Carian Terperinci
Pengunjung
8968
Tarikh Kemaskini 2011/05/09
Ringkasan pertanyaan
Bagaimana Tuhan memiliki ilmu terhadap perbuatan manusia sebelum perbuatan tersebut dikerjakan?
soalan
Bagaimana Tuhan memiliki pengetahuan terhadap perbuatan manusia sebelum perbuatan tersebut dikerjakan. Ertinya bagaimana Tuhan mengetahui kehendak manusia sebelum manusia berkehendak?
Jawaban Global

Apa yang menyebabkan pengutaraan pertanyaan seperti ini adalah kerana tidak mempunyai pengetahuan yang benar tentang hubungan Tuhan dengan waktu. Tuhan adalah sarmadi (azali dan abadi) dan tidak tertakluk dengan masa. Ertinya  Tuhan berkuasa atas masa dan tidak dibatasi oleh waktu. Pada prinsipnya adalah tidak benar ketika kita berkata bahawa bagaimana Tuhan mengetahui masa kini dan akan datang. Bahkan masa kini dan masa akan datang tidak wujud bagi Tuhan.

Titik lainnya adalah, pengetahuan terhadap sebab adalah pengetahuan terhadap akibat. Di sini Tuhan yang merupakan Mahasumber seluruh kewujudan di alam semesta, tatkala Dia memiliki ilmu terhadap diri-Nya sendiri, tentu saja Dia memiliki ilmu terhadap seluruh kewujudan lainnya. Kerana itu, apabila ada seorang astronomi dapat berkata kepada anda tentang bilakah dan dalam keadaan bagaimanakah gerhana bulan atau matahari akan terjadi, maka hal itu disebabkan ia mengetahui sebab kejadian gerhana bulan dan matahari. Dan ia tahu bahawa ketika sebab tersebut terjadi maka akibatnya juga akan menjadi realisasi. Tuhan yang merupakan Sebab (Pertama) seluruh sebab kewujudan, maka tidak terhitung bagaimana ilmu yang dimiliki-Nya.

Jawaban Detil

Pertanyaan ini sebenarnya kembali kepada masalah teologi yang popular bahawa apakah Tuhan memiliki ilmu terhadap segala sesuatu sebelum penciptaannya atau tidak? Dan pada hakikatnya apakah ilmu sedemikian mungkin bagi Tuhan atau tidak?

Dalam menjawab pertanyaan ini harus dijelaskan dengan dua pendahuluan sebagai berikut:

Pertama, menurut sebahagian ulama[1] masalah ini merupakan salah satu masalah teologikal dan falsafah yang paling sulit sehinggakan sebahagian para agamawan dan ahli falsafah melontarkan pelbagai jawaban aneh dan menakjubkan pada sebahagian masalah ini.[2]

Kedua, dalam kitab-kitab falsafah dan teologi, ilmu Tuhan terbagi menjadi dua:

1.     Ilmu Tuhan terhadap zat-Nya. Banyak argumen yang dikemukakan para ulama dalam kitab-kitab falsafah dan teologi berkaitan dengan ilmu Tuhan terhadap zat-Nya sendiri. Di sini kita tidak akan mengulas masalah ini lantaran tidak berhubungan dengan pertanyaan yang diajukan.

2.     Ilmu Tuhan terhadap segala sesuatu. Ilmu ini berkenaan dengan sebelum penciptaan segala sesuatu atau setelahnya.

 

Ilmu Tuhan terhadap zat-Nya sendiri dan ilmu Tuhan terhadap segala sesuatu (wujud luaran) sebelum penciptaannya disebut sebagai ilmu zāti dan ilmu Tuhan terhadap segala sesuatu (wujud luaran) setelah penciptaannya disebut sebagai ilmu fi’ili.

Ilmu Tuhan terhadap segala sesuatu setelah penciptaannya di samping tidak berkaitan dengan pertanyaan yang diajukan juga hingga kini tidak ada seorang pun yang menyanggah dan mengkritik masalah ini.[3] Kerana itu, kini satu-satunya masalah yang tertinggal harus kita ulas di sini adalah ilmu Tuhan terhadap segala sesuatu sebelum penciptaannya.

Para ulama Islam membentangkan pelbagai jawaban untuk menjawab pertanyaan ini. Di sini cukuplah kami menyebutkan tiga titik dari jawaban tersebut.

Pertama, pada lapangan suci Ilahi, sekali-kali tidak dikenal ruang dan waktu. Allah (s.w.t) berkuasa atas seluruh ruang dan waktu. Masa silam dan masa akan datang bagi-Nya adalah satu. Kerana itu, keterdahuluan wujud-Nya atas seluruh makhluk tidak dapat dipandang sebagai keterdahuluan waktu. Demikian juga keterdahuluan ilmu-Nya tidak dapat digolongkan sebagai keterdahuluan masa (taqaddum zamani).[4]

Dengan kata lain, ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi manusia adalah ilmu pengetahuan yang berada di luar batasan wujudnya. Dan ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi manusia adalah ilmu pengetahuan yang berada dalam batasan wujudnya. Dengan memperhatikan Tuhan tidak memiliki batasan dan tidak satu pun yang dapat membatasi-Nya, maka tiada satu pun yang keluar dari batasan ilmu Tuhan.[5]

Dengan ungkapan yang lebih sederhana, bukanlah bermaksud bahawa Tuhan mengetahui sejak dahulu tentang apa yang akan kita kerjakan pada masa akan datang. Namun Tuhan memiliki ilmu dengan cara terlepas dari luar lingkup waktu. Ertinya  Dia memiliki ilmu terhadap masalah ini sebagaimana sebuah realiti yang ada pada masa sekarang. Kerana seluruh masa dan waktu bagi-Nya adalah masa sekarang. Meminjam bahasa Thomas Aquinas, “Seseorang yang melintas sebuah jalan, tidak melihat orang-orang yang datang setelahnya. Namun orang yang melihat seluruh jalan dari tempat ketinggian maka ia melihat seluruh orang-orang yang melintas di jalan itu.” Walau bagaimana pun ketinggian ini berkaitan dengan sarmadi-nya Tuhan. Tuhan dari tempat itu melihat seluruh jalan masa dan lorong waktu. Namun kita hanya menjadi aktif dengan masa sewaktu kita bergerak di jalan tersebut, secara perlahan-lahan kita dapat menemui pengetahuan terhadap jalan itu.[6]

Kedua, memperhatikan pemahaman dan makna ilmu yang berkaitan dengan Tuhan sangat penting untuk memecahkan persoalan ini. Para ahli falsafah membahagikan dua jenis ilmu. Ilmu perolehan (acquired knowledge) dan ilmu kehadiran (knowledge by presence). Apabila maklum (yang diketahui) hadir di sisi seorang alim tanpa melalui perantara, maka ilmu sedemikian disebut sebagai ilmu kehadiran (hudhuri, knowledge by presence). Namun apabila tercapainya maklum (yang diketahui) bagi seorang alim dengan perantara form (shurah, bentuk) dalam benaknya, maka ilmu seperti ini disebut sebagai ilmu perolehan (hushuli, acquired knowledge). Misalnya ilmu manusia terhadap Ka’bah merupakan ilmu perolehan. Kerana untuk mendapatkan ilmu tentang Ka’bah pertamanya tergambar bentuk Ka’bah dalam benak dan kemudian manusia mengetahui bentuk tersebut. Namun ilmu manusia terhadap kehendaknya atau ilmu manusia terhadap bentuk mentalnya sendiri (shurat zihni) adalah ilmu kehadiran atau hudhuri. Kerana dalam ilmu ini tidak diperoleh dengan perantara potret atau gambar (baca: form).[7]

Dalam pembahasan ilmu Tuhan, adalah penting penyemakan ilmu Tuhan terhadap seluruh kewujudan sebagai ilmu hudhuri bukan ilmu hushuli. Ini disebabkan untuk mendapatkan ilmu terhadap segala sesuatu maka Tuhan memerlukan bentuk-bentuknya, sedangkan Tuhan tidak memerlukan segala sesuatu. Di samping itu dalam ilmu hudhuri, maklum tidak diperlukan sebelum kewujudan pengetahuan, akan tetapi hal ini berlaku sebaliknya pada ilmu hudhuri, dan ilmu harus wujud sebelum adanya maklum.[8]

Ketiga, selain dari kes-kes yang disebutkan di atas, untuk kemungkinan  dan terealisasinya ilmu terhadap segala sesuatu sebelum penciptaannya bagi Tuhan, terdapat pelbagai argumen yang telah ditegakkan di mana di sini kita akan menyebutkan yang paling penting daripada argumen tersebut:

Ilmu terhadap sebab adalah ilmu terhadap akibatnya. Ilmu terhadap sebab sebagai sebab adalah ilmu terhadap akibat. Yang dimaksudkan ilmu terhadap sebab adalah ilmu terhadap dimensi (haitsiyyat) yang menjadi sumber kedudukan akibat. Misalnya seorang astronomi berkata bilakah gerhana matahari dan gerhana bulan terjadi. Hal tersebut dikeranakan ia memiliki ilmu tentang aturan-aturan dan perhitungan bintang. Dengan kata lain, kerana ia mengetahui sebab-sebabnya, maka ia juga mengetahui bulan, bintang dan matahari itu sendiri. Atau seperti seorang doktor, ia mengetahui sebab-sebab sebuah penyakit dikeranakan tatkala ia melihat sebab-sebab ini pada seorang pesakit, ia mendiagnosis bahawa penyakit ini sampai beberapa hari kemudian akan menimbulkan apa-apa kesulitan; argumen semacam ini juga dapat kita gunakan untuk Tuhan. Misalnya bahawa seluruh kewujudan di alam semesta merupakan akibat Wujud Tuhan dan tidak satu pun sebab selain Tuhan. Kerana itu, ilmu Tuhan terhadap zat-Nya adalah ilmu terhadap dimensi itu sendiri yang menjadi sebab terealisasinya. Dengan kata lain, ilmu Tuhan terhadap zat-Nya sendiri adalah ilmu terhadap dimensi di mana seluruh semesta keluar dari dimensi ini. Ilmu terhadap dimensi ini kemestian ilmu terhadap akibat.[9] Misalnya apabila Tuhan kita pandang sebagai Cahaya Segala Cahaya (Nurul Anwâr), seluruh kewujudan yang lainnya merupakan luminesens dari-Nya. Maka apabila Tuhan mengetahui zat-Nya sendiri (yang merupakan Nurul Anwar), maka Dia akan mengetahui seluruh kewujudan di alam semesta, kerana seluruh kewujudan ini merupakan luminesens Zat-Nya.[10] Atau bijian yang disemai, apabila ia mengenal dirinya, daun, cabang, batang, bunga dan buah secara potensi ada pada dirinya, di samping pengenalan terhadap bahagian-bahagian ini, ia mengenal dirinya sendiri.[11][]



[1]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Âmuzesy-e Falsafeh, jil. 2, hal. 411, Cap-e wa Nasyr-e Bainal Milal Sazeman-e Tablighati Islami.

[2]. Muhammad Husain Thabathabai, Bidâyat al-Hikmah, hal. 204-207, Muassasah al-Nasyr al-Islami, 1411 H.

[3]. Ja’far Subhani, Muhâdharat fii Ilahiyyât, hal. 113, Markaz al-‘Alami lidirasati al-Islamiyah, cetakan ke-3, 1411 H.

[4]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Op Cit, jil. 2, hal. 412.

[5]. Muhammad Husain Thabathabai, Tarjameh Tafsir al-Mizân, penerjemah Sayid Muhammad Baqir Musawi Hamadani, jil. 11, hal. 419, Daftar Intisyarat- Jame’e Mudarrisin Hauzah Ilmiyah Qum.  

[6]. Michael Peterson, ‘Aql wa I’tiqad-e Dini, Ahmad Naraqi wa Ibrahimi Sulthani, hal. 122, Tarh-e Nuh.

[7]. Muhammad Taqi Fa’ali, ‘Ulum-e Pâyeh, Nazhariyya Badâhat, hal. 66-68, Dar al-Shadiqin, cetakan ke-1.

[8]. Muhammad Husain Thabathabai, Op Cit, jil. 14, hal. 383.

[9]. Ja’far Subhani, Op Cit, hal. 113-114.  

[10]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Op Cit, jil. 2, hal. 412.

[11]. Allamah Hilli, Kasyf al-Murâd, Syarh-e Allamah Sya’râni, hal. 398, Kitab Furusyi Islami.

Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah argumen rasional dan argumen fitrah yang tersedia dalam menetapkan ma’ād ?
    7959 Teologi Klasik 2011/05/09
    Untuk menjawab persoalan ini, ada baiknya andai kita menjawabnya dengan pendekatan falsafah, baik melalui pendekatan falsafah peripatetik, falsafah iluminasi dan falsafah hikmah. Demikian juga dengan pendekatan kalam dan irfan ia akan menjadi lebih jelas. Luasnya pembahasan ini yang dikemukakan oleh para ilmuan meliputi pembahasan seperti  imkan (kontingen), ...
  • Apakah falsafah kemaskulinan wacana al-Qur’an?
    8573 Tafsir 2013/02/02
    1. Kita tidak boleh menganggap ungkapan dan perbicaraan al-Qur’an sebagai bersifat maskulin melainkan kita dapat menentukan bahawa spiritual hikmah ke atas lafaz dan bicara al-Qur’an itu bersandar kepada jantina dan kita dapat menentukan bahawa ia berpaksi atas maskulin. Melalui berbagai ayat al-Qur’an dapatlah difahami bahawa wacana yang ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    19917 Teologi Klasik 2011/01/17
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Apa yang dimaksudkan fizik dan metafizik? Dan bagaimana hubungan yang terjalin di antara keduanya?
    42240 Falsafah Islam 2011/05/10
    Fizik bermakna tabiat-tabiat semulajadi yang bertentangan dengan ilahiyyat (teologi) dan riyadhiyyat (matematik). Adapun metafizik dalam makna falsafahnya hari ini adalah sebuah ilmu yang membahaskan tentang maujud selaku maujud (bima huwa maujud). Trans-fizik atau mâ warâ ṭabiat merupakan sebuah ilmu yang mengulas tentang masalah Tuhan dan pelbagai kewujudan. Namun hubungan yang ...
  • Adakah hikmah dan ilmu itu berbeza?
    9443 Tafsir 2010/11/14
    Makna hikmah daripada segi bahasa adalah ucapan dan perbuatan yang sesuai dengan kebenaran dan realiti, sampai kepada kebenaran dengan media ilmu dan akal atau yang membuat manusia berdiri di atas landasan kebenaran. ...
  • Apakah sanad-sanad hadis para maksumin tidak bersambung dengan Nabi?
    9928 Ilmu Dirayah 2014/05/22
    Syiah menganggap para imam (para pengganti Rasulullah s.a.w) adalah maksum. Oleh itu kata-kata mereka itu sendiri mempunyai hujjah sepertimana sabda Nabi (s.a.w) dan tidak perlu lagi disandarkan kepada baginda. Hadis-hadis para imam maksumin yang sampai kepada kita dibahagikan kepada dua bahagian. Salah satunya ialah riwayat yang berbentuk ...
  • Apa makna ‘tamatstsala rūh’ yang disebutkan dalam kisah Hadrat Maryam (a.s)?
    10270 Tafsir 2012/01/19
    Pemahaman bahasa dan istilah, ‘tamatstsala’ memiliki makna di antaranya ialah tergambarnya sesuatu bagi seseorang, umpama menjadi sesuatu, dan membayangkan di depan seseorang. Maksud ‘tamatstsala’ pada ayat di atas ialah: Malaikat Ilahi menjelma dalam rupa ...
  • Apa hubungan antara rezeki yang telah ditakdirkan dan usaha manusia?
    25466 Teologi Klasik 2011/04/19
    Rezeki terdiri dari dua jenis. Rezeki yang kita cari dan rezeki yang datang dengan sendirinya. Dalam riwayat, rezeki yang datang kepada kita disebut sebagai “rezeki thālib” (yang mencari) dan rezeki yang kita cari dinamakan “rezeki mathlūb
  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    8765 Irfan Teori 2011/08/20
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling ...
  • Apakah ketika terjadi Kiamat Kubra seluruh kewujudan akan mati termasuk malaikat Izrail (kecuali Tuhan)?
    14799 Teologi Klasik 2011/06/14
    Pertanyaan ini akan kami jawab dalam dua bahagian:1.             Esensi dan meluasnya kematian sebaik sahaja kiamat2.            

Populer Hits