Pengunjung
5085
Tarikh Kemaskini 2011/07/18
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana dapat dibuktikan bahawa penutupan agama adalah sempurna?
soalan
Bagaimana dapat dibuktikan bahawa penutupan agama adalah sempurna?
Jawaban Global

Pertamanya kita harus ketahui makna kalimah “کامل” adalah sempurna dan lawannya ialah “cacat.” Secara umumnya ketika kita mendakwa Islam sebagai agama sempurna maka ianya tidak ada cacat cela. Dengan ungkapan yang lebih baik ialah apa sahaja yang menjadi kelaziman untuk mencapai sebuah kehidupan bahagia duniawi dan ukhrawi. Kerana itu, agama ini perlu memiliki memiliki program dan agenda yang kuat dan membina untuk sepanjang waktu, zaman dan seluruh dimensi kehidupan.

Kunci jawapan dari pertanyaan di atas terletak dalam perbahasan penutupan atau agama terakhir. Ertinya perbahasan kesempurnaan agama Islam dan penutupannya (khatamiya) ibarat dua wajah pada satu syiling. Apabila disabitkan dan dibuktikan bahawa agama Islam merupakan agama yang terakhir buat seluruh agama-agama, maka ia perlu menjadi lebih sempurna dari semua agama sampai hari kiamat; Andainya ia bukan agama yang paling sempurna maka ia akan menjadi agama yang cacat, dan dengan wujudnya kecacatan pada dirinya ia tidak dapat membimbing dan memandu manusia ke arah kebahagiaan dan kesempurnaan yang harus diperolehinya. Perkara ini juga bertentangan dengan konsep keadilan Ilahi dan tercela (qabih) bagi Tuhan melakukan hal tersebut. Oleh itu, agama Islam perlu mempunyai apa sahaja yang menjadi kelaziman dalam memberi hidayat kepada manusia supaya agama tersebut sempurna dalil dan hujjah untuk manusia.

Kini perbahasan dengan menggunakan petunjuk-petunjuk dan penyaksian yang kita fahami ialah Islam merupakan agama yang sempurna, untuk kebahagiaan dan kesempurnaan manusia, ia mempunyai program-program di sepanjang zaman dan ketika, apakah ianya juga meliputi seluruh dimensi kehidupan?

Jawapannya ialah agama Islam menggunakan pelbagai perantara secara langsung di mana perantara-perantara ini menjadi penyebab keabadian dan kesempurnaan sebagaimana yang akan kita kemukakan secara ringkas di bawah ini:

1.     Agama Islam diturunkan untuk membimbing dan memandu manusia. Dalam membimbing manusia ini, Islam menggunakan pelbagai kaedah universal dan umum yang sebenarnya menjadi sumber kaedah perkara-perkara yang bersifat tetap yang tidak lekang oleh waktu dan lapuk oleh zaman. Sumber-sumber ini adalah:

A.    Pertama, Hukum akal sihat yang dianggap Tuhan sebagai hujjah (dapat diargumentasikan) dalam penerbitan (istinbâth) hukum-hukum syariat. Misalnya tercelanya kezaliman dan terpujinya keadilan.

B.    Allah (s.w.t) menetapkan hukum-hukum mengikut pelbagai kemaslahatan (mashâih) dan kemudaratan (mafâsid). Kerana itu, segala perkara yang memiliki kemaslahatan yang lebih besar dalam pandangan Tuhan lebih diutamakan atas perkara lainnya.

C.    Terdapat aturan-aturan universal yang dapat menjadi batas hukum-hukum lainnya; misalnya tiadanya kesusahan dalam beragama atau tiadanya kesusahan dalam beragama, paksaan dalam hukum-hukum agama. Kerana itu, apabila seorang mukallaf dalam kesusahan yang berhadapan dengan hukum syariat, maka hukum syariat akan berubah menjadi hukum yang lain sesuai dengan keadaannya.

D.    Islam menggunakan aturan-aturan yang sejalan dan selaras dengan fitrah manusia dan mengindahkan naluri yang tidak  berubah pada diri manusia. Dalam menetapkan aturan Tuhan juga menggunakan jalan medium (i’tidâl) yang membantu semuanya untuk abadinya dan tetapnya hukum-hukum.

E.    Ijtihad adalah salah satu perantaraan lain yang digunakan dalam Islam sehingga pelbagai masalah yang timbul dapat disesuaikan dengan kaedah-kaedah universal dalam agama.

2.     Jalan yang lain ditempuh Islam untuk abadi ialah keperbagaian dan berbilangnya hukum-hukum kehidupan yang luas meliputi urusan-urusan yang paling prioriti; misalnya makan dan minum juga ada peruntukan hukum muamalat dan juga hukum-hukum kerajaan.

3.     Pengukuhan akhlak dan Ushulnya atas mazhab, maktab akhlak dan kesempurnaan yang diperkenalkan Islam kepada manusia juga merupakan salah satu jalan-jalan yang menjadi penyebab kelestarian ajaran Islam.

Sebagai dalil-dalil yang lain, perkara ini dapat dirujuk:

1.     Mengkaji bahagian demi bahagian hukum-hukum Islam dengan hukum-hukum lain yang serupa dalam agama-agama lain di mana ia mengisahkan keunggulan dan kesempurnaan agama Islam atas agama-agama yang lain.

2.     Mengkaji ayat-ayat dan riwayat yang menegaskan kesempurnaan agama Islam sebagai contoh ayat 107 surah al-Anbiya yang menyebut Islam sebagai balagh; ertinya harapan-harapanmu dapat tercapai dengan perantaraannya, atau dalam khutbah Ghadir Khum Nabi (s.a.w) bersabda bahawa apa yang menyebabkan kalian jauh dan dekat dari syurga telah aku sebutkan.

Jawaban Detil

Sebelum memasuki inti perbahasan, perlulah dijelaskan di sini apa yang dimaksud dengan redaksi “sempurna” (kâmil). Kalimah “sempurna” di sini secara zahir adalah lawan dari kalimah “cacat” (nâqish). Secara umumnya, tatkala kita berkata agama sempurna; ertinya agama yang tidak cacat. Dengan kata lain, iaitu agama yang tidak memiliki kekurangan untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi manusia, dan memberikan apa saja yang diperlukan manusia untuk kesempurnaannya.

Kunci untuk menyusuri dalil-dalil mengapa Islam disebut agama sempurna terletak pada masalah penutupan agama Islam. Ertinya penutupan (khatimah) Nabi Islam iaitu keyakinan bahawa selepas baginda tiada lagi nabi yang akan diutuskan, sebenarnya ia membimbing kita untuk berpegang bahawa kaedah agama ini ialah perlu ada agama yang sempurna; kerana apabila agama ini tidak sempurna maka wajib bagi Tuhan untuk mengirim agama lainnya demi kesempurnaan petunjuk manusia. Sedangkan menurut dalil aqli dan naqli kita ketahui bahawa Tuhan tidak mengirim lagi agama lain. Oleh itu agama ini perlu menyediakan segala sesuatu yang diperlukan manusia hingga hari Kiamat di mana andainya tidak seperti itu, maka sudah tentu dalam membimbing manusia Tuhan tidak menyempurnakan dalil-dalil dan hujjah-hujjah. Tentu saja hal sedemikian tercela (qabih) bagi Tuhan.

Oleh itu, anda perhatikanlah masalah penutupan dan perbahasan kesempurnaan agama atau dengan ungkapan lebih baik iaitu lebih sempurnanya agama Islam mirip seperti dua gambar dalam satu syiling sementara kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain.

Dalam tulisan ini kami berada pada tahap menjawab pertanyaan yang diajukan di atas. Sebenarnya kita akan menempuh berbagai jalan yang digunakan untuk menentukan dan membuktikan masalah penutupan agama. Namun secara sepintas lalu kita akan membahaskan masalah kesempurnaan agama Islam. Di bawah ini kami akan menjelaskan petunjuk yang menunjukkan kesempurnaan agama Islam. Sebagai pendahuluan kami sebutkan bahawa: seluruh aturan Islam, sentiasa segar dan baru. Tidak ada agama yang menampilkan kesegaran dan pembaharuan seperti yang dimiliki Islam.  Paling terkini, aturan-aturan Islam sentiasa selaras dan sesuai pada setiap masa.

Ertinya di setiap masa, zaman dan untuk setiap perbuatan dapat anda temukan sebuah hukum dalam aturan-aturan Islam. Demikianlah Anda menemui agama ini yang memiliki hukum untuk setiap masalah. Setiap masalah tidak didiamkan atau tidak diindahkan begitu saja. Dari sudut ini, sisi ini dapat menjadi salah satu sisi kesempurnaan agama Islam.

Utuk dapat menjawab setiap persoalan agama Islam sentiasa memberdayakan salah satu perantara dan mekanisme yang tiada penduanya dalam pelbagai sistem penetapan hukum. Berikut ini kami akan tunjukkan beberapa dari perantara tersebut:

1.     Agama Islam menggunakan pelbagai aturan dan kaedah universal di mana kaedah-kaedah ini sebenarnya merupakan simbol dan formula menyeluruh dan mencangkupi ajaran Ilahi ini. Akan tetapi supaya kaedah-kaedah universal ini dapat bercorak meluputi segala hal serta mampu memberikan penyelesaian atas setiap persoalan maka seharusnya kaedah tersebut diambil dari sumber-sumber khusus dan diberdayakan semaksimum dan seoptimal mungkin sebagaimana yang akan kami tunjukkan beberapa hal berikut ini:

a.     Allah (s.w.t) memandang hukum-hukum akal yang sihat di dalam pengambilan hukum-hukum syariah sebagai hujjah; misalnya hukum tercelanya perbuatan membalas seseorang tanpa adanya penjelasan hukum sebelumnya, atau hukum akal tentang terpujinya keadilan dan tercelanya kezaliman dan sebagainya. Atas alasan ini, anda semaklah perhatian Islam terhadap hukum-hukum akal sihat –kaedah-kaedah universal yang menegaskan bahawa kaedah ini bercorak menyeluruh, yang dapat diberdayakan dan dipergunakan pada setiap masa untuk menjawab setiap persoalan yang ada.

b.    Allah (s.w.t) menetapkan hukum-hukum mengikut kemaslahatan dan kemudaratan. Sebagai contoh, setiap urusan yang memiliki kemasalahatan lebih besar atau mempunyai kepentingan yang lebih besar, maka ia memiliki prioriti dan pilihan yang lebih tinggi berbanding persoalan yang berada di tingkat bawahnya.

c.     Kewujudan aturan-aturan universal dapat menjadi pembatas sebahagian hukum-hukum Ilahi yang lain. Di antaranya Allah (s.w.t) befirman, “Allah tidak menjadikan kesusahan bagimu dalam agama.” (Qs. Al-Hajj [28]:78) di mana aturan ini dapat membatasi hukum agama yang memberikan kesusahan bagi manusia dan merubahnya menjadi hukum yang lain. Kerana itu, satu hukum agama boleh berubah dan berganti sesuai situasi dan keadaan. Misal yang lain dalam hal ini ialah kaedah idhtirar (dalam kondisi darurat) dan kaedah ikrah (paksaan).

d.    Kanun-kanun Islam selaras dan sesuai dengan fitrah manusia dan dalam peraturan Islam, Tuhan menjaganya dengan tidak bertentangan dengan nurani manusia. Iaitu memberi perhatian pada kesesuaian menusia dengan semulajadi yang sejahtera dan jalan perlaksanaan hukum adalah secara sederhana. Dengan kata lain, Allah (s.w.t) menaruh perhatian pada fitrah suci manusia dalam menetapkan aturan-aturan universal. Di antara aturan ini adalah kanun-kanun yang berkaitan dengan lelaki dan wanita di mana ia memiliki aturan-aturan khusus.

e.     Ijtihad salah satu kaedah yang diterima (terutamanya) dalam dunia Syiah di mana dengan rekod  dan perletakannya dalam agama Islam, sehingga standard ini mampu mencapai komprehensif dan penyeluruhan yang diperlukan. Misalnya mujtahid dengan memberdayakan kaedah-kaedah universal lalu ia menyesuaikannya pula dengan masalah-masalah baru. Dengan ini agama mampu menyediakan penyelesaian bagi setiap perkara baru pada bila-bila masa pun.

Akhirnya kewujudan sumber-sumber universal ini, Allamah Sya’rani berkata tentang jalan ini: “Fikah Islam tidak cacat, melainkan kita memiliki kaedah-kaedah universal yang dapat kita gunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kekinian pada setiap masa. Dan perkara ini adalah perkara yang telah berkembang pada masa Syaikh Thusi hingga masa kami.”[1]

2.     Salah satu perantara lain yang digunakan Islam untuk menunjukkan pencangkupan dan penyeluruhannya ialah keperbagaian dan hukum yang berbilangan. Tatkala anda saksikan dalam kitab fikah, anda menyemak bahawa terdapat sebahagian besar hukum-hukum Islam membahas masalah-masalah yang paling sederhana tentang kehidupan manusia; misalnya makan dan minum hingga yang paling rumit hubungan sosial termasuklah jual-beli, pemerintahan dan sebagainya. Kerana itu, di samping ada kaedah-kaedah universal sebagaiman yang disebutkan pada bahagian pertama di atas dan dapat menjadi problem solver (penyelesaian masalah), Islam memiliki banyak hukum-hukum bagi kehidupan personal dan sosial manusia secara terperinci dan satu demi satu. Hal ini juga merupakan manifestasi yang lain dari universaliti, penyeluruhan dan pencangkupan Islam dan ketika itu juga merupakan salah satu formula kesempurnaan agama Ilahi ini.

 

Hingga kini kita telah menyebut salah satu dalil atas kesempurnaan agama Islam iaitu universaliti, penyeluruhan dan pencangkupan agama Ilahi ini. Untuk melanjutkan perbahasan ini dan menjelaskan dimensi kesempurnaan agama Islam, kita juga dapat menyandarikannya pada dalil-dalil lain seperti berikut ini:

1.     Dengan mengkaji kes demi kes hukum-hukum Islam dan membandingkannya dengan hukum-hukum yang serupa pada agama-agama Ilahi lainnya atau dengan sistem-sistem hukum dan perundangan yang ada di dunia saat ini, maka satu jalan lainnya akan muncul dan dapat menunjukkan keunggulan dan kesempurnaan hukum-hukum Islam. Misalnya hukum-hukum transaksi; apabila kita ingin membandingkan seperti jual-beli dan pernikahan dalam Islam, Yahudi dan Kristian, ianya menunjukkan betapa kepelbagaian dan keluasan penetapan hukum Islam tiada tolok bandingnya. Bahkan di antara aturan-aturan madani (civil laws) dunia saat ini, aturan madani Iran yang mengambil sumber dari fikah Syiah Ja’fari menurut pengakuan para profesional dan pensyarah terkemuka merupakan salah satu peraturan madani yang termaju di dunia saat ini.

2.     Salah satu sisi yang lain ialah kesempurnaan agama Islam ialah dominasi akhlak Islam dan perilaku kenabian atas maktab-maktab akhlak yang lain (baik pada masa kemunculannya atau pun masa sekarang ini). Akhlak yang diajarkan dalam Islam termasuk berbagai aturan-aturan amali khususnya pada perilaku personal dan sosial yang memperhatikan tinjauan dunia dan akhirat. Hal ini berbeza dengan ajaran moral yang diajarkan dalam Kristian dan Yahudi yang dominannya menekankan perilaku yang lebih banyak condong ke dunia dan kemudian barulah ke akhirat pula. Atau terbalik dari maktab-maktab akhlak dunia saat ini yang tidak dapat menjawab lebih dari satu dimensi dari multi dimensi tentang perilaku yang dimiliki manusia. Akan tetapi akhlak yang diajarkan dalam Islam di samping menghimpun berbagai dimensi manusia dan menjawab pelbagai keperluan ini, ia mampu menyediakan pencapaian matlamat-matlamat sukar difahami untuk kehidupan manusia dan hal itu tidak lain adalah kedekatan kepada Tuhan (qurb Ilahi).

3.     Di antara dalil ayat-ayat dan riwayat-riwayat tentang kesempurnaan agama Islam yang dapat disebutkan di sini adalah sebagai berikut:

Pertama, Sesungguhnya dalam (surah) ini benar-benar terdapat penyampaian yang jelas bagi kaum yang menyembah Allah. (Qs. Al-Anbiya [21]:106) Pada ayat ini, penyampaian jelas dan nyata bagi kaum yang menyembah Allah. Allamah Thabathabai dalam menafsirkan ayat ini menulis: Iblagh (penyampaian) bermakna dipenuhi dan genapnya sesuatu. Dan juga bermakna sesuatu yang dengannya harapan manusia terpenuhi.[2] Anda letakkan ayat ini di samping ayat “Telah Kusempurnakan bagimu agamamu.” (Qs. Al-Maidah [5]:5) maka Anda akan memahami bahawa Islam adalah agama sempurna yang dengannya segala hajat dan harapan manusia iaitu kedekatan kepada Allah (qurb ilaLalah) dapat dipenuhi.

Kedua, Dia-lah yang telah mengutus rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama (Qs. Al-Taubah [9]:33) Kandungan ayat ini adalah kemenangan (Islam) atas seluruh agama dan bahawa tiada lagi agama yang akan datang selepasnya. Jika ada lagi agama yang akan diturunkan setelahnya maka nescaya ayat ini telah dimansuhkan oleh ayat lainnya (sedangkan ayat ini tidak termasuk ayat yang dimansuh). Dari sisi lain, andainya agama yang merupakan agama terakhir dan penutup ini bukan merupakan agama sempurna maka nescaya petunjuk manusia akan mengalami kecacatan (tidak sempurna) dan sudah tentu hal ini tercela bagi Tuhan.

Ketiga, Sima’e menukil dari Imam Musa Kazhim (a.s) bahawa ia berkata kepada Imam, “Apakah Rasulullah (s.a.w) memenuhi segala sesuatu apa pada masanya? Imam menjawab, iya. Bahkan Rasulullah telah menghadirkan apa yang menjadi keperluan masyarakat hingga hari kiamat.[3]

Keempat,  Rasulullah (s.a.w) pada khutbah Hajjatulwida’ bersabda: “Ayyuhannas! Tidaklah sesuatu yang mendekatkanmu kepada syurga dan menjauhkanmu dari neraka kecuali aku telah perintahkan kalian untuk melakukannya. Dan tidaklah sesuatu yang mendekatkanmu kepada neraka dan menjauhkanmu dari syurga kecuali telah aku larang kalian untuk tidak melakukannya.”

Dalil-dalil ayat dan riwayat akhir kenabian juga merupakan ayat-ayat dan riwayat-riwayat yang secara langsung menunjukkan atas kesempurnaan agama Islam.[]

 

Referensi untuk telaah lebih jauh:

1.     Husaini Qazwini, Âyâ Qawânin-e Islâm Irtjiâ’i ast?

2.     Kharrazi, Bidâyat al-Ma’ârif al-Ilahiyyah.

3.     Ayatullah Ja’far Subhani, Muhadhârat fii Ilahiyyah.

4.     Syirazi, Naqd wa Tarh Andisyeh-hâi dar Mabâni I’tiqâdi.

5.     Allamah Thabathabai, al-Mizân, jil. 28.

6.     Kulaini, al-Kâfi, jil. 1.



[1]. Muhsin Kharrazi, Bidâyat al-Ma’ârif, jil. 1, hal. 270, sesuai nukilan dari kitab Râh-e Sa’âdat, hal. 214.

[2]. Sayid Muhammad Husain Thabathabai, al-Mizân, jil. 28, hal. 186.

[3]. Kulaini, al-Kâfi, jil. 1, hal. 57.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits