Carian Terperinci
Pengunjung
18993
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Apa makna muslihat Allah swt yang disebutkan dalam al-Quran?
soalan
Apa makna muslihat Allah swt yang disebutkan dalam al-Quran?
Jawaban Global

"Muslihat" bermakna mengurus dan memikirkan  alternatif dalam perbuatan-perbuatan baik atau buruk. Dan atas alasan ini penggunaannya dalam al-Quran juga telah menggunakan "السَّیئ" bersama dengan keterangan.

Muslihat Ilahi: Terdapat banyak ayat yang kalimahnya “muslihat” telah dinisbatkan  Allah swt dan maksud ayat-ayat tersebut adalah Allah swt mengurus kesemuanya kerana  Dia merupakan pemilik yang mengurus dan tiada satu pun pengurus berada di luar pengurusanNya. Oleh itu, Allah swt di atas semua pengurus sepertiyang dikatakan dalam al-Quran, "Allah sebaik-baik pembuat muslihat." Dan berfirman, "Dan sungguh orang-orang kafir yang sebelum mereka telah mengadakan tipu daya, tetapi semua tipu daya itu adalah dalam kekuasaan Allah. Dia mengetahui apa yang diusahakan oleh setiap diri, dan orang-orang kafir akan mengetahui untuk siapa tempat kesudahan (yang baik dan buruk) di dunia sana itu." (Qs. Al-Ra'ad [13]:54)

Ayat ini secara jelas menegaskan bahawa pengurusan universal adalah milik Allah swt dan pengurusan mereka yang lain semuanya tidak akan mampu berhadapan dengan pengurusannya Ilahi.

Jawaban Detil

Makna "muslihat" dari sudut bahasa bermakna pengurusan. Termasuk pengurusan yang baik atau yang buruk. Atau pengurusan ini dalam perbuatan buruk atau perbuatan baik.[1] Sebenarnya sebahagian muslihat diertikan sebagai tipu daya dan jika disandarkan kepada Allah swt, maka maknanya adalah ganjaran dan hukuman perangkap dan penipuan.[2]

“Muslihat Ilahi”: dengan mempertimbangkan ayat-ayat di mana perkataan “muslihat”yang digunakan dalam ayat tersebut[3], kita akan bertemu di mana maksud “muslihat” adalah mengurus dan memikirkan alternatif namun kadang-kadang ianya bermaksud baik dan kadang-kadang buruk, sebagai contoh,

[4]وَ یمکرون و یکمر اللَّه واللَّه خَیر الماکِرین

Maksud “یمکرون” adalah tipu daya dan dan pengurusan musyrikin yang mana mereka mahu membunuh Rasulullah s.a.w atau memenjarakannya dan maksud “یکمر اللَّه” adalah pengurusan Allah swt yang mana Allah swt memerintahkan Rasulullah s.a.w berhijrah.

Dan apa yang kita lihat pada perkataan "muslihat" disertai dengan keterangan (sifat) "al-sayyi'u"[5] yang digunakan dalam al-Quran adalah dalil bahawa "muslihat" kadang-kadang digunakan untuk perbuatan buruk dan kadang-kadang untuk perbuatan baik. Oleh itu banyak ayat yang menyandarkan "muslihat" kepada Allah swt, maksudnya adalah pemilik pengurusan yang universal adalah Allah swt dan tiada satu pun yang berada di luar pengurusanNya.[6] Atas alasan ini, Allah Swt berada di atas semua pengurus.[7] Dan ayat pada surah al-Ra'ad secara tegas menunjukkan bahawa pengurusan universal adalah milik Allah swt dan pengurusan yang lain tidak akan mampu berhadapan dengan pengurusannya Ilahi.[8]



[1]. Lihat, Sayid Ali Akbar Qarasyi, Qamus Quran, jil. 6, hal. 265               

[2]. Lihat, Muhammad Bandar Riki, terjemahan, al-Munjid, jil. 20, hal. 1820

[3] Misalnya pada Qs. Al-A'raf (7):99&123; Qs. Al-Ra'ad (13):33 & 42, Qs. Saba (34):33; Qs. Ali Imran (3):54; Qs. Al-Nahl (16):26 & 45; Qs. Al-Naml (27):50 & 51; Qs. Nuh (71):22; Qs.Ibrahim (14):46; Yusuf (12):13; Qs. Al-Ghafir (40):45.

[4]  Surah alanfal ayat 30

[5]. Lihat Qs. Fatir (35):43

[6]. Qs. Ali Imran (3):54

[7]. Lihat Qs. Al-Ra'ad (13):42

[8]. Lihat, Allamah Sayid Husain Thaba-thabai, al-Mizan, terj. Musawi Hamadani, jil. 12, hal. 355.  

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits