekukuhan (istihkam) yang tidak akan terhapus.[14]

Allah swt menamakan al-Qur’an sebagai “Kitâb Hakîm” kerana tatkala al-Qur’an bertutur kata, ia bertutur dengan kata-kata yang baik, dan disertai dengan bukti dan dalil. Tutur kata yang tidak disertai dengan bukti adalah tutur kata yang tidak kukuh (muhkam).[15] Dinukil daripada Nabi s.a.w yang bersabda: “Allah swt menganugerahkan nikmat al-Qur’an yang tidak ternilai dan hikmah kepadaku dan berfirman kepadaku akan hikmah serta ulasannya; rumah yang tidak memiliki hikmah di dalamnya adalah kehancuran. Oleh sebab itu tuntutlah ilmu pengetahuan, jangan sampai mati engkau dalam keadaan bodoh dan jahil.”[16]

Manakala kalimah ilmu disebutkan sebanyak 105 kali dalam al-Qur’an. Namun terbitan kata ini sangat banyak terdapat dalam al-Qur’an. Perkataan ini dalam al-Qur’an kadangkala bermakna mengetahui. "Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing." (Qs. Al-A'raf [7]:6) kadangkala bermakna menerangkan dan mengungkapkan. "Kemudian Kami bangunkan mereka agar Kami mengetahui, manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu)." (Qs. Al-Kahf [18]:12)

Allamah Thab-thabai r.a dalam mengulas ayat “agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan," mengatakan, “Yang dimaksudkan adalah ilmu perbuatan dan hal itu adalah munculnya sesuatu dan kehadirannya dalam bentuk wujud tertentu di sisi Tuhan. Ilmu dengan makna ini banyak digunakan dalam al-Qur’an. Dan kadangkala bermakna dalil dan bukti.[17]

Secara umumnya, apabila kita mengkaji dan menelaah ayat-ayat dan penggunaan klausa dan terbitannya, akan nampak bahawa seluruh maujud memiliki ilmu, sebagaimana Allamah Thaba-thabai r.a dalam tafsir ayat, " Dan tidak ada satu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya,tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka." (Qs. Al-Isra [17]:44) berkata: “tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka” merupakan sebaik-baik dalil bahawa yang dimaksudkan dengan tasbih seluruh maujud di sini adalah tasbih yang bertitik-tolak dari ilmu. Dan tasbih mereka itu adalah dalam bahasa lisan (hâl) kerana apabila yang dimaksudkan adalah bahasa tubuh (hâl) dan dalil atas keberadaan Pencipta, maka kalimat ini tidak akan memiliki makna lagi, “Kalian tidak memahami tasbih mereka.[18]

Dan ayat-ayat lainya yang menunjukan pada makna in seperti, “Pada hari itu bumi menceritakan seluruh beritanya." (Qs. Al-Zilzalah [99]:5) Juga ayat-ayat yang sepertinya yang menunjukkan kepada kesaksian anggota badan manusia, pengungkapan dan pembicaraan mereka dengan Tuhan, serta jawapan anggota badan terhadap pertanyaan-pertanyaan Tuhan. Sudah pasti harus diperhatikan bahawa ilmu memiliki tingkatan dan darjat.

Perbezaan Hikmah Dan Ilmu

Sebelum dijelaskan perbezaan antara dua kalimah ini, perlu kita ketahui bahawa hikmah dan ilmu kadangkala disandarkan kepada Tuhan di mana terdapat sembilan puluh dua lafaz hakim dan seratus lima puluh enam kalimah alim disebutkan dalam al-Qur’an sebagai sifat Allah swt.

'Alîm dan hakîm adalah daripada sifat Zat Allah swt kerana hikmah Ilahi adalah menciptakan seluruh maujud dengan seluruh peringkat penting, kuat dan kukuh serta jauh daripada segala sia-sia dan penciptaan ini tidak akan terjadi dengan ilmu tanpa batasan yang merupakan sifat Zat Allah swt. Walaubagaimanapun hikmah juga terogolong sebagai sifat perbuatan kerana dari segi perbuatan ianya bercirikan sifat hikmah, kukuh dan benar serta jauh dari segala bentuk kebatilan.

Bagaimanapun, oleh sebab sifat zati Allah Swt adalah ZatNya itu sendiri maka tidak terdapat perbezaan antara kedua sifat ini kecuali dengan sebutan kerana hakîm dan 'alîm keduanya menunjukkan kepada pengetahuan Allah swt. Namun “hikmah” biasanya menjelaskan daripada sudut praktisnya. Dan ilmu kebiasaannya menjelaskan dimensi-dimensi teorinya. Dengan kata lain, “ilm” menyatakan pengetahuan tidak terbatas Allah swt manakala hikmah menceritakan ihwal perhitungan dan tujuan yang tersasar kepada penciptaan alam semesta dan penurunan al-Qur’an.[19]

Kadangkala, kedua-dua kalimah ini, disandarkan kepada mumkin al-wujud yang memiliki akal (manusia) di mana hikmah dalam diri manusia adalah mengenal seluruh maujud dan melaksanakan segala perbuatan baik dan terpuji.[20]

Dengan kata lain, hikmah adalah mengenal nilai-nilai dan timbangan-timbangan yang dengannya manusia dapat mengenal kebenaran dan apa jua bentuk kebatilan. Dan hal ini merupakan sesuatu yang disebut oleh sebahagian ahli falsafah sebagai “kesempurnaan kekuataan teori” (kamal quwwah nazhariyyah)[21]

Oleh sebab itu, hakim adalah seseorang yang merupakan ahli marifat dan memiliki pemahaman yang mendalam dan akal yang sihat. Imam Musa bin Ja’far bersabda kepada Hisyam bin Hakam, “Yang dimaksudkan dengan hikmah adalah pemahaman dan akal.”[22]

Sebagai kesimpulannya, “hikmah” merupakan satu kondisi khusus dan keistimewaan pencerapan dan penentuan yang bersandar kepada ilmu yang pada hakikatnya adalah milik Tuhan. Bahkan sebagaimana sabda Imam Shadiq a.s yang menegaskan bahawa Allah swt adalah ilmu itu sendiri di mana kejahilan tidak ada jalan di dalamnya.”[23] Ilmu adalah hakikat sebagaimana yang diterima oleh Luqman al-Hakim daripada sisi Allah swt. "Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, (dan Kami berkata kepadanya), “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Qs. Luqman [31]:12)

Sebahagian ahli falsafah percaya bahawa berpandangan, menelaah dan berfikir tidak menciptakan ilmu dan pengetahuan, tetapi ia menyiapkan ruh manusia untuk menerima segala ma’qulat (perkara yang logik) dan apabila ruh manusia telah siap menerima, maka ilmu daripada Allah swt akan memancar kepada ruh manusia.[24] Ketika itu, pada marhalah perbuatan terhasillah satu kondisi dan keistimewaan pencerapan serta penentuan dalam diri manusia. Dengan demikian, boleh dikatakan bahawa perbuatan manusia adalah sebab tersiapnya ruh dalam menerima ilmu dan menerima ilmu itu adalah pendahuluan dan sebab terciptanya kondisi spiritual dalam diri manusia untuk menentukan antara kebenaran dan kebatilan, dan mengetahui penghalang-penghalang dan segala perkara yang merosakkan.

Perkara Terakhir

Sebagaimana yang telah kami sebutkan bahawa ilmu itu memiliki tingkatan dan darjat. Daripada tingkatan tertinggi (Allah swt) hingga manusia bahkan maujud-maujud lain yang tidak memiliki akal juga memiliki ilmu. Dan di antara seluruh maujud di alam semesta dan ilmu dapat disandarkan kepada mereka mengikut sesuai dengan kandungan wujudnya. Berbeza dengan hikmah yang hanya merupakan keistimewaan dan sifat bagi mereka yang berakal.



[1]. Mufrâdât Raghib, klausul "hukm."

[2]. Mu'jam Maqâiis al-Lugha, klausul "hukm."

[3]. Rarasyi, Qamus Qur'ân, jil. 5, m/s. 32, klausul "hukm."

[4]. Mufrâdât Raghib, klausul "ilm."

[5]. Mu'jam Maqâiis al-Lugha, klausul "ilm."

[6]. Majmâ' al-Bayan, jil. 2, m/s. 151, Muassasah al-A'lami lil Mathbua'at, 1415.

[7]. Ibid, m/s. 298.

[8]. Ibid, m/s. 194.  

[9]. Ibid.

[10]. Ibid.

[11]. Ibid.

[12]. Ibid

[13]. Allamah Thab-thabai, Tafsir al-Mizân, terjemahan Musawi Hamadani, jil. 2, m/s.

51

[14]. Abdullah Jawadi Amuli, Qur'ân dar Qur'ân, tafsir maudhu'i, jil. 1, m/s. 297

[15]. Ibid.

[16]. Jalaluddin al-Suyuthi, Tafsir al-Durr al-Mantsur, jil. 1, m/s. 335.

[17]. Lihat Qs. Al-Kahf [18]:5

[18]. Allamah Thaba-thabai, Tafsir al-Mizân, ibid, jil. 17, m/s. 609

[19]. Makarim Syirazi, Tafsir Nemuneh, jil. 15, m/s. 399

[20]. Mufrâdât Raghib, klausul hukm

[21]. Tafsir Nemuneh, ibid.

[22]. Ibid.

[23]. Syaikh Hurr al-Amili, al-Fushûl al-Muhimmah fii al-Ushûl al-Aimmah, jil. 1, m/s.

88

[24]. Tafsir Nemuneh, jil. 16, m/s. 349

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits