Carian Terperinci
Pengunjung
6010
Tarikh Kemaskini 2007/11/21
Ringkasan pertanyaan
Meskipun Tuhan tahu bahawa ramai manusia yang akan memasuki neraka, mengapakah Tuhan tetap mencipta mereka?
soalan
Allah (s.w.t) mengetahui nasib manusia sebelum penciptaannya dan kita tahu bahawa ramai manusia yang akan memasuki neraka, apabila salah seorang dari mereka bertanya kepada Tuhan, wahai Tuhan mengapa Engkau menciptakan aku? Padahal Engkau tahu bahawa aku akan memasuki neraka, maka apakah jawapan yang akan diberikan Tuhan?
Jawaban Global
  1. Azab Ilahi merupakan balasan bagi segala perbuatan ikhtiar manusia kerana mereka tidak memanfaatkan perantaraan petunjuk-petunjuk. Mereka juga tidak mendengar seruan samada utusan batin dan utusan zahir.
  2. Ilmu Tuhan tentang nasib, cara berinteraksi dan tingkah laku ‘kewujudan’ tidak menjadi sebab timbulnya isu paksaan atas mereka dan sebenarnya pengetahuan Tuhan hanyalah adalah penyingkap (kāsyif) segala perbuatan hamba.
  3. Penciptaan orang jahat merupakan suatu kemestian, syaitan harus ada sehingga dengan kewujudannya menyebabkan ada kemungkinan untuk manusia berkembang dan mencapai kesempurnaan.
  4. Walaupun penciptaan syaitan daripada jin dan manusia sebuah perkara kemestian, namun yang memainkan peranan ini adalah pilihan (ikhtiar) dan kehendak, tidak ada paksaan daripada Tuhan.
Jawaban Detil

Masalah ‘teka-teki penciptaan orang-orang jahat dan azab’ sebenarnya kembali kepada perbahasan yang terkenal iaitu ‘jabr’ (pemaksaan) dan ‘ikhtiar’ (pilihan). Ketika dikatakan bahawa Allah (s.w.t) mengetahui nasib dan nurani mereka, lalu mengapakah Allah (s.w.t) mencipta mereka? Penciptaan ini adalah sebuah penciptaan jabr dan berada di luar wilayah kebebasan manusia. Dari sisi lain, apabila makhluk yang angkuh dan bermaksiat itu memilih untuk patuh dan taat, maka akibatnya terdapat kekurangan dan cacat cela pada ilmu Tuhan kerana makhluk tersebut terpaksa sentiasa berada pada kedudukan kambing hitam dan ia tidak mampu melakukan perbuatan yang lain.

Dengan demikian, dalam bentuk beberapa noktah, kita akan membahaskan masalah hubungan "ilmu Tuhan" dan "kebebasan dan keterpaksaan para hamba":

  1. Ilmu Tuhan berkenaan dengan nasib dan perilaku seluruh kewujudan tidak akan menjadi sebuah kekuatan memaksa atas orang yang melakukan kesalahan. Misalnya, jika memanfaatkan keadaan seperti bangunan atau tempat yang tinggi, atau menyaksikan rakan anda menaiki kenderaan dan dengan melihat caranya memandu pasti akan berakhir dengan kemalangan. Akibatnya peristiwa yang mengerikan bakal dihadapinya. Anda mengetahui dengan baik perbuatan yang ia lakukan adalah keluar dari rasionaliti. Setelah beberapa minit kemudian terjadilah kemalangan, apakah anda patut disalahkan dalam hal ini? Apakah dalam hal ini anda yang menjadi penyebab kemalangan tersebut? Apakah kerajaan, jurutera, pencipta kereta yang mengetahui secara yakin bahawa kebanyakan kemalangan terjadi disebabkan penyalahgunaan pemandu dalam mengawal kenderaan dan cara penggunaan jalan merupakan faktor keterpaksaan peristiwa di jalanraya?

Allah (s.w.t) sekali-kali tidak mencatatkan suratan takdir dan nasib seseorang sebagai perbuatan dosa dan maksiat. Hadis berikut ini banyak dinukil oleh majoriti ulama daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: "Seseorang yang menyalahkan takdir dan berkhayal bahawa segala maksiat yang mereka lakukan akibat daripada nasib dan suratan takdir yang dipaksakan dan ditetapkan oleh Tuhan ke atas mereka, dan hasilnya mereka memperolehi azab lantaran tiada lagi pilihan bagi mereka, maka ketahuilah bahawa tanggapan seperti ini merupakan sangkaan keliru dan kebanyakan nabi tidak redha kepada mereka dan melaknat mereka."[1]

  1. Lebih baik kita katakan bahawa Allah (s.w.t) mengetahui siapakah yang memanfaatkan perantara-perantara petunjuk dan siapakah yang meninggalkannya. Manakala azab ditimpakan atas mereka akibat perbuatan ikhtiari mereka sendiri kerana tidak menggunakan perantara-perantara petunjuk tersebut. Sebagaimana seorang guru yang menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan orang dapat meraih kejayaan dalam menuntut ilmu, guru ini mengetahui dengan baik siapakah yang mendengar penjelasan ini dan siapa sahaja yang mengabaikannya. Secara semulajadi, markah-markah dan ganjaran akan diraih oleh mereka yang berjaya. Manakala markah-markah negatif dan berbagai kesulitan yang lain untuk mereka yang tidak mengindahkan penjelasan guru tersebut. Oleh itu, pengetahuan guru yang menjadi penyingkap dan pembuka birai perbuatan para pelajar bukanlah pemaksaan terhadap mereka untuk bersikap malas.

Ahli kalam berkata: Allah (s.w.t) mengetahui ketaatan dan kemaksiatan para hamba. Pengetahuan ini adalah untuk menyingkap[2] dan mengikuti perbuatan para hamba.[3]

  1. Semua protes ini ada kebenarannya jika Tuhan tidak pernah menurunkan sebab untuk hidayah. Cuma menunggu ketaatan dari para hamba sahaja. Namun tatkala utusan batin (akal sihat dan fitrah) dan utusan zahir (para nabi, imam, al-Qur'an dan ulama rabbani) sudah sedia ada, lalu siapakah yang patut disalahkan dalam hal ini? Mereka yang memiliki ratusan lampu bergerak tidak tentu arah? Atau mereka yang melanggar isyarat lampu harus dihukum?
  2. Kehidupan manusia di dunia ini bagaikan sebuah kehidupan di sekolah. Segala kejayaan, kebahagiaan dan penderitaan berada di tangan mereka. Insan sendiri yang harus bergerak dan memohon kepada Tuhan supaya diberikan taufik dan petunjuk yang lebih.
  3. Allah (s.w.t) mencipta manusia dan berkehendak supaya mereka sampai kepada kesempurnaan. Untuk itu peranan syaitan harus diperhatikan sehingga insan memiliki peluang dan kemungkinan untuk maju dan menjadi sempurna dalam perjalanan ini. Kewujudan syaitan, tidaklah merugikan manusia yang beriman dan bagi mereka yang ingin melalui di atas landasan kebenaran, ia hanyalah perantara bagi manusia supaya cepat maju ke hadapan dan merentasi jalan kesempurnaan. Ini disebabkan progresif, kemajuan dan kesempurnaan sentiasa terjadi di antara berbagai rintangan dan cabaran.[4]
  4. Meskipun peranan syaitan di kalangan jin dan manusia merupakan satu peranan yang penting dan ianya perlu wujud, namun masalahnya siapakah yang memainkan peranan tersebut bersama dengan pilihan dan kehendak. Sementara itu keterpaksaan tidaklah berasal dari Tuhan.

Allah (s.w.t) tidak menciptakan syaitan sebagai syaitan. Ini disebabkan selama bertahun-tahun lamanya (enam ribu tahun)[5] ia menjadi ahli ibadah dan sekedudukan dengan para malaikat.  Namun setelah itu ia memilih untuk mengikuti kehendaknya sendiri dan berdasarkan takabur dan kesesatan ia menjadi jauh dari rahmat Tuhan.

Sebagaimana perbuatan yang dilakukan Yazid; ini bermakna Yazid dengan pilihannya sendiri telah menerima peranan ini. Oleh itu, Yazid tidak dapat berkata Tuhanku! Mengapa engkau menciptakan aku. Tuhan menjawab bahawa penciptaan perananmu itu merupakan sebuah keharusan. Apabila ia berkata mengapa saya harus memainkan peranan ini? Tuhan akan menjawab bahawa peranan ini engkau yang pilih dan menghendakinya, dan engkau boleh sahaja tidak menjadi Yazid. Dengan demikian engkau akan mendapatkan hukuman atas perbuatanmu.

Dengan kata lain, di alam semesta ini, harus ada manusia jahat sehingga manusia yang lain dapat mencapai kesempurnaan dengan berinteraksi dengan mereka. Misalnya Yazid itu harus menjadi orang jahat sehingga Imam Husain dan perbuatan beliau mendapatkan nilai. Dalam kerangka ini, Imam Husain harus meraih darjat syahadah dan mencapai makam yang paling tinggi. Namun Allah (s.w.t) tidaklah memaksa seseorang supaya ia harus benar-benar menjadi Yazid. Manusia sendiri memilih untuk menempatkan dirinya dalam posisi tersebut. Oleh itu, Tuhan tidak akan ditanya lagi dalam masalah ini misalnya ia berkata, mengapa saya harus memainkan peranan Yazid. Ini disebabkan tidak ada sedikitpun keterpaksaan dalam hal ini dan ia dapat dengan pilihannya sendiri tidak sedemikian.

  1. Asas penciptaan manusia adalah sebuah anugerah yang diberikan Tuhan kepadanya. Misalnya seseorang membentangkan kain hidangan dan mengundang beberapa orang untuk datang dan menyantap makanan bersamanya. Apabila dalam acara menjamu selera tersebut ada seseorang memilih untuk tidak makan dengan pilihannya sendiri sehingga ditimpa tragedi buruk akibat kelaparan. Oleh itu yang patut disalahkan bukanlah tuan rumahnya dan ia tidak dapat disoal siasat mengapakah mengundang orang tersebut. Apabila ia tidak mengundangnya dan mencukupi dirinya dengan pengetahuannya (bahawa tamu tersebut tidak makan), maka kemungkinan tuan rumah yang akan disoal siasat oleh tetamu itu sendiri sekiranya ia tidak diundang dan ‘jika engkau mengundangku maka tentulah aku akan menyantap makanan yang engkau hidangkan’.[]

 


[1]. Rasulullah Saw: "Terkutuklah al-qadariyah melalui lisan tujuh puluh nabi. Rasulullah ditanya: "Siapakah gerangan al-Qadariyah itu Wahai Rasulullah! Rasulullah bersabda: "Sebuah kaum yang beranggapan bahwa Allah telah menetapkan kepada mereka pelbagai maksiat kemudian menyeksa mereka." Bihar al-Anwar, jil. 5, hal. 47.

[2]. Tābe' di sini bermakna ilmu yang sejalan dengan yang sudah maklum (yang diketahui).

"Ketauhilah bahwa sesungguhnya tabe' itu disebut pada sesuatu yang belakangan ada matbu' dan yang berguna untuknya. yang kedua, bukan yang kami maksud lantaran tābe' itu adalah ilmu yang mengikuti maklum kerana ilmu terlebih dahulu (datangnya) daripada maklum secara perhitungan waktu dan kedudukannya amat berguna sebagaimana ilmu fi’lī. Sesungguhnya yang dimaksud dengan tabe' di sini adalah sejalan antara ilmu dan maklum kerana ketika digambarkan oleh akal hukum kehakikian pada maklum pada bentuk kesejalanannya (tathābuq). Dan sesungguhnya ilmulah yang mengikut maklum dan merupakan hikayat tentangnya. Dan ilmu adalah cabang atas segala maklum dan dengan demikian hukum bolehnya maklum muncul kemudian yang merupakan yang hakiki (al-ashl) dari ikutannya (ilmu). Lantaran akal membolehkan terdahulukannya hikayat atas mahki (yang dihikayatkan). Kasyf al-Murād, hal. 231.

[3]. Khaja Nashir al-Din Thusi, Kasyf al-Murād, hal. 230

[4]. Muhammad Bistuni, Syaitān Syināsi az Didgāh-e Qur'ān Karîm, hal. 17.

[5]. Nahj al-Balāghah, Khutbah Qāshi'a.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits