Carian Terperinci
Pengunjung
8086
Tarikh Kemaskini 2013/03/30
Ringkasan pertanyaan
Mungkinkah manusia dapat menjalin komunikasi dengan makhluk-makhluk di alam-alam yang lain?
soalan
Apakah mungkin manusia dapat menjalin komunikasi dengan makhluk-makhluk di alam-alam yang lain samada melalui penggunaan ubat-ubatan dan minuman keras atau dengan menggunakan ilmu gharibah? Sekiranya ada kemungkinan, apakah yang difahami manusia -berkenaan makhluk-makhluk tersebut- adalah suatu kenyataan?
Jawaban Global
Tidak syak lagi memang ada sebahagian manusia yang dapat menjalinkan hubungan dengan makhluk tertentu di alam lain.  Sudah tentu komonikasi ini bukan dengan jalan pengambilan dadah dan minuman keras.
Terdapat perbezaan luas berkenaan dengan medium dan jalan yang dapat dijadikan sebagai perantara untuk mencapai informasi tentang perkara ghaib alam semesta dan komunikasi dengan alam-alam yang lain, penggunaan legaliti dan ilegalnya, gelap dan terangnya. Menggunakan medium seperti sihir, ramalan dan sebagainya adalah termasuk penggunaan medium ẓulmānī (gelap) dan ia akan meninggalkan kesan-kesan negatif pada jiwa dan sebagainya. Hukum penggunaan medium seperti ini dalam pandangan ahli fikah Syi’ah adalah haram. Dari perspektif lain, hal-hal yang berkenaan dengan penggunaan medium seperti ini, informasi dan berita yang diperoleh melaluinya, tidak mempunyai nilai sedikitpun.
 
Jawaban Detil
Perbahasan mengenai "berhubungan dengan alam roh," "berhubungan dengan makhluk-makhluk tidak dilihat dengan mata kasar" dan juga berita ghaib melalui makhluk-makhluk halus merupakan sebuah pembahasan yang menarik.  Untuk menjawab persoalan ini kami mengajak anda untuk mengamati beberapa pengantar di bawah ini:
  1. Di antara sekumpulan ayat, riwayat dan juga penjelasan para ahli falsafah Islam tentang "penciptaan" serta tahap-tahapnya, dapatlah difahami bahawa:
  1. Bidang penciptaan tidak terhad pada dunia mata kasar ini sahaja. Di sebalik dunia ini, terdapat alam-alam lain yang dihuni oleh makhluk-makhluk lain dengan bahasa yang berbeza.[1]
  2. Setiap alam ada penghuni tersendiri, sebagai contoh para malaikat, syaitan dan jin.
  3. Pada setiap alam terdapat pelbagai kejadian dan berita khusus yang aneh.
  4. Alam-alam ini tidak berada pada satu barisan. Sebahagiannya adalah cahaya murni dan sebahagian kegelapan murni (ẓulmānī). Oleh itu sebahagian dari mereka berada pada puncak dan tingkat yang tinggi. Sebahagian yang lain pula berada pada tingkat rendah dan mendapan.
  1. Manusia – dengan perasaan curiganyanya – ingin mengambil tahu dan cuba berhubung dengan alam-alam lain. Namun harus diperhatikan bahawa mengambil jalan seperti pengambilan minuman beralkohol dan dadah, sudah tentu tidak membawanya ke alam tersebut. Malah ia akan menjerumuskannya pada khayalan yang sia-sia.[2] Di samping itu penggunaan medium seperti ini akan menimbulkan kesan negatif pada orang tersebut sedangkan berita-berita yang diperolehinya tidak dapat dipercaya.
  2. Tersebutlah bahawa salah satu jalan untuk mencapai informasi dan berita alam-alam lain ialah dengan menjalinkan komunilasi dengan roh.
Dalam hal ini perlulah kita mengamati beberapa noktah berikut ini:
  1. Hubungan seperti ini dapat diterima sebagai sebuah realiti; kerana sumber-sumber Islam banyak menyokong persoalan tersebut, sebagai contoh yang dapat disebutkan ialah komunikasi dan perbualan Nabi (s.a.w) dengan para roh-roh kaum musyrikin yang telah mati dalam perang Badar.[3] Atau komunikasi Nabi (s.a.w) dengan roh-roh kaum Mukminin di pekuburan Baqi.[4] Begitu juga komunikasi dan perbualan Imam Ali (a.s) dengan roh-roh orang yang telah mati.[5]
  2. Ketika roh hadir (dihadirkan) ia tidaklah benar-benar berbentuk material dunia luaran, namun ia merupakan roh seseorang yang dihadirkan oleh orang yang menghadirkannya disamping ia merasakan roh tersebut membimbingnya melakukan ucapan tentang sesuatu sehingga ia mendengar ucapannya. Namun roh tersebut tidak benar-benar hadir di dunia luar sebagaimana makhluk-makhluk (zahir) yang lain.[6]
  3. Untuk menjalinkan hubungan komunikasi dengan roh memerlukan latihan yang lebih berat. Sebuah latihan yang berakhri pada keadaan seperti ini, kadangkala latihan tersebut selari dengan syariat dan sah menurut syariat.  kadang-kadang pula bertentangan dengan syariat. Latihan yang sah dan sesuai dengan syariat akan menghasilkan kekuatan yang membina pada jiwa-jiwa suci. Sementara latihan yang tidak sah dan tidak selaras dengan syariat akan menghasilkan kekuatan pemusnah.  Kedua-dua jalan ini boleh jadi menjadi sumber yang mencipta hubungan dengan alam roh. Hubungan yang pertama adalah hubungan sah, sementara hubungan yang kedua bersifat pemusnah dan tidak sah.[7]
  4. Tidak ada jaminan bahawa apa maklumat daripada roh yang telah dihadirkan atau jin-jin atau ramalan nujum itu adalah benar. Kerana itu, kita tidak dapat menerima pelbagai dakwaan setiap orang yang mendakwa memiliki hubungan dengan arwah (roh-roh).[8]
Di samping itu, meskipun hubungan benar-benar telah terjalin, tetapi tidak seluruh pesanan yang dikirim oleh roh-roh itu dapat dijalankan; ini disebabkan boleh jadi pesanan yang sampai kepada seseorang yang mendakwa memiliki hubungan dengan roh itu adalah pesanan daripada roh yang buruk dan sebagainya.
  1. Kaedah universal untuk mengenal kebenaran pesanan-pesanan daripada roh-roh ialah: Hendaklah pesanan-pesanan tersebut tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama Ilahi dan dakwah para nabi. Kerana itu, untuk membezakan pesan-pesan yang benar dan yang menyesatkan itu pertamanya seseorang harus mengenal dengan baik agama dan aturan-aturan para nabi dan wali Allah (Imam Maksum), kemudian membandingkan pesan-pesan tersebut dengan ajaran-ajaran agama Ilahi, khususnya Islam  sehinggalah kebenaran, kekeliruannya atau kesesatannya atau ketiadaannya menjadi jelas baginya.
  2. Pesanan-pesanan yang dikirim oleh roh (katakanlah hubungan dan pesanan itu benar dan memang disampaikan oleh roh-roh yang suci), tidaklah mewajibkan kita untuk mengerjakannya sedikitpun; kerana apa yang menjadi keharusan bagi kita untuk diamalkan atau ditinggalkan telah dijelaskan dalam Islam. Oleh itu, kita tidak lagi memerlukan bantuan aturan-aturan dari arwah (roh-roh) tersebut. Boleh jadi seseorang itu dapat memperolehi keyakinan terhadap “jalinan hubungan komunikasi dengan arwah” dan “arwah tersebut adalah mukmin” (untuk dimanfaatkan petunjuk-petunjuknya). Tetapi untuk sampai kepada keyakinan dan kemantapan hati seperti ini juga, bukan pekerjaan yang mudah. Kerana itu kita harus melupakan kebaikan pesanan-pesanan yang diterima dari hubungan ini.
  1. Tersebutlah bahawa dengan menggunakan ilmu gharibah maka banyak jalan akan terbentang untuk memperolehi berita dan informasi mengenai alam-alam lain. Walau bagaimanapun harus diperhatikan bahawa, pertama: tidak ada yang mengetahui tentang ilmu yang terkandung pada "lawh maḥfūẓ Ilāhī" kecuali Tuhan (dan berkenaan dengan ilmu yang diketahui oleh para Maksum dengan izin Allah) tidak ada jalan mencapai ilmu tersebut. Pada asasnya, ilmu tersebut juga tidak dapat diperoleh.[9] Kedua, berkenaan dengan ilmu-ilmu seperti ramal dan jafr di mana orang yang tekun mempelajarinya boleh mendapat ilmu pengetahuan daripadanya, namun sebahagian marja’ mengharamkan seseorang mempelajari ilmu tersebut. Mereka mengatakan bahawa ilmu tersebut boleh dipelajari, tetapi dengan syarat harus dipelajari ilmu yang benar-benar asli, iaitu tidak terdapat sebarang pengurangan dan kesalahan.[10] Walau bagaimanapun ilmu-ilmu ini sampai ke tangan kita dalam bentuk yang tidak sempurna (kurang)![11] Kerana itu, sebahagian orang-orang berilmu yang mengetahui (akibat) dari memiliki ilmu seperti ini merasa menyesal dan tidak mengajarkan ilmu-ilmu tersebut kepada anak-anak mereka.[12] Kerana itu, secara keseluruhan berita dan informasi yang diperolehi daripada ilmu ramal dan jafr juga tidak dapat dijadikan sandaran.
  2. Beberapa pandangan fuqaha dan ulama berkaitan dengan masalah ini:
    • Sebahagian fuqaha memandang hukum perbuatan menghadirkan roh haram sebagai secara mutlak.[13] Sebahagian yang lain berkata: Menghadirkan roh ini dibolehkan apabila diperolehi melalui jalan yang benar dan tidak akan menimbulkan penderitaan, gangguan bagi roh atau orang yang menghadirkannya, atau pun gangguan orang yang hadir di sekelilingnya dan juga tidak ada unsur paksaan di amalan tersebut.[14]
    • Penggunaan hipnotik juga, seratus peratus tidak terlepas dari masalah[15]. Ketika sesi praktikal hipnotik tersebut tidak melanggar syariat serta memiliki tujuan-tujuan baik seperti pengubatan, maka tidak ada masalah dalam hal ini.[16]
    • Mempelajari dan menggunakan ilmu sihir hukumnya adalah haram dan dilarang, kecuali jika digunakan untuk menjatuhkan sihir yang lain.[17] Berkenaan dengan hal ini Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (a.s) berkata: "Orang yang mempelajari sihir (sedikit atau banyak) adalah kafir dan hubungannya dengan Tuhan terputus secara keseluruhan …."[18]
    • Penggunaan fāl (meramal masa depan seseorang) adalah haram sementara menerima atau mengambil wang dari pekerjaan ini adalah haram.[19]
    • Hukum menundukkan jin melalui ilmu sihir atau meminta bantuan daripada syaitan juga adalah haram (bahkan sekalipun tidak menimbulkan gangguan atau kerugian bagi orang lain).[20] Sebahagian ulama irfan berkata: Apabila ada seseorang menghadirkan jin dan menjalin hubungan dengan mereka, maka kesudahannnya ia tidak akan meninggalkan dunia ini dengan baik.[21]
 
Dengan memperhatikan boktah-noktah yang telah dijelaskan sebelum ini, cuba anda perhatikan beberapa pertanyaan di bawah ini:
  1. Di antara beberapa pilihan di bawah ini manakah yang prioriti?
  1. Manusia menjalinkan hubungan dengan alam-alam yang penuh cahaya?
  2. Manusia menjalinkan hubungan dengan alam-alam yang penuh kegelapan?
Sudah tentu anda akan memilih jawapan A.[22]
  1. Oleh kerana usia manusia sangat terhad, sementara keperluan-keperluan manusia secara jelas semakin bertambah, menurut anda berita-berita yang manakah perlu anda ketahui?
  1. Anda ingin ketahui seluruh berita yang benar dan salah?
  2. Hanya berita-berita yang benar dan penting yang harus anda ketahui?
  3. Anda ingin mengetahui berita yang benar juga berita yang salah? (Bahkan meskipun anda memiliki kemampuan untuk mengklasifikasi antara berita yang benar dan berita yang menyesatkan)
Nampaknya pilihan B merupakan pilihan yang masuk akal.
Dengan memperhatikan pilihan-pilihan yang masuk akal, maka kita dapat mengambil kesimpulan dan menjawab pertanyaan tersebut:
  1. Seharusnya usia kita yang berharga ini kita luangkan di jalan yang pengantar-pengantarnya adalah penuh cahaya dan suci yang akan menghasilkan kesucian.
  2. Sudah tentu, jalan untuk menjalinkan hubungan dengan makhluk-makhluk cahaya mutlak bukanlah melalui jalan-jalan kegelapan seperti pengambilan dadah dan minuman keras.
  3. Jalan-jalan yang telah disebutkan itu adalah jalan-jalan syaitan. Kekuatan-kekuatan syaitan itu tidak memiliki capaian untuk memperoleh berita-berita yang sesuai dengan kenyataan. Malahan ia akan mendekatkan diri seseorang kepada syaitan.[23]
 

[1]. Sebagaimana disebutkan dalam surah al-Fatihah dengan redaksi "Rabb al-'Alamin" menyimpulkan bahawa terdapat banyak bilangan alam dan juga apa yang ditunjukkan dalam beberapa riwayat seperti yang dinukil oleh Allamah Majlisi dalam kitab Bihar al-Anwar, jil. 57, hal. 319.
[2]. Perbahasan hal ehwal jenis medium-medium ini dan apakah pengetahuan atau informasi yang diperolehi setelah menenguk minuman keras dan dadah benar-benar merupakan angan-angan dan khayalan semata-mata, akan kami ketengahkan pada kesempatan akan datang.
[3]. Bihār al-Anwār, jil. 6, hal. 254, Ahwāl al-Barzakh wa al-Qubr wa al-'Adzāb.
[4]. Bihār al-Anwār, jil. 22, hal. 472, Washiyatuhu 'inda Qurb Wafātihi.
[5]. Man La Yahdur al-Faqih, jil. 1, hal. 179.
[6]. Allamah Thabathabai, al-Mizān, terjemahan Parsi, jil. 1, hal. 366; Ayatullah Makarim Syirazi, Tafsir Nemuneh, jil. 1, hal. 382.
[7]. Ibid.
[8]. Ayatullah Makarim Syirazi dalam hal ini berkata: Hubungan dengan arwah dapat diterima sebagai sebuah kenyataan. Akan tetapi kita tidak boleh leka bahawa masalah ini sering disalahgunakan oleh kebanyakan orang. Makarim Syirazi, 'Aud Arwah, yang dinukil dari Ahad Zamrudiyan dalam kitab Haqiqat-e Ruh.
[9]. Shirat al-Najah, Ayatullah Tabrizi, jil. 6, hal. 391, masalah ke-1405.
[10]. Istifta’āt, Ayatullah Araki, hal. 259, masalah ke-27.
[11]. Silakan lihat, Sinemāi Ma'rifat, Zendigi Nāme Ayatullah Mirza Kazhim Tabrizi.
[12]. Silakan lihat, Māhnāme-ye Kaihan-e Farhanggi, edisi khusus wawancara dengan anak Ayatullah Mar'asyi Najafi, Sayid Mahmud Mar'asyi yang berkata: Ayahku mengetahui ilmu ini namun beliau tidak mengajarkan ilmu ini kepada kami. Beliau berkata: Saya menyesal telah mempelajari ilmu tersebut dan saya mengaku salah.
[13]. Tahrir al-Wasilah, jil. 1, hal. Kitab al-Makāsib wa al-Matājir; al-Makāsib al-Muharramah, masalah ke-16, Imam Khomeini, berhubungan dengan arwah dan yang seumpamanya digolongkan sebagai sihir dan termasuk perbuatan haram; Jāmi' al-Ahkam, Ayatullah Shafi Gulpaigani, jil. 1, hal. 287, masalah ke-985.
[14]. Shirat al-Najat, Ayatullah Khui, jil. 1, hal. 422, masalah ke-1222.
[15]. Jāmi' al-Masāil, Ayatullah Fadhil Lankarani, jil. 1, hal. 643, masalah ke-2220.
[16]. Istifta'at, Ayatullah Makarim Syirazi, jil. 1, hal. 155, masalah ke-559.
[17]. Ṣirāt al-Najah, Ayatullah Tabrizi, jil. 5, hal. 343, masalah ke-1105.
[18]. "Man ta'allama syaian minal sihr qalilan aw katsiran faqad kafar wa kana akhahhara ahdahu birabbihi.."  Wasāil al-Syiah, jil. 17, hal. 148.
[19]. Istiftaat, Ayatullah Araki, hal. 259, masalah ke-9; Jāmi' al-Ahkam, Ayatullah Shafi Gulpaigani, jil. 1, hal. 287, masalah ke-983. Istifta'at, Ayatullah Makarim Syirazi, jil. 1, hal. 156, masalah ke-563-565.
[20]. Shirat al-Najat, Ayatullah  Tabrizi, jil. 5, hal. 343, masalah ke-1108.
[21]. Dinukilkan demikian dari Ayatullah Haji Syaikh Abbas Qucani, washi dan murid Ayatullah Qadhi Thabathabai.
[22]. Persoalan ini jelas bahawa perhubungan pada saat yang sama antara dua alam penuh cahaya dan kegelapan adalah mustahil kerana jalan untuk sampai kepada alam-alam cahaya adalah dengan menghindari jalan-jalan kegelapan.
[23]. Sesuai dengan ayat al-Qur'an, "Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawannya agar mereka membantahmu; dan jika kamu menuruti mereka, sesungguhnya kamu tentulah menjadi orang-orang yang musyrik." (Qs. Al-An'am [6]:121) Dengan demikian, apabila manusia memahami sesuatu melalui jalan ini maka yang menjadi gurunya adalah syaitan. Dan sudah tentu syaitan tidak berurusan dengan manusia kecuali ingin menipu. Untuk sampai pada tujuan ini, ia akan menyampaikan seratus berita dan ucapan sehingga ia dapat menunaikan kehendaknya. Demikianlah juga tatkala syaitan berkata kepada Nabi Yahya: Aku ingin menyampaikan lima nasihat kepadamu sehingga engkau tidak akan tersesat selamanya. Setelah itu syaitan menyampaikan satu demi satu nasihat tersebut hingga sampai pada nasihat yang kelima. Nabi Yahya berkata kepada syaitan: Enyahlah kau dari sini! Aku tidak ingin mendengarkan nasihatmu yang kelima. Kerana pekerjaanmu adalah mewas-waskan dan pada nasihat yang kelima engkau ingin mewas-waskan. Sebagaimana dinukil dari kitab Mawaizh Akhlaqi Ayatullah Bahjat, karya Baqir Zadeh.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Mengapa Syiah memiliki keyakinan terhadap masalah imāmah dan para imam secara khusus?
    6894 کلیات 2013/03/30
    Nampaknya yang anda maksudkan dari pertanyan ialah bagaimana kita dapat meyakini dan memahami peribadi imam. Akan tetapi sebelum menjawab pertanyaan anda seharusnya terlebih dahulu kami menjawab pertanyaan mengapa kita harus meyakini masalah imāmah? Imāmah dalam Islam memiliki nilai penting dan merupakan tingkatan terakhir dalam perjalanan manusia menuju ...
  • Siapakah dajjāl itu? Berikanlah penjelasan tentangnya dan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya.
    6199 نشانه های ظهور 2012/05/17
    Salah satu daripada tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.f.s) adalah keluar dan munculnya sebuah makhluk yang menyesatkan yang bernama "Dajjāl". Dajjāl dari segi bahasa dapat dikatakan kepada setiap pendusta. Terdapat juga definisi sifat-sifat sangat aneh yang berkaitan dengannya yang biasanya ditemukan dalam sumber-sumber Ahlusunnah. Namun oleh kerana sumber-sumber ...
  • Mungkinkah manusia dapat menjalin komunikasi dengan makhluk-makhluk di alam-alam yang lain?
    8086 روح و نفس 2013/03/30
    Tidak syak lagi memang ada sebahagian manusia yang dapat menjalinkan hubungan dengan makhluk tertentu di alam lain. Sudah tentu komonikasi ini bukan dengan jalan pengambilan dadah dan minuman keras. Terdapat perbezaan luas berkenaan dengan medium dan jalan yang dapat dijadikan sebagai perantara untuk mencapai informasi tentang perkara ...
  • Apa falsafah tentang wujudnya ikhtilaf dan perbezaan pada setiap manusia terutamanya mengenai keburukan, kecantikan, hidayat dan keindahan, petunjuk dan kesesatan, rezeki dan lain-lain?
    6353 جبر یا اختیار و عدالت پروردگار 2012/11/22
    ‘Adl (keadilan) itu memiliki berbagai makna yang berbeza seperti: keseimbangan bahagian-bahagian yang terdapat dalam suatu rangkaian, menjaga hak-hak setiap individu, dan menyerahkan hak kepada pemiliknya, menjaga hak dalam faedah maknawi kewujudan (mawjūd), memberi kesamaan tanpa sebarang diskriminasi. Namun makna yang sesuai dengan pertanyaan di atas; kesamaan serta ...
  • Apa yang menjadi faktor yang menyebabkan manusia tersesat dari jalan lurus? Dan apakah hal ini bersifat ikhtiari atau tidak?
    10878 Teologi Klasik 2011/06/21
    Mengenal faktor penyimpangan dari jalan lurus memerlukan pengenalan definisi tentang “shirāt” (jalan) dan “mustaqim” (lurus). Dari segi bahasa, makna shirāt (jalan) adalah jalan besar, luas dan jelas. Makna “mustaqim” yang diambil dari klausa “qa-wa-ma,” bermakna sesuatu yang tidak menyimpang dan berliku. Dengan demikian, jalan lurus adalah “shirāt al-mustaqim” ...
  • Bagaimanakah manusia dapat sampai kepada kesempurnaan?
    7116 Akhlak Praktikal 2012/05/17
    Jawapan untuk pertanyaan di atas dapat diklasifikasikan dalam empat perbahasan, iaitu: a. Definisi dari perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap"; b. Kesempurnaan manusia; c. Kesempurnaan manusia dari perspektif Islam; dan d. Jalan menuju kesempurnaan. Perkataan "sempurna" kadang-kadang digunakan dengan makna yang selaras ...
  • Apakah keIslaman dengan cara bertaklid diterima oleh Allah (s.w.t)?
    5383 بیشتر بدانیم 2013/05/25
    Sekiranya kita tidak mengemukakan sebarang dalil berkenaan dengan akidah di hari akhirat nanti kecuali dalil taklid dan menuruti orang terdahulu secara membabi buta, sedangkan kita tahu bahawa nenek moyang kita bukanlah ahli ilmu, berpengetahuan, golongan intelek dan tidak juga berada dalam asuhan serta bimbingan para ulama, maka ...
  • Apa yang dimaksudkan fizik dan metafizik? Dan bagaimana hubungan yang terjalin di antara keduanya?
    25336 Falsafah Islam 2011/05/10
    Fizik bermakna tabiat-tabiat semulajadi yang bertentangan dengan ilahiyyat (teologi) dan riyadhiyyat (matematik). Adapun metafizik dalam makna falsafahnya hari ini adalah sebuah ilmu yang membahaskan tentang maujud selaku maujud (bima huwa maujud). Trans-fizik atau mâ warâ ṭabiat merupakan sebuah ilmu yang mengulas tentang masalah Tuhan dan pelbagai kewujudan. Namun hubungan yang ...
  • Apa hubungan antara wahdatul wujud dalam pandangan Ibnu Arabi dan Falsafah Hikmah Mulla Shadra?
    9610 Irfan Teori 2011/12/19
    Meskipun wahdatul wujud sebelum Ibnu Arabi terkemuka di kalangan kebanyakan urafa tetapi tidak dapat diragukan bahawa pandangan Ibnu Arabi yang lebih menonjol dalam hal ini.Makna wahdatul wujud Wahdatul wujud dalam pandangan urafa (plural dari arif) dan Ibnu Arabi bukanlah wahdatul wujud konsepsi (mafhum), melainkan yang dimaksud ...
  • Apakah Tuhan itu dapat dilihat? Bagaimana?
    6267 پروردگار. نامها و ویژگی ها 2013/03/30
    Sesuai dengan hukum akal dan syariat, sesungguhnya Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, baik di dunia mahupun di akhirat. Namun Allah dapat disaksikan dan dilihat dengan mata hati. Hati dapat menyaksikan dan melihat Allah (s.w.t) menurut kemampuan eksistensialnya. Hal ini dapat dilakukan melalui jalan penyaksian (shuhūd) ...

Populer Hits