Carian Terperinci
Pengunjung
17190
Tarikh Kemaskini 2009/10/20
Ringkasan pertanyaan
Apakah syarat-syarat untuk bermubahalah? Dalam perkara apa dibenarkan bermubahalah? Apakah mubahalah akan benar-benar terjadi?
soalan
Apakah terdapat syarat-syarat tertentu untuk mubahalah sehingga kita dibolehkan bermubahalah dengan sesiapa sahaja atau demi menyabitkan keimanan diri sendiri? Mubahalah dibenarkan dalam perkara apa? Benarkah mubahalah benar-benar terjadi dalam sejarah Islam? Benarkah peristiwa Nabi (s.a.w) meminta mubahalah daripada pihak lawan benar-benar terjadi, ini disebabkan pihak lawan tidak mengusulkan mubahalah, apakah ini benar-banar realiti?
Jawaban Global
 Mubahalah ialah saling melaknat sehingga barangsiapa yang berada di dalam kebatilan akan berada dalam kemurkaan Allah (s.w.t), kemudian diketahuilah pihak mana yang berada di dalam kebenaran manakala kebenaran dapat diketahui dan dikenal pasti perbezaannya mengatasi kebatilan.
Mubahalah merupakan sebuah doa dan memiliki ciri-ciri dan juga syarat-syarat khusus yang mana kami akan menunjukkan sebahagian daripadanya:
Iaitu dia hendaklah memperbaiki akhlaknya selama tiga hari, berpuasa dan mandi, dan pergi ke padang sahara dengan orang yang hendak bermubahalah... dan bermubahalah di antara waktu menyingsingnya fajar dan terbitnya cahaya matahari.
Mubahalah tidak hanya terjadi di zaman Nabi Muhammad (s.a.w) semata-mata, bahkan orang beriman yang lain juga boleh bermubahalah. Oleh itu tidak ada halangan untuk sesiapa pun bermubahalah demi membuktikan kebenaran diri sendiri terhadap musuh dengan mematuhi syarat-syarat tersebut. Namun perlu diketahui syarat-syarat mubahalah, keikhlasan dan yakin terhadap diri sendiri merupakan kelaziman dalam perlaksanaannya. Ianya tidaklah mudah dicapai oleh setiap individu, dan tidak sepatutnya dilangsungkan secara tergesa-gesa kerana ianya berkemungkinan boleh mengundang kesan sebaliknya.
Dalam pada itu hendaklah diketahui bahawa mubahalah adalah khusus untuk kelompok yang berselisih faham dan bertelagah tentang agama dan mazhab yang mana pihak lawan tidak menerima kewujudan dialog, perbahasan logik dan ilmiah, kebenaran serta realiti di samping mendesak diri mereka supaya bertahan dalam akidah yang batil.
Dengan memahami tafsir-tafsir ayat mubahalah, diketahuilah bahawa peristiwa mubahalah Nabi Muhammad (s.a.w) berakhir dengan perdamaian dan keamanan.
 
Jawaban Detil
Dengan menumpukan perhatian terhadap pertanyaan anda yang terbentuk dalam beberapa bahagian, kami juga memberikan fokus terhadap jawapan-jawapannya setelah menerangkan mukadimah ringkas secara tertib.
Mubahalah dalam segi bahasa:
Mubahalah berasal dari perkataan “bahl” (بهل) atas wazan “ahl” (اهل) yang bermakna melepaskan, menambat, mengikat sesuatu yang diperolehi. Dari sini, seekor haiwan dilepaskan supaya anaknya yang baru lahir bebas menyusui, maka ianya dipanggil sebagai bāhal (باهل), manakala ibtahal dalam doa bermaksud permohonan yang diiringi dengan doa serta menyerahkan urusan kepada Allah (s.w.t).
Mubahalah dari segi istilah:
Menerusi kefahaman secara am yang diambil dari ayat mubahalah, mubahalah beerti saling melaknat antara orang. Oleh itu apabila individu saling berdialog mengenai sebuah masalah agama dalam sebuah perhimpunan di suatu tempat, mereka pun menyatakan hajat dan berdoa kepada Allah (s.w.t). Mereka juga memohon daripada Allah (s.w.t) agar orang yang berdusta menerima padah dan hukuman.[1]
Mubahalah ialah saling melaknat antara satu sama lain supaya pihak yang berada dalam kebatilan akan mendapat kemurkaan Allah (s.w.t) dan diketahuilah pihak mana yang benar. Dengan ini kebenaran dapat dikenalpasti atas kebatilan.[2]
Jelaslah bahawa kedua-dua pihak perlu mempunyai akidah terhadap Allah (s.w.t) sehingga dapat melakukan tindakan tersebut. Ini disebabkan individu yang tidak percaya kepada Allah (s.w.t) tidak boleh berdoa memohon daripada Allah (s.w.t).
Namun jawapan berikut merupakan tertib daripada pertanyaan-pertanyaan anda:
1. Apakah terdapat syarat-syarat tertentu bagi orang yang ingin kita bermubahalah?
Sebagaimana yang telah kami jelaskan dalam definisi mubahalah, mubahalah merupakan sebuah doa. Dari situ beberapa syarat untuk berdoa telah disebut yang lazim dilaksanakan dalam mubahalah.[3] Tetapi, menyedari bahawa mubahalah adalah sebuah doa khusus, maka sudah tentu ia mempunyai ciri-ciri dan syarat-syarat khusus yang mana kami tunjukkan sebahagian daripadanya seperti berikut:
A: Orang yang hendak bermubahalah hendaklah memperbaiki akhlaknya semala tiga hari.
B: Berpuasa
C: Mandi
D: Pergi ke padang pasir bersama orang yang ingin bermubahalah
E: Waktu bermubahalah ialah antara menyingsingnya fajar sehingga muncul cahaya matahari.
F: Jari-jari tangan kanan hendaklah mencengkam jari-jari tangan kanan seorang lagi.
G: Bermula dari diri sendiri dengan berkata, “Ya Allah! Tuhan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, Yang Maha Mengetahui rahsia-rahsia tersembunyi, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sekiranya lawanku mengingkari kebenaran dan menyeru kebatilan, turunkanlah bala dari langit ke atasnya, dan timpakanlah bala yang dahsyat ke atasnya! Setelah itu yang lain pula mengulangi doa tesebut dengan berkata, “Sekiranya individu ini mengingkari kebenaran dan menyeru kebatilan, maka turunkanlah bala dari langit ke atasnya, dan timpakanlah bala yang dahsyat ke atasnya”.[4]
2. Namun pertanyaan anda yang lain, apakah sesiapa sahaja boleh menyabitkan imannya dengan bermubahalah? Dengan kata lain apakah mubahalah merupakan sebuah hukum umum atau ianya hanya khusus untuk zaman Nabi Muhammad (s.a.w)?
Dengan mengamati faktor penurunan ayat mubahalah menerusi firmanNya itu hanya untuk Nabi Muhammad (s.a.w) sahaja, mungkin boleh dikatakan bahawa mubahalah hanya khusus untuk zaman baginda (s.a.w) sahaja. Namun ini tidak benar, tidak sepatutnya mubahalah dianggap eksklusif di zaman Nabi Muhammad (s.a.w) semata-mata. Bahkan orang beriman yang lain juga boleh bermubahalah. Ini disebabkan:
Pertama: Berasaskan Qānūn Muslim Uṣūlī, sebab penurunan ayat tidak melazimkan pengkhususan ayat tersebut.[5]
Kedua: Tidak diragukan bahawa ayat suci mubahalah bukanlah perintah menyeluruh bagi mengundang umat Islam kepada mubahalah, bahkan kata-kata dalam ayat tersebut hanyalah kepada Rasulullah (s.a.w). Namun subjek ini tidak akan mencegah mubahalah dengan penentang sebuah hukum umum, individu bertakwa, orang beriman yang berkait rapat yang benar-benar bertakwa dan menyembah Tuhan. Tatkala argumen mereka di hadapan pihak musuh tidak sampai ke tempatnya akibat keras kepala, maka mereka mengundang kepada mubahalah.[6]
Ketiga: Berasaskan riwayat yang dinukilkan telah menunjukkan bahawa hukum ini sudah digunakan secara umum. Di dalam kitab al-Kāfī, sebuah hadis telah dinukilkan daripada Imam Ja`far al-Sādiq (a.s) iaitu beliau berkata kepada salah seorang pengikutnya, “Sekiranya para penentang kebenaran ucapanmu tidak mahu menerimanya, ajaklah mereka bermubahalah”.[7]
Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa sesiapa pun boleh bermubahalah demi membuktikan kebenaran dirinya di hadapan musuh setelah menuruti persyaratan yang telah dikemukakan.[8]
3. Namun pertanyaan anda mengenai perkara apakah yang dibolehkan dalam bermubahalah?
Berdasarkan kesimpulan ayat mubahalah, pensyariatan mubahalah hanya khusus dalam perselisihan dan perbalahan agama serta mazhab, sehinggalah tidak ada lagi penyelesaian dengan dialog dan membawa kepada keras kepala serta keangkuhan.[9]
4. Akan tetapi pertanyaan akhir yang diajukan anda: Dalam ayat al-Qur’an tidak terjadi peristiwa mubahalah kerana pihak lawan menolak usulan mubahalah, benarkan perkara ini?
Bagi menjawab pertanyaan ini, kami perlu terangkan asal usul mubahaah:
Hadis mengenai sebab penurunan ayat telah dinukilkan bahawa ayat ini dan ayat-ayat sebelumnya telah diturunkan berkenaan dengan Kristian Najrān, ... sejurus Nabi Muhammad (s.a.w) mengajak mereka bermubahalah, mereka memohon tempoh daripada Nabi (s.a.w) sehingga keesokan harinya. Setelah merujuk kepada tokoh-tokoh Najrān, uskup (pendeta besar) berkata kepada mereka, “Esok kamu lihatlah kepada Muhammad (s.a.w), sekiranya baginda datang dengan anak-anak dan keluarganya, maka takutlah pada mubahalah dengannya, sekiranya kamu lihat baginda datang dengan para sahabatnya, maka bermubahalahlah dengannya kerana baginda tidak ada apa-apa kelengkapan. Menjelang keesokannya, Nabi Muhammad (s.a.w) datang dalam keadaan memegang tangan Ali bin Abi Talib (a.s) sedangkan Hasan (a.s) dan Husain (a.s) berjalan dari belakangnya manakala Fathimah (a.s) berada di belakang baginda. Kristian Najrān juga datang sedangkan uskup berada di hadapan mereka. Sebaik sahaja melihat Nabi Muhammad (s.a.w) datang dengan beberapa orang yang lain, lantas uskup bertanya mengenai orang yang dibawa baginda. Mereka menjawab, “Ini ialah anak saudara dan menantu baginda, dia adalah kecintaan Allah (s.w.t) menurutnya, kedua-dua budak lelaki ini adalah anak-anak puteri baginda daripada (a.s) Ali (a.s), dan perempuan muda itu adalah puteri baginda, Fathimah (a.s), iaitu orang yang paling dikasihi di sisinya, dan orang yang paling dekat di hatinya... Seseorang berkata kepada uskup, “Majulah untuk bermubahalah.” Jawabnya, “Tidak, aku tidak melihat seorang lelaki pun yang sempurna keberaniannya untuk maju, aku takut sekiranya dia berbicara benar, sekiranya dia berbicara dengan benar, demi Allah tidak sampai setahun berlalu bagi kita melainkan tidak ada lagi seorang pun Kristian dalam dunia yang dapat minum air”.
Uskup berkata kepada Rasulullah (s.a.w), “Wahai Abu al-Qāsim! Kami tidak mahu bermubahalah denganmu, berdamailah!” Rasulullah (s.a.w) berdamai dengan diberi tebusan dua ribu pakaian (pakaian dari kain yang bagus) yang mana setiap satunya bernilai empat puluh dirham, pinjaman tiga puluh perisai besi, tiga puluh pucuk lembing, tiga puluh ekor kuda dan Kristian hendaklah tidak mencetuskan konspirasi terhadap umat Islam di Yaman. Nabi (s.a.w) meminta perisai tersebut sebagai jaminan sehingga mereka kembali membawa surat perjanjian tentang perkara ini. Dengan ini hendaklah dikatakan bahawa seluruh mukadimah mubahalah telah dilaksanakan, namun disebabkan pihak lawan merasa gentar terhadap kewibawaan diri Nabi (s.a.w), dan hakikatnya mereka menyerah kalah tanpa menerima mubahalah, maka tidak perlu lagi perlaksanaan mubahalah. Namun kita tidak menemui peristiwa mubahalah lain yang sudah dilaksanakan dalam sejarah Islam.
Hendaklah diberi perhatian bahawa walaupun al-Qur’an telah menerangkan subjek mubahalah dengan Kristian Najrān, namun dalam perselisihan antara suami dan isteri terutamanya isteri dituduh oleh suami tentang melakukan perbuatan tidak suci dengan lelaki asing yang mana ianya disebut sebagai Mulā`anah, hakikatnya ia juga berbentuk mubahalah.
 

[1] Makārim Shirāzī, Tafsīr Namune, jilid 2 muka surat 578, Dār Kutub al-Islāmiyah, Tehran, 1374 hijrī Shamsī, cetakan pertama.
[2] Davvānī, `Alī Mahdī Maw`ūd, Terjemahan jilid ke-13 kitab Biḥār, muka surat 636, penerbit Dār Kutub al-Islāmiyah, Tehran, 1378 Shamsī, cetakan ke-28.
[3] Jawapan nombor 197 (laman web: 983, syarat-sayarat pasti pengabulan doa) dan nombor 2145 (laman web: 2269) (syarat-syarat dan jalan-jalan pengabulan doa).
[4] Kamare’ī, Muḥammad Bāqir, Uṣūl Kāfī terjemahan Kamare’ī, jilid 2 muka surat 513, 514; jilid 6 muka surat 145; penerbit Enteshārāt Uswah, Qom, 1375 Shamsī, cetakan ke-tiga.
[5] Al-Mawrid Lā Yuqaṣṣ al-Wārid, Ḥakīm, Sayyid Muḥsin, Ḥaqā’iq al-Uṣūl, jilid 2 muka surat 412, penerbit Baṣīratī, 1408 Hijrah.
[6] Makārim al-Shirāzī, Nāṣir, Tafsīr Namune, jilid 2 muka surat 589.
[7] Al-Kulaynī, al-Kāfī, jilid 2 muka surat 513.
[8] Uṣūl al-Kāfī, Terjemahan Kamare’ī, jilid 6 muka surat 629.
[9] Al-Rāzī, Abū `Abdillah Fakhruddīn Muḥammad bin `Umar, Mafātīh al-Ghayb, jilid 8 muka surat 248; Sebab penurunan ayat dengan perbezaan ringkas di dalam kitab-kitab hadis dan tafsir seperti: Ṣaḥīḥ Muslim jilid 12 muka surat 129, nombor 4420; Sunan al-Tarmidzi, jilid 10 muka surat 260; jilid 12 muka surat 187 nombor 3658; Musnad Aḥmad, jilid 4 muka surat 32, nombor 1422; Ḥākim, al-Mustadrak `alā al-Ṣaḥiḥayn, jilid 11 muka surat 26, nombor 4702 yang mana beliau berkata ianya mematuhi standard sahih Bukhari dan Muslim; Anwār al-Tanzīl wa Asrār al-Ta’wīl jilid 2 muka surat 20, termasuk Mu`jam al-Kabīr al-Ṭabarā; Ṣaḥīḥ Ibnu Ḥibbān Mushkil Athār al-Ṭaḥawī; Abu al-Fūtūh al-Rāzī, dan Tafsir al-Kabir membawa hadis yang lain, Fakhrudin al-Rāzi di bawah tafsir ayat tersebut, setelah menerangkan sebab penurunan ayat Ṭaṭhīr adalah untuk Imam Hasan, Husain, Fathimah dan Ali beliau berkata, “Hadis ini adalah kesepakatan di kalangan para ulama tafsir dan hadis”.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits