Carian Terperinci
Pengunjung
32648
Tarikh Kemaskini 2011/01/01
Ringkasan pertanyaan
Berilah penjelasan tentang maqâm Fana' dan baqa'.
soalan
Berilah penjelasan tentang maqâm Fana' dan baqa'.
Jawaban Global

Fana' dari sudut bahasa bermaksud ketiadaan dan kehancuran. Dan lawan dari Fana' adalah baqa', dan tetap ada. Seperti Tuhan adalah termasuk dalam kategori abadi dan baqa', sementara selain-Nya atau seluruh makhluk digolongkan ke dalam ketiadaaan, kehancuran, dan Fana'.

Sedangkan dari sudut istilah dan pengertian Fana' adalah tidak memandang dan melihat pada ke-aku-an diri.Yang pasti hal ini tidaklah bererti asing terhadap dirinya sendiri, namun lebih bermakna bahawa seseorang yang hadir di sisi Tuhan sama sekali tidak melihat kewujudan dirinya sendiri (segala kewujudan adalah milik Allah sekalipun wujudnya sendiri dan setiap makhluk tidak memiliki sesuatupun, dan yang ada hanyalah milik Allah Ta'ala. pent) dan jiwanya melihat selain kewujudan Allah adalah kosong dan tiada.

 

Maqâm Fana' Dalam Irfan

Maqâm adalah bermaksud suatu keudukan dan tingkatan yang telah dicapai oleh seseorang Arif setelah bertahun-tahun dia melalui segala penderitaan, penyucian diri, dan kepahitan badan. Oleh kerana itu, secara  umumnya suatu yang berubah dan bergerak akan bertukar menjadi tetap, abadi, dan tidak mudah sirna apabila ianya dilalui dan ditempohi dengan susah payah dan kerja keras.

Pada maqâm Fana', manusia ketika berhadapan Tuhan, tidak akan menyaksikan diri sendirinya, penghambaannya, keinginan-keinginannya, harapan-harapannya, dan dunia sekelilingnya. Mereka akan hanya memandang dan melihat -jamaliyah dan jalaliyah.- Tuhan sahaja. Apa saja yang disaksikan oleh para Aulia' Tuhan (kekasih-kekasih Tuhan) adalah Yang Haq; samada melalui perantara mahupun tidak.

Perantara  tersebut terkadang terjadi pada nama-nama dan sifat-sifat Tuhan itu sendiri, yang mana bagi pemilik-pemilik perjalanan Ilahi (ارباب سلوک) dan ma'rifat, hijab-hijab cahaya ini (Asma' dan sifat Tuhan) juga akan disingkap. (الاهی هَب لى کمال الانقطاع إلیک... حتى تخرق ابصار القلوب حجب النور...".). Iaitu: "Ya Tuhanku! Anugerahkan padaku kesempurnaan penyaksian kepada-Mu sahaja (terputus selain dari-Mu)… sehinggalah pandangan-pandangan jiwa dapat membakar hijab-hijab cahaya."

Inilah kemuncak maqam Fana' yang mana setelah itu, manusia berada pada kondisi "Mah'u" iaitu kehancuran yang mutlaq dan sempurna. Di sinilah mereka akan mendengar dengan pendengaran Hak, dan melihat dengan penglihatan Hak dan berbicara dengan lisan Hak.

Hakikat Fana' ini tidak sama sekali akan berlaku kontradiksi dengan menyatu (sesuatu) pada Zat Tuhan, kerana hakikat zat-Nya tidak diketahui selain diri-Nya dan tidak ada satupun makhluk yang dapat menyaksikan hakikat zat-Nya.

Jawaban Detil

Fana' dari sudut bahasa bermaksud ketiadaan dan kehancuran. Lawan dari Fana' adalah baqa' yang bererti abadi, tetap, dan exist. Kata ini tidak digunakan dalam al-Quran, walaupun terdapat sebagian asal kalimatnya (مشتقات) di dalam al-Quran, seperti: (کُلُّ مَنْ علیها فان و یَبقى وجه ربک...), iaitu: "Segala sesuatu akan hancur dan yang tinggal hanya wajah Tuhanmu,". Tuhan dalam ayat ini meletakkan kata "fana" (فان) berhadapan dengan kata "baqa" (یبقی) -yang tetap, yang tinggal, dan abadi-. Iaitu hanya Tuhanlah yang selamanya ada dan baqa', sementara segala sesuatu selain-Nya adalah hancur dan sirna.

Akan tetapi, dari sudut pengertian dan istilah, Fana' tidak sama dengan makna bahasanya. Fana' dalam pengertian istilah adalah tidak menyaksikan, memandang dan melihat ke-aku-an diri. Namun hal ini tidak bererti seseorang itu asing terhadap dirinya sendiri, bahkan maksudnya ketika manusia berhadapan dengan Tuhannya, dia tidak akan menyaksikan dirinya sendiri.

 

Definisi Fana' Dalam Perspektif Para Arif

Abu Said Kharraz mendefenisikan Fana' sebagai berikut, "Fana' adalah Fana'nya seorang hamba dari memandang penghambaannya, dan baqa' iaitu baqa'nya seorang hamba dengan penyaksian Ilahi.[1]

Qusyairi menyatakan, "Setiap kali Pemiliki Hakikat mengatasi (Zat Yang Agung) ke atas dirinya, maka dia tidak lagi menyaksikan segala sesuatu selain-Nya; baik pada wujudnya mahupun kesannya, dia Fana' dari makhluk dan baqa' dengan perantaran-Nya."

Mir Sayyed Jurjany juga mengungkapkan, "Sirnanya sifat-sifat buruk itu disebut Fana', sebagaimana keberadaan sifat-sifat yang terbatas dikatakan baqa."[2]

 

Maqâm Fana'

Di dalam Irfan terdapat dua istilah:

1.     Maqâm;

2.     Hâl.

 

"Maqâm" adalah suatu derajat dan tingkatan yang telah dicapai secara ikhtiari (dengan kehendak sendiri) oleh seorang Urafa' setelah bertahun-tahun melalui segala kepayahan, penyucian diri dan kesulitan. Oleh kerana itu, secara umum maqâm itu sangatlah sulit untuk sirna atau berubah. Dengan ungkapan lain, penderitaan dan kesulitan yang dijalani dan dialami secara peringkat demi peringkat dan suluk yang terus kekal diamalkan oleh Urafa' untuk sampai kepada kedudukan zuhud (meninggalkan dunia dan kemewahannya) dan meninggalkan ke-aku-an diri telah mengantarkannya kepada suatu kedudukan dan maqâm yang khusus. Dan oleh kerana tingkatan-tingkatan dan tahapan-tahapan pensucian diri itu dilaluinya dengan penuh kesulitan, maka maqâm yang telah dicapai itu tidak akan mudah hilang begitu sahaja.

Sementara pengertian "Hâl" berlawanan dengan pengertian "maqâm" tersebut. "Hâl"  adalah suatu bentuk keadaan dan berubah-ubah, yang mana ia hadir dalam jiwa seorang arif tanpa iradahnya setelah ia melalui tahapan-tahapan "maqâm" . Sebagaimana ia boleh datang secara tiba-tiba, maka ia juga boleh sirna secara tiba-tiba. Dengan demikian, "Hâl" adalah suatu keadaan yang tidak tetap dan sentiasa dalam keadaan berubah dan bertukar-tukar. [3]

Manusia dalam Maqâm Fana' ketika berhadapan Tuhan tidak akan menyaksikan dirinya sendiri, penghambaannya, kecenderungan-kecenderungannya, harapan-harapannya, dan alam di sekitarnya, dan dia hanya semata-mata memandang Yang Haq sahaja.

Dalam kondisi ini, Fana' tidak sesuai diertikan dengan pengertian dari sudut bahasanya yang lebih menunjukkan makna kekurangan, bahkan ia merupakan suatu tingkatan kesempurnaan. Dan inilah yang dimaksudkan oleh para urafa yang menyatakan, "Puncak Fana' adalah baqa' dan abadi di hadapan Yang Haq". Pensyair Sa'di mengungkapkan dalam sya'irnya :

بلندى از آن یافت کو پست شد

در نیستى کوفت تا هست شد

 

Di dalam istilah Urafa', Fana' ini dipanggil "Fana' fii Allah" (Fana' dalam sifat-sifat Tuhan).

 

Bagaimana Mencapai Maqâm Fana'

Ketika diantara manusia dan Tuhannya tiada hijab selain dosa-dosa, maksiat, dan sifat megah serta sombong. Kebergantungan kepada selain Allah juga dianggap hijab. Dan hijab-hijab kegelapan ini akan menjadi penghalang yang sangat besar untuk sampainya seorang hamba kepada Tuhannya.

Apabila tiada sebarang dosa, hijab kegelapan, dan kebergantungan kepada selain-Nya serta lenyapnya perhatian seseorang manusia kepada kewujudannya, maka ketika itu akan terputus hijabnya untuk menyaksikan sifat-sifat Tuhan secara terbatas. Setelah mencapai tingkatan ini, barulah maqâm Fana' itu akan diraihnya dan hadir dalam dirinya.

Yang pasti bahawa dalam perjalanan dan suluk irfani ini terdapat banyak tingkatan-tingkatan dan tahapan-tahapan yang kita tidak akan bahas dalam kesempatan ini. Akan tetapi, maksud dari "liqa ullah" (perjumpaan dengan Tuhan) yang dirumus dalam kata-kata seperti syuhud, baqa', dan sebagainya adalah bukanlah bermaksud melihat dengan mata kasar, kerana sebagaimana dalam ayat al-Quran dikatakan, "Dia (Tuhan) tidak dapat dilihat dan dijangkau dengan mata (kasar)."[4] Dan begitu pula, bukan maksudnya bahawa Tuhan boleh ditemukan dalam jalan pemikiran, kerana jalan pemikiran dan metode rational itu tidak disebut sebagai syuhud, liqa', dan …, melainkan apabila seorang hamba ingin "menyaksikan" sifat-sifat Tuhan dan mencapai maqâm Fana' maka -sebagaimana yang difirmankan dalam al-Quran- dia harus meninggalkan segala sesuatu selain Tuhan, melaksanakan amal dan perbuatan saleh, dan tidak menyekutukan Tuhan.  Maka itu, jika seorang hamba yang berkehendak menyaksikan Yang Haq dengan tanpa perantara mestilah dia tidak memandang dirinya sendiri dan segala sesuatu selain-Nya.

Allah Swt berfirman, "Barangsiapa yang berharap ingin berjumpa dengan Tuhannya, maka hendaklah dia beramal dengan amal yang saleh dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun dalam penghambaan kepada Tuhannya."[5]

Nabi Musa As pun menjadi pengsan ketika kisah yang menceritakan Hazrat As meyaksikan Tuhan. Setelah beliau tersadar dari pingsannya, bersabda, "Tuhanku Engkau tidak dapat disaksikan tanpa Fana' dan memutuskan segala bentuk keterikatan dan kebergantungan daripada segala sesuatu."[6]

Akan tetapi, persoalan yang sangat mendasar di sini adalah apakah maksud dari ungkapan bahawa sebagian tokoh-tokoh para suluk dan urafa' menyaksikan Tuhan Yang Maha Tinggi itu dengan tanpa sebarang perantara? Dan secara umum apa yang dimaksud dengan perantara-perantara tersebut?

Untuk memahami dan mengerti makna ungkapan tersebut alangkah baiknya kita memperhatikan dan menyimak pernyataan-pernyataan Imam Khomeni Ra dalam kitabnya "Arbain Hadis". Beliau dalam kitab itu mengungkapkan, "Setelah mencapai ketakwaan yang sempurna, terputusnya secara total perhatian dan kebergantungan hati dari segala sesuatu yang ada di alam, luputnya segala bentuk sifat ego dan kecintaan kepada diri sendiri, dan setelah memberikan perhatian penuh dan mutlaq kepada Tuhan, Asma', dan sifat-sifat-Nya, tenggelam dalam kecintaan kepada Yang Maha Suci dan melakukan segala bentuk pensucian hati, maka ketika itu, akan muncul dan hadir suatu bentuk pencerahan hati dan cahaya malakuti dalam hati para pesuluk yang merupakan pancaran -Tajalli- Asma' dan sifat-sifat-Nya … Dan antara ruh suci pesuluk dan Dzat Suci Tuhan hanya terdapat satu hijab sahaja, iaitu hijab Asma' dan sifat-sifat Tuhan. Mungkin bagi sebahagian tokoh-tokoh ahli Suluk, mereka telah berjaya untuk merobek hijab-hijab cahaya dan Asma' serta sifat-sifat tersebut dan mereka hanya menyaksikan dirinya bergantung secara mutlak kepada Zat Suci Tuhan, dan dalam penyaksian ini, dia "menyaksikan" kewujudan menyeluruh Tuhan (احاطه قیومى حق) dan ke-Fana'an (kehancuran) zatnya sendiri."[7]

Dengan kandungan makna ini (pernyataan Imam Khomeni Ra), dapat disaksikan bahawa kemuncak perbahasan ini dapat ditemukan dalam sebuah doa yang mulia, iaitu munajat sya'baniyah yang berbunyi:

"الاهی هَب لی کَمال إلانقطاع الیک... حتى تخرق ابصارُ القلوب حُحب النور..."

"Ya Ilahi anugerahkan kepadaku kesempurnaan penyatuan dengan-Mu … sedemikian sehingga mata hati merobek hijab-hijab cahaya."[8]

 

Benar, mungkin saja manusia boleh mencapai suatu derajat yang mana diantara dia dan Tuhannya tiada terdapat sebarang hijab selain cahaya Asma' dan sifat-sifat Tuhan sahaja. Dan mungkin juga manusia boleh sampai kepada suatu tingkatan yang mana tidak ada lagi sebarang hijab, sekalipun hijab-hijab cahaya tersebut. Para pesuluk, juga akan tetap melalui hijab-hijab ini dan meraih maqam "Mah'u" (kehancuran mutlaq) yang sempurna. Dan dalam kondisi ini, apa yang disaksikannya adalah hanya Yang Hak sahaja.  Dan apa yang didengarnya tidak lain adalah Yang Hak. Dia melihat dengan "mata" Tuhan, mendengar dengan "telinga" Tuhan, dan berucap dengan "lisan" Tuhan. Inilah kemuncak dan penghujung Fana' dalam Tuhan (Fana' fillah). Iaitu kehancuran mutlaq dalam Hak.

Untuk pengetahuan juga bahawa ungkapan maqam Fana' dan Liqa'Ullah (bertemu Tuhan) yang telah disebutkan di atas bukanlah bersatu dengan Zat Tuhan. Kerana ia adalah perkara yang mustahil terjadi. Iaitu menyatu kepada Zat Tuhan, dan kedudukan ini hanya terbatas untuk Hazrat Hak Yang Esa sahaja dan selain dari diri-Nya sendiri, seorangpun tidak akan mampu untuk sampai kepada-Nya.



[1] . Orang pertama yang menggunakan istilah Fana' di dalam irfan adalah Abu Said Kharraz.

[2] . Khuramsyahi,Bahauddin, Hafiz Nameh, Intesyarat Surusy, hal. 975.

[3]  Dalam sebuah Sya'ir Sa'di, beliau berkata:

زمصرش بوی پیراهن شنیدی

ولی در چاه کنعانش ندیدی

بگفت احوال ما برق جهان است

گهی پیدا و دگر دم نهان است

[4]. Qs. An'am: 103

[5] . Qs. Kahfi: 110

[6] . Jawadi Amuli, Abdullah, Tafsir Maudhu'I Quran Karim, jld 7, hal. 255.

[7] . Imam Khomeni Qs, Arba'ina Hadis, hal. 454.

[8] . Bihârul Anwâr, jld 91, hal. 98; Mafatihul Jinan Munajat Sya'baniyah.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits