Carian Terperinci
Pengunjung
4265
Tarikh Kemaskini 2011/01/01
Ringkasan pertanyaan
Mengapa kecenderungan kepada aspek-aspek material dan duniawi lebih besar dan sangat mudah dibanding kecenderungan kepada alam akhirat dan nilai-nilai rohani?
soalan
Mengapa kecenderungan kepada aspek-aspek material dan duniawi lebih besar dan sangat mudah dibanding kecenderungan kepada alam akhirat dan nilai-nilai rohani?
Jawaban Global

Sebagaimana di alam semulajadi, gerak menurun (nuzuli) lebih mudah daripada gerak menaik (shu'udi) -iaitu manusia lebih senang dengan kemewahan dunia dibanding kesenangan abadi diakhirat. Maka mereka lebih senang bergerak ke arah perkara yang binasa (dunia) dibanding bergerak menuju ke arah Allah Ta'ala yang penuh dengan liku-liku cabaran. pent-. Hukum ini pula berlaku dalam gerak dan suluk (perjalanan Irfani) pada perkara-perkara rohani dan  akhlak. Dalam istilah al-Quran Karim, gerak dan proses menaik (menuju ke arah kesempurnaan) dikatakan sentiasa bersama dengan usaha dan kepayahan (derita). Allah Ta'ala berfirman di dalam surah Insyiqaq pada ayat keenam yang bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya kamu berusaha menuju ke arah Tuhan-mu dalam keadaan kepayahan dan kesulitan".

Sementara dunia dinamakan dunia kerana dunia adalah kewujudan dan hakikat yang sangat rendah dari segala sesuatu dan sudah cukup untuk -melayakkan- keruntuhan manusia ke lembah hawa nafsu. (cintakan dunia mengakibatkan) manusia menutup kedua-dua matanya dari (menuju ke arah) kesempurnaan-kesempurnaan, kesucian-kesucian, fitrah, dan akal.

Bergerak menuju ke arah alam spiritual dan rohani seperti mendaki puncak gunung yang sangat tinggi dan penuh dengan kesulitan (serta bahaya). Sedangkan berjalan mengikut kecenderungan-kecenderungan hawa nafsu seperti bergerak menuju ke bawah yang penuh dengan kemudahan dan keringanan. Ini adalah kerana, kecenderungan ke alam akhirat dan nilai-nilai spiritual merupakan suatu gerak ke arah fitrah Ilahi, sedangkan kecenderungan kepada duniawi, aspek-aspek material dan lahiriah adalah pergerakkan mengikut tabiat alam materi, dan manusia itu sendiri lebih cenderung dengan lahiriah dan alam materi.

Jawaban Detil

Sebagaimana pergerakkan ke bawah (nuzuli) di alam tabiat (dunia) lebih mudah dibanding pergerakkan menaik (su'udi). Hal ini juga berlaku pada gerak dan suluk (pergerakkan irfani) dalam perkara-perkara rohani dan akhlak. Sebagaimana penegasan al-Quran, bahawa gerak menaik atau proses menyempurna sentiasa diiringi dengan kepayaan dan penderitaan. Sebagaimana firman-Nya: " یا ایها الانسان انک کادح الى ربک". Iaitu: wahai manusia! Kamu bersusah payah menuju ke arah Tuhanmu". Iaitu disertai dengan keperitan dan kesulitan.  Dalam pengertian bahasa arab kata "Kâdihun" atau "kadhan" yang ada dalam ayat tersebut adalah bermakna "usaha"[1], dan di dalam mafhumnya (pengertiannya) bermaksud "usaha yang tersirat makna keperitan dan kepayahan".

Cukup sekadar manusia menuruti hawa nafsunya sudah melayakkan kejatuhan dan kebinasaannya (di lembah dunia ini). Kerana bergerak di atas landasan keinginan-keinginan hawa nafsu seperti bergerak menuju ke arah bawah yang tiada sebarang kesulitan dan mudah.

Sementara bergerak dan berjalan sesuai dengan perintah akal dan agama serta berlawanan dengan kecenderungan duniawi, was-was syaitan, dan kehendak hawa hafsu adalah suatu proses menyempurnaan dan menaik. Sebagaimana mendaki suatu puncak gunung yang tinggi adalah sangat sukar dan penuh pancaroba, namun sentiasa diiringi dengan perasaan bahagia dan keyakinan seorang insan..

Dalam perspektif al-Quran, manusia adalah suatu makhluk yang memiliki dua dimensi; dimensi fitrah Ilahi dan aspek tabiat material. Fitrah manusia sentiasa mengajaknya kepada makrifat yang tinggi, nilai-nilai spiritual, rohani, akhlak, dan kebaikan-kebaikan. Sedangkan dimensi tabiatnya selalu menggiringnya kepada kerendahan material, hawa nafsu, dan keburukan.

Kehidupan manusia adalah satu lapangan pertempuran yang berterusan antara aspek tabiat dan fitrah Ilahinya. Apabila dimensi tabiat manusia mengatasi deminsi fitrah Ilahinya, maka dia akan menjadi tawanan bagi kecenderungan tabiatnya yang rendah. Dalam pandangan al-Quran, manusia seperti ini dikategorikan sesat dan rendah. Namun, jika fitrah Ilahinya mampu mengatasi keinginan rendah tabiatnya, maka segala kecenderungan naturalnya diarahkan sejalan dengan fitrahnya. Dalam keadaan ini, manusia ini dikatakan berada dalam hidayah Ilahi dan berjalan di atas jalan yang benar .[2]

Dunia dari sudut bahasa bermaksud sesuatu yang rendah. Dan cukup sekadar melelapkan kedua mata dari memandang langit suci Ilahi bagi yang cintakan dunia. Namun, bagi yang ingin keluar dari tarikan kecendengan dan penjara dunia serta naik menuju ke arah alam spiritual dan fitrah Ilahi, tidak cukup sekadar melawan kehendak dalaman hawa nafsu dan mendakwanya dengan mulut sahaja. Bahkan ia harus melawan segala keinginan hawa nafsu (yang melampaui batas), menentang seluruh bisikan dan was-was syaitan, meninggalkan segala budaya dan tingkah laku yang buruk, dan memutuskan ribuan akar yang menjerumuskannya terjerebak ke dalam aktiviti-aktiviti seharian (yang melalaikan).

Oleh kerana itu, tokoh-tokoh terkemuka akhlak dan irfan praktik (amali) kadang-kala menjelaskan hakikat-hakikat murni spritual yang tinggi dan metod meniti tingkatan-tingkatan kesempurnaan itu dalam bentuk seratus tahapan, atau seribu tingkatan, atau menghadirkannya dalam bentuk adab-adab suluk irfani, supaya manusia pada akhirnya mampu melepaskan dirinya dari ikatan-ikatan hawa nafsu dan menjadi seorang hamba Tuhan yang sejati.

Perjalanan rohani dan suluk spritual seorang hamba kepada Tuhan adalah perjalanan memanjang ke atas, dan bukan dalam bentuk gerak horizontal atau mendatar (seperti pergerakkan sesama makhluk yang mana hubungan mereka adalah sama iaitu makhluk) . Dan maksud dari pergerakkan memanjang ke atas (vertical) atau menaik di sini adalah pergerakkan menaik dalam bentuk "geometry" Ilahi (iaitu satu kadar ukuran yang menyampaikan seseorang kepada Tuhannya atau kepada "darjat yang tinggi. pent), tetapi bukan dalam dimensi "geometry" tabiat (yang mempunyai ruang tinggi, panjang dan lebar. pent); iaitu menemui kedudukan yang tinggi dan bukan tempat (yang berbentuk meteri) yang tinggi.

Maka oleh kerana itu, dituntut adanya suatu bekalan, agar ia dapat membantu manusia untuk melakukan perjalanan irfani (sair) untuk sampai kepada kedudukan dan maqâm yang tinggi.

Tuhan menyifatkan bahawa suluk ruhani adalah perjalanan menaik dan memanjang (vertical). Hal ini telah difirmankan oleh Allah Ta'ala dalam surah Mujadalah pada ayat sebelas yang bermaksud : "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan di antara kamu beberapa derajat".

Seseorang yang berjalan mengikut perjalan ini "pergerakkan menaik" maka nescaya dia akan mencapai derajat yang tinggi, dan Tuhan berkaitan dengan perjalanan rohani ini menyebutnya dengan kata "yarfa'u" iaitu meninggikan. Begitu pula Allah dalam surah al-Fathir yang menamakannya dengan "menaik". Kepada-Nya-lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang saleh akan mengangkatnya. (Qs. Fathir [35]: 10).

Maka dari itu, kedua-dua kata iaitu "mengangkat" dan "menaik" dalam perjalanan rohani (سیر و سلوک) tersebut adalah memanjang dan memohon kedudukan yang tinggi dan bukan dalam bentuk gerak horizontal atau mendatar dan cintakan kedudukan (dunia). Kerana perjalanan ke suatu tempat (dalam alam tabiat) -walaupun tempat itu tinggi seperti gunung- masih digolongkan dalam perjalanan mendatar atau horizontal, dan bukan menaik. Dan Tuhan dalam mengingatkan berkaitan dengan pengangkatan Nabi Idris As yang telah melalui perjalanan vertical (naik menuju ke alam malakut yang tinggi) sebagai berikut, "Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat dan tempat yang tinggi." (Qs. Maryam [19]: 57).

Maksud dari ayat di atas adalah "tempat yang tinggi" , dan bukanlah tempat yang berbentuk deminsi dan sifatnya lahiriah sebagaimana di dunia ini. Dan Tuhan ketika menyifatkan zat suci-Nya sendiri juga menggunakan istilah sebagai kewujudan yang memiliki derajat dan "tempat" yang tinggi, (رفیعُ الدّرجات ذوالعرش).

Oleh kerana itu, perjalanan menuju Tuhan adalah perjalanan ke arah derajat dan tingkatan yang tinggi. Para Mukminin akan mencapai derajat yang tinggi dan alim-alim ulama' di kedudukan yang paling tinggi sekali. Begitu juga kalimat-kalimat yang baik, akan bergerak ke arah derajat yang tinggi itu.[3]

Dalam takbir yang lain bahawa kecenderungan kepada Tuhan adalah bergerak menuju ke atas dan ketinggian derajat, sementara keinginan kepada dunia adalah gerak menurun, kepada kehinaan, dan kerendahan martabat. Dunia dikatakan dunia kerana memiliki derajat yang sangat rendah di banding sesuatu yang lain. [4]Kecenderungan kepada duniawi menyebabkan manusia terhumban ke lembah kehinaan.[5]

Untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dan melonjak ke arah nilai-nilai spiritual … maka itu sangatlah layak dan sesuai jika dapat mengorbankan harta benda dan keluarga,.[6] Dan tidak hilang sifat-sifat kemuliaan darinya, kerana selagi mana kudrat Allah Ta'ala mengangkatnya kepada kedudukan yang tinggi, maka selagi itulah sifat kemuliaannya tidak akan bergoncang.[7]

Oleh kerana itu, kecenderungan dan keinginan kepada perkara-perkara rohani dan spiritual serta alam akhirat adalah suatu gerak dan proses ke arah fitrah Ilahi. Dan kecenderungan kepada hal-hal duniawi dan nilai-nilai material adalah suatu gerak dan proses yang didasarkan kepada tabiat alam materi dan aspek tabiat manusia yang rendah.

Sememangnya manusia lebih dekat dengan keindahan-keindahan lahiriah dan alam materi ini dan sentiasa leka dalam menikmatinya, "Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia ini; sedang mereka lalai tentang (kehidupan) akhirat." (Qs. Rum [3]: 7)

Selain itu, manusia lebih cenderung untuk mendapatkan manfaat-manfaat yang boleh dihasilkan dengan segera dan dalam bentuk tunai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta'ala yang bermaksud : "Sekali-kali tidak (seperti yang kamu yakini bahawa dalil-dalil tentang hari kiamat itu tidak cukup). Sebenarnya kamu (hai manusia) hanya mencintai kehidupan yang segera (dunia) dan meninggalkan (kehidupan) akhirat." (Qs. Qiyamat [75]: 20 dan 21).

Maka dengan dasar ini, Imam Ali As bersabda, "Orang-orang yang sesat itu mendahulukan perkara-perkara duniawi dan manfaat-manfaat yang cepat berlalu itu serta menunda perkara-perkara ukhrawi dan nilai-nilai yang abadi."[8]

Dan kesimpulannya, kecenderungan dan keinginan manusia kepada perkara-perkara duniawi dan nilai-nilai material lebih mudah dan ringan.



[1]. Askary, Abu Halal, Al-Furug fil lughah, hal. 369, Intesyarat Oston Quds-e Radhawi.

[2]. Hadavi Tehrani, Mahdi, Bowarha wa Pursesyha, hal. 84, Muassasah Farhangi Khoney-e Kherad.

[3] . Jawadi Amuli, Abdullah, Tafsir Maudhu'I Quran Karim, Marahile Akhlaq dar Quran, Bakhsye Sewwum, hal. 223, Markaz-e Nasyr-e Isra'.

[4] . Rey Syahri, Muhammad, Muntakhab Mizanul Hikmah, hadis nomor 2171, Imam As.

[5] . Ibid, hadis nombor : 2192.

[6] . Nahjul Balaghah, khutbah 52.

[7] . Ibid, hikmah 20.

[8] . Nahjul Balaghah, khutbah 144.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits