Carian Terperinci
Pengunjung
14626
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Siapa saja yang menjadi mahram bagi seseorang? Misalnya apakah pakcik saya adalah mahram bagi puteri-puteri saya?
soalan
Siapa saja yang menjadi mahram bagi seseorang? Misalnya apakah pakcik saya adalah mahram bagi puteri-puteri saya?
Jawaban Global

Mahram bagi setiap orang dapat diperoleh melalui tiga jalan: jalur keturunan (nasâbi), pernikahan dan susuan (sabâbi)

 

Orang-orang yang menjadi mahram melalui garis keturunan (nasâbi):

1.     Ayah dan ibu dan semakin ke atas (seperti datuk dan nenek)

2.     Anak-anak dan semakin ke bawah (seperti cucu dan cicit)

3.     Adik beradik lelaki dan perempuan dan semakin ke bawah (seperti anak buah dari saudara lelaki dan perempuan)

4.     Pakcik dan makcik disebelah ayah dan semakin ke atas (seperti pakcik dan makcik kepada ayah atau ibu disebelah ayah)

5.     Pakcik dan makcik disebelah ibu dan semakin ke atas (pakcik dan makcik kepada ayah dan ibu di sebelah ibu)

 

Orang-orang yang menjadi mahram melalui susuan (ridhâ’)

Orang-orang menjadi mahram melalui nasab (seperti ayah, ibu, anak-anak, adik beradik, pakcik dan makcik baik dari sebelah ayah mahupun di sebelah ibu susuan dan juga seperti ibu mertua susuan dan anak perempuan isteri susuan dan isteri ayah susuan dan isteri anak lelaki susuan) adalah mahram baginya.

 

Orang-orang yang menjadi mahram melalui jalan pernikahan:

1.     Ibu mertua dan semakin ke atas (seperti ibu kepada ibu mertua)

2.     Anak perempuan isteri dan semakin ke bawah (seperti anak perempuan kepada anak perempuan isteri)

3.     Isteri ayah (ibu tiri) dan semakin ke atas (seperti isteri datuk-datuk)

4.     Isteri anak lelaki (menantu perempuan) dan semakin ke bawah (isteri cucu-cucu dan cicit-cicit)[1]

 

Sesuai dengan noktah yang keempat dari mahram melalui garis keturunan (nasâbi), pakcik kamu adalah mahram bagi anak-anak kamu.



[1]. Taudhi al-Masâil Marâji’, masalah ke-2464, 2472, 2389-2384. Silahkan rujuk, Risâlah Mahram wa Nâ-Mahram, Ahmad Mujtahidi Tehrani, hal. 10 dengan menggunakan CD Pârsemân.

Jawaban Detil
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits