Carian Terperinci
Pengunjung
2731
Tarikh Kemaskini 2009/12/16
Ringkasan pertanyaan
Apakah ketiadaan syaitan setara dengan tiadanya penyempurnaan bagi insan?
soalan
Pihak tuan menyatakan bahawa kewujudan syaitan menjadi perantaraan bagi kemajuan dan penyempurnaan manusia. Namun sekiranya kita mengamati kesan-kesan wujudnya syaitan, maka perkara ini tidaklah semudah dan jelas seperti itu. Ini disebabkan pertama: Kewujudan syaitan selaku pengantara kesempurnaan menjadi adalah sebuah kemestian bagi manusia: Seolah-olah kewujudan syaitan menyatu dalam pakej penciptaan manusia. Kewujudan syaitan dan penciptaan manusia tidak dapat dipisahkan; Ini bermakna ketiadaan syaitan bersamaan dengan ketidaksempurnaan manusia. Fakta ini telah menafikan bahawa syaitan telah menderhaka dan dia telah menjauhkan dirinya dari rahmat Allah walaupun dikatakan atas kehendak dan pilihannya sendiri. Jadi tanggapan ini tidak dapat diterima kerana dalam satu pakej yang tidak ada lagi jalan untuk penderhakaan. Penderhakaan syaitan, halu tuju kemajuan dan penyempurnaan manusia terbentuk dengan kehendak Allah. Namun sekiranya anda menganggap bahawa pilihan dan kehendak berada dalam pakej tersebut, maka dalam bentuk ini penyempurnaan insan merupakan sebuah ujian daripada Allah; Ini disebabkan sekiranya syaitan menuruti perintah Allah dan tidak menggoda manusia, maka penciptaan manusia mempunyai kekurangan (bertetangan dengan objektif). Dengan kata lain, ketaatan syaitan menjadi setara dengan ketidak sempurnaan insan. Cukuplah setakat ini dahulu dan saya menunggu jawapan daripada pihak tuan.
Jawaban Global
Sila ambil perhatian, walaupun peranan syaitan-syaitan jin dan manusia merupakan sebuah peranan yang penting, dan mereka perlu wujud, namun siapakah yang memilih untuk memainkan peranan ini seiring dengan pilihan dan kehendak sendiri tanpa paksaan daripada Allah (s.w.t). Allah (s.w.t) tidak menciptakan syaitan sebagai syaitan. Ini disebabkan sudah bertahun-tahun (enam ribu tahun)[1] berteman dengan para malaikat dan ahli ibadah. Namun setelah itu ia dijauhkan dari rahmat Allah akibat takabbur dengan menuruti jalan taghut dan kesesatan. Begitu juga perbuatan yang dilakukan oleh Yazid. Iaitu Yazid menerima peranan ini dengan pilihan sendiri. Oleh itu Yazid tidak boleh berkata ya Allah, kenapa engkau menciptakan aku? Maka Allah menjawab penciptaan perananmu merupakan sebuah kemestian. Sekiranya Yazid bertanya kenapa aku perlu memainkan peranan ini? Allah akan menjawab, “Kerana engkau sendiri yang memilihnya dengan kehendak dan pilihanmu, dan engkau mampu untuk tidak menjadi Yazid. Dari sinilah engkau meletakkan dirimu dalam perhitungan dosa.
Begitu juga perbuatan yang dilakukan oleh Yazid; Iaitu Yazid melakukan perbuatan ini dengan pilihan dirinya sendiri. Oleh itu dia tidak boleh berkata, “Ya Allah, kenapa engkau tetapkan Husain terbunuh?”. Ini disebabkan Allah (s.w.t) akan menjawab, “Peristiwa ini hendaklah terjadi”. Namun sekiranya dia bertanya, “Kenapa aku perlu memainkan peranan ini?”. Maka Allah akan menjawab, “Sebagaimana Husain (a.s) memasuki latar kejadian ini dengan pilihannya, sebagaimana itu juga engkau memilih untuk memainkan peranan ini dengan pilihanmu, engkau mampu untuk tidak menjadi watak pembunuh Husain dan dari sini engkau tidak diperhitungkan atas dosamu.
Dengan kata lain, dalam sistem ini insan-insan jahat perlu wujud supaya manusia yang lain mendapat jalan kesempurnaan apabila berinteraksi dengan mereka. Sebagai contoh seorang Yazid perlu wujud sehingga Imam Husain (a.s) dan tindakan beliau mempunyai makna. Dalam latar ini juga Imam Husain (a.s) dapat menemui makam kesyahidan dan meraih martabat paling tinggi. Namun orang yang tidak dipaksa oleh Allah (s.w.t) yang mana dia perlu menjadi Yazid, maka insan ini sendiri meletakkan dirinya pada kedudukan tersebut, dari sini dia tidak boleh mempertikaikan Allah (s.w.t) bahawa kenapa aku memainkan peranan Yazid? Ini disebabkan dia tidak semestinya melakukan perkara tersebut dan mampu tidak menjadi Yazid.[2]
Perkara ini juga benar-benar sama seperti kes syaitan dan kewujudan peranan syaitan untuk penyempurnaan manusia adalah sebuah kemestian. Namun orang lain boleh memegang peranan ini dan tidak ada paksaan sedikitpun bahawa siapakah orang yang melakukannya sehingga menjadi realiti penderhakaan tersebut. Namun individu yang mempunyai rekod ibadah selama bertahun-tahun (`Azāzil) akhirnya meletakkan nasib dirinya yang berhujung dengan keburukan dan rentetan itu dia perlu menukarkan dirinya kepada individu lain yang memainkan peranan syaitan. Ianya tidak boleh sekali-kali dianggap mendapat keampunan di sisi Allah (s.w.t); Ini disebabkan tidak ada sebarang paksaan di pihak Allah (s.w.t) yang menyebabkan dia dikongkong tanggung jawab atas memainkan peranan ini serta menjadi sebagai sebahagian daripada pakej yang berkaitan dengan penyempurnaan manusia.
 

[1] Nahj al-Balāghah, khutbah al-Qāṣi`ah
[2] Diedit secara bebas dari jawapan 225 (laman sesawang: 1815)
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits

Jejaring